“Dan Kami mengumpulkan mereka pada hari kiamat dalam keadaan buta. Dia berkata, ‘Ya Tuhanku, mengaoa Engkau kumpulkan kami dalam keadaan buta padahal aku dulu (di dunia) dapat melihat.” (Thaahaa:124-125)
Para ulam berbeda pendapat tentang maksud buta dalam ayat diatas, apakah buta hati atau buta mata? Mereka yang berpendapat bahwa itu adalah buta hati mengambil dalil dari firman Allah Subhaanahu wa ta'ala,
“Alangkah terang pendengaran mereka dan alangkah tajam penglihatan mereka pada hari mereka datang kepada Kami.” (Maryam:38)
Dan firman Allah Subhaanahu wa ta'ala,
“Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari hal ini, maka Kami singkapkan dari padamu tutup (yang menutupi) matamu, hingga penglihatanmu pada hari itu tajam.” (Qaaf:22)
“Pada hari mereka meliha malaikat, di hari itu tidak ada kabar gembira bagi orang-orang yang berdosa.” (Al-Furqan:22)
“Niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahanam, dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘aunul yakin.” (At-takaatsur:5-7)
I -
KEADAAN-KEADAAN HARI MAHSYAR
1. Manusia semuanya berkumpul dengan
berkaki ayam dan bertelanjang.
Riwayat Syaikhati daripada ‘Aisyah r.a berkata:
Aku mendengar Rasulullah
s.a.w bersabda:
Manusia pada hari mahsyar akan dikumpulkan
dengan berkaki ayam
dan bertelanjangan tanpa secebis pakaian
(bertelanjang bulat), maka ‘Aisyah
berkata: “Aku bertanya, lelaki dan perempuan
semuanya dapat melihat
(kemaluan) setengah mereka kepada setengah yang
lain?” Sabda Rasulullah
s.a.w: “Perkara yang amat dahsyat ketika itu
menjadikan mereka tidak
mementingkan perkara itu.”
2. Matahari menghampiri kepala-kepala
makhluk.
Diriwayatkan oleh Muslim daripada al-Muqdam r.a
berkata: Aku
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Matahari akan menghampiri makhluk pada hari
kiamat sehingga
jadilah mereka yang jaraknya (dengan matahari)
pada kadar satu batu. Maka
adalah manusia pada ketika itu di dalam peluh
mengikut kadar amalan
mereka, maka sebahagian daripada mereka sampai
kepada buku lali, dan
daripada mereka ada yang sampai kepada betis,
dan ada juga sebahagian
daripada mereka sampai ke pusat, dan kedapatan
juga daripada mereka yang
ditenggelami oleh peluh keseluruhannya, dan
Rasulullah s.a.w telah
menunjukkan kepada mulutnya.
3. Bumi menjadi saksi kepada hamba di atas
segala amalan yang telah
dilakukannya.
Diriwayatkan daripada Ibnu Hibban di dalam
sahihnya daripada Abi
Hurairah berkata: Rasulul s.a.w telah membaca
ayat ini:
“Pada hari itu bumi menceritakan beritanya.”
Kemudian baginda bersabda:
“Apakah kamu mengetahui apakah beritanya?” Para
sahabat berkata:
“Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui.” Maka
sabda Rasulullah s.a.w:
“Maka sesungguhnya beritanya itu ialah
penyaksian ke atas setiap hamba
lelaki dan hamba perempuan dengan apa yang telah
dikerjakannya di atas
muka bumi, (iaitu daripada kebaikan dan
kejahatan) ia berkata: Amalan mi
begini dan begini...”
4. Tempat, di mana seseorang itu tidak
akan mengingati lagi seseorang yang lain.
Riwayat Abu Daud dan Hakim daripada ‘Aisyah r.a
berkata:
“Aku mengingati neraka kemudian aku menangis,
maka bertanya
Rasulullah s.a.w: “Apakah yang menyebabkan
engkau menangis?” Aku
berkata: “Aku mengingati neraka lalu aku
menangis, maka adakah kamu
akan mengingati ahli kamu pada hari kiamat?”
Maka sabda Baginda:
“Adapun pada tiga tempat, maka tiada seseorang
pun yang akan mengingati
seseorang yang lain.
Pertama: Ketika di sisi timbangan sehinggalah diketahui apakah
timbangannya itu ringan atau berat?
Keduanya: Ketika buku catatan (suhuf) itu berterbangan mencari
tuannya. Sehinggalah diketahui di manakah
jatuhnya buku catatan tersebut,
sama ada di kanan, di kiri atau di belakangnya?
Ketiga: Di sisi titian sirat. Apabila telah diletakkan di
antara dua tebing
neraka jahanam, sehinggalah ia telah dapat
menyeberanginya dengan
selamat.
5. Penyaksian anggota terhadap apa yang
telah di kerjakan oleh setiap
hamba-Nya.
Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata:
Adalah kami di sisi Rasulullah s.a.w, kemudian
baginda ketawa lalu
bersabda:
“Adakah kamu mengetahui tentang apakah yang
telah berlaku aku
ketawakan tadi?” Kami berkata: “Allah dan
Rasul-Nya lebih mengetahui.
Baginda bersabda: Tentang perbicaraan hamba
dengan Tuhan-Nya. Maka
kata hamba: “Wahai Tuhan, apakah engkau tidak
akan menyelamatkanku
daripada kezaliman?” Allah berfirman: “Bahkan!”
Maka berkata pula hamba:
“Sesungguhnya aku tidak akan membiarkan pada
hari ini seseorang pun
menjadi saksi ke atas diriku kecuali diriku
sendiri.” Maka firman Allah
kepadanya: “Cukuplah dengan diri engkau pada
hari ini sebagai saksi dan
Kiraman Klatibin akan menyaksikannya.” Kemudian
sabda Rasulullah s.a.w.
“Maka lalu di kuncilah mulutnya (hamba), dan
dikatakanlah kepada anggota-
.anggotanya “Bercakaplah,” lalu anggota-anggota
itupun menceritakanlah
segala amalan yang dilakukan oleh tuannya,
kemudian di biarkan hamba itu
pula bercakap, maka katanya:
“Celakalah kamu semua (anggota), padahal aku
telah berjuang untuk
mempertahankan kamu (semasa hidup di dunia).”
Ini semua telah dijejaskan dalam surah Yasin:65
“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka dan bercakaplah
kepala, tangan
mereka dengan kami mereka menaik saksi atas apa
yang mereka lakukan.”
II - KEADAAN-KEADAAN AHLI NERAKA
1. Neraka jahanam yang hitam gelap.
Tarmizi, Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayat kan
daripada Abu
Hurairah, daripada Nabi s.a.w bersabda:
“Api neraka telah dinyalakân selama seribu
tahun, sehingga merah,
kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga
putih, kemudian dilanjutkan
seribu tahun lagi sehingga hitam gelap, bagaikan
malam yang gelap kelam.
2. Apa yang berlaku di lembah jahanam.
Ibnu Majah, dan Tarmizi dan Tabrani me
riwayatkan daripada Ibnu
‘Abbas r.a daripada Nabi s.a.w bahawasanya
Baginda bersabda:
“Sesungguhnya di dalam neraka jahanam itu suatu
lembah yang mana
neraka jahanam meminta perlindungan daripada
lembah tersebut sebanyak
400 kali, yang disediakan untuk mereka yang
sentiasa membantah daripada
umat Nabi Muhammad s.a.w.”
3. Bagaimana dalamnya dasar jahanam.
Muslim meriwayatkan daripada Khalid ibnu Umair
berkata: telah
berkhutbah ‘Utbah bin Ghazwan r.a, maka ia berkata:
“Sesungguhnya telah diceritakan kepada kami
bahawasanya seketul
batu telah dicampakkan dan pada tebing neraka
jahanam, maka ia telah
menenggelami ke dalamnya selama 70 tahun
baharulah sampai kepada
dasarnya, demi Allah ia akan dipenuhi Apakah
kamu tidak takjub?”
4. Barang Yang ditempa oleh ahli neraka.
Ahmad, Abu Ya’Ja dan Hakim meriwayatkan daripada
Nabj s.a.w
bersabda:
“Kalaulah sekiranya ditempa daripada sedikit
besi neraka jahanam
lalu diletakkan di atas bumi, maka berkumpullah
sekelian manusia dan jin
untuk memindahkannya akan tetapi ianya tidak
akan mampu untuk
dipindahkan.”
5. Buruknya rupa ahli neraka:
Ibnu Abi Dunya meniwayatkan daripada Abdullah
bin ‘Amru r.a.
berkata:
“Kalaulah sekiranya seseorang lelaki daripada
ahli neraka
dikeluarkan ke dunia maka matilah penduduk dunia
lantaran
pemandangannya yang menggerunkan, dan baunya
amat busuk.”
Kemudian Abdullah menangis dengan tangisan yang
kuat sekali.
6. Minuman ahli neraka:
Ahmad, Tarmizi dan al-Hakim meriwayatkan
daripada Abi Umamah
r.a. daripada Nabi s.a.w dalam menjelaskan
firman Allah s.w.t yang
bermaksud:
“Dia akan diberi minum dengan air nanah, di
minumnya air nanah itu.”(Ibrahim: 16-17)
Sabda Baginda:
“Akan dihampirkan kepada mulutnya, maka apabila
sudah dekat
kepadanya maka hanguslah mukanya, dan apabila
diletakkan di hadapannya
maka tanggalkan kulit kepalanya, maka apabila ia
telah meminumnya maka
putuslah tali perutnya sehinggalah keluar
daripada duburnya.
Firman Allah:
“Dan diberi air yang mendidih sehingga
memotong-motong usus mereka
(taliperut).” (Muhammad: 15)
dan firman-Nya
“Dan jika mereka meminta minum nescaya mereka
akan diberi minum dengan
air seperti besi yang mendidih yang
menghanguskan muka. Itulah minuman yang
paling buruk.” (al-Kahfi 29)
7. Makanan ahli neraka.
Tarmizi, Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan
daripada Ibnu ‘Abbas
r.a bahawasanya Nabi s.a.w telah membaca ayat
ini:
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah
kepada Allah sebenar-benar
takwa kepadanya; dan janganlah sekali-kali kamu
mati melainkan dalam keadaan
kamu beragama Islam.” (Ali-Imran: 102)
Maka sabda Rasulullah s.a.w.:
“Kalaulah sekiranya setitik biji zakum itu
menitis ke atas permukaan
bumi ini nescaya akan binasalah kehidupan
penduduk dunia, maka bagai
manakah pula bagi sesiapa yang menjadikannya
sebagai makanan?”
8. Besarnya ahli neraka:
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w
bahawa ia bersabda:
“Sesungguhnya orang kafir (di neraka itu) begitu
besar sekali
sehinggakan giginya pun sebagai mana besarnya
Bukit Uhud dan begitulah
besarnya badannya pula ke atas giginya
sebagaimana besarnya tubuh
seseorang kamu daripada giginya.
9. Tangisan ahli neraka:
Ibnu Majah dan Abu Ya’la meriwayatkan daripada
Anas bin Malik r.a
berkata: Sabda Rasulullah s.a.w:
“Akan berterusanlah tangisan ahli neraka itu,
maka mereka akan
menangis sehingga keringlah air mata, kemudian
mereka akan menangis
dengan tangisan darah pula sehingga muka-muka
mereka menjadi
sebagaimana parit-parit, kalaulah sekiranya
dilayarkan kepadanya perahuperahu
maka akan hanyut.
III - KEADAAN-KEADAAN AHLI SYURGA
1. Cukuplah mereka dengan penuh kebanggaan
dan kemuliaan.
Di mana Allah s.w.t telah menyediakan kepada
mereka di dalam syurga daripada
perkara-perkara yang mata tidak pernah
memandangnya, telinga juga tidak
pernah mendengar bahkan hati manusia tidak
pernah terlintas
(terbayangkannya).
Syaikhan dan selain keduanya meriwayatkan
daripada Abi Hurairah
r.a berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Aku (Allah s.w.t) telah menyediakan bagi
hamba-hambaku yang
salih perkara-perkara yang tidak pernah
dipandang oleh mata, dan tidak
pernah telinga mendengarnya dan tidak pernah
terlintas oleh hati manusia,
dan bacalah kalau kamu mahu firman Allah s.w.t”:
“Sesungguhnya tidak mengetahui apa yang
disembunyikan untuk mereka
(iaitu bermacam macam nikmat) yang menyedapkan
pandangan mata sebagai balasan
terhadap apa yang telah mereka kerjakan.”
(Al-Sajdah: 17)
2. Cukuplah mereka dengan ketinggian dan
kemuliaan yang berkekalan
di dalamnya selama lamanya,
Mereka tidak akan terkena penyakit, tidak juga
menjadi tua dan tiada sebarang tegahan (sekatan).
Muslim dan Tarmizi meriwayatkan daripada Abi
Sa’id al-Khudri r.a
berkata: Sabda Rasulullah s.a.w
“Apabila ahli syurga masuk dalam syurga maka
kedengaranlah seruan
daripada penyeru: Sesungguhnya bagi kamu akan
sentiasa sihat dan kamu
tidak akan sakit selama-lamanya, bagi kamu akan
sentiasa hidup maka kamu
tidak akan mati selama-lamanya, bagi kamu akan
sentiasa muda maka kamu
tidak akan tua buat selama-lamanya dan bagi kamu
akan sentiasa mendapat
nikmat kemewahan, maka kamu tidak akan ditimpa
kemiskinan (kesusahan)
selama-lamanya.”
Begitulah firman Allah azza wajalla:
“Dan diserukan kepada mereka, ‘itulah syurga
yang diwariskan kepadamu,
disebabkan apa yang kamu kerjakan dahulu.”
(Al-A’raf: 43)
3. Cukuplah mereka daripada sebarang
keinginan (iri hati) dan kenikmatan-kenikmatan bagi mereka.
Tiada sesuatu yang diberikan amat disukai dan
dikasihi oleh mereka selain daripada memandang kepada wajah Allah yang mulia.
Muslim, Tarmizi dan Nasa’i meriwayatkan daripada
Suhib r.a berkata:
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila ahli syurga masuk ke dalam syurga maka
berfirmanlah
Allah azza wajalla: Kamu hendak sesuatu maka aku
akan tambahkan kepada
karnu?” Maka mereka berkata: “Apakah tidak putih
(bercahaya) muka-muka
kami? Apakah kami tidak masuk syurga? Apakah
kami tidak berjaya (lepas)
daripada neraka?” Dikatakan: “Maka bukalah
(singkaplah) hijab, maka tidak
suatu perkara yang diberikan paling disukai oleh
mereka selain daripada
memandang kepada Tuhan mereka, kemudian bacalah
firman Allah s.w.t ini.
“Bagi orang-orang yang membuat baik ada pahala
yang terbaik dan
tambahannya.” (Yunus: 26)