.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, October 13, 2014

Dihyah Al Qalbi : Suatu Kisah Bazzar


Bazzar telah memberitakan dari Dihyah Al-Qalbi ra. katanya: Aku telah diutus oleh Rasulullah SAW dengan membawa sepucuk surat kepada Kaisar, Pembesar Romawi. Bila aku tiba di negerinya, aku terus mendatanginya, lalu aku serahkan surat itu kepadanya, sedang di sampingnya khadamnya yang berkulit merah, dan berambut lurus. Dia
pun membaca surat itu yang berbunyi (Nas surat menyurat itu tersebut di dalam Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:83)

Dari Muhammad Utusan Allah, kepada Heraklius, Pembesar Romawi. Mendengar bunyi surat itu, khadam Pembesar Romawi mulai marah, lalu menyanggah: “Surat ini tidak boleh dibaca sekarang!” dia menyeringai. “Kenapa?” tanya Kaisar. “Dia memulai dengan namanya dulu sebelum engkau. Kemudian dia memanggilmu dengan pembesar Rom, bukan Maharaja Rom!”. “Tidak”, sambut Kaisar, “biar surat ini dibaca untuk diketahui isinya”. Surat Nabi SAW itu terus dibacakan hingga selesai, dan setelah semua pengiring-pengiring Kaisar keluar dari majlisnya, aku pun dipanggil untuk masuk. Bersamaan dengan itu dipanggilkan paderi yang mengetahui seluk-beluk agama mereka. Kaisar lalu memberitahu paderi itu, dan dibacakan sekali lagi surat itu kepadanya. “Inilah yang selalu kita tunggu-tunggu, dan Nabi kita Isa sendiri telah memberitahukan kita lama dulu!” jawab paderi itu kepada Kaisar. “Apa pendapatmu yang harus aku buat?” tanya Kaisar kepada paderi. “Kalau engkau tanya pendapatku, aku tentu akan mempercayainya dan akan mengikut ajarannya”, jawab paderi dengan jujur. “Tetapi aku jadi serba salah”, kata Kaisar, “jika aku ikut nasihatmu, akan hilanglah kerajaanku!”.

Kami pun keluar meninggalkan tempat itu. Dan kebetulan sekali, waktu itu, Abu Sufyan bin Harb sedang berada di Rom. Abu Sufyan dipanggil oleh Kaisar ke istananya dan ditanyakan tentang diri Muhammad SAW itu. “Cuba engkau beritahu kami tentang orang yang mengaku Nabi di negerimu itu?” tanya Kaisar. “Dia seorang anak muda”, jawab Abu Sufyan. “Bagaimana kedudukannya dalam pandangan masyarakat kamu, dia mulia?”. “Tentang kedudukannya dan keturunannya, memang tiada siapa yang melebihi kedudukan dan keturunannya!” jawab Abu Sufyan jujur. “Ini tentulah tanda-tandanya kenabian”, Kaisar berbisik-bisik kepada orang-orang yang di sampingnya. “Bagaimana bicaranya, adakah dia selalu berkata benar?” “Benar”, jawab Abu Sufyan, “dia memang tidak pemah berkata dusta”. “Ini lagi satu tanda-tandanya kenabian!” Kaisar terus berbisik-bisik kepada orang-orang yang mengiringnya itu. “Baiklah”, kata Kaisar lagi. “Orang yang rnengikutnya dari rakyatmu itu, adakah dia meninggalkan agamanya, lalu kembali semula kepadamu?” “Tidak”, jawab Abu Sufyan. “Ini lagi satu tanda-tandanya kenabian!” kata Kaisar pula. “Adakah terjadi peperangan di antara kamu dengannya?” “Ada!” jawab Abu Sufyan. “Siapa yang selalu menang?” “Kadang-kadang dia mengalahkan kita, dan kadang-kadang kita mengalahkannya”, jelas Abu Sufyan. “Ini lagi satu tanda-tanda kenabian!” kata Kaisar Romawi itu.

Berkata Dihyah Al-Qalbi ra. seterusnya: Maka aku pun dipanggil oleh Kaisar Romawi itu, seraya dia berkata kepadaku: “Sampaikanlah berita kepada pembesarmu itu, bahawa aku tahu dia memang benar Nabi”, dia menunjukkan muka yang sungguh benar dalam kata-katanya. “Tetapi apa daya”, katanya lagi, “aku tak dapat buat apa-apa, kerana aku tidak bersedia ditumbangkan dari kerajaanku!”

Kata Dihyah Al-Qalbi ra. yang menghayati semua peristiwa ini: Adapun sang paderi itu pula, maka ramailah orang yang datang ke gerejanya setiap hari Ahad. Dia terus menemui mereka dan menyampaikan semua ajaran Nasrani itu. Memang itulah kerjanya setiap hari Ahad. Tetapi apabila tiba hari Ahad sesudah pertemuan itu, dia terus berdiam di rumahnya, tiada mahu keluar seperti biasanya. Sesudah perkenalan hari pertama, memang aku sering datang kepadanya untuk berbicara mengenai agama Islam, dan dia terus-menerus menanyakanku tentang Nabi SAW. Ahad berikutnya, paderi itu terus berdiam diri, dan orang ramai merasa kecewa menunggu, namun dia tidak datang juga. Maka datanglah orang ke rumahnya menanyakan khabar, maka dia minta diuzurkan kerana sakit. Hal serupa ini berlangsung sehingga berkali-kali, sehingga orang mencurigainya. Mereka lalu mengirim utusan kepada paderi itu, memberikan peringatan kepadanya, jika tidak mahu datang juga ke gereja untuk menyampaikan ajarannya, maka mereka akan datang beramai-ramai ke rumahnya dan akan membunuhnya, kerana mereka telah menyangka, bahawa sejak datangnya si orang Arab itu ke Rom, sikap paderi telah banyak berubah. Paderi Romawi itu pun memanggilku datang ke rumahnya. “Ini suratku, ambillah dan serahkan kepada pembesarmu itu”, pesan paderi itu dengan hati yang tidak tenang. “Sampaikan salamku kepadanya, dan beritahukan bahawa aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu adalah Utusan Allah. Katakan juga, bahawa aku beriman dengannya, mempercayainya, dan menjadi pengikutnya. Dan kaumku telah mengingkari semua kata-kata dan nasihatku, kemudian engkau ceritakanlah pula apa yang engkau saksikan itu”, pesan paderi itu kepadaku. Apabila paderi itu enggan datang ke gereja lagi, mereka marah, lalu mereka membunuhnya.

(Al-Haitsami: Majma’uz-Zawa’id 8:236-237. Abu Nu’Alm pula meriwayatkan cerita yang sama, tetapi ringkas, dalam Dalaa’ilun-Nubuwah, hal. 121.)

Abdan memberitakan dari Ibnu Ishak yang menukil dari beberapa orang yang mengetahui peristiwa ini, katanya bahawa Heraklius berkata kepada Dihyah Al-Qalbi ra. “Memang demi Allah, aku tahu bahawa pembesarmu itu adalah Nabi yang diutus, dan dialah orang yang kita tunggu selama ini, dan sifatnya tersebut di dalam kitab kami. Akan tetapi, apa daya, aku bimbang aku akan ditumbangkan dari kerajaanku. Kalau tidak kerana itu, tentu aku akan mengikutnya. Cuba engkau pergi kepada paderi kami dan jelaskan tentang perkara pembesarmu itu, kerana paderi itu lebih dihormati orang dari hal agama dan bicaranya tentu lebih diterima!”. Maka Dihyah pun mendapatkan paderi itu dan menceritakan berita yang dibawanya itu, maka setelah didengar semua berita itu, paderi itu berkata: “Pembesarmu itu, demi Allah, adalah seorang Nabi yang diutus, kami mengetahuinya dengan sifat-sifatnya dan namanya! Paderi itu lalu melepaskan pakaian gerejanya, dan menukarnya dengan pakaian serba putih. Dia pun keluar di khalayak ramai sambil mengisytiharkan penyaksiannya menjadi Islam. Orang ramai pun mengerumuni dan membunuhnya.
(Al-Ishabah 2:216)

والله تعالى اعلم
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)