.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, October 23, 2018

Kisah Nadr bin Harith

Kisah Nadr bin Harith

Ketika mana penentangan demi penentangan terhadap Muhammad tidak berjaya, Quraisy yang belum Islam membuat helah lain pula bagi menentang kebenaran. Mereka berkata. "Kita panggil seorang yang bernama Nadr bin Harith. Dia ini seorang yang berketurunan Quraisy tetapi tinggal di Taif, Seorang yang banyak berjalan dan mengembara. Pelbagai perkara yang dia tahu termasuklah cerita dongeng dan kepercayaan karut daripada suku-suku dan bangsa-bangsa lain."

Mereka meminta kepada Nadr, “Di mana sahaja Muhammad berdakwah, engkau pergi ke situ. Apabila Muhammad membuka cerita karutnya. engkau buka cerita-cerita karut yang ada pada kamu."

Pada peringkat awal. perancangan jahat ini berjaya. Apabila sahaja Muhammad berdakwah. Nadr datang ke tempat itu dan
membuka cerita dongeng dan karut yang ada padanya. Ramailah orang datang mendengar Nadr dan mereka meninggalkan Muhammad. Orang memang meminati cerita-cerita dongeng.

Selepas habis. Nadr bercakap kepada orang ramai, "Muhammad tidak lebih daripada aku. dia mempunyai cerita dongeng dan khurafat, aku pun mempunyai cerita dongeng dan khurafat."

Begitulah berhari-hari. Nadr berjaya menarik orang daripada mendengar dakwah Muhammad. Tetapi, akhirnya orang jemu
mendengar cerita Nadr dan orang kembali mendengar al-Quran daripada Muhammad.

Abu Jahal sudah tidak tahan lagi, dia mengumpulkan pemimpin-pemimpin Quraisy dan para penentang dakwah Muhammad.

Katanya. "Semua yang kita buat tidak menjadi. Sekarang aku sudah bertekad. Aku akan bunuh Muhammad. Terpulanglah pada kamu, apabila suku Abdul Muttalib mahu menuntut bela ke atas Muhammad sama ada kamu hendak mempertahankan aku ataupun tidak. Kalau kamu tidak mahu pertahankan aku, biarlah aku dibunuh oleh suku Abdul Muttalib. Yang penting aku mahu membunuh Muhammad."

Akhirnya, Quraisy bersetuju melindungi Abu Jahal daripada suku Abdul Muttalib. Ringkasnya, mereka pun membuat pakatan membunuh Muhammad. Pada hari yang dirancang. seperti biasa. apabila bersembahyang di Kaabah Muhammad memanjangkan suiudnya. Mereka berkata, "Kita tunggu Muhammad sujud."

Semasa Muhammad suiud nanti. Abu Jahal akan mengangkat batu besar dan menghempapkan ke atas kepala Muhammad.

Muhammad seperti biasa datang bersembahyang di Kaabah dan sujud panjang.

Abu Jahal datang dengan membawa batu besar yang dia sendiri susah mengangkatnya. Dia memaksa dirinya mengangkat batu sebesar itu bagi membunuh Muhammad. Apabila dia sampai berhampiran dengan Muhammad yang sedang sujud itu. tiba-tiba dia membuang batu itu dan lari ketakutan. Semua pembesar Quraisy berasa hairan dan pelik. Abu Jahal yang sebelumnya begitu bersemangat, tiba-tiba dia membuang batu dan lari ketakutan.

Mereka bertanya kepada Abu Jahal, "Mengapa kamu lari seperti orang ketakutan?"

Abu Jahal berkata, "Kamu semua tidak nampakkah?"

"Kami tidak nampak apa-apa pun."

Abu Jahal berkata, "Kamu semua tidak nampak apa yang aku nampak?"

"Apa yang kamu nampak?" tanya Quraisy.

Abu Jahal berkata, "Aku nampak unta jantan yang sangat besar datang menyerang aku. Unta itu mahu membunuh aku."

Sebahagian Quraisy berkata, "Engkau membuat cerita dongeng. wahai Abu Jahal. Kami tidak nampak apa-apa pun."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

MUHASABAH