.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, September 15, 2015

Malaikat dan tugas

Nama Nama Malaikat serta tugasnya

MALAIKAT HAMMATUL ‘ARSYI.
Iaitu para malaikat pemikul ‘Arsy.Merekalah para malaikat dengan tingkatan tertinggi dan pertama
kali diciptakan. Di dunia jumlahnya ada empat dan di akhirat nanti jumlahnya ada lapan. Bentuknya seperti kambing, antara telapak kaki sampai lututnya saja baru dapat ditempuh tujuh puluh tahun perjalanan bagai burung yang cepat terbangnya. .

MALAIKAT HAAFUN.
Iaitu para malaikat yang mengelilingi ‘Arsy. Wahab bin Munabbih menyebutkan bahawa di sekitar ‘Arsy ada 70.000 barisan malaikat. Satu baris di belakang barisan itu berhadap-hadapan. Mereka sama membaca tahlil dan yang lain membaca takbir. Di belakang 70.000 barisan malaikat itu terdapat 70.000 lagi barisan malaikat yang sama berdiri, tangannya dikalungkan pada lehernya dan diletakkan pada pundak-pundak mereka. Di belakang 70.000 barisan malaikat yang berdiri, ada 100.000 barisan malaikat lagi, mereka meletakkan tangan kanannya pada tangan kirinya dengan membaca tasbih. Antara satu sayap jaraknya 800 tahun perjalanan. Antara daun telinga dan pundaknya jaraknya 400 tahun perjalanan. Allah Swt membuat tabir (batas) antara para malaikat yang berada di kanan kiri ‘Arsy itu dengan 70 tabir dari cahaya, 70 tabir dari gelap, 70 tabir dari intan putih, 70 tabir dari air, 70 tabir dari kesejukan, yang hanya diketahui oleh Allah. Subhanallah.

MALAIKAT RUHANIYUN
Iaitu malaikat bangsa ruhani. Mereka berada di bumi putih seperti marmar, luasnya seluas perjalanan matahari 40 hari, panjangnya tidak ada yang tahu kecuali Allah. Suara mereka sangat ramai dengan bacaan tasbih dan tahlil. Andaikan suara mereka dibuka dan diperdengarkan pada penduduk bumi, maka maka manusia dan isinya akan hancur kerana mendengar begitu kerasnya suara itu. Pangkal barisan malaikat ruhani adalah hingga sampai pada para malaikat pemikul ‘Arsy. 

MALAIKAT KARABIYYUN.
Iaitu ketua-ketua/pemimpin para malaikat yang berada di sekitar ‘Arsy.

MALAIKAT SAFARAH.
Iaitu malaikat yang menjadi penghubung antara Allah dengan Nabi dan orang-orang soleh. Mereka ada empat iaitu: Jibril yang turun kepada Nabi, Mikail yang mengatur hujan, Israfil yang bertugas meniup sangkakala pada hari kiamat dan Izrail yang mencabut nyawa.

MALAIKAT HAFADHAH.
Iaitu malaikat yang menjaga manusia. Seperti dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w ketika ditanya oleh Uthman bin Affan RA, jumlah mereka ada dua puluh malaikat. Mereka terdiri dari: malaikat yang mencatat kebaikan disebelah kanan (Raqib) dan mencatat keburukan di sebelah kiri (‘Atid); dua malaikat di muka dan belakang; satu malaikat yang menguasai ubun-ubun; dua malaikat yang menjaga bibir; satu malaikat yang menjaga mulut ; dan dua malaikat yang menjaga mata. Semuanya berjumlah sepuluh malaikat setiap manusia. Kemudian para malaikat yang bertugas malam hari turun menggantikan malaikat yang bertugas siang hari dengan jumlah yang sama. Jadi jumlah mereka keseluruhan ada dua puluh malaikat.

MALAIKAT KATABAH.
Iaitu para malaikat yang menulis ketetapan-ketetapan di Luh Mahfudz

GOLONGAN MALAIKAT SELAIN DARI 10 MALAIKAT YANG WAJIB DIKETAHUI
Malaikat tercipta dari cahaya dan percaya akan adanya Malaikat merupakan bahagian dari Rukun Iman. 
Jibril – Pemimpin para malaikat, bertugas menyampaikan wahyu dan mengajarkannya kepada para nabi dan rasul.
Mikail – Membahagi rezeki kepada seluruh makhluk.
Israfil – Meniup sangkakala (terompet) pada hari kiamat.
Munkar dan Nakir – Memeriksa amal manusia di alam barzakh.
Izrail – Mencabut nyawa seluruh makhluk.
Ridwan – Menjaga pintu syurga.
Malik – Pemimpin Malaikat Zabaniah dan penjaga neraka.
Zabaniah – 19 malaikat penyiksa dalam neraka yang bengis dan kasar.
Hamalat al ‘Arsy – Empat malaikat pembawa ‘Arsy Allah, pada hari kiamat jumlahnya akan ditambah empat menjadi lapan.
Harut dan Marut – Dua Malaikat yang turun di negeri Babil (Babylon)
Darda’il – Malaikat yang mencari orang yang berdo’a, bertaubat, minta ampun dan lainnya pada bulan Ramadhan.
Hafazhah (Para Penjaga):
Kiraman Katibin – Para malaikat pencatat yang mulia, ditugaskan mencatat amal manusia.
Mu’aqqibat – Para malaikat yang selalu memelihara/ menjaga manusia dari kematian sampai waktu yang telah ditetapkan yang datang silih berganti.
Malaikat Qarin – Malaikat pendamping manusia dari lahir hingga ajalnya, bertugas membisikkan hal-hal kebenaran dan kebaikan.
Arham – Malaikat yang diperintahkan untuk menetapkan rejeki, keberuntungan, ajal dan lainnya pada 4 bulan kehamilan.
Jundallah – Para malaikat perang yang bertugas membantu nabi dalam peperangan.
Ad-Dam’u – Malaikat yang selalu menangis jika melihat kesalahan manusia.
An-Nuqmah – Malaikat yang selalu berurusan dengan unsur api dan duduk disinggasana berupa nyala api, ia memiliki wajah kuning tembaga.
Ahlul Adli – Malaikat besar yang melebihi besarnya bumi besera isinya dikatakan ia memiliki 70 ribu kepala.
Ar-Ra’d – Malaikat pengatur awan dan hujan.
Malaikat Berbadan Api dan Salju – Malaikat yang setengah badannya berupa api dan salju berukuran besar serta dikelilingi oleh sepasukan malaikat yang tidak pernah berhenti berzikir.
Penjaga Matahari – Sembilan Malaikat yang menghujani matahari dengan salji.
Malaikat Rahmat – Penyebar keberkahan, rahmat, permohonan ampun dan pembawa roh orang-orang shaleh, ia datang bersama dengan Malaikat Maut dan Malaikat `Adzab.
Malaikat `Adzab – Pembawa roh orang-orang kafir, zalim, munafik, ia datang bersama dengan Malaikat Maut dan Malaikat Rahmat.
Pembeza Haq dan Bathil – Para malaikat yang ditugaskan untuk membedakan antara yang benar dan salah kepada manusia dan jin.
Penentram Hati – Para malaikat yang mendoakan seorang mukmin untuk meneguhkan pendirian sang mukmin tersebut.
Penjaga 7 Pintu Langit – 7 malaikat yang menjaga 7 pintu langit. Mereka diciptakan oleh Allah sebelum Dia menciptakan langit dan bumi.
Pemberi Salam Ahli Syurga – Para malaikat yang memberikan salam kepada para penghuni syurga.
Pemohon Ampunan Orang Beriman – Para malaikat yang terdapat disekeliling ‘Arsy yang memohonkan ampunan bagi kaum yang beriman.
Pemohon Ampunan Manusia di Bumi – Para malaikat yang bertasbih memuji Allah dan memohonkan ampun bagi orang-orang yang ada di bumi.
Pengatur Urusan Dunia – Malaikat yang mengatur urusan manusia di dunia.



Dalam buku yang berjudul Jawaahi al-Khamsah yang dituliskan kembali oleh Patrick Hughes dalam bukunya yang berjudul “A Dictionary of Islam: Being a Cyclopaedia of the Doctrines, Rites …,” disebutkan nama-nama Malaikat Pelindung adalah sebagai berikut:Israfil, Jibril, Kalka‟il, Darda‟il, Durba‟il, Raftma‟il, Sharka‟il, Tankafil, Isma‟il, Sarakika‟il, Kharura‟il, Tata‟il, Ruya‟il, Hula‟il, Hamwakil, „Itra‟il, Amwakil „Amra‟il, „Azrail, Mika‟il, Mahka‟il, Harta‟il, „Ata‟il, Nura‟il, Nukha‟il. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)