.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Saturday, June 27, 2015

Pesanan dan Nasihat Ibnul Qayyim Al-Jauziyah

Kita dapat menelusuri alur munculnya sebuah kemaksiatan dari urut-urutan berikut. Bermula dari lintasan fikiran atau lintasan hati; jika tidak kita kendalikan atau jika lintasan-lintasan fikiran yang buruk kita biarkan atau justeru kita pupuk maka ia akan menguat menjadi keinginan, keinginan buruk yang kita tidak patahkan dapat menguat menjadi azam (tekad, kemajuan kuat); tekad yang terus terpupuk akan memunculkan perbuatan; dan pada puncaknya perbuatan yang dilakukan berulang-ulang akan menjadi kebiasaan.

Ibnul Qayyim menyatakan merubah kebiasaan lebih sulit daripada merubah perbuatan awal, perbuatan lebih sulit dirubah dibanding kemauan. Sehingga titik awal perubahan adalah pada pengendalian lintasan fikiran. Beginilah asas psikologi sebuah kemaksiatan muncul. Tetapi skema ini juga dapat diperlakukan pada konteks memupuk kebiasaan baik atau merubah kebiasaan buruk menjadi kebiasaan baik.

Perkara yang sia-sia

1. Ilmu yang tidak diamalkan. Ertinya tidak menjadi manfaat bagi dirinya sendiri dan orang banyak.

2. Amalan yang tidak ikhlas dan tidak ada contohnya dari Rasulullah SAW dan para sahabat.

3. Harta yang tidak diinfakkan, tidak menjadi nikmat di dunia (ertinya tidak dijalankan fungsi sosial dari harta tersebut) juga tidak menjadi pelindung untuk kehidupan akhirat.

4. Hati yang kosong dari cinta dan kerinduan kepada Allah SWT.
Tubuh yang tidak digunakan untuk taat, mengabdi serta mencintai-Nya.

5. Mencintai Allah namun tidak berpegang kepada redha Allah dan mengikuti perintah-Nya.

6. Waktu yang tidak diisi untuk memperbaiki perkara yang tertinggal darinya, serta tidak berbuat kebaikan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

7. Fikiran yang digunakan untuk hal-hal yang tidak bermanfaat.

8. Membantu orang yang tidak mendekatkan diri kita pada Allah, namun juga tidak mendatangkan kebaikan untuk dunia.

9. Takut serta mengharap kepada manusia. Yang sebenarnya ubun-ubun semua manusia berada dalam genggaman Allah.

10. Dia adalah tawanan yang dikuasai oleh Allah, tidak dapat menghindarkan hal-hal yang membahayakan dari dirinya serta tidak dapat mendatangkan manfaat untuk dirinya, tidak dapat menghidupkan dan mematikan dirinya serta tidak dapat membangkitkan dirinya.

Sabar

 Sabar adalah menahan jiwa daripada berkeluh kesah dan marah, menahan lisan dari mengeluh, serta menahan anggota badan dari berbuat tashwisy (yang tidak lurus). Sabar ada tiga jenis iaitu sabar dalam berbuat ketaatan kepada Allah, sabar dari melakukan maksiat, dan sabar tehadap ujian Allah."

1. Hendaknya hamba menyedari betapa buruk, hina dan rendah perbuatan maksiat. Dan hendaknya dia memahami bahawa Allah mengharamkannya serta melarangnya dalam rangka menjaga hamba dari terjerumus dalam perkara-perkara yang keji dan rendah sebagaimana penjagaan seorang ayah yang sangat sayang kepada anaknya demi menjaga anaknya agar tidak terkena sesuatu yang membahayakannya.

2. Merasa malu kepada Allah… kerana sesungguhnya apabila seorang hamba menyedari pandangan Allah yang selalu mengawasi dirinya dan menyedari betapa tinggi kedudukan Allah di matanya. Dan apabila dia menyedari bahawa perbuatannya dilihat dan didengar Allah tentu saja dia akan merasa malu apabila dia melakukan hal-hal yang dapat membuat murka Rabbnya… Rasa malu itu akan menyebabkan terbukanya mata hati yang akan membuat anda boleh melihat seolah-olah anda sedang berada di hadapan Allah…

3. Sentiasa menjaga nikmat Allah yang dilimpahkan kepadamu dan mengingat-ingat perbuatan baik-Nya kepadamu.
Apabila engkau berlimpah nikmat
maka jagalah, kerana maksiat
akan membuat nikmat hilang dan lenyap
Barangsiapa yang tidak mahu bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah kepadanya maka dia akan diseksa dengan nikmat itu sendiri.

4. Merasa takut kepada Allah dan khuatir akan ditimpa hukuman-Nya

5. Mencintai Allah… kerana seorang kekasih tentu akan mentaati dikasihinya… Sesungguhnya maksiat itu muncul diakibatkan oleh lemahnya rasa cinta.

6. Menjaga kemuliaan dan kesucian diri serta memelihara kehormatan dan kebaikannya… Sebab perkara-perkara inilah yang akan dapat membuatkan dirinya merasa mulia dan rela meninggalkan berbagai perbuatan maksiat…

7. Memiliki kekuatan ilmu tentang betapa buruknya melakukan perbuatan maksiat serta jeleknya akibat yang ditimbulkannya dan juga bahaya yang timbul sesudahnya iaitu berupa muramnya wajah, kegelapan hati, sempitnya hati dan gundah gulana yang menyelimuti diri… kerana dosa-dosa itu akan membuat hati menjadi mati…

8. Memupuskan buaian angan-angan yang tidak berguna. Dan hendaknya setiap insan menyedari bahawa dia tidak akan tinggal selamanya di alam dunia. Dan mestinya dia sedar kalau dirinya hanyalah sebagaimana tamu yang singgah di sana, dia akan segera berpindah darinya. Sehingga tidak ada sesuatu pun yang akan mendorong dirinya untuk semakin bertambah berat tanggungan dosanya, kerana dosa-dosa itu jelas akan membahayakan dirinya dan sama sekali tidak akan memberikan manfaat apa-apa.

9. Hendaknya menjauhi sikap berlebihan dalam  makan, minum dan berpakaian. Kerana sesungguhnya besarnya dorongan untuk berbuat maksiat hanyalah muncul dari akibat berlebihan dalam perkara-perkara tadi. Dan di antara sebab terbesar yang menimbulkan bahaya bagi diri seorang hamba adalah… waktu senggang dan lapang yang dia miliki… kerana jiwa manusia itu tidak akan pernah mau duduk diam tanpa kegiatan… sehingga apabila dia tidak disibukkan dengan hal-hal yang bermanfaat maka tentulah dia akan disibukkan dengan hal-hal yang berbahaya baginya.

10. Sebab terakhir adalah sebab yang merangkum sebab-sebab di atas… iaitu kekukuhan pokok keimanan yang tertanam kuat di dalam hati… Maka kesabaran hamba untuk menahan diri dari perbuatan maksiat itu sangat bergantung dengan kekuatan imannya. Setiap kali imannya kukuh maka kesabarannya pun akan kuat… dan apabila imannya melemah maka sabarnya pun melemah… Dan barangsiapa yang menyangka bahawa dia akan sanggup meninggalkan berbagai macam penyimpangan dan perbuatan maksiat tanpa dibekali keimanan yang kukuh maka sungguh dia telah keliru.

Sabar yang paling berat adalah sabar untuk taat berbanding sabar dalam ujian dan membuat maksiat.

 
Sabar untuk taat bererti kita mentaati segala perintah Allah dengan melawan MUSUH UTAMA, iaitu nafsu dan syaitan. Ketaatan yang sempurna, kita taat dengan penuh penghayatan. Solat yang khusyuk, puasa yang penuh keinsafan, zikir yang berpanjangan, munajat di sepertiga malam yang diiringi rasa takut dan pengharapan. Kita tahu hukum-hukum dalam Islam. Wajib, sunat, harus, makruh dan haram. TAHU tapi tidak bermakna kita BUAT semuanya. Alangkah susahnya untuk taat..

Andainya kalian mampu memberi ketaatan sebegini rupa, pasti sepenuh masa hidup kita terisi dengan ingatan pada Allah SWT.

Sabar daripada melakukan maksiat. Alhamdulillah, hingga sekarang dapat kita lihat rata-rata masyarakat kita masih menilai yang buruk itu salah, dan yang baik itu betul. Sebagai contoh, meragut, perbuatan zina, membunuh dan lain-lain. Secara tidak langsung, maksiat berlaku dikalangan golongan minoriti bukan majoriti.

Sabar menghadapi ujian. Setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Sabar ataupun tidak, ujian itu tetap berlaku..cuma dapat kita lihat tahap perbezaan kesabaran. Cuba bayangkan, seorang isteri yang kematian suami. Ada yang meraung, menangis, pitam, pengsan. Ada juga yang mengalir air matanya tanpa suara. Ada juga yang tidak menzahirkan air matanya. Selepas kematian suami, si isteri tetap meneruskan hidup seperti biasa. Ada yang mencari pengganti. Ada yang membesarkan anak-anak dengan hasil titik peluh sendiri. Lazimnya, manusia akan merelakan hatinya apabila ditimpa musibah. 

Nasihat Ibnul Qayyim lagi:

1. Sesiapa di dunia yang meninggalkan solat, di akhirat kelak mereka akan bersama orang yang terkutuk.

2. Sesiapa yang sibuk dengan kuasa, dia akan berhimpun dengan Firaun.

3. Sesiapa yang sibuk dengan harta, dia akan berhimpun dengan Qarun.

4. Sesiapa yang sibuk dengan pangkat, dia akan berhimpun dengan Haman.

5. Sesiapa yang sibuk dengan berniaga, dia akan berhimpun dengan Ubai bin Khalaf.

Dan katanya lagi:

Setiap hamba (manusia) memiliki tabir—yang menutupi hubungan—antara dirinya dengan Allah, serta memiliki tabir—yang menutupi hubungan—antara dirinya dengan sesama manusia.

Barangsiapa yang telah membuka tabir, yang menutupi hubungan antara dirinya dengan Allah, maka telah terbuka pula tabir yang menutupi hunungan antara dirinya dengan sesama manusia.

Setiap hamba (manusia) memiliki Tuhan dimana ia akan menjumpai-Nya, dan memiliki rumah dimana ia akan tinggal di dalamnya. Untuk itu, ia harus meminta ridha Tuhannya sebelum menemui-Nya, dan menyiapkan rumahnya sebelum ia pindah ke sana.

Menyia-nyiakan waktu lebih buruk daripada kematian. Sebab menyia-nyiakan waktu akan memutus hubungan kamu dengan Allah dan kehidupan akhirat, sementara kematian akan memutuskan hubungan kamu dengan dunia dan para penghuninya.

Keuntungan terbesar di dunia adalah ketika kamu menyibukkan diri sepanjang waktu dengan sesuatu yang lebih utama dan lebih bermanfaat terkait hasil yang akan diperolehnya.

Bagaimana mungkin menjadi orang yang berakal, iaitu orang yang menjual surga dengan kenikmatan syahwat yang hanya berlangsung sesaat.

Seorang Alim keluar ke dunia, dan ia tidak akan menghabiskan keperluannya hingga melupakan dua hal: menangisi dirinya sendiri, dan memuji Tuhannya.

Jika seorang manusia takut pada manusia, maka ia akan menjauh dan lari darinya. Sebaliknya, jika seorang manusia takut pada Allah, maka ia menjadi taat dan mendekat pada-Nya.

Sekiranya ilmu itu bermanfaat tanpa amal, nescaya Allah tidak mencela orang-orang alim dari kalangan Ahlulkitab. Dan sekiranya amal itu bermanfaat tanpa keikhlasan, niscaya Allah tidak mencela orang-orang munafik.


Pesannya lagi tentang hati : 



Tidaklah seseorang dihukum dengan hukuman yang lebih berat dibandingkan dengan kerasnya hati dan jauhnya dari Allah.

Neraka telah diciptakan untuk mencairkan hati-hati yang keras.

Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati yang keras.

Jika hati mengeras, keringlah air mata.

Kerasnya hati disebabkan oleh empat hal jika engkau melampaui batas yang diperlukan (iaitu); makan, tidur, berbicara dan pergaulan. Sebagaimana badan jika sakit tidak akan bermanfaat padanya makanan dan minuman, maka demikian pula hati jika sakit kerana syahwat tidak akan masuk padanya berbagai nasihat.

Barangsiapa menghendaki kejernihan hatinya, hendaknya dia melebih utamakan Allah atas syahwatnya.

Hati-hati yang terikat dengan syahwat, bererti tertutup dari Allah sesuai dengan keterikatannya dengan syahwat.

Kehancuran hati disebabkan kersna merasa aman (dari seksaan Allah ) dan kelalaian. Sedangkan kemakmuran hati disebabkan oleh rasa takut dan selalu ingat.

Kerinduan kepada Allah dan perjumpaan dengan-Nya adalah angin segar yang bertiup kepada hati yang akan mendinginkan darinya panasnya dunia.

Barangsiapa menempatkan hatinya di sisi Rabbnya nescaya akan tenang dan tenteram. Barangsiapa membebaskan hatinya pada manusia, nescaya dia akan kebingungan dan akan semakin tegang .

Kecintaan kepada Allah tidak akan masuk ke dalam hati yang padanya terdapat kecintaan terhadap dunia kecuali sebagaimana seekor unta masuk ke dalam lubang jarum.

Jika Allah mencintai seorang hamba, nescaya Dia akan memilihnya untuk Diri-Nya, memilihnya untuk mencintai-Nya, memilihnya untuk beribadah kepada-Nya, sehingga Dia akan menyibukkan fikirannya dengan-Nya, menyibukkan lisannya untuk berzikir kepada-Nya, dan menyibukkan anggota tubuhnya untuk mengabdi kepada-Nya.

Hati boleh sakit sebagaimana badan. Dan ubat hati ada pada taubat dan perlindungan diri. Hati juga boleh kotor sebagaimana cermin yang kotor. Dan menggilapkan hati adalah dengan zikir. Hati yang telanjang sebagaimana tubuh juga yang telanjang. Dan perhiasan hati adalah ketakwaan. Hati juga boleh lapar dan dahaga sebagaimana seperti badan. Dan makanan dan minuman hati adalah ma’rifah (pengetahuan tentang Allah), mahabbah (kecintaan terhadap Allah), tawakkal, senantiasa kembali dan mengabdi hanya kepada Allah.

[al-Fawaid , diterjemahkan dari al-Majmu'ul Qayyim min Kalam Ibnil Qayyim m] 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

MUHASABAH