.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, February 1, 2015

Kita dan Al-Quran

1. Membaca Al-Qur’an
Tuntutan membaca Al-Qur’an sudah dijelaskan dalam bab yang berasingan. Nabi mengumpakana rumah yang tidak pernah dibaca Al-Qur’an di dalamnya sebagai kubur. Sarjana
Islam menyatakan jangka masa yang ideal untuk mengkhatam Al-Qur’an ialah 40 hari sekali tamat membaca Al-Qur’an. Ia bukanlah suatu yang wajib, namun lebih merupakan anjuran dan galakan.
Ada sekelompok dari umat Islam berinteraksi dengan Al-Qur’an dengan sekadar membacanya sahaja. Bacaan mereka sangat baik dan amal ibadah mereka juga antara yang terbaik dari kalangan umat Islam. Situasi begini sudahpun berlaku sejak zaman Nabi Muhammad masih hidup lagi.
Dalam satu peristiwa, sahabat Abu Said al-Khudri melaporkan seorang lelaki bernam Zul Khuwaisirah dari pernah mempertikaikan keputusan Nabi Muhammad. Dari keturunan lelaki ini kemudian lahirnya satu puak sesat dari umat Islam bernama Khawarij. Kata nabi kepada golongan ini,
“Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong mereka, mereka terkeluar dari Islam sebagaimana meluncurnya anak panah dari busurnya”.(HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Golongan Khawarij termasuk dari 1 dari 72 pecahan umat Islam yang sesat. Namun kesesatan mereka dikaburi dengan ibadah zahir yang mereka lakukan dan bacaan al-Qur’an yang mereka lagukan. Dalam satu hadith yang lain Nabi Muhammad berpesan lagi,
Akan keluar satu kaum (Khawarij) dari umatku yang membaca al-Quran, mereka menyangka bahawasanya diberi pahala untuk mereka padahal (kemurkaan Allah) atas mereka. Solat mereka pula tidak melepasi tenggorokan mereka”. (HR Muslim)
Justeru itu, umat Islam hanya akan selamat apabila membaca Al-Qur’an diikuti dengan pemahaman yang benar dan beramal dengan kandungan al-Qur’an.
2. Memahami Al-Qur’an 
Al-Qur’an ialah perkataan Allah yang turun dari arasy ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar di bulan Ramadhan. Ia merupakan wahyu. Kandungan Al-Qur’an tidak dapat difahami dengan tepat melainkan dengan pemahaman yang diajarkan oleh Nabi Muhammad kepada sahabat-sahabat beliau.
Tidak sedikit dari kalangan umat Islam yang mengajak untuk kembali kepada kandungan Al-Qur’an. Namun, dek kerana kaedah memahaminya melencong dari yang ditunjukkan oleh generasi awal Islam (salafussoleh), muncul banyak kesalahan. Maka muncul golongan-golongan sesat seperti Syi’ah, khawarij, muktazilah, Islam liberal, teroris dan banyak lagi. Semua mereka itu membawa slogan untuk kembali kepada Al-Qur’an. 
Allah tidak membebankan hambanya dengan sesuatu perkara yang sukar. Hal ini termasuklah dalam memahami Al-Qur’an. Allah telah memberi jaminan hal ini dalam Al-Qur’an,
“Dan sesungguhnya kami telah mudahkan pembelajaran Al-Qur’an, maka adakah orang-orang yang mengambil pengajaran?” (Surah Al-Qamar, ayat 17) 
Imam Syafi’i berpesan, “Barangsiapa yang belajar Al-Qur’an, maka harga dirinya menjadi mulia”. 
Untuk tujuan itu sarjana Islam telah menyusun beberapa kaedah untuk memahami Al-Qur’an. Ia bukan sekadar menguasai bahasa Arab dengan baik. Antara buku yang disusun membahas perkara ini ialahBagaimana Memahami Al-Qur’an karangan Syaikh Muhammad Jamil Zainu. Beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar di Masjidil Haram Mekah. Tahap-tahap memahami Al-Qur’an :

  • Memahami ayat al-Qur’an dengan ayat al-Qur’an yang lain. Sebuah buku yang terkenal menyusun pemahaman ayat al-Qur’an berdasarkan ayat al-Qur’an yang lain ialah buku Adhwaul Bayan karangan Syaikh Muhammad Amin Syanqiti.
  • Memahami ayat Al-Qur’an dengan penjelasan hadith Nabi Muhammad.
  • Memahami ayat Al-Qur’an dengan penjelasan sahabat. Antara sahabat nabi yang terkenal dan paling banyak membuat penjelasan ayat al-Qur’an ialah Sahabat Ali bin Abi Talib, Abdullah bin Mas’ud, Abdullah bin Abbas dan beberapa sahabat yang lain.
  • Memahami ayat Al-Qur’an dengan penjelasan anak-anak murid sahabat yang digelar sebagai tabi’in seperti Mujahid, ‘Ikrimah, Atha bin Abi Robah dan Said bin Jubayr. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menulis dalam Muqadimah Usul Tafsir,”Manusia yang paling arif tentang tafsir Al-Qur’an ialah penduduk Mekah, kerana mereka adalah anak murid Abdullah bin Abbas”.
Penjelasan ayat-ayat Al-Qur’an ini kebanyakannya dihimpunkan oleh sarjana Islam menjadi sebuah kitab tafsir. Antara kitab tafsir yang diiktiraf dan dipercayai menghurai isi kandungan Al-Qur’an berdasarkan pemahaman Nabi Muhammad, para sahabat dan anak-anak murid sahabat ialah Tafsir Al-Qur’an ‘Azimkarangan Al-Hafidz Ibnu Kathir. Ia juga dikenali sebagai Tafsir Ibnu Kathir dan sudahpun diterjemah ke dalam banyak bahasa dunia termasuk bahasa Melayu.
Al-Allamah Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin (semoga Allah merahmatinya) di dalam bukunya Kitab al-Ilmu mencadangkan beberapa tafsir kontemporari seperti Taysirul Karim Rahman fi Tafsir Kalam Manan, karya Syaikh
Abdurrahman bin Nassir as-Sa’di (semoga Allah merahmatinya). Ini adalah kitab yang bagus, mudah dan aman. Juga Adhwa’ul Bayan, karya al-’llamah Muhammad asy-Syinqithi (semoga Allah merahmatinya). Ini adalah kitab yang memadukan antara hadith, fiqih, tafsir dan usul fiqih.
Selain itu, sebuah lagi kitab tafsir kontemporari yang baik ialah Tafsir al-Aisar, karya Syaikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi. Kitab tafsir ini dipuji oleh banyak sarjana kemudian kerana menafsirkan ayat dengan sistematik. Kesemua kitab-kitab tafsir ini sudah pun diterjemah ke dalam beberapa bahasa utama termasuk bahasa Melayu.
3. Mengamalkan kandungan Al-Qur’an
Pepata Arab ada menyebut,
Ilmu tanpa amal,
Ibarat pohon tanpa buah,
Ilmu tanpa amal,
Ibarat awan tanpa hujan,
Amal tanpa ilmu,
Amalnya tidak diterima dan tertolak.
Ada sebuah analogi yang menarik kepada orang-orang yang enggan beramal dengan isi kandungan kitab yang telah diturunkan kepada mereka.
“Analogi orang-orang yang diberikan Taurat, kemudian mereka tidak beramal dengannya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal”. (Surah Al-Jumu’ah, ayat 5)
Teladan yang paling baik umat Islam dalam mengamalkan Al-Qur’an tidak lain dan tidak bukan ialah anak-anak didik Nabi Muhammad sendiri. Mereka ini digelar sebagai sahabat nabi, iaitu orang-orang yang beriman dan sempat bertemu secara semuka dengan Nabi Muhammad.
Sahabat-sahabat Nabi Muhammad pernah bercerita kepada Abu Abdurrahman As-Sulami, bahawa Nabi Muhammad mengajar Al-Qur’an sepuluh ayat. Mereka tidak akan berpindah kepada ayat Al-Qur’an yang baru sebelum mereka faham dan beramal dengan ayat itu.(Hadis Ahmad)
Manaka seorang sahabat muda Abdullah bin Umar pula berkata, “Seorang yang terbaik dari sahabat Nabi Muhammad tidak menghafal Al-Qur’an kecuali satu surah atau semisal dengannya. Mereka mendapat rezeki dengan mengamalkan Al-Qur’an. Sedangkan pengikut akhir dari umat ini membaca Al-Qur’an, di antara mereka ada anak kecil dan seorang yang buta. Namun mereka tidak mendapatkan rezeki mengamalkan Al-Qur’an”.
Dan seorang lagi sahabat nabi yang terkenal bijak dan cerdas Abdullah bin Mas’ud berkata, “Kami merasakan sulit untuk menghafal lafadz Al-Qur’an dan mudah bagi kami untuk mengamalkannya. Sesungguhnya orang-orang setelah kami, mereka akan mudah menghafal Al-Qur’an namun mereka sulit untuk mengamalkannya”.
Berdasarkan kefahaman beberapa kisah di atas, kita dapat fahami bahawa cabaran mengamalkan isi kandungan Al-Qur’an jauh lebih berat berbanding cabaran menghafal Al-Qur’an.
4. Menghafal Al-Qur’an
Hafalan merupakan satu aspek penting dalam disiplin ilmu Islam. Hafalan mampu membaiki kefahaman terhadap sesuatu ilmu. Sarjana Islam generasi awal mula belajar dengan menghafal Al-Qur’an. Imam Syafi’i dilaporkan menghafal Al-Qur’an dalam usia yang sangat muda. Beliau juga menghafal seluruh kandungan kitab Muwatta’ sebelum belajar kandungannya bersama Imam Malik.
Kedudukan orang-orang yang menghafal Al-Qur’an sangat tinggi. Ini dijelaskan dalam beberapa hadith nabi,
“Nabi  Muhammad mengumpulkan di antara dua orang yang mati syahid dalam Perang Uhud kemudian beliau bersabda, “Yang mana lebih banyak hafal Al Quran”, ketika ditunjuk salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Hadis Bukhari)
“Yang menjadi imam dalam sholat suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Hadis Muslim)
“Dan perumpamaan orang yang membaca Quran sedangkan ia hafal ayat-ayatNya bersama para malaikat yang mulia dan taat.” (Hadis Bukhari & Muslim)
“Nabi Muhammad mengutus sebuah delegasi yang banyak jumlahnya, kemudian beliau menguji hafalan mereka, kemudian satu per satu disuruh membaca apa yang sudah dihafal, maka sampai pada giliran sahabat yang paling muda usianya, beliau bertanya, “Surah apa yang kau hafal? Ia menjawab, “Aku hafal suratini..suratini..dan suratAl Baqarah.”Benarkah kau hafal surah Al Baqarah?” Tanya Nabi lagi. Shahabi menjawab, “Benar.” Nabi bersabda, “Berangkatlah kamu dan kamulah pemimpin delegasi.”(Hadis Tirmudzi dan An-Nasa’i)
“Orang yang hafal Al Quran nanti akan datang dan Al Quran akan berkata: “Wahai Tuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru.”Maka orang tersebut diberikan makhota kehormatan. Al Quran berkata lagi: “Wahai Tuhan tambahkanlah pakaiannya.” Maka orang itu diberi pakaian kehormatannya. Al Quran berkata lagi: “Wahai Tuhan, redailah dia.” Maka kepadanya dikatakan, “Baca dan naiklah.” Dan untuk setiap ayat, ia diberi tambahan satu kebajikan.” (Hadis Tirmidzi)
Beberapa peristiwa ini menunjukkan orang yang menghafal Al-Qur’an mempunyai banyak keutamaan.
Berdasarkan sejarah, majoriti sarjana Islam memulakan pelajaran dengan belajar dan hafal Al-Qur’an. Ini membuktikan belajar Al-Qur’an sekaligus menghafalnya tidak akan membataskan potensi dan kemampuan seorang pelajar. Bahkan yang berlaku adalah sebaliknya, belajar dan hafal Al-Qur’an berupaya meningkatkan kecerdasan dan daya fikir.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)