Apa yang telah ditanam Al-Qur’an dalam hati kalian wahai ahli Al-Qur’an?
Sesungguhnya A-Qur’an adalah musim seminya seorang mukmin, ibarat hujan adalah musimseminya tanah”.
- Malik bin Dinar dalam Ihya’ Ulumuddin
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
Belajarlah Al-Qur’an, bacalah dan bacakanlah. Kerana sesungguhnya perumpamaan Al-Qu’ran bagi yang mempelajari dan mengamalkannya ibarat kantung kulit yang diisi minyak kasturi. Aromanya semerbak ke semua tempat.
Dan perumpamaan orang yang mempelajarinya lalu tidur sedangkan Al-Qur’an berada dalam rengkongnya, ibarat kantong kulit yang masih terikat yang berisi minyak kasturi.
(Riwayat Abu Hurairah dalam Sunan Tirmidzi, Sahih Ibnu Hibban)