Paras air Tasik Galilee semakin merosot semenjak Israel menguasai
sumber air di tasik ini. Di antara punca kepada kemerosotan ini mengikut sumber
dari akhbar Jerusalem post adalah disebabkan kegiatan tindakan rakus Israel
melencongkan anak-anak sungai yang
mengalir ke Sungai Jordan, Israel mengawal
air yg mengalir dari tasik ini semenjak lebih kurg. 30tahun dulu dan mengepam
sumber air dari tasik ini bagi tujuan pengairan di kawasan-kawasan lain di
Israel, serta bagi memenuhi keperluan penduduk Yahudi yang akan berkunjung ke
situ pada setiap hari Sabtu yang merupakan hari yang penting dalam masyarakat
Yahudi. Akibat dari tindakan rakus ini.
Tasik
Galilee ini terletak dalam wilayah Israel hari ini. Tasik yang mempunyai air
tawar terendah di dunia ini seluas lebih kurang 53 kilometer dan sedalam lebih
daripada 200 meter. Nama Tiberias diambil daripada nama seorang Kaisar Rom
bernama Tiberias. Selain itu kota Tiberias juga dikenali dengan nama Galilee/
Galileadan banyak nama lain. Majoriti penduduknya ialah orang-orang Yahudi.
Kota dan tasik ini menjadi destinasi pelancongan di Israel dan
pada setiap hari Sabtu (hari cuti bagi agama Yahudi) ia akan dipenuhi dengan
kaum Yahudi untuk mereka berekreasi. Banyak hotel mewah, kedai dan restoran di
sini.
DAJJAL DAN TASIK GALILEE
Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis popular
yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim ad-Dari.
Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama
30 orang. Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan oleh
Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka tiba
ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang banyak
bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat
menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.
Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa mereka ke
sebuah gua. Di sana mereka ketemu seorang manusia (kemudiannya dimaklumi
sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan dirantai tangan dan
kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan rombongan Tamim
ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya ialah:
Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik
Tibriyyah.”
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”…..
[Ringkasan daripada Sahih Muslim]
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”…..
[Ringkasan daripada Sahih Muslim]
Terdapat 2 teori yang dijelaskan mengenai
fizikal Dajjal semasa dipasung seperti yang diperkatakan dalam hadis ini, iaitu
makhluk yang berbadan besar. Menurut buku yang saya baca dalam “Membongkar
Misteri Dajjal”
(1) beliau mengatakan Dajjal ini umurnya dipanjangkan oleh Allah dan ia lahir sewaktu di zaman Nabi Sulaiman lagi yang mana manusia di zaman itu berbadan(fizikalnya) lebih besar.
(2) Teori seterusnya Dajjal itu hasil dari cantuman [campuran] manusia dan jin, maka kebolehannya utk merubah rupabentuk Dajjal itu tidak mustahil dan merupakan fitnah Dajjal kepada semua manusia yg akan menganggap dia adalah raksasa atau makhluk berbadan besar.
(1) beliau mengatakan Dajjal ini umurnya dipanjangkan oleh Allah dan ia lahir sewaktu di zaman Nabi Sulaiman lagi yang mana manusia di zaman itu berbadan(fizikalnya) lebih besar.
(2) Teori seterusnya Dajjal itu hasil dari cantuman [campuran] manusia dan jin, maka kebolehannya utk merubah rupabentuk Dajjal itu tidak mustahil dan merupakan fitnah Dajjal kepada semua manusia yg akan menganggap dia adalah raksasa atau makhluk berbadan besar.
Cerita
pengeringan Tasik Tiberias ini disebut juga dalam hadis tentang Yakjuj Makjuj,
namun Yakjuj Makjuj datang selepas kemunculan Al-Mahdi dan Nabi Isa as.
“…Mereka
(Yakjuj Makjuj) melalui Tasik Tibriah yang mana barisan pertamanya menghabiskan
kesemua air yang ada di tasik tersebut…”
Dari
ringkasan hadis diatas..menerangkan tentang Yakjuj Makjuj dari barisan pertama
[golongan induk] yg akan menghabiskan kesemua air di tasik itu, kemudian dtg
pula barisan Yakjuj Makjuj yg seterusnya mengatakan dulu disini ada air..
Ini
menunjukan fakta Yakjuj Makjuj ini sudah lama bebas dan tembok yg menghalangnya
sudah lama runtuh.. bangsa Yahudi Zionis yang ada kat Israel skrg adalah
barisan pertama yg akan
mengeringkan Tasik Galilee nih dgn asbab2 seperti yg
saya ceritakan di atas..
YAHUDI
ZIONIS yang memerintah Israel sekarang ini bukan dari keturunan Bani Isreal
[NABI ISHAQ]. Mereka menipu seluruh penduduk dunia dengan mengaku sebagai Bani
Israel padahal mereka ialah bangsa Khazars yang ganas dan bengis dari selatan
Russia, induk Yakjuj dan Makjuj yang telah dilepaskan dari tembok Zulkarnain
seperti yang dijanjikan di dalam alQuran.. Misteri ini kian terbongkar..
Fakta
lain yang menyokong dakwaan tembok Yakjuj & Makjuj telah lama terbuka ialah
berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:
“…Maka
mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97
Ayat
menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun
Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh
alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu
apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.
Sebaliknya
telah disebutkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim bahwa Nabi saw
bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Yakjuj dan Makjuj sebesar
(lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan
jari telunjuk.
(HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).
Apakah
maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah Al-Kahfi yang menyatakan
Yakjuj & Makjuj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan
mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk
tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!!
Untuk
penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku
An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World dan rujukan dan pemahaman
tambahan boleh diperolehi daripada buku Sūrah al-Kahf and the Modern Age dari
tulisan Maulana Imran Hosein
MUNCULNYA
DAJJAL DARI KHURASAN
Saya
percaya bandar Dubai di tanah Arab di sana merupakan tempat di mana Al-Masih
bakal muncul.., di situlah segala-galanya berkumpul. Sama seperti kes mengenai
Tasik Galilee, iaitu satu tempat diberi banyak nama oleh banyak kaum dan
bahasa, namun tempat itu kekal tempat yang sama,..begitu juga tempat yang
bernama Khurasan,
Teori
Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah berdasarkan dari hadith Nabi yang
berbunyi;
“Dajjal
akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan.” (Riwayat Tirmizi
dan Hakim)
Untuk
mengukuhkan lagi fakta berkaitan daerah Khurasan ini, saya cuba bertanyakan
beberapa soalan kepada seorang penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal”
Penulis
buku itu menjelaskan kepada saya dan mengiyakan pandangan bahawa Dubai juga
berada dalam daerah Khurasan..Baca hadis biasa dan masyhur tentang akhir zaman
dalam hadis 40 kitab Imam Nawawi, pada topik hadis Iman, Islam dan
Ehsan..Berikut adalah petikan akhir hadis tersebut..
Beritahukan
aku tentang hari kiamat (bilakah kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya
tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang
tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan
jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala
domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya…”
Menurut
pendapat beliau hadis ini (lokasi Dubai) adalah menepati hadis ini. Bukankah
kaum yang tinggal di jarizah Arab termasuk di Dubai pada asalnya hanyalah
pengembala kambing di gurun-gurun panas. Kini Dubai bangga dengan al Burj dan
bangunan tinggi terus dibina dan kini Riyadh mahu menandingi al Burj. Semua ini
menepati kalam nabi dari hadis di atas.
Nabi
Muhammad saw melabelkan Khurasan sebagai tempat di mana Al-Masih Dajjal sanggup
menunjukkan mukanya…Tidakkah kita terfikir,.. mana mungkin ada tempat yang
namanya seakan Khurasan akan mudah dikesan oleh mana-mana manusia, kalau begitu
kanak-kanak juga mampu mengesan di mana Khurasan yang dimaksudkan…Ingin saya
berkongsikan, terdapat 1 berhala besar sedang dibangunkan dekat2 dengan Dubai,
dan yang membangunkan itu “sedang kena” dengan 1 fakta hadis sahih tentang
tanda sebelum kemunculan Al-Masih.