Abu Hurairah terkenal dengan ingatan yang kuat dan paling banyak melaporkan
hadith. Beliau melaporkan dari Nabi Muhammad,
“Munculnya tanda-tanda (kiamat) sebahagiannya mengikut sebahagian yang lain, saling berturutan bagaikan mutiara pada sebuah rangkaian.” (Hadith sahih dari Imam Thabrani)
Manakala sahabat Abdullan bin Amr’ pula melaporkan hadith yang hampir sama lafaznya,
“Tanda-tanda (kiamat) bagaikan mutiara yang terangkai pada seutas benang, jika benang itu putus, maka sebahagiannya akan mengikuti sebahagian yang lain.” (Hadith sahih Imam Ahmad)
Dalam satu hadith yang lain pula Nabi Muhammad menceritakan bahawa Nabi Isa berkata,
“Sesungguhnya kiamata itu bagaikan wanita hamil yang telah sempurna (kehamilannya), sedangkan keluarganya tidak tahu bilakah hari melahirkan, sama ada malam atau siang?” (Hadith sahih dari Imam Ahmad)
Terjemahan Buku Kiamat Sudah Dekat, karangan Yusuf bin Abdillah bin Yusuf al-Wabil. Terbitan Pustaka Ibnu Katsir.