.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Sunday, February 1, 2015

Menggenggam Sunnah

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa
seseorang yang melaksanakan sunnah di akhir zaman akan mendapat pahala seperti 50 orang sahabat.

Dari Abu Umayyah Asy Sya’ baniy berkata: Aku bertanya kepada Abu Tsa’labah: 
"Ya Aba Tsa’labah apa yang engkau katakan tentang ayat Allah  : "Hai orang-orang yg beriman jagalah diri-diri kalian ; tidak akan dapat orang-orang yang sesat itu memberikan mudharat kepada kalian apabila kalian telah mendapatkan petunjuk. Berkata Abu Tsa’labah: Demi Allah aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang ayat itu maka baginda bersabda:
"Beramar ma’ruf dan nahi mungkarlah kalian sehingga kalian melihat kebakhilan sebagai perkara yang ditaati hawa nafsu sebagai perkara yang diikuti; dan dunia sebagai perkara yang diagungkan {setiap orang mengatakan dirinya di atas agama Islam dengan dasar hawa nafsunya masing-masing. Dan Islam bertentangan dengan apa yang mereka sandarkan padanya} tiap orang merasa takjub dengan akal pemikirannya masing-masing maka peliharalah diri-diri kalian dan
tinggalkanlah orang-orang awam kerana sesungguhnya pada hari itu adalah hari yang penuh dengan kesabaran.Seseorang yang bersabar pada hari itu seperti seseorang yang memegang sesuatu di atas bara api seseorang yang beramal pada hari itu sama pahalanya dengan 50 orang yang beramal sepertinya.

Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW: lYa Rasulullah pahala 50 orang dari mereka?

Rasulullah SAW menjawab: " Pahala 50 orang dari kalian.”

(riwayat Imam Abu Daud, no 4341 dll dengan sanad yang hasan)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)