.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, October 24, 2018

Dia memilih bertemu Allah

DIA PERGI MENINGGALKAN KITA

Muhammad pernah berkata kepada Abu Muwaihabah dan berkata, "Wahai Abu Muwaihibah, aku diberi pilihan antara diserahkan kepada aku segala kekayaan dunia semuanya dan aku kekal di dunia kemudian aku masuk syurga ataupun aku bertemu dengan Tuhanku dan kemudian aku masuk syurga."

Abu Muwaihibah berkata, "Wahai Muhammad, pilihlah kami."

Muhammad berkata, "Tidak, wahai Abu Muwaihibah. Aku pilih bertemu dengan Tuhanku dan syurga." Kecintaan kepada Allah yang memenuhi hati Muhammad.

Dengan pilihan Muhammad itu, bermulalah sakit Muhammad. Selepas Muhammad pulang dari perkuburan Baqi’, Muhammad jatuh sakit kerana Muhammad memilih untuk bertemu dengan Allah.

Sakit pertama yang menimpa Muhammad adalah pening kepala. Sakit kepala yang amat sangat. Muhammad datang kepada Siti Aisyah. Dia juga sedang ditimpa sakit kepala yang kuat sehingga dia mengadu kepada Muhammad.

Muhammad berkata, "Yang sebenarnya akulah yang lebih sakit. wahai Aisyah."

Siti Aisyah bertanya kepada Muhammad, "Wahai pesuruh Allah, adakah kamu sakit seperti kami sakit?"

Muhammad berkata, "Kami para nabi. Kami sakit seperti kesakitan dua orang biasa."

Selepas itu, Muhammad menziarahi semua isterinya. Muhammad mulakan dari rumah ke rumah. Apabila tiba di rumah Maimunah, Muhammad tidak mampu meneruskan lagi kerana sakit semakin kuat.

Muhammad memanggil semua isterinya berkumpul. Muhammad meminta izin kepada isteri-isterinya untuk dirawat di rumah Siti Aisyah. Muhammad pergi ke rumah Siti Aisyah dengan dipapah oleh Ali dan Fadl bin Abbas. Menurut Fadl, Muhammad hampir-hampir tidak dapat mengangkat kakinya.

Muhammad dirawat beberapa hari di rumah Siti Aisyah. Kemudian beliau demam panas yang sangat kuat. Menurut Abu Said al-Khudri, sahabat yang meletakkan tangannya ke atas dahi Muhammad, "Aku tidak tahan meletakkan tangan aku di atas dahi Muhammad kerana terlalu panas. Belum pernah aku melihat orang demam panas sampai begitu."

Muhammad pengsan kerana terlalu kuat demam panas. Apabila beliau sedar, beliau meminta tujuh bekas air dari perigi-perigi Madinah. Muhammad meminta dimandikan dengan air itu bagi meringankan demam panasnya. Kerana terlalu kuat demamnya, Muhammad tidak mampu menghabiskan semua air itu. Dengan ikhtiar itu, panas semakin kurang.

Walaupun sedang sakit kuat, Muhammad masih mengimami sembahyang dengan sahabat-sahabatnya. Pada hari jumaat 9 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah, selepas sembahyang Asar, beliau berucap kepada sahabat-sahabatnya dalam keadaan duduk. Sebelum itu, Muhammad yang menyampaikan khutbah jumaat.

KHUTBAHNYA KETIKA DIA SAKIT

Kata Muhammad. "Sesungguhnya sudah dekat pemergianku daripada kamu semua. Barang siapa yang pernah aku rotan belakangnya, Ini belakangku. Sila balas kepadaku. Barang siapa yang pernah aku hina, ini diriku. Silalah dia membalasnya. Barang siapa yang pernah aku ambil hartanya, Ini hartaku. Silalah dia ambil kembali dan janganlah dia takut kemarahan dariku kerana itu bukan akhlakku. Sesungguhnya orang yang paling aku sukai di kalangan kamu ialah orang yang mengambil haknya daripada aku sekiranya dia mempunyai hak itu."

Seorang sahabat bangun menyebut dia mempunyai tiga dinar daripada harta Muhammad. Muhammad meminta Qusam memberikan tiga dinar kepada sahabat itu.

Selepas itu. orang bertanya kepada sahabat itu, "Mengapa kamu minta, sedangkan ini Muhammad?"

Sahabat itu berkata, "Aku mahu jadi orang yang paling dikasihi oleh Muhammad."

Muhammad mengulang lagi pertanyaannya. Tidak ada seorang pun yang bangun. Muhammad berkata, "Kalau begitu halalkan kepada aku sehingga aku berjumpa dengan Tuhanku dalam keadaan hatiku tenang. Dengan kamu menghalalkan kepada aku pun aku rasa belum selamat."

Kemudian Muhammad berkata kepada sahabat-sahabatnya, "Sesungguhnya seorang hamba diberi pilihan antara diserahkan kepadanya segala kekayaan dunia semuanya dan kekal di dunia kemudian dia masuk syurga ataupun dia bertemu dengan Tuhannya dan kemudian dia masuk syurga. Dia memilih bertemu dengan Tuhannya dan masuk syurga."

Apabila Abu Bakar mendengar ucapan itu, Abu Bakar menangis teresak-esak.

Abu Bakar berkata, "Bahkan kamilah yang menebus kamu dengan diri kami dan anak-anak kami wahai Muhammad."

Abu Bakar sudah dapat memahami hamba yang Muhammad sebut itu adalah beliau sendiri.

"Bertenanglah. wahai Abu Bakar."

Kemudian, Muhammad meminta Abu Bakar menutup pintupintu rumah sahabat-sahabatnya yang menghadap ke Masjid Nabawi. Pada masa itu, sahabat-sahabatnya membina rumah di sekeliling masjid dan membuat pintu belakang yang dapat sampai terus ke masjid. Muhammad menyuruh pintu-pintu ini ditutup kecuali pintu rumah Abu Bakar.

Muhammad berkata :  "Sesungguhnya aku tidak mengetahui ada orang yang lebih baik persahabatannya dengan aku daripada Abu Bakar. Kalau aku boleh mengambil seseorang sebagai kekasih, nescaya aku ambil Abu Bakar sebagai kekasih, tetapi aku adalah kekasih Allah. Hati aku dipenuhi dengan cinta Allah."

Kemudian, Muhammad bercakap tentang  Usamah bin Zaid. Muhammad berkata, "Sudah sampai kepadaku sebahagian orang mempersoalkan kepimpinan Usamah. Mereka kata dia masih muda. Bagaimana hendak memimpin orang-orang tua. Sesungguhnya dia layak memimpin seperti mana ayahnya layak memimpin. Dia juga mampu dan layak memimpin seperti ayahnya Zaid bin Usamah."

Kemudian Muhammad berwasiat tenrang Ansar. Muhammad berkata, "Berbuat baiklah kepada Ansar kerana semua orang sudah bertambah harta mereka, tetapi harta Ansar tidak bertambah."

Kemudian Muhammad berwasiat lagi berhubung wanita, "jagalah wanita baik-baik."

Selepas Muhammad menyampaikan wasiat itu, semua orang bersiap-siap untuk keluar dengan pasukan Usamah. Mereka sudah berkhemah di luar Madinah sebagai persiapan sebelum bertolak. Usamah belum menggerakkan tenteranya kerana menunggu perkembangan kesihatan Muhammad. Selepas Muhammad pulang daripada khutbah, sakit Muhammad semakin kuat. Muhammad pengsan lagi.

Apabila Usamah mendengar Muhammad semakin tenat, dia datang menziarahi Muhammad. Pada masa itu, Muhammad hampir tidak dapat bercakap. Muhammad hanya mampu membuat isyarat ke langit dan kemudian kepada Usamah. Usamah dapat memahami Muhammad mendonknnnya dan memohon ampun kepadanya. Muhammad dalamm keadaan begitu sehingga tiga hari. Sepanjang tiga hari itu. Muhammad tidak mampu keluar dari rumah.

DIA MAHUKAN ABU BAKAR MENJADI IMAM

Apabila masuk waktu Maghrib. beliau masih sedar tetapi tidak dapat bangun. Beliau menyuruh Abu Bakar dipanggil bagi mengimami sembahyang.

Siti Aisyah risau kalau orang tidak dapat menerima Abu Bakar kerana belum pernah orang lain mengimami sembahyang selain Muhammad.

Siti Aisyah berkata. "Wahai pesuruh Allah, Abu Bakar ini orangnya lembut. suaranya perlahan. Setiap kali dia membaca alQuran dia menangis. kerana tangisannya itu bacaannya tidak dapat didengari. Mintalah orang lain menggantikannya menjadi imam."

Namun begitu. Muhammad tetap mahu Abu Bakar menjadi imam. Beliau mengulangi arahannya berkaii-kali walaupun Siti Aisyah memberi alasan yang sama berulang-ulang.

Siti Aisyah tiada pilihan. Dia keluar meminta Abdullah bin Zum'ah. adik kepada Saudah. supaya memberitahu Abu Bakar bagi mengimami sembahyang. Abdullah tidak berjumpa Abu Bakar kerana dia berada di hujung Madinah, di kampung salah seorang isterinya Asma' binti Umair.

Apabila Abu Bakar tidak ada, Abdullah bin Zum’ah melihat Umar yang ada. Dia memberitahu Umar supaya menjadi imam. Umar faham arahan itu daripada Muhammad kerana disampaikan oleh salah seorang ahli keluarga Muhammad yang keluar dari rumah Muhammad. Oleh itu. Umar menjadi imam pada waktu Maghrib. Oleh kerana suara Umar kuat dan ia dapat didengari oleh Muhammad.

Muhammad begitu marah apabila mendengar Umar mengimami sembahyang. Katanya, "Di mana Abu Bakar? Di mana Abu Bakar? Aliah dan rasulnya dan orang-orang Mukmin menolak hal ini. Allah dan rasuinya dan orang-orang Mukmin menolak hal ini."

Muhammad mahu Abu Bakar juga yang mengimaml sembahyang. sehinggakan Umar pun Muhammad tidak benarkan. Oleh kerana Umar sudah mula sembahyang. pada waktu maghrib Itu Umarlah yang menjadi imam. Itulah kali pertama orang lain mengimamkan sembahyang.

Selepas itu. mereka memanggil Abu Bakar. Abu Bakarlah yang mengimami sembahyang selama tiga hari sepanjang Muhammad sakit teruk. Hari jumaat. Sabtu. Ahad. Muhammad tidak dapat bangun dan kadang-kadang pengsan.

Wahyu sudah tidak turun lagi. Semenjak daripada Haji Wada'. wahyu sudah berhenti. Pada hari Isnin l2 Rabiulawal, pada waktu subuh Muhammad berasa sakitnya semakin kuat. jadi dia menggagahkan diri keluar dari rumahnya.

Rumah Siti Aisyah bersambung dengan masjid. Apabila Muhammad membuka pintu. beliau terus dapat melihat sahabat-sahabatnya yang sedang sembahyang di belakang Abu Bakar. Muhammad melihat sahabat-sahabatnya yang sedang khusyuk dan dalam barisan

sembahyang yang rapi. Dia tersenyum kerana terhibur melihat Abu Bakar memimpin sahabat-sahabatnya dalam sembahyang.

Sahabat-sahabat yang sembahyang dekat dengan pintu rumah Muhammad merasa tirai diangkat. Mereka memandang kepada

Muhammad yang sedang tersenyum. Selepas tiga hari Muhammad tidak keluar. semua orang risau.

Muhammad memberi isyarat supaya mereka terus sembahyang kerana mereka hampir-hampir memberhentikan sembahyang lantaran terlalu gembira melihat dia keluar. Muhammad mahu bersembahyang dengan mereka. Lalu dia maju ke hadapan dan sahabat-sahabatnya membuka jalan kepadanya.

Akhirnya. Muhammad sembahyang duduk di sebelah kiri Abu Bakar dan Abu Bakar bergerak ke belakang meniadi makmum kepada Muhammad. Abu Bakar dan sahabat-sahabatnya sembahyang berdiri menjadi makmum kepada Muhammad yang sembahyang

duduk. Begitulah suasana sembahyang subuh pada pagi itu. Pagi lsnin 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah.

Selepas sembahyang, Muhammad merasa sakitnya agak kuat lalu beliau naik ke mimbar menyampaikan khutbah iaitu khutbah terakhir sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Muhammad menyampaikan khutbah dalam keadaan duduk. Dalam khutbah ini Muhammad menyebut, "Tidak boleh kekal di Semenanjung Arab ini dua agama. Tidak boleh membina gereja, rumah-rumah ibadah yang bukan Islam di seluruh Semenanjung Arab."

Kemudian Muhammad berpesan berhubung sembahyang, "Aku berpesan kepada kamu lagi berhubung sembahyang. Perbezaan antara kita dengan mereka orang bukan Islam adalah sembahyang. Barang siapa yang meninggalkannya, dia sudah melakukan perbuatan kufur."

Muhammad juga berwasiat berhubung para hamba sahaya supaya mereka dilayan dengan adil dan baik. Muhammad berpesan lagi supaya memberi layanan yang baik kepada kaum wanita.

Kemudian, Muhammad berwasiat berhubung jihad. Muhammad berkata, "Tidak ada kaum yang meninggalkan jihad melainkan ia menjadi kaum yang hina."

Kemudian, Muhammad memberi semangat kepada sahabatsahabatnya supaya keluar dengan pasukan Usamah bin Zaid.

Kemudian, dia turun dari mimbar dan pulang ke rumahnya. Pada hari itu, Muhammad berkhutbah dengan suara yang kuat. Orang yang berada di luar masjid juga dapat mendengar suara Muhammad. Selepas itu, Abu Bakar meminta izin masuk ke rumah Muhammad dan menyampaikan tahniah kepada Muhammad selepas sembuh daripada sakit. Kemudian, dia meminta izin menziarahi keluarganya. Begitu iuga Ali meminta izin daripada Muhammad.

Apabila Ali keluar dari rumah Muhammad, semua orang berkerumun kepadanya. Mereka semua hendak tahu kesihatan Muhammad.

Ali berkata, "Aku lihat Muhamad sudah sihat."

Semua umat Islam di Madinah gembira seolah-olah Muhammad sudah sihat seperti biasa selepas semuanya risau dengan keadaan kesihatan Muhammad.

Pada masa itu, Abbas datang kepada Ali. Katanya, "Wahai Ali, aku lihat kamu memberitahu orang Muhammad sudah sihat."

Ali berkata, "Itu yang aku lihat."

Abbas berkata, "Wahai Abul Hasan (gelaran Ali), masuklah berjumpa Muhammad dan minta dia meninggalkan wasiat bagi kita."

Maksud Abbas adalah Muhammad melantik khalifahnya daripada keturunan Abdul Muttalib.

Abbas berkata, "Aku tahu riak-riak kematian di muka keturunan Abdul Muttalib dan aku lihat riak kematian ini ada pada wajah Muhammad."

Orang pertama yang merasakan Muhammad berada pada saat terakhir kehidupannya adalah Abbas.

Ali berkata, "Wahai bapa saudaraku, bagaimana kalau aku meminta menjadi pemimpin daripada Muhammad dan Muhammad menolak permintaan itu. Demi Allah, kalau berlaku hal ini, tidak akan diserahkan lagi pimpinan kepada keturunan Abdul Muttalib selama-Iamanya kerana Muhammad menghalang pimpinan daripada mereka."

Abbas berkata, "Kamu lebih bijaksana. Kalau begitu, kita jangan minta. Biarlah Muhammad yang menemukannya."

SAAT PEMERGIANNYA

Selepas masuk waktu pagi, Muhammad yang berada di rumah dengan Siti Aisyah, tiba-tiba sakit. Sakit Muhammad datang semula. Muhammad bersandar kepada Siti Aisyah.

Abdul Rahman bin Abu Bakar, saudara Siti Aisyah masuk. Oleh kerana terlalu sakit, Muhammad susah hendak bercakap.

Pada masa itu, Abdul Rahman sedang menggosok gigi. Muhammad memandang kepada Abdul Rahman yang sedang bersugi. Siti Aisyah dapat merasakan Muhammad mahu bersugi. Siti Aisyah meminta izin daripada saudaranya dan memberikannya kepada Muhammad. Siti Aisyah menyiapkan sugi iaitu kayu yang digunakan bagi menggosok gigi bagi digunakan oleh Muhammad di hujung yang belum yang digunakan oleh Abdul Rahman. Muhammad pun bersugi atau menggosok gigi.

Menurut Siti Aisyah, "Aku melihat Muhammad bersugi dalam keadaan yang sangat berat. Tidak pernah sepanjang hidup aku melihat seperti itu."

Selepas itu, Abdul Rahman meminta izin dan keluar meninggalkan Muhammad dan Siti Aisyah. Sakit Muhammad semakin kuat dan peluh keluar mencurah-curah dari kepala Muhammad. Siti Aisyah menyapu muka beliau dengan air bagi meringankannya.

Muhammad berkata, "Wahai Aisyah, sesungguhnya mati tu mempunyai sakarat (kesakitannya)."

Muhammad mengulang-ulang satu kata-kata yang seakan-akan Muhammad diberi pilihan lagi untuk kali terakhir. Muhammad berkata. "Bahkan teman sejati di syurga, bahkan teman sejati di syurga."

Siti Aisyah berkata, "Ketika beliau mengulang-ulang kata-kata itu, kepalanya terlentok ke bahuku dan pandangannya mendongak ke langit. Roh Muhammad sudah keluar daripada jasadnya untuk bertemu dengan Allah. Aku meletakkan kepala Muhammad ke bantal, lalu aku menangis. Semua ahli keluarga Muhammad yang perempuan juga menangis. Tangisan kami dapat didengari sehingga keluar rumah."

Berita kewafatan Muhammad tersebar. Ada di kalangan sahabat yang tidak percaya dan ada juga yang percaya. Seluruh penduduk Madinah mula menangis, kesedihan yang teramat sangat. Dalam keadaan itu Umar yang mendengar berita itu cepat-cepat datang ke rumah Muhammad. Dia meminta izin masuk kepada Muhammad dan dilihatnya Muhammad.

Umar berkata, "Pesuruh Allah belum wafat, tetapi dia tidak sedar diri seperti mana Nabi Musa tidak sedar apabila Allah memperlihatkan dirinya kepada Nabi Musa. Pesuruh Allah akan kembali dan aku akan memancung sesiapa yang mengatakan pesuruh Allah sudah wafat."

Sahabat-sahabatnya yang menyokong Umar semua berkumpul berdekatan Umar. Sahabat-sahabatnya yang lain tidak percaya dengan apa yang sedang mereka lalul. Ujian besar yang menimpa mereka.

Abu Bakar dipanggil bagi meredakan keadaan. Dia datang segera dengan tunggangannya. Apabila dia masuk ke dalam masjid, dia melihat sahabat-sahabatnya ada yang menangis. Umar sedang melarang orang mengatakan Muhammad sudah wafat. Sahabat-sahabatnya dalam keadaan yang cemas dan hilang pertimbangan.

Abu Bakar tidak terkesan sedikit pun dengan suasana yang sedang berlaku dan dia terus menuju ke rumah Siti Aisyah. Dia melihat jasad Muhammad di tempat tidurnya dan sudah diselimuti.

Abu Bakar mengucup dahi Muhammad sambil berkata. "Kesejahteraan untuk kamu ketika kamu hidup dan ketika kamu mati, wahai pesuruh Allah. Kesejahteraan untuk kamu ketika kamu hidup dan ketika kamu mati, wahai pesuruh Allah. Adapun kematian yang Allah sudah tetapkan kepadamu sudah kamu rasai dan kamu tidak akan mati lagi selepas itu."

Selepas itu, Abu Bakar mengucup dahi Muhammad sekali lagi dan ditutup kembali jasad Muhammad.

Abu Bakar keluar ke masjid dan menuju ke mimbar. Abu Bakar berkata, "Bertenanglah, wahai Umar."

Umar yang masih memberikan ucapannya dan tidak mengendahkan kata-kata Abu Bakar. Abu Bakar mengulang lagi. "Bertenanglah, wahai Umar."

Umar tidak mengendahkan juga. Abu Bakar naik ke atas mimbar dan mula memberi ucapan. Apabila Abu Bakar mula bercakap, Umar berhenti dan turun dari mimbar. Semua orang berkumpul pada Abu Bakar.

Kata Abu Bakar selepas menyampaikan permulaan kata, "Barang siapa yang menyembah Muhammad, Muhammad sudah mati. Barang siapa menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak mati." Kemudian, dia membaca ayat I44 dalam surah Ali Imran yang bermaksud, "Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang rasul yang mati ataupun terbunuh. jika demikian, kalau ia pula mati ataupun terbunuh, patutkah kamu berbalik berpaling tadah menjadi kafir? Dan ingatlah, sesiapa yang berbalik menjadi kafir maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu."

Umar yang pada masa itu sedang berdiri, terus jatuh terduduk. Umar berkata, "Adakah ayat ini ada di dalam aI-Quran." Umar menghafal seluruh al-Quran, tetapi kerana ujian yang besar dan kejutan ini, Umar yang begitu gagah hilang pertimbangan.

Kemudian, dia berpaling kepada sahabat-sahabatnya, katanya, "Wahai sahabat-sahabatku, Muhammad sudah meninggal dunia."

Kesedihan semakin menguasai semua. Masing-masing menangis. Kata sebahagian sahabat-sahabatnya, aku mula mencari tempat yang aku dapat menangis sekuat hati kerana beratnya menanggung ujian kematian Muhammad.

Ali, Zubair dan Talhah berkumpul di rumah Siti Fatimah memberi takziah kepadanya dengan kewafatan Muhammad. Kemudian, masuk waktu sembahyang zuhur, Bilal mahu azan, tetapi kerana terlalu sedih, dia tidak dapat lagi hendak azan.

Bilal berkata, "Demi Allah, aku tidak akan azan lagi selepas kewafatan pesuruh Allah."

اللهم صل على حبيبنا سيدنا محمد


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)