Abrahah dan tentera bergajahnya
Negeri Yaman diperintah oleh seorang yang berketurunan Tabban yang bernama Zu Nuwas. Pada masa itu, ada seorang rahib Kristian dari Syam bernama Femeon. Dia keluar dari Syam untuk berdakwah di Afrika. Dalam perjalanan, dia diserang oleh perompak lalu ditangkap dan dijual kepada seorang lelaki dari Nairan. Kemudian, tuannya berpindah ke Semenanjung Arab. Femeon menjadi hamba lelaki Nairan itu. Di samping berkhidmat kepada tuannya, dia juga beribadah pada waktu rehat dan sangat kuat berpegang pada agamanya.
Pada suatu malam, tuannya masuk ke tempat Femeon. Dia mendapati tempat Femeon bercahaya. Tuannya bertanya apa rahsianya yang menyebabkannya begitu? Femeon lalu mengambil peluang berdakwah kepada tuannya berkaitan dengan agama Kristian kerana orang Najran pada masa itu menyembah pokok.
Femeon berkata kepada tuannya, "Bagaimana kalau Tuhan saya dapat mengalahkan Tuhan tuan. Adakah tuan mahu menyembah Tuhan saya?"
Najran berkata, "Kalau memang Tuhan kamu dapat mengalahkan Tuhan aku, aku masuk agama kamu."
Dikumpulkan orang ramai di tempat pokok yang menjadi sembahan orang-orang Najran. Femeon datang ke situ bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan supaya memberi petunjuk kepada orang-orang Nairan berhubung dengan agama yang benar. Akhirnya, kilat membakar pokok itu. Dengan peristiwa itu, semua orang Nairan masuk agama Kristian.
Seorang lelaki dari Najran Abdullah bin Thabit dengan beberapa orang pendeta Kristian dari Nairan berpindah ke Yaman. Mereka beribadah secara rahsia di Yaman kerana takut pada orang-orang Yahudi Yaman. Ketika itu Yaman masih diperintah oleh Tubba yang bernama Zu Nuwas. Zu Nuwas pula sedang mencari pengganti ahii sihirnya yang sudah tua. Dia memilih seorang remaia yang paling cerdik di negerinya bagi mewarisi ilmu sihir daripada tukang sihir diraja.
Setiap hari remaja itu pergi belajar sihir daripada tukang sihir diraja yang tingga! di bukit. Dalam perjalanan ke tempat gurunya, remaja iw meiaiui tempat salah seorang rahib dari Najran tadi. Di situ. dia dapat mendengar rintihan rahib ini dalam ibadahnya. Akhirnya, dia jatuh hati kepada rintihan dan doa rahib ini dan mula masuk belajar dengan rahib ini.
Pada masa yang sama, dia juga belajar ilmu sihir daripada tukang sihir diraja tadi. Lama-kelamaan, dia merasa benci dengan sihir dan tidak pergi belajar lagi dengan tukang sihir diraja. Dia hanya pergi belajar dengan rahib tadi. Tukang sihir membuat laporan kepada raja. Raia menangkap remaja itu, diazab dan dipaksa keluar daripada agama yang dipelajari daripada rahib.
Raja Zu Nuwas atau Tubba Zu Nuwas memerintahkan remaja ini dibunuh. Pengawal raja membawanya untuk dicampakkan ke tengah laut. Apabila sampai di tengah laut, ribut datang melanda. menyebabkan sampan terbalik dan semua pengawai raja mati. Remaja ini pulang menghadap raja dengan selamat.
Raja memerintah supaya dia dicampak dari atas gunung pula. Semua rakyat menyaksikan peristiwa ini. Apabila tentera raja mahu mencampakkan remaja ini dari atas gunung. berlaku gempa bumi. Semua tentera raja yang membawa remaja ini iatuh dari atas gunung dan remaja ini selamat. Pebagai cara digunakan oleh Tubba Zu Nuwas bagi menghapuskan remaja beriman ini tetapi tidak berjaya.
Akhirnya, remaja ini memberitahu tubba, "Wahai Tubba Zu Nuwas. kalau tuanku mahu membunuh saya, hendaklah tuanku mengumpulkan semua rakyat dan ikat saya pada pokok, kemudian ambil panah ini dan panahlah saya dengan menyebut. ‘Dengan nama Tuhan remaja ini'. Kalau tuanku laksanakan apa yang saya katakan ini baru tuanku dapat membunuh saya."
Apabila Zu Nuwas melaksanakan sepertl yang disebut oleh remaja beriman ini barulah dia berjaya membunuhnya.
Semua rakyat yang menyaksikan peristiwa itu berkata, "Bagaimanakah Zu Nuwas dengan kekuasaan dan kegagahannya tidak berjaya membunuh remaja lnl melainkan dengan menyebut, 'Dengan nama Tuhan remaja inll'"
Dengan peristiwa itu, Tuhan campakkan iman ke dalam hati 20.000 rakyat Yaman pada masaitu. Mereka semua beriman dengan agama yang benar. Tubba Zu Nuwas yang terlalu marah dengan peristiwa itu. akhirnya memerintahkan tenteranya menggali lubang yang besar. Di dalam al-Quran disebut al-Ukhdud Dipenuhkan kayu api di dalamnya. kemudian dinyalakan api yang besar. Siapa yang tidak mahu murtad daripada agama yang benar dicampakkan ke dalam api itu. Peristiwa ini disebut di dalam al-Quran dalam surah al-Buruj.
Perkara ini juga ada diceritakan dalam hadis. Muhammad berkata, "Daripada ramai-ramai yang menunggu giliran dibakar, ada seorang ibu dengan bayinya yang masih menyusu. Dia merasa takut dan teragak-agak. juga merasa kasihan ke atas anaknya yang masih kecil untuk dibakar dalam api tubba. Bayinya bercakap kepada ibunya, 'Wahai ibu, jangan takut. terjun sajalah ke dalam api itu, sesungguhnya ibu sedang menuju ke syurga".
20,000 orang itu dibakar kerana mereka beriman kepada Tuhan Yang Esa. Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, tidak menentang raja. Tetapi oleh kerana mereka beriman, tubba membakar mereka semua. Terdapat seorang lelaki yang terselamat yang bernama Daus bin Tha'labah. Dia berjaya melarikan diri dan pergi mengadu kepada kaisar atau Raja Rom yang juga beragama Kristian.
Kaisar sangat marah apabila mendengar Zu Nuwas membakar orang-orang Kristian di Yaman, lalu mengirim wakilnya kepada Najasyi Raja Habsyah, iaitu raja Kristian yang paling dekat dengan Yaman supaya menghantar tentera memerangi Tubba Raja Yaman itu. Najasyi yang juga sangat marah mendengar cerita Daus itu terus menyiapkan tenteranya seramai 70,000, suatu jumlah tentera yang sangat besar pada masa itu dan belum pernah berlaku lagi di Semenanjung Arab. Tentera ini diketuai oleh panglimanya yang bernama Aryat. Dalam barisan panglima tentera itu, ada panglima yang bernama Abrahah.
Apabila berlaku peperangan antara tentera Aryat dan tentera Tubba Zu Nuwas, tentera tubba kalah. Zu Nuwas melarikan diri dan masuk ke dalam laut membunuh diri. Oleh itu, orang Habsyah menguasai Yaman dan Najasyi melantik Aryat menjadi gabenornya di Yaman. Apabila Aryat menjadi gabenor, dia mula menzalimi rakyat Yaman serta tentera-tenteranya sendiri. Akhirnya, tenteranya yang tidak tahan dengan sikap Aryat memberontak di bawah pimpinan Abrahah.
Pertelingkahan berlaku dalam tentera Habsyah, satu yang menyokong Aryat dan satu lagi yang menyokong Abrahah. Abrahah yang tidak mahu berlaku peperangan sesama tentera Habsyah mengajak Aryat bertarung satu lawan satu. Siapa yang menang, dia berhak memerintah Yaman.
Dalam pertarungan itu, Abrahah berjaya membunuh Aryat. Tetapi sebelum Aryat terbunuh, dia sempat menebas hidung Abrahah lalu terserpihlah hidung Abrahah. Oleh itu, Abrahah digelar Abrahah aI-Asyram atau Abrahah yang serpih hidungnya. Dengan itu, Abrahah memerintah Yaman sebagai raja.
Apabila berita ini sampai kepada Naiasyi, beliau murka dengan Abrahah yang berani membunuh gabenor yang dilantik olehnya. Naiasyi bersumpah akan memimpin sendiri tenteranya ke Yaman dan tidak akan kembali ke Habsyah melainkan selepas dapat memijak-miiak tanah Yaman dan membotakkan kepala Abrahah sebagai tanda penghinaan kepadanya.
Abrahah takut, dia tidak berani melawan Najasyi. Dengan kepintarannya, dia menghantar utusannya menghadap Najasyi. Dia menghantar bersama utusan inI rambutnya dan tanah Yaman. Katanya kepada Najasyi, "Wahai Tuanku Najasyi. Abrahah sudah menyempurnakan sumpah tuanku, Ini rambut Abrahah dan ini tanah Yaman untuk tuanku pijak-pijak. Abrahah tetap taat setia dan tunduk kepada tuanku." Dengan itu Najasyi tidak jadi memerangi Abrahah. Selesailah masalah Abrahah dengan Najasyi.
Namun begitu. Abrahah masih belum puas hati. Dia mahu memujuk dan mengambil hati Najasyi lagi. Lalu dia membina gereja yang paling besar pada masa itu di Yaman yang dinamakan aI-Qulais. Abrahah menghantar laporan kepada Najasyi dan memberitahu dia sudah membina gereja yang paling besar di Yaman dan dia memerintahkan semua suku kaum Arab datang mengerjakan ibadah haji di Yaman. Abrahah mula menghantar utusannya kepada sukusuku kaum Arab supaya mereka datang mengerjakan haji di al-Qulais.
Apabila berita ini sampai kepada salah satu suku Arab yang paling mengagungkan Kaabah. salah seorang daripada mereka datang senyap-senyap ke al-Qulais. Lalu dia membuang air besar di situ dan disapunya ke dinding al-Qulais. Apabila Abrahah mendapat tahu orang yang membuat angkara ini adalah daripada suku Arab yang sangat mencintai Kaabah. Abrahah begitu marah dan dia pun mempersiapkan tenteranya hendak meruntuhkan Kaabah. Dia membawa bersama gajahnya yang besar bernama MAHMUD.
Dalam perjalanan Abrahah menuju ke Kaabah. ada beberapa suku Arab datang menyerang tentera Abrahah bagi menyekatnya daripada meruntuhkan Kaabah. Tetapi. mereka semua dapat dikalahkan dengan mudah oleh tenteranya yang gagah dan lengkap dengan senjata itu.
Apabila Abrahah tiba di Taif, orang Taif tidak berani menyekat Abrahah. Sebaliknya, mereka berlepas tangan daripada mempertahankan Kaabah. Bahkan mereka menghantar wakil mereka bagi menunjukkan jalan ke Kaabah kepada Abrahah. Nama wakil orang-orang Taif ini adalah Zu Rughal. Sebelum tiba di Kaabah, Zu Rughal mati dan ditanam di situ. Kuburnya menjadi tempat orang Arab merejam sebagai tanda penghinaan kepada orang yang khianat kepada kaumnya. Hingga hari ini, nama Zu Rughal menjadi perumpamaan kepada orang yang khianat di kalangan orang Arab. Orang yang khianat disebut Zu Rughal.
Apabila tentera Abrahah sampai berhampiran dengan Mekah. mereka merampas binatang-binatang ternakan orang-orang Mekah. Antara yang dirampas adalah 200 ekor unta milik Abdul Muttalib.
Abdul Muttalib adalah datuk Muhammad yang pada masa itu adalah ketua penduduk Mekah. Beliau pun pergi menghadap Abrahah. Apabila Abdul Muttalib masuk menghadap, Abrahah turun duduk di bawah sama aras dengan Abdul Muttalib kerana menghormati beliau. Abdul Mutalib meminta Abrahah mengembalikan binatang ternakannya dan binatang ternakan orang-orang Mekah yang dirampas oleh tentera Abrahah. Abrahah terkejut mendengar permintaan itu. Abrahah menyangka Abdul Muttalib ingin meminta belas kasihannya supaya jangan mengganggu Kaabah.
Abdul Muttalib berkata, "Wahai Abrahah. aku ini tuan punya unta-unta ini. Oleh itu, aku minta dibebaskan unta-untaku. Kaabah itu ada tuan yang menjaganya. Kalau Kaabah itu rumah Tuhan, pasti Tuhan menjaganya. Kaabah ada Tuhan yang menjaganya!"
Dengan itu Abrahah mengembalikan ternakan yang dirampas dan berjanji tidak akan mengganggu orang Mekah. Yang penting, dia ingin merobohkan Kaabah. Abdul Muttalib pun pulang kepada kaumnya dengan membawa semula binatang ternakan mereka yang dirampas dan mengajak mereka keluar dari Mekah menuju ke bukit berhampiran. Dari bukit itulah orang-orang Mekah dengan hati yang hiba dan cemas memerhatikan apa yang hendak dilakukan oleh Abrahah kepada Kaabah.
Pada hari yang ditentukan, Abrahah mengarahkan tentera bergajahnya menuju ke arah Kaabah bagi merobohkannya. Tetapi gajahnya tidak mahu bergerak walaupun dipukul. Apabila digerakkan ke arah lain dia mahu bergerak. Apabila dihalakan ke arah Kaabah, gajah itu tidak mahu bergerak. Pada masa itu juga, kelihatan di langit awan hitam. Apabila kehitam-hitaman itu semakin dekat. rupa-rupanya itu adalah sekumpulan burung Ababil yang setiap seekor daripadanya membawa tiga biji batu kecil.
Sebaik sahaja tiba, burung-burung itu melepaskan batu-batu kecil ke atas tentera Abrahah. Apabila batu-batu kecil itu mengenai tentera Abrahah, mulalah daging-daging haiwan itu berguguran dan menjadi hancur. Ramai tentera Abrahah yang mati. Apabila Abrahah melihat hal itu, dia lari, tetapi batu sudah mengenai badannya. Akhirnya. Abrahah dan semua tenteranya mati tanpa kecuali. Peristiwa ini ada disebut di dalam al-Quran dalam surah al-Fil
Dengan peristiwa ini, bercambah besarlah penghormatan orang-orang Arab kepada Kaabah. Apatah lagi bangsa Arab Quraisy dan orang-orang Mekah yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepala mereka sendiri. Dengan itu, tahun beriakunya peristiwa itu dinamakan Tahun Gajah. Bermula dengan kejadian ini orang Arab menyusun kalendar mereka berdasarkan peristiwa ini. Contohnya. lima tahun sebelum Tahun Gajah. dua tahun selepas Tahun Gajah dan seterusnya. Muhammad dilahirkan pada tahun ini iaitu pada l2 Rabiulawal Tahun Gajah.