.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, October 23, 2018

Dia berwasiat

Dia berwasiat

Selepas sembahyang. Muhammad merasa sakitnya agak kuat lalu beliau naik ke mimbar menyampaikan khutbah iaitu khutbah terakhir sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Muhammad menyampaikan khutbah dalam keadaan duduk. Dalam khutbah ini Muhammad menyebut. 'Tidak boleh kekal di Semenanjung Arab ini dua agama. Tidak boleh membina gereja. rumah-rumah ibadah yang bukan Islam di seluruh Semenanjung Arab."

Kemudian Muhammad berpesan berhubung sembahyang. "Aku berpesan kepada kamu lagi berhubung sembahyang. Perbezaan antara kita dengan mereka orang bukan islam adalah sembahyang… Barang siapa yang meninggalkannya, dia sudah melakukan perbuatan kufur."

Muhammad jug: berwasiat berhubung para hamba sahaya supaya mereka dilayan dengan adii dan baik. Muhammad berpesan lagi supaya memberi layanan yang baik kepada kaum wanita.

Kemudian. Muhammad berwasiat berhubung jihad. Muhammad berkata, "Tidak ada kaum yang meninggalkan jihad melainkan ia menjadi kaum yang hina."

Kemudian, Muhammad memberi semangat kepada sahabatsahabatnya supaya keluar dengan pasukan Usamah.

Kemudian. dia turun dari mimbar dan pulang ke rumahnya. Pada hari itu. Muhammad berkhutbah dengan suara yang kuat. Orang yang berada di Iuar masjid juga dapat mendengar suara Muhammad. Selepas itu, Abu Bakar meminta izin masuk ke rumah Muhammad dan menyampaikan tahniah kepada Muhammad selepas sembuh daripada sakit. Kemudian, dia meminta izin menziarahi keluarganya. Begitu juga Ali meminta izin daripada Muhammad.

Apabila Ali keluar dari rumah Muhammad. semua orang berkerumun kepadanya Mereka semua hendak tahu kesihatan Muhammad.

Ali berkata, "Aku lihat Muhamad sudah sihat."

Semua umat Islam di Madinah gembira seolah-olah Muhammad sudah sihat seperti biasa selepas semuanya risau dengan keadaan kesihatan Muhammad.

Pada masa itu, Abbas datang kepada Ali. Katanya, "Wahai Ali, aku lihat kamu memberitahu orang Muhammad sudah sihat."

Ali berkata, “Itu yang aku lihat."

Abbas berkata, "Wahai Abul Hasan (gelaran Ali), masuklah berjumpa Muhammad dan minta dia meninggalkan wasiat bagi kita." Maksud Abbas adalah Muhammad melantik khalifahnya daripada keturunan Abdul Muttalib.

Abbas berkata, “Aku tahu riak-riak kematian di muka keturunan Abdul Muttalib dan aku lihat riak kematian ini ada pada wajah Muhammad.”

Orang pertama yang merasakan Muhammad berada pada saat terakhir kehidupannya adalah Abbas.

Ali berkata, "Wahai bapa saudaraku, bagaimana kalau aku meminta menjadi pemimpin daripada Muhammad dan Muhammad menolak permintaan itu. Demi Allah, kalau berlaku hal ini, tidak akan diserahkan lagi pimpinan kepada keturunan Abdul Muttalib selama-Iamanya kerana Muhammad menghalang pimpinan daripada mereka."

Abbas berkata, "Kamu lebih bijaksana. Kalau begitu, kita jangan minta. Biarlah Muhammad yang menemukannya."


Khutbahnya ;

9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)