.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, October 22, 2018

Dia yang disakiti

Dia yang disakiti

Beberapa peristiwa yang berlaku yang semuanya menggambarkan bagaimana Quraisy menghadapi Muhammad bin Abdullah. Antaranya. pernah Uqbah bin Abi Mu'ayyit salah seorang daripada pimpinan orang bukan Islam Quraisy menjemput Muhammad makan di rumahnya… Apabila Muhammad sudah berada di depan hidangan. Muhammad tidak mahu makan. Puas Uqbah menjemput beliau makan.

Muhammad berkata. "Aku tidak akan makan kecuali selepas engkau mengucap dua kalimah syahadah." Uqbah cuba mengelak. Tetapi Muhammad berharap Uqbah mengucapkan seperti mana Hamzah mengucap walaupun kerana semangat hendak membela anak saudaranya. Akhirnya, Uqbah tidak dapat mengelak lagi. Baginya. tetamu ini suatu yang besar. Memalukan bagi mereka kalau tidak menunaikan hajat tetamu. Akhirnya, dia mengucap dua kalimah syahadah supaya Muhammad mahu makan hidangannya. Dengan itu, tersebariah cerita Uqbah mengucap dua kalimah syahadah.

Orang bukan Islam Quraisy semakin geram. Yang paling marah adalah Ubay bin Khalaf kerana Uqbah adalah sahabat baiknya. Dia datang berjumpa Uqbah.

Katanya. "Wahai Uqbah, jangan engkau tengok muka aku lagi selepas ini. Engkau bukan sahabat aku lagi sehingga engkau meludah ke muka Muhammad. Bagaimana engkau boleh mengucap di depannya, seperti itu jugalah engkau pergi meludah muka Muhammad."

Uqbah pening. Antara dua pilihan sama ada hendak memilih Muhammad ataupun memilih pembesar-pembesar Quraisy iaitu kawan-kawannya. Akhirnya, dia membuat keputusan memilih sahabat-sahabatnya Quraisy. Dia pergi meludah muka Muhammad. Muhammad tetap bersabar. Maka turun ayat al-Quran yang berkaitan dengan Uqbah dan Ubay bin Khalaf dalam, surah al Furqan ayat 28 dan 29 yang bermaksud, "Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! Sesungguhnya dia menyesatkan daku dari jalan peringatan al-Quran selepas ia disampaikan kepadaku. Dan adalah syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia yang menjadikan dia sahabat karibnya."

Uqbah hampir-hampir Islam, tetapi sahabatnya Ubay bin Khalaf merosakkannya. Di Akhirat nanti, dia menyesal dan menggigit jari, menyesal dan menderita yang tidak ada kesudahan kerana menolak Islam yang sudah ada dalam tangannya.

Ubay bin Khalaf juga antara orang yang sangat memusuhi Islam. Pada suatu hari, dia datang kepada Muhammad sambil membawa tulang yang sudah reput. Dia memecahbelahkan tulang itu dan dihancurkannya menjadi serbuk. Dia menyimbahkan serbuk ini ke muka Muhammad sambil berkata, "Engkau Muhammad yang mengatakan Allah akan hidupkan kami daripada habuk tulang ini? Siapa yang dapat menghidupkan kita daripada habuk tulang ini?"

Oleh itu, turun ayat al-Quran menjawab kepada Ubay ini, iaitu surah yasin ayat 78 hingga 79 yang bermaksud, "Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami tentang kekuasaan itu dan dia pula melupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya, 'Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang sudah hancur seperti debu?’ Katakanlah, ‘Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Dia maha mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk yang diciptakannya."

Yang menghidupkan tulang ini kali pertama, dialah yang akan menghidupkan semula. inilah jawapan Allah kepada Ubay yang mencabar Muhammad.

Quraisy Membuat Tawaran Baru

Islam terus berkembang. Semakin ramai orang masuk islam dan semakin ramai orang tahu berhubung islam. Quraisy yang belum Islam bersidang lagi di Darul Nadwah, berbincang bagaimana mahu menyekat Islam. Mereka memanggil Muhammad sekali lagi. Ada tawaran baru untuk beliau.

Orang bukan islam Quraisy berkata, "Wahai Muhammad. sudah bermacam-macam kami tawarkan kepada kamu tetapi tidak ada satu pun yang kamu setuju. Sekarang ini, kami hendak buat tawaran lagi. tawaran ini berat bagi kami. Tetapi mudah-mudahan kita dapat kata sepakat Kami lihat engkau bermati-matian dengan agama kamu. kami ingin berseru kepada kamu supaya kita selesaikan masalah antara kita. Engkau sembah Tuhan kami sehari dan kami sembah Tuhan kamu sehari. Berselang-selang."

Muhammad berkata. "Tidak."

Mereka berbincang lagi. Kemudian mereka datang lagi kepada Muhammad. "Kalau begitu kami sembah Tuhan kamu seminggu dan kamu sembah Tuhan kami sehari."

Muhammad berkata. "Tidak."

Mereka pulang berbincang lagi. Kali ini kata mereka. "Kami sembah Tuhan kamu setahun. kamu sembah Tuhan kami sehari sahaja."

Muhammad tetap menolak. Dengan pertemuan ini. turun surah aI-Kafirun yang lebih kurang bermaksud. "Katakanlah wahai Muhammad. 'Hai orang-orang orang bukan Islam! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah Allah yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadah seperti kamu beribadah. Dan kamu pula tidak mahu beribadah secara aku beribadah. Bagi kamu agama kamu. dan bagiku agamaku'."

Oleh kerana Muhammad menolak tawaran ini. Quraisy menambah lagi tekanan mereka ke atas peribadi Muhammad dan sahabat-sahabatnya yang lain. Orang yang paling kuat menyakiti Muhammad adalah iiran-iiran beliau. Antara iiran-jiran beliau adalah

Abu Lahab iaitu bapa saudaranya, Hakam Ibnu Abil Asi, Uqbah bin Abi Mu‘it dan ‘Udai bin Hamra al-Saqofi. Inilah jiran-iiran terdekat Muhammad.

Mereka semua sepakat menyakiti Muhammad. Semua sampah dan kotoran dari rumah mereka dibuang di hadapan rumah Muhammad. Apabila mereka menyembelih lembu, unta ataupun kambing, segala tali perut dan kotorannya diletakkan di hadapan rumah Muhammad. Walau bagaimanapun, Muhammad tetap bersabar. Beliau sendiri yang membersihkan dan membuang semua sampah dan kotoran itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)