.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, October 23, 2018

Sebelum Dia pergi meninggalkan kita

(l0H-IIH) (631M-632M)

Tentera Khalid ke Keturunan Harith Bin Kaab

Pada akhir tahun kesembilan Hijrah. Muhammad menghantar Khalid memimpin pasukan tentera ke tempat keturunan Harith bin Kaab. Apabila mereka meiihat tentera Islam tiba. mereka menyerah diri dan masuk Islam. Mereka menghantar perwakilan kepada Muhammad. Pada masa itu. Muhammad menyampaikan ucapan yang tegas kepada mereka… Muhammad menyampaikan kata-kata InI di hadapan orang ramai dan  ini tersebar kepada semua kabilah Arab yang lain.

Muhmmad berkata. "Adakah kamu tidak mahu menerima Islam sehingga tentera datang kepada kamu?"

Empat kali Muhammad mengulangi pertanyaan ini. Mereka semua tidak berani menjawab.

Muhammad berkata. "Demi Allah kalau Khalid tidak membawa kamu ke sini supaya memaluk islam, aku akan jadikan kepala-kepala kamu di bawah tapak kakinya."

Salah seorang yang bijaksana dikalangan mereka bangun lalu berkata “Allah dan pesuruhnya yang lebih berjasa. Demi Allah.

yang membawa kami ke sini bukan kamu, wahai Muhammad. juga bukan Khalid, tetapi yang membawa kami ke sini adalah Allah."

Muhammad berkata, "Kamu benar."

Kata-kata Muhammad ini tersebar ke seluruh suku yang lain. Semua berasa gerun dengan ketegasan Muhammad. Semua suku perwakilan berjumpa Muhammad dan menyatakan keislaman mereka.

Muhammad menghantar Muaz bin Jabal dan Abu Musa alAsyaari kepada kabilah Bujailah dan suku Uzdi di Yaman mengajarkan Islam kepada mereka. Sebelum mereka bertolak, Muhammad memeluk Muaz. '

Muhammad berkata, "Mungkin aku tidak akan bertemu kamu lagi selepas ini."

Muaz menangis kerana dia tahu dengan kata-kata itu, Muhammad menyampaikan takziah kepada Muaz.

Kemudian, Muhammad menghantar Ali ke Yaman bagi mengambil satu perlima daripada harta rampasan perang yang diperoleh oleh Khalid bagi pihak Muhammad dan sebagai gabenor penduduk Yaman.

Ali berkata, "Semasa pesuruh Allah menghantar aku ke Yaman, aku bertanya kepadanya, 'Wahai pesuruh Allah, kamu menghantar aku kepada kaum yang lebih tua daripada aku sedangkan aku masih muda dan tidak pakar dalam hal penghakiman ini. Pesuruh Allah meletakkan tangannya ke dadaku dan berdoa, ‘Ya Allah, tetapkanlah lidahnya dan pimpinlah hatinya'. Kemudian beliau berpesan, 'Wahai Ali, kalau kamu menghakimi antara dua orang yang bertelingkah, jangan kamu memberi hukuman sehingga kamu mendengar daripada kedua-dua belah pihak. Kalau kamu melakukan hal ini, penyelesaiannya akan menjadi jelas kepada kamu'. Ali yang diutus jauh itu sempat bertemu Muhammad dalam Haji Wada' iaitu haii perpisahan."

Selepas itu, Muhammad menghantar wakil-wakilnya bagi mendidik dan memimpin tempat yang baru menerima islam serta mengutip zakat daripada mereka. Muhammad menghantar Muhajir bin Abi Umayyah ke San'a (Yaman)'. Ziad bin Lubald al-Ansari ke Hadhramaut (Yaman). 'Udai bin Hatim kepada keturunan Ta'i' dan keturunan Saad, Malik bin Nuwairah kepada keturunan Hanzalah dan Ala' bin Hadhrami ke Bahrain.

Selepas itu turun surah An-Nasr yang bermaksud, "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah. Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadanya, sesungguhnya dia amat menerima taubat."

Apabila ayat ini turun, Abu Bakar mula menangis. Sahabatsahabatnya bertanya. "Mengapa kamu menangis, wahai Abu Bakar, sedangkan ini berita gembira daripada Allah."

Kata Abu Bakar. "Dengan surah ini, Allah memberi takziah kepada kita ke atas pesuruh Allah. Ayat ini adalah tanda kewafatan beliau. Apabila manusia sudah masuk agama Allah beramai-ramai, tugas pesuruh Allah sudah selesai."

Muhammad sudah menunaikan tanggungjawabnya yang mana Islam sudah tersebar ke seluruh Semenanjung Arab dan sampai ke Rom dan Parsi. Sahabat-sahabat dan tabiin menyambung perjuangan ini dengan berlakunya pembukaan demi pembukaan sehingga tiga suku dunia tunduk kepada kekuasaan Islam.

Pada tahun keenam Hijrah. kekuatan umat. Islam hanya I400 orang Ielaki yang bersama Muhammad dalam Perjanjian Hudaibiah. Mereka semua adalah Muhajirin dan Ansar, termasuk beberapa individu daripada suku Arab yang lain.

Pada tahun kelapan Hijrah iaitu dua tahun selepas itu, semasa pembukaan Mekah, kekuatan Islam sudah mencapai |0,000 orang lelaki. Pada awal tahun kesembilan Hijrah. dalam peperangan Tabuk, kekuatan Islam sudah meningkat kepada 30.000 orang. Pada tahun ke-lO Hijrah, selepas kedatangan perwakilan demi perwakilan menyatakan keislaman mereka. yang menyertai Muhammad dalam Haii Wada' paling kurang IO0.000 orang lelaki.

Dalam masa empat tahun, jumlah kekuatan umat Islam bertambah daripada I400 orang kepada 100,000 orang. 100,000 itu yang menyertai Haji Wada'. tidak dikira yang tidak dapat menyertai haji. Benarlah apa yang Allah nyatakan iaitu Perjanjian Hudaibiah sebagai pembukaan.

Bermula daripada Perjanjian Hudaibiah, Islam terus berkembang begitu pesat. Orang berbondong-bondong masuk Islam bukan kerana diperangi, tetapi kerana melihat model Islam yang cantik, indah dan gagah hasil daripada ketakwaan sahabat-sahabatnya. Islam menang bukan kerana senjata. tetapi kerana bantuan Allah.

Apabila dikira. hanya berapa orang sahabat sahaja yang terkorban dalam peperangan daripada bermula dakwah Muhammad hingga seluruh jazirah Arab menerima Islam. Begitu juga apabila dikira bilangan korban orang kafir dalam peperangan menentang Islam, terlalu sedikit. Tetapi dengan model masyarakat Islam yang bertakwa yang dibina oleh Muhammad di Madinah, orang datang bagi menerima Islam.

Apabila turun surah al-Nasr; agama Islam sudah sempurna dan sudah kukuh daripada semua sudut. Wahyu yang turun sudah sempurna. Umat Islam daripada sudut kekuatan tentera sudah digeruni bukan sahaja oleh bangsa Arab, tetapi Rom dan Parsi. Muhammad sudah menyampaikan risalah Islam kepada pembesar-pembesar dunia pada masa itu.

Perutusan Muhammad sudah tiba kepada Kisra Raja Parsi, Kaisar Raja Rom, Najasyi Raja Habsyah, Muqauqis Raja Mesir dan pemimpin-pemimpin lain. Mesej Islam sudah disampaikan. Islam juga sudah kukuh kekuatan pemerintahannya. Seluruh Semenanjung Arab sudah berada di bawah pemerintahan Islam dan menjadi kekuatan negara Islam.

Haji Wada' Pada bulan Zulkaedah iaitu bulan kesebelas dalam kalendar Islam, tahun ke-IO Hijrah, Muhammad mengumumkan kepada umat Islam beliau mahu menunaikan haji. Itulah satu-satunya haji yang dilakukan oleh Muhammad selepas hijrah.

Muhammad melakukan umrah empat kali termasuk umrah semasa Haji Wada', tetapi haji hanya sekali. Oleh itu, beliau membuka peluang kepada semua suku yang sudah masuk Islam. sesiapa yang mahu menunaikan haji bersama Muhammad. Oleh itu. setiap suku menghantar perwakilan mereka menunaikan haji bersamanya.

Muhammad bertolak dari Madinah pada bulan Zulkaedah. Beliau melantik Abu Dujanah memimpin Madinah semasa ketiadaannya. Apabila tiba di suatu tempat iaitu Zul Hulaifah (Bir Ali), Muhammad bermalam di situ dan esoknya berihram.

Muhammad membawa bersama lOO ekor binatang untuk korban. Selepas ihram dan sepanjang perjalanan ke Mekah, Muhammad dan rombongan seramai I00,00 orang itu melaungkan talbiah. takbir dan tahmid.

Dalam perjalanan, Muhammad ternampak seorang lelaki yang sudah tua berjalan kaki menuju ke Mekah. Muhammad bertanya berhubung lelaki itu. Mereka berkata lelaki itu bernazar mahu mengerjakan haji dengan berjalan kaki.

Muhammad berkata, "Allah bukan mahu menyeksa hambanya dengan ibadah haji ini."

Muhammad memerintahkan dia menunggang kenderaan. Lelaki itu mentaati perintah Muhammad. Muhammad mahu mengajar umat Islam iaitu agama Islam adalah agama yang mudah. Apabila Muhamad diberi pilihan antara dua perkara, beliau memilih yang paling mudah.

Semasa dalam perjalanan menuju haji, ada seorang wanita datang kepada Muhammad dan mengangkat anak kecilnya sambil bertanya kepada Muhammad. "Wahai pesuruh Allah, adakah anak ini juga mendapat pahala haji?"

Muhammad berkata, “Ya, dan kepada kamu juga pahalanya." Ibunya juga diberi pahala bagi haji anak kecil itu kerana ibunya yang terpaksa berlatih mengawalnya dan membawanya sepanjang ibadah haji.

Menurut pendapat sesetengah ulama, Muhammad menunaikan Haji Qiran iaitu menunaikan umrah dan haji dengan ihram yang sama. Sebelum tiba di Mekah, Muhammad bermalam di Zi Tuwa. Selepas mengerjakan umrah, Muhammad tidak bertahalul iaitu mencukur rambut sebagai tanda selesai melakukan ibadah haji ataupun umrah, tetapi meneruskan ihramnya sehingga haji.

Muhammad berkata, "Kalau aku tidak membawa binatang korban, nescaya aku melakukan haji Tamattu'." Muhammad menganjurkan sahabat-sahabatnya yang tidak membawa binatang korban melakukan haji Tamattu'. Oleh itu, Imam Syafie mengatakan haji yang paling baik adalah haii Tamattu'.

Selepas umrah, Muhammad dan sahabat-sahabatnya berkhemah di Abtoh. Semasa Muhammad di Abtoh, Ali tiba dari Yaman. Ali melihat isterinya, Fatimah sudah bertahalul. Fatimah memberitahu Muhammad yang memerintahkan mereka bertahalul. Kemudian, Muhammad bertanya kepada Ali apakah niat hajinya. Kata Ali, seperti niat Muhammad. Ali juga membawa binatang korban dari Yaman.

Muhammad berkata, "Kalau begitu, teruskan ihram kamu."

Abu Musa aI-Asyari juga tiba dari Yaman, tetapi dia tidak membawa korban. Muhammad menyuruhnya melakukan Haji Tamattu'.

Pada hari kelapan Zulhijjah, Muhammad bergerak ke Mina iaitu pada hari yang dinamakan Hari Tarwiyah. Pada hari itu, para jemaah haji mengambil air sebagai bekalan ke Mina kerana di Mina pada masa itu tidak ada air. Pada hari kesembilan, Muhammad pergi ke Muzdalifah dan kemudian terus ke Arafah.

Sebelum Islam, orang Quraisy tidak ke Arafah apabila menunaikan haii. Mereka berhenti setakat di Mudzalifah sahaja iaitu di Masyaril Haram. Orang lain terus ke Arafah. Dalam haji itu, semua orang menanti sama ada Muhammad berhenti seperti Quraisy iaitu Setakat di Muzdalifah ataupun Muhammad ke Arafah. Muhammad berhenti di Muzdalifah, tetapi menyambung semula ke Arafah. Muhammad berkata, "Haji itu adalah Arafah."

Di Arafah, Muhammad berkhemah di Namirah dan di situlah dia menyampaikan khutbahnya yang masyhur yang disebut sebagai khutbah Wida' (Khutbah perpisahan).

Dalam khutbah ini beliau menyampaikan ringkasan agama Islam. Maksud khutbah ini adalah. "Wahal manusia, dengarlah daripada aku kerana aku mahu menerangkan kepada kamu kerana aku tidak tahu, mungkin aku tidak dapat lagi bertemu dengan kamu selepas tahunku ini di tempatku ini."

Kemudian Muhammad berhenti seketika. Beliau bertanya kepada semua yang hadir, "Wahai manusia, hari apakah hari ini?"

Mereka berkata. "Hari ini adalah hari haji Akbar." Muhammad bertanya lagi, "Bulan apakah bulan ini?" Mereka menjawab, "ini bulan mulia, wahai Muhammad." Muhammad bertanya lagi, "Tanah apakah tanah ini?" Mereka menjawab, "lni tanah mulia, wahai Muhammad."

Kemudian, Muhammad menyambung kembali khutbahnya. Muhammad menyampaikan beberapa pesanan penting untuk umat Islam. Muhammad mahu mengambil peluang ini bagi mengukuhkan lagi hukum-hukum penting dalam kehidupan umat Islam.

Muhammad berkata, "Sesungguhnya darah kamu dan harta kamu adalah mulia ke atas kamu. Sehingga kamu bertemu dengan Tuhan kamu seperti mulianya hari ini dalam bulan ini dan di tempat ini.

Maksudnya, darah, nyawa dan harta Muslim itu haram diambil oleh orang lain. Besarnya pengharaman nyawa dan harta Muslim itu seperti besarnya pengharaman yang ada pada hari haji Akbar, pada bulan Haram dan di Tanah Haram.

Kemudian, Muhammad menyambung lagi, "Adakah aku sudah menyampaikan? Ya Allah, saksikanlah ."

Muhammad bertanya kepada umat Islam yang hadir pada masa itu sama ada beliau sudah menyampaikan pesanan Allah yang dipertanggungjawabkan kepada beliau sebagai rasul. Allah yang menjadi saksi, begitu juga orang-orang Mukmin.

"Maka barang siapa ada memegang amanah, tunaikanlah amanahnya kepada tuannya yang berhak."

Kemudian, Muhammad mahu membatalkan ciri orang Arab sebelum Islam. Semua perkara ltu sudah Allah nyatakan di dalam alQuran. Tetapi kerana pentingnya hal ini. Muhammad mahu supaya sejumlah umat Islam yang begitu ramai pada masa itu mendengar sendiri daripada mulut beliau.

"Dan sesungguhnya riba orang Arab sebelum Islam sudah dibatalkan. Riba pertama yang aku batalkan adalah riba Abbas bin Abdul Muttallib."

Muhammad memulakan hukum Allah ini dengan keluarganya dahulu. Muhammad dan keluarganya terlebih dahulu meniadi contoh kepada umat. Pesanan Muhammad kepada para pejuang Islam dan pendakwah yang mahu menegakkan undang-undang Allah di muka bumi ini. mereka perlu memulakan dengan diri dan keluarga mereka dahulu.

“Dan sesungguhnya menuntut bela ke atas darah yang ada dalam masyarakat orang Arab sebelum Islam dibatalkan. Darah pertama yang aku batalkan adalah darah Amir bin Rabiah bin Harith bin Abdul Muttalib."

"Dan sesungguhnya kebanggaan orang Arab sebelum Islam juga dibatalkan melainkan dua perkara iaitu sidanah, menjaga dan memelihara Kaabah dan siqayah, memberi minum kepada jemaah haji."

Dua perkara ini tidak dibatalkan oleh Islam kerana dia bersangkut paut dengan peniagaan Kaabah dan memberi khidmat kepada jemaah haji. Islam membatalkan semua perkara lain yang menjadi kebanggaan orang Arab sebelum Islam. Kemudian, Muhammad menerangkan hukum Islam dalam kes bunuh.

"Pembunuhan yang sengaja itu mengikut hukum Islam dipanggil qawad"

Antara tiga hukuman sama ada qisas iaitu dibunuh si pembunuh ataupun membayar dllat kepada keluarga si mati. Ini terpulang kepada kehendak keluarga si mati.

"Adapun pembunuhan yang samar iaitu antara sengaja dengan tidak, maka hukumannya adalah 100 ekor unta. Sesiapa yang menambah, itu adalah orang Arab sebelum Islam."

Maksudnya. si pembunuh memang bertujuan membunuh, tetapi dia menggunakan alat yang pada adatnya tidak dapat membunuh seperti membunuh dengan batu ataupun tongkat. Hukumannya tidak ada pilihan, dia perlu membayar denda 100 ekor unta. Sesiapa yang menambah lebih daripada 100 ekor unta dengan alasan si mati orang yang ada kedudukan dan sebagainya, dia dikira melakukan perbuatan orang Arab sebelum Islam.

"Wahai manusia, sesungguhnya syaitan kecewa untuk disembah di tempat kamu ini iaitu di Tanah Arab."

"Tetapi, dia cukup setakat dapat ditaati dalam perkara selain menyembahnya iaitu daripada perbuatan-perbuatan yang keji daripada amalan kamu."

Syaitan tidak akan disembah lagi, tetapi dia tetap berjaya menghasut manusia melakukan kejahatan dan dosa.

'Wahai manusia. sesungguhnya perbuatan mempermainkan bulan haram adalah penambahan yang kufur."

"Orang-orang kafir menyelewengkan perkara ini. Mereka mengharamkannya pada satu tahun dan menghalalkannya pada tahun yang lain untuk mereka melakukan perkara yang Allah haramkan."

Orang-orang kafir sebelum ini selalu mengubah-ubah bulan haram supaya mereka boleh berperang kerana kehidupan mereka bergantung pada peperangan. jadi, perjalanan pada masa itu sudah berubah. Oleh itu, mereka mengerjakan haji bukan pada bulan haji lagi.

"Dan sesungguhnya waktu itu telah berputar semula seperti keadaannya semasa Allah menciptakan langit dan bumi."

Muhammad memberitahu, pada masa ini, perjalanan waktu sudah kembali kepada perjalanan yang betul kembali. Kemudian, Muhammad menyampaikan beberapa wasiat.

Kata Muhammad lagi, "Wahai manusia, sesungguhnya bagi isteri kamu ke atas kamu ada kewaiipan begitu juga bagi kamu ke atas mereka ada kewaiipan. Hak kamu ke atas mereka adalah mereka tidak membawa orang lain selain kamu ke tempat tidur. Mereka iuga tidak boleh membawa sesiapa yang kamu tidak suka ke dalam rumah kamu melainkan dengan izin kamu dan mereka tidak boleh melakukan kemungkaran nafsu. Kalau mereka melakukan kemungkaran, sesungguhnya Allah mengizinkan kamu bertegas dengan mereka dan meninggalkan tempat tidur mereka dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan mencacatkan. Kalau mereka berhenti daripada menderhaka dan mentaati kamu, menjadi kewajipan kamu memberi nafkah yang baik kepada mereka. Sesungguhnya para isteri ibarat orang tawanan di rumah kamu, mereka tidak berkuasa ke atas diri mereka. Kamu mengambil mereka dengan amanah daripada Allah dan kamu menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah iaitu akad nikah."

Muhammad menyambung lagi, "Wahai manusia, sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Tidak halal bagi kamu harta-harta saudara kamu melainkan dengan keredhaan daripadanya. Adakah aku sudah menyampaikan kepada kamu? Ya Allah saksikanlah. janganlah kamu berpatah balik kepada kufur selepas aku, kamu berbunuhan di antara kamu. Sesungguhnya aku sudah tinggalkan kepada kamu, kalau kamu berpegang dengan peninggalan ini kamu tidak akan sesat iaitu al-Quran. Adakah aku sudah sampaikan? Ya Allah, saksikanlah. Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu satu dan ayah kamu satu, semua kamu daripada Nabi Adam sedangkan Nabi Adam daripada tanah. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa. Tidak ada kemuliaan bagi bangsa Arab ke atas bangsa lain kecuali dengan takwa. Adakah aku sudah sampaikan?"

Sahabat-sahabatnya berkata, "Ya, kamu sudah sampaikan, wahai Muhammad."

Muhammad berkata, "Kalau begitu, setiap yang hadir di kalangan kamu hendaklah dia menyampaikan kepada yang tidak hadir."

Kemudian, Muhammad menyampaikan pesanan berhubung harta pusaka supaya tidak ada ruang lagi orang berselisih berhubung hal ini.

"Wahai manusia, sesungguhnya Allah sudah membahagikan kepada setiap waris bahagiannya daripada harta pusaka. Tidak boleh berwasiat lebih daripada satu pertiga daripada harta pusaka. Anak itu dinisbahkan kepada ayahnya daripada perkahwinan yang sah. Orang yang berzina direjam dengan batu. Barang siapa yang menasabkan kepada bukan ayahnya ataupun mengambil wali bukan walinya, ke atasnya laknat Allah dan para malaikat dan manusia seluruhnya. Tidak diterima daripadanya. Adakah aku sudah menyampalkannya?"

Sahabat-sahabatnya berkata. "Ya. engkau sudah menyampaikan, wahai pesuruh Allah."

Muhammad berkata. "Wahai Allah! Saksikanlah.". Kemudian. beliau memberl salam penutup.

Ini adalah Khutbah Wada' yang mana Muhammad meringkaskan di dalamnya sebahagian daripada undang-undang Islam yang berkaitan dengan perhubungan sesama manusia. iaitu hubungan manusia sesama manusia yang menjadi punca persengketaan antara mereka. Muhammad mengulanginya dan menegaskannya lagi kepada umat Islam.

Kemudian turunlah ayat 3 daripada surah al-Maidah yang bermaksud. "Pada hari ini. Aku sempurnakan kepada kamu agama kamu dan Aku sempurnakan nikmatku kepada kamu dan aku reda kepada kamu Islam sebagai agama."

Menurut sesecengah uIama. dengan selesainya Haii Wada' ini, sempurnalah al-Quran sebagai kitab perundangan dan peraturan kehidupan manusia. Tidak ada lagi ayat al-Quran yang turun selepas itu. Selepas menunaikan haji, Muhammad pulang ke Madinah.

Tentera Usamah Bin Zaid ke Balqa'

Muhammad pulang dari Mekah pada bulan Muharam tahun ke-H Hijrah. Pada bulan Safar. Muhammad memerintahkan tentera |s|am bergerak menuju ke Balqa' iaitu kawasan Palestin.

Tugas di Semenanjung Arab sudah selesai. Semuanya sudah beriman. Muhammad mahu membuat susulan kepada operasi membawa islam keluar dari Semenanjung Arab.

Muhammad memulakan dengan Rom. Muhammad melantik Usamah bin Zaid sebagai panglima yang mengetuai tentera itu. ”mayo pada masa itu belum mencecah 20 tahun. Masih muda . Muhammad memerintahkan sahabat-sahabat utama menyertai tentera Itu di bawah pimpinan Usamah. Antara mereka adalah Abu Bakar dan Umar.

Tentera Islam membuat persiapan. Dalam tempoh tentera Islam membuat persiapan. pada suatu malam, Muhammad memanggil salah seorang daripada mawali beliau. Mawali atau maula adalah hamba yang sudah dibebaskan. Namanya Muwaihibah.

Muhammad memberitahunya, "Wahai Muwaihibah, aku mahu keluar ke Baqi', kawasan perkuburan orang Madinah."

Muhammad mahu meminta ampun untuk ahli kubur Baqi' yang terdiri daripada kalangan orang Islam. Muhammad keluar ditemani oleh Abu Muwaihibah. Beliau memohon ampun kepada arwah umat Islam di situ dan berdoa untuk mereka. Kemudian Muhammad berkata, "Wahai Abu Muwaihibah, fitnah sudah mula datang."

Kemudian, Muhammad bercakap kepada ahli kubur, “Bergembiralah dengan keadaan kamu sekarang, bergembiralah dengan

keadaan kamu sekarang. Fitnah sudah mula berdatangan, fitnah demi Fitnah."

Kemudian Muhammad berpaling kepada Abu Muwaihabah dan berkata, "Wahai Abu Muwaihibah, aku diberi pilihan antara diserahkan kepada aku segala kekayaan dunia semuanya dan aku kekal di dunia kemudian aku masuk syurga ataupun aku bertemu dengan Tuhanku dan kemudian aku masuk syurga."

Abu Muwaihibah berkata, "Wahai Muhammad, pilihlah kami."

Muhammad berkata, "Tidak, wahai Abu Muwaihibah. Aku pilih

bertemu dengan Tuhanku dan syurga." Kecintaan kepada Allah yang memenuhi hati Muhammad.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)