.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, October 22, 2018

Nabi Ibrahim a.s dan sebuah Kaabah

Nabi Ibrahim a.s dan sebuah Kaabah

Tuhan memerintahkan lbrahim membawa isterinya Siti Habu dan anak kecil kesayangannya iaitu Ismail supaya dhinggatkan di suatu tempat bernama Mekah. Mereka ditinggalkan di sebuah lembah gunung-ganang berbatu di tengah padang pasir yang tidak ada tumbuhan. Mekah pada masa itu adalah lembah yang kosong dan kering kontang.

lbrahim berasal dari Palestin. Di Mekah, beliau meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya, lsmail. Apabila mereka ditinggalkan di situ, Siti Hajar merasa pelik kerana di situ tidak ada air, tidak ada makanan, tidak ada jiran yang dapat menolong bahkan tidak ada manusia lain. Dia pula ditinggalkan berdua sahaja dengan anaknya yang masih kecil.

Semasa Ibrahim hendak meninggalkan mereka, Siti Hajar mengekori Ibrahim dari belakang sambil bertanya mengapa dia ditinggalkan di situ. Namun Ibrahim tidak mengendahkannya sehingga akhirnya Siti Hajar bertanya, "Adakah ini perintah Allah?" "Benar." jawab Ibrahim.

Siti Hajar berkata dengan penuh yakin, "Kalau begitu, pasti Tuhan tidak akan mensia-siakan kita… Sekiranya ini adalah perintah Tuhan, pasti ada pembelaan daripada Tuhan Yang Maha Baik itu."

Apabila si anak menangis kehausan, sementara susu Siti Hajar sudah mula kering, lalu berlarilah Siti Hajar mencari air dari Bukit Safa menuju pula ke Bukit Marwah dengan penuh cemas dan berharap kepada Tuhan. Berkat rintihan hati Siti Hajar yang bergantung penuh pada Tuhan, Tuhan menghantar malaikat yang bernama Jibril. Dengan sayapnya, jibril menyingkap telaga Zamzam yang airnya terpancar keluar apabila lsmail menghentak-hentakkan kakinya ke bumi.

Menurut ahli-ahli sejarah, peristiwa ini berlaku selepas empangan besar di Yaman, yang bernama Sadd Maarib, pecah. Empangan Maarib adalah empangan yang besar dan menjadi sumber air dan sumber kehidupan di Yaman pada masa itu. Empangan ini dibina oleh kerajaan Saba' di Yaman yang sememangnya terkenal dengan kepakaran seni bina. Mereka membina empangan ini bagi menampung air huian bagi keperluan dan pertanian mereka. Apabila mereka ingkar kepada Tuhan, Tuhan memecahkan empangan ini.

Selepas empangan ini pecah, bangsa Arab yang berasal dari Yaman berpindah dan mencari tempat-tempat baru. Bertebaranlah bangsa Arab ini ke seluruh Semenanjung Arab. Suku Thaqif berpindah ke Taif. 'Suku Aus dan suku Khazraj ke Madinah. Suku Ghasasinah sampai ke negeri Syam. Suku Manazirah pula sampai ke sempadan Iraq.

Pada masa itu, suku jurhum melalui kawasan berdekatan dengan Mekah. Mereka ternampak burung-burung berterbangan. Itu adalah petanda ada air di kawasan itu. Mereka tahu selama ini memang tidak pernah ada air di kawasan Mekah. Mereka perlu memeriksa adakah benar ada air di situ.

Apabila mereka melihat ada seorang wanita bersama anak kecil di tempat air, mereka tidak merampas air Zamzam itu daripadanya kerana mereka suku kaum yang baik. Malah mereka meminta izin daripada Siti Hajar berkongsi air. Mereka rela membayar sewa telaga air itu kepada Siti Hajar apabila diminta.

Selepas lsmail mula dewasa, Tuhan memerintahkan Ibrahim dan lsmail membina Kaabah di atas tapak asal Kaabah yang mula-mula dibina oleh Adam. Kaabah sudah dibina semenjak zaman Adam lagi. Tetapi kemudian runtuh dan terkambus. Adam adalah manusia pertama yang dicipta Tuhan.

Semasa Ibrahim dan lsmail hampir siap membina Kaabah, apabila sampai di satu penjuru, mereka mencari batu yang paling sesuai bagi diletakkan tetapi tidak menemuinya. Pada masa itu, Tuhan menurunkan seketul batu dari syurga. Itulah batu berwarna hitam yang disebut Hajar Aswad, ada pada dinding Kaabah sehingga hari ini.

Kaabah hanyalah bangunan daripada batu yang disusun-susun. Bagaimana hendak memanggil orang supaya datang menziarahi Kaabah? Oleh itu, Tuhan memerintahkan Ibrahim membuat seruan kepada manusia.

Ibrahim berkata. "Wahai Tuhan! Bagaimana suara aku boleh sampai kepada pendengaran semua manusia?"

Tetapi Tuhan menegaskan, tugas lbrahim hanyalah membuat seruan. Dialah yang menyampaikannya kepada manusia.

lbrahim pun naik ke Bukit Arafah yang terletak dekat dengan Kaabah dan telaga Zamzam. Dari atas bukit itu beliau menyeru manusia dari seluruh dunia supaya datang menziarahi Kaabah. Suara lbrahim didengari oleh semua manusia dan Tuhan menjatuhkan ke dalam hati manusia rasa cinta bagi memuliakan Kaabah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)