.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Thursday, November 8, 2018

Dia Tetamu Allah.

Dia Tetamu Allah.

Allah telah ingin memuliakan rasulnya. Oleh itu, berlaku peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa ini adalah peristiwa besar dalam sejarah hidup Muhammad dan dalam sejarah umat Islam. Dengan peristiwa ini, Masjid aI-Aqsa dan Baitulmaqdis menjadi semakin mulia.

Bahkan turun ayat aI-Quran berhubung Masjid al-Aqsa ini dalam surah al-lsra’ ayat 1 yang bermaksud, "Maha suci Allah yang menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid aI-Haram (di Mekah) ke Masjid aI-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang maha mendengar. lagi maha mengetahui."

Menurut ayat ini. bumi Quds adalah bumi yang diberkati. Begitu iuga kawasan di sekelilingnya. Allah yang memberkati tempat ini. Pada suatu malam. Jibril datang kepada Muruhammad bin Abdullah yang sedang tidur di Kaabah. Seperti yang sama-sama kita ketahui, Jibril membawa Muhammad naik Buraq iaitu kenderaan dari syurga, dari Masjid aI-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin.

Di Masjid al-Aqsa, sedang berlaku perhimpunan yang sangat luar biasa. Allah menghidupkan para rasul dan para nabi untuk bertemu dengan Muhammad di Masjid al-Aqsa. Ulama menyebut jumlah para rasul 3|5 orang dan jumlah para nabi 24,000 orang. Allah mengumpulkan bilangan yang begitu besar ini untuk bertemu dengan Muhammad. Tidak ada tempat di dunia ini yang mana semua rasul dan nabi-nabi berkumpul di situ melainkan Kaabah dan Baitul Maqdis. Muhammad berkata, "Semua rasul dan nabi menunaikan haji di Mekah."

Bagaimana kita hendak bayangkan Muhammad mengimamkan sembahyang para rasul dan nabi. Persidangan para rasul dan nabi.

Inilah kemuliaan Muhammad. Sembahyang dan persidangan yang tidak berulang lagi buat kali kedua di bumi ini.

Selepas sembahyang, jibril datang membawa satu bekas susu dan satu bekas arak kepada Muhammad. Muhammad memilih susu.

Jibril berkata kepada Muhammad, "Kamu terpimpin kerana memilih susu, wahai Muhammad. Begitu juga umat kamu." Ini menunjukkan arak itu perkara yang tidak baik. Selepas itu, baru ianya diharamkan. Allah menjaga rasulnya. Beliau tidak pernah minum arak sejak kecil lagi.

Kemudian, Muhammad dimikrajkan iaitu diangkat ke langit. Inilah kuasa Allah yang tidak ada batasannya. Muhammad dibawa dalam perjalanan yang begitu jauh dalam masa yang terlalu singkat. Allah mahu mengajar kepada hambanya. Kalau Allah mahu, Allah boleh buat perkara yang di luar jangkauan akal dan kekuatan manusia. Apabila dibuka pintu langit pertama kepada Muhammad, di situ sahaja Muhammad melihat pelbagai perkara yang ajaib. Antara-nya, Muhammad melihat seorang lelaki yang tingginya 60 kaki. Apabila lelaki ini berpaling ke kanan dia tersenyum dan apabila berpaling ke kiri dia menangis.

"Siapa ini?" Muhammad bertanya kepada jibril.

jibril menjawab, "Itulah Adam. Apabila dia melihat ke kanan dia melihat kepada umatnya yang masuk syurga maka tersenyum dia. Apabila dia memandang ke kiri, dia melihat umatnya yang masuk ke neraka, maka menangislah dia,".

Kemudian, Muhammad melihat ada orang yang berenang dalam lautan darah. Apabila mereka sampai ke tepi, mereka mengangakan mulut mereka lalu para malaikat melontarkan api-api neraka ke dalam mulut mereka.

Muhammad bertanya Jibril, "Siapa mereka ini?"

Jibril berkata, "Mereka inilah orang-orang yang memakan harta anak yatim. Mereka diseksa di sini dulu sebelum diseksa di akhirat selepas kiamat nanti."

Muhammad kemudian melihat orang-orang lelaki yang perut mereka besar-besar. Mereka semua terlentang kemudian kaum Firaun lalu di situ sambil memijak perut orang-orang tadi. Kaum Firaun ini dibawa melihat neraka dua kali sehari supaya mereka dapat melihat tempat mereka nanti. Dalam perjalanan mereka pergi ke neraka itu, mereka memijak perut orang-orang lelaki yang

sedang terlentang ini. Muhammad bertanya, "Siapa mereka itu?"

jibril berkata, "Mereka adalah orang yang makan riba. Diazab di alam barzakh begitu sebelum diazab di neraka."

Kemudian, Muhammad melalui sekumpulan lelaki yang mempunyai dua jenis makanan. Satu yang lazat dan bersih. Satu lagi yang buruk dan busuk. Tetapi mereka makan makanan yang buruk dan busuk itu.

Muhammad bertanya, "Siapa mereka wahai jibril?"

Jibril berkata, "Mereka inilah orang-orang yang berzina. Mereka ada yang halal tetapi mereka tetap mencari yang haram walaupun mereka tahu akibatnya macam-macam penyakit di dunia dan azab di akhirat."

Kemudian, di langit yang kedua Muhammad bertemu dengan Isa dan Yahya. Di Iangit yang ketiga Muhammad bertemu dengan Yusuf. Di Iangit yang kelima, Muhammad bertemu dengan Harun. Di langit yang keenam Muhammad bertemu dengan Musa.

Kemudian di langit yang ketujuh, Muhammad melihat Baitul Makmur, Kaabah bagi penduduk langit, tempat para malaikat tawaf dan beribadah. Kedudukan Baitul Makmur ini bertepatan dengan kedudukan Kaabah di bumi. Di situ Muhammad melihat ada seorang lelaki yang sedang bersandar ke Baitul Makmur. Rupanya seakan-akan rupa beliau.

Muhammad bertanya, "Wahai Jibril, siapa ini?" Jibril berkata, "Itulah bapa kamu, lbrahim."

Pada setiap langit, beliau disambut dan diraikan oleh para nabi dan para malaikat. Sampai di penghujung langit yang ketujuh, Muhammad melihat jibril sudah berubah kepada kejadian asalnya. Itulah rupa yang pernah Muhammad lihat buat kali pertama semasa Muhammad berlari pulang ke rumah dari Gua Hira'. Ini kali kedua Muhammad melihat jibril dalam rupa ini iaitu dekat dengan Sidratul Muntaha.

Dalam surah al-Najm ayat l3 dan I4, Allah menyatakan yang bermaksud, "Dan demi sesungguhnya! Muhammad melihat malaikat
Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal sekali lagi, Di sisi Sidratul Muntaha."

Akhirnya. Muhammad sampai ke tempat yang tidak pernah seorang pun manusia sampai ke situ walaupun dia seorang rasul dan nabi. Kemudian, beliau sampai di suatu kawasan yang tidak pernah sampai ke situ para malaikat kecuali jibril.

Kemudian beliau sampai ke suatu tempat dan jibril meminta Muhammad ke depan.

jibril berkata, "Kalau aku ke depan selangkah aku akan terbakar."

Akhirnya, beliau sampai di Sidratul Muntaha. Di tempat yang sangat luar biasa ini. dalam pertemuan yang sangat luar biasa, Allah memerintahkan sembahyang kepada Muhammad dan umat beliau. Semua undang-undang Islam Allah perintahkan melalui jibril, tetapi perintah sembahyang diterima sendiri oleh Muhammad terus daripada Allah. Ini menunjukkan betapa besarnya sembahyang di sisi Allah. Sembahyang menjadi tiang kepada agama ini.

Selepas pertemuan itu, Muhammad turun dan bertemu dengan Musa.

Musa bertanya, "Apa yang Allah perintahkan untuk umat kamu."

Muhammad berkata, "Allah memerintahkan 50 fardu sembahyang sehari semalam."

Musa berkata, "Suku Israel diperintahkan kurang daripada itu tetapi mereka tidak mampu laksanakan. Mintalah Allah ringankan lagi."

Kerana belas kasihan dan kasih pada umatnya Muhammad meminta Allah meringankan sehinggalah menjadi lima waktu sehari semalam. Walaupun hanya lima kali perlaksanaannya, tetapi Allah tetap memberi pahala menyamai 50 kali.

Kemudian Muhammad turun ke Baitulmaqdis semula. Dari Baitulmaqdis beliau pulang semula ke Mekah. Dalam perjalanan ini, beliau menyaksikan pelbagai pemandangan. Antaranya, Muhammad melalui suatu rombongan yang menunggang unta. Apabila unta ternampak Buraq, unta menjadi takut dan ada yang lari. Tuannya mengejar untanya tetapi tidak berjaya. Muhammad memberitahu mereka di mana tempat unta mereka itu bersembunyi. Mereka semua pelik mendengar suara dari langit memberitahu mereka di mana tempat unta mereka bersembunyi. Memang benar, apabila mereka pergi ke tempat itu mereka menjumpai unta berkenaan.

Pada malam itu juga Muhammad tiba kembali ke Mekah. Semua peristiwa yang berlaku dan perjalanan yang memakan jarak yang begitu jauh sampai ke langit yang ketujuh dan sampai ke Sidratul Muntaha, berlaku hanya dalam masa separuh dari malam.

Selama ini dia dan pembesan-pembesar Quraisy melarang orang datang kepada Muhammad, tetapi kali ini mereka yang memanggil orang datang kepada Muhammad.

Abu Bakar terus datang menghadap Muhammad dan terus bertanya. "Wahai Muhammad. adakah Muhammad pergi ke Baitulmaqdis semalam?"

"Benar." kata Muhammad.

Abu Bakar berkata. "Benar apa yang engkau cakap. wahai Muhammad."

Kata-kata yang terbit dari hatinya yang tidak berbelah bagi langsung dengan Muhammad. Hati yang sangat yakin dengan Muhammad.

Muhammad berkata. "Engkau telah berkata benar wahai Abu Bakar SSiddiq."

Inilah kali pertama Abu Bakar dipanggil AsSiddiq yang bermaksud yang membenarkan. Inilah tempat Abu Bakar. Tempat yang luar biasa dan tidak ada rasa ragu langsung dengan Muhammad. Abu Bakar tidak mempersoalkan langsung Muhammad. terus dia membenarkan Muhammad. Quraisy menyangkal keyakinan Abu Bakar itu.

Mereka berkata. "Bagaimana kamu boleh percaya? Orang pergi Palestin sebulan dan balik sebulan pula. Ini Muhammad pergi satu malam."

Abu Bakar berkata, "Aku mengakui kebenaran Muhammad pada perkara yang jauh lebih besar daripada itu. Aku beriman kepada Muhammad tentang wahyu yang turun dari langit dalam masa sekelip mata. Berlaku sahaja peristiwa di bumi. wahyu pun turun mengulasnya. Kalau ini pun aku percaya. kenapa pula aku tidak percaya Muhammad pergi ke Baitulmaqdis dan pulang semula ke Mekah dalam masa satu malam sahaja."

Bukan sekadar itu sahaja. Abu Bakar membuktikan kepada Quraisy Muhammad benar dalam apa yang beliau perkatakan itu.

Kata Abu Bakar, "Wahai Muhammad, kami semua tahu engkau sebelum ini tidak pernah pergi ke Baitulmaqdis. Antara kami ada yang pernah pergi ke sana. Ceritakanlah kepada kami bagaimana keadaan di Baitulmaqdis itu?"

Muhammad pun menceritakan keadaan di Baitulmaqdis. Ada antara Quraisy yang mula bertanya pertanyaan secara terperinci, berapa jumlah tiangnya. berapa jumlah pintunya. berapa jumlah tingkapnya. Begitu pula usaha Quraisy bagi membuktikan Muhammad tidak benar walaupun sudah jelas pada mereka Muhammad menceritakan Masjid al-Aqsa tepat dengan yang sebenarnya.

Muhammad jawab semua pertanyaan yang Quraisy tanyakan. Tidak ada yang Muhammad tidak tahu dan tidak dapat dijawab. Quraisy pelik, tetapi hati mereka belum terbuka untuk beriman, mereka tetap tidak percaya.

Tetapi Muhammad berkata, "Antara kita ada bukti yang lahir. Ada rombongan yang aku pintas semasa perjalanan pulang."

Muhammad memberitahu Quraisy ciri-ciri rombongan ini, bahkan ciri unta yang mengetuai rombongan ini secara terperinci.

Muhammad berkata lagi, "Ada unta mereka yang hilang di tengah perjalanan. Aku yang menunjukkan kepada mereka tempat unta mereka bersembunyi."

Quraisy bertanya, "Bilakah rombongan itu akan sampai ke Mekah?"

Muhammad berkata, "Tiga hari dari sekarang."

Mereka semua menunggu rombongan ini. Pada hari yang ditentukan, dari pagi lagi orang-orang Mekah sudah bersiap menunggu rombongan ini. Memang benar, rombongan ini sampai tepat pada masanya. Di depan rombongan ini, ada unta yang disebut oleh Muhammad, tepat dengan ciri-cirinya sama seperti yang Muhammad sebut. Quraisy bertanya mereka berkaitan dengan unta mereka yang hilang.

Mereka berkata, "Betul, kami memang kehilangan seekor unta tetapi kami mendengar suara dari langit memberitahu tempatnya." Rombongan ini pun pelik bagaimana Quraisy dapat tahu mereka kehilangan unta semasa daiam perjalanan mereka sedangkan berita itu masih belum tersebar. Namun begitu Quraisy tidak beriman.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)