.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, March 28, 2016

ADAM A.S KELUAR DARI SYURGA

Nabi Adam a.s keluar daripada syurga dipenuhi dengan takwil. Takwil yang belandaskan nas-nas Al-Quran yang menceritakan tentangnya. Para ulama’ berbeza pendapat terhadap pentafsiran ayat  dengan mengatakan tidak mungkin Adam a.s memakan buah yang dilarang dan diancam jika memakannya. Firman Allah :

وَلَا تَقْرَبَا هَذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ

dan janganlah kamu dekati pohon ini yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.”
(Al-Baqarah : 35)

Sebahagian pula mengatakan bahawa Adam dan Hawa telah memakan buah itu kerana isyarat larangan itu tidak ditujukan kepada buah berkenaan dan tidaklah pula sehingga larangan itu mencakupi kepada jenis buah tersebut dan iblis menjelaskan secara zahir. Ini kerana kalimah “Haza”
yang bermaksud ini berkemungkinan untuk seseorang atau jenis benda. Sepertimana di dalam hadis Rasulullah s.a.w bersabda :
“Ini keduanya haram dipakai umatku yang lelaki.”
(Riwayat Abdu Daud dan Ibnu Majah)
Lalimah “Ini” adalah merujuk kepada emas dan sutera.
 Maka Nabi Adam. A.s mentakwilkan dan menganggap bahawa larangan Allah itu hanya untuk pokok khuldi sahaja. Maka datanglah iblis menggodanya dengan mengatakan itulah pokok kekalan.

Ibu Arabi berkata :
“Mengikut pada zahirnya, ianya merupakan awal kemaksiatan yang terjadi kepada Allah.”

Imam Al-Qurthubi pula berpendapat dan pendapatnya masyhur di kalangan ulama’ Muktazilah, beliau berkata :
“Ini adalah pendapat yang baik dan kami dapati bahawa yang dimaksudkan itu adalah bendanya, iaitu pokok yang sudah jelas dan nyata jenisnya.”

Pendapat ini dijelaskan secara terperinci tentang hasutan iblis melalui firman Allah :

فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ

Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam syurga)."
(Al-A’raf : 20)

Maka musuh Allah dan manusia itu menyebutkan pokok yang dilarang kepada mereka berdua adalah untuk memakannya. Mungkin pokoknya atau dari jenisnya sahaja. Akan tetapi iblis memastikan dan meyakinkan kepada Adam dan Hawa bahawa pokok itulah yang dilarang.

Ibnu Arabi berkata :
“Pendapat ini terdapat dalil iaitu barang siapa yang bersumpah untuk tidak memakan roti ini, kemudian ia memakan daripada roti yang sama, tetapi bukan yang diisyaratkan ketika ia bersumpah, maka menurut mejoriti ulama tidaklah ia berdosa atau tidak sah sumpahnya.”

Manaka menurut Imam Malik dan sahabat-sahabatnya :
“Apabila telah nyata menunjukkan sumpah itu kepada sesuatu yang diisyaratkan, maka tidaklah berdosa dengan memakan yang sejenisnya. Tetapi jika nyata sumpah itu walaupun kepada jenis yang ditentukan dan juga mempunyai niat kepada yang sejenisnya, maka ia akan berdosa dengan memakan dari jenis yang sama.”

Maka Nabi Adam a.as dilarang untuk memakan buah dari pokok yang telah nyata jika dimaksudkan jenisnya. Terdapat sebahagian pendapat, takwilnya adalah larangan dalam bentuk sunnah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis sahih yang berasal riwayatnya daripada Abu Sa’id Al-Khudri yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ibnu Majah  tentang larangan minum sambil berdiri.

Ibnu Arabi berkata :
“Keseluruhan masalah ini adalah masalah usuliyah daripada usul fiqh, maka ianya telahpun tejawab (gugur) dengan firman Allah :
فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ

Allah menggandingkan larangan dan juga ancaman. Firman Allah :

فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَذَا عَدُوٌّ لَكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَى

Maka Kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka.”
(Toha : 117)

Menurut Ar-Raghif :
“Nabi Adam a.s lupa bahawa ada ancaman yang beriringan dangan larangan. Oleh yang demikian, dia menganggap itu sesuatu yang boleh dilakukan. Dia menganggap itu adalah merupakan perintah yang mubah dan memastikan bahawa itu tidak lain adalah sesuatu yang haram sebagaimana firman Allah :

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.

Dan juga Firman Allah :

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Haid itu adalah suatu kotoran." Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.”

Ibnu Hazam mengatakan :
“Seringkali suatu perintah itu dialihkan menjadi mubah dan larangan itu manjdi makruh oleh para ulama’ dan kebanyakan ahli ilmu. Perkara itu jugalah yang terjadi pada para nabi serta sering melakukannya. Seperti perumpamaannya adalah apa yang dicontohkan oleh nabi Adam a.s ketika memakan buah daru pokok larangan.”

Sebahagian ulama mengatakan bahawa Nabi Adam a.s dan Hawa ketika memakan buah khuldi mereka berada dalam keadaan mabuk. Pendapat ini adalah pendapat Said bin Al-Musayib dan Yazid bin Qasth yang mana keduanya bersumpah di hadapan Allah tidak akan memakan buah itu kerana mereka masih berakal. Ibnu Arabi pula berkata bahawa pendapat ini rosak secara akal kerana para nabi yang dilantik menjadi nabi maka mereka itu ma’sum (terpelihara) daripada perkara-perkara yang menjerumuskan mereka kepada kerosakan jan jarimah (kejahatan).

Sebahagian ulama pula berpendapat bahawa Nabi Adam a.s telah memakan buah khuldi, beliau lupa dan berkemungkinan mereka berdua lupa ancaman jika mereka memakannya. Imam Al-Qurthubi mengatakan inilah merupakan pendapat yang benar berdasarkan firman Allah :

وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا

Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat.”
(Toha : 115)

Abu Umamah berkata :
“kalaulah kesabaran seluruh anak Adam (Bermula Allah meciptakan manusia sehingga hari kiamat) diletakkan di sebelah mizan (timbangan), kemudian kesabaran Adam juga diletakkan di sebelah mizan yang lain, nescaya masih lebih berat kesabaran Adam a.s.”

Dikatakan bahawa, orang yang pertama memakan buah dari pokok khuldi itu adalah Hawa dan Hawa jugalah yang pertama sekali diajak berbicara oleh iblis. Maka itulah merupakan fitnah yang terjadi kepada perempuan kepada lelaki. Berkata iblis : “ Tidaklah kamu dilarang untuk memakan buah ini melainkan kerana ia adalah pokok khuldi.”

Maka Hawa mengatakannya kepada Adam. Pada hakikatnya Adam menolak dan menyebutkan ancaman Allah dan mengingatkannya kepada Hawa. Namun Hawa menjawab : “ Aku akan terlebih dahulu memakannya sebelum engkau, sehingga jika aku ditimpa musibah, maka engkau akan selamat.” Maka Hawa memakannya dan tidak terdapat musibah daripadanya. Hawa mendatangi Adam semula dan berkata : “Makanlah, kerana aku sudahpun memakannya, namun tidak ada apa-apa yang terjadi kepadaku.” Lalu Adam a.s pun memakannya sehingga terbukalah pakaian mereka dan mendapat dosa sepertimana firman Allah :

وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ

Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.”

Aada pula pendapat yang mengatakan bahawa Nabi Adam a.s lupa terhadap firman Allah :

فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَذَا عَدُوٌّ لَكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَى

Maka Kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka.”

Sebahagian ulama salaf mengatakan bahawa Nabi Adam a.s pernah mengatakan :
“Sesungguhnya beruntunglah Nabi Muhammad s.a.w kerana isterinya menjadi pendamping baginya dalam menyampaikan perintah Allah. Adapun isteriku menjadi penolongku dalam bermaksiat kepada Allah.”

Dalam kitab Milal Wa Nihal, Abu Muhammad bin Hazam berkata :
“Tidak ada dosa yang lebih besar melebihi dosa yang bersumpah tidak akan pernah melakukan maksiat.”

Maka begitulah Nabi Adam a.s yang terlupa nas Al-Quran (firman Allah) ketika memakan buah khuldi bersama isterinya walaupun nas-nas itu memberikan dan membawa kepada kebaikan kerana syaitan menjanjikan darjatnya akan bertambah di sisi Allah iaitu menjadi seorang yang paling dekat dengan Allah dan kekal tinggal di dalam syurga yang akhirnya dia menyalahi serta melanggar larangan Allah.

Nabi Musa a.s pernah mengejek perbuatan Nabi Adam a.s kerana memakan buah khuldi sehinggalah perdebatan berlaku dalam masalah ini sepertimana di dalam kitab-kitab hadis Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawadaripada Abu Hurairah r.a,  Rasulullah s.a.w bersabda :
“Adam memberikan hujah kepada musa.”
(Hadis sahih riwayat Bukhari, muslim, Abu daud, At-Tarmizi, Ibnu Majah, An-Nasa’I dan Ibnu Hibban)

Perbahasan ini adalah merupakan perbahasan yang panjang. Berkata Ruqbah bin Mushaqqalah :
“Aku melalui di hadapan Qusshar pada musim sejuk. Maka aku bertanya kepadanya : “Apa yang diperbuat pohon ini kepadamu?”
Dia berkata : “Celakalah, seandainya tidak diciptakan, aku tidak pernah mendapat jawapan secepat itu daripada seseorang.”

Dalam kitab musnad Abu Daud At-Tayalisi menyebutkan tentang kisah Nabi Daud a.s bahawa daripada Hamad bin Salma daripada Ali bin Zaid daripada Yusuf bin Mahran daripada Ibnu Abbas meriwayatkan,daripada Abu Hurairah r.a,  Rasulullah s.a.w bersabda tentang firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ وَلَا يَأْبَ كَاتِبٌ أَنْ يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللَّهُ فَلْيَكْتُبْ وَلْيُمْلِلِ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ وَلَا يَبْخَسْ مِنْهُ شَيْئًا فَإِنْ كَانَ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ سَفِيهًا أَوْ ضَعِيفًا أَوْ لَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يُمِلَّ هُوَ فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُ بِالْعَدْلِ وَاسْتَشْهِدُوا شَهِيدَيْنِ مِنْ رِجَالِكُمْ فَإِنْ لَمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَامْرَأَتَانِ مِمَّنْ تَرْضَوْنَ مِنَ الشُّهَدَاءِ أَنْ تَضِلَّ إِحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الْأُخْرَى وَلَا يَأْبَ الشُّهَدَاءُ إِذَا مَا دُعُوا وَلَا تَسْأَمُوا أَنْ تَكْتُبُوهُ صَغِيرًا أَوْ كَبِيرًا إِلَى أَجَلِهِ ذَلِكُمْ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ وَأَقْوَمُ لِلشَّهَادَةِ وَأَدْنَى أَلَّا تَرْتَابُوا إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً حَاضِرَةً تُدِيرُونَهَا بَيْنَكُمْ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَلَّا تَكْتُبُوهَا وَأَشْهِدُوا إِذَا تَبَايَعْتُمْ وَلَا يُضَارَّ كَاتِبٌ وَلَا شَهِيدٌ وَإِنْ تَفْعَلُوا فَإِنَّهُ فُسُوقٌ بِكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, meka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tak ada dua oang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil mahupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu'amalahmu itu), kecuali jika mu'amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(Al-Baqarah : 282)

Sesuatu yang dibantah oleh Nabi Adam a.s adalah Allah memperlihatkan keturunannya. Nabi Adam a.s melihat seorang lelaki yang sangat bersinar. Lalu ia bertanya :
“Siapakah ini?”
Allah menjawab dengan berfirman : “Ini adalah keturunanmu Daud.”
Adam bertanya lagi : “Wahau Tuhanku berpakah umurnya?’
Allah berfirman : “Enam puluh tahun.”
Adam berkata : “Wahai Tuhanku, panjangkanlah umurnya.”
Kemudian Adam bertanya lagi : “Berpakah umurku?”
Allah berfirman : “Seribu tahun.”
Adam berkata : “Aku telah memberikan empat puluh tahun umurku kepadanya.”
Maka Allah menuliskan catatan yang disaksikan oleh para malaikat. Ketika ajalnya tiba dan malaikat maut dating kepadanya Adam berkata : “Sesungguhnya empat puluh umurku telah aku berikan kepadanya.”
Malaikat berkata : “Sesungguhnya engkau telah menghibahkan umurmu untuk anakmu Daud a.s.”
Adam berkata : “Aku tidak memberikan umurku kepadanya.”
Malaikat menjawab : “ Sesungguhnya engkau telah memberikan umurmu untuk Daud selama empat puluh tahun, sedangkan engkau belum pernah memberikan perkara yang serupa kepada yang lain.”
Maka Allah mengeluarkan catatan yang disksikan oleh para malaikat.

(Hadis Hasan : Hasan Lighairi Riwayat At-Tarmizi yang menurut beliau adalah hasan dan sahih, Abu Ya’la, Al-Hakim, dan Ibnu Hibban. Riwayat daripada Imam Ahmad dalam kitab Musnadnya, berkata Aswad bin Amir kepada kami daripada Hamad bin Salma, dia menyebut dan menambah padanya : “Maka Allah menyempurnakan untuk Daud a.s dan Adam a.s seratus tahun.”)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

MUHASABAH