.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, October 24, 2018

Dia memilih bertemu Allah

DIA PERGI MENINGGALKAN KITA

Muhammad pernah berkata kepada Abu Muwaihabah dan berkata, "Wahai Abu Muwaihibah, aku diberi pilihan antara diserahkan kepada aku segala kekayaan dunia semuanya dan aku kekal di dunia kemudian aku masuk syurga ataupun aku bertemu dengan Tuhanku dan kemudian aku masuk syurga."

Abu Muwaihibah berkata, "Wahai Muhammad, pilihlah kami."

Muhammad berkata, "Tidak, wahai Abu Muwaihibah. Aku pilih bertemu dengan Tuhanku dan syurga." Kecintaan kepada Allah yang memenuhi hati Muhammad.

Dengan pilihan Muhammad itu, bermulalah sakit Muhammad. Selepas Muhammad pulang dari perkuburan Baqi’, Muhammad jatuh sakit kerana Muhammad memilih untuk bertemu dengan Allah.

Sakit pertama yang menimpa Muhammad adalah pening kepala. Sakit kepala yang amat sangat. Muhammad datang kepada Siti Aisyah. Dia juga sedang ditimpa sakit kepala yang kuat sehingga dia mengadu kepada Muhammad.

Muhammad berkata, "Yang sebenarnya akulah yang lebih sakit. wahai Aisyah."

Siti Aisyah bertanya kepada Muhammad, "Wahai pesuruh Allah, adakah kamu sakit seperti kami sakit?"

Muhammad berkata, "Kami para nabi. Kami sakit seperti kesakitan dua orang biasa."

Selepas itu, Muhammad menziarahi semua isterinya. Muhammad mulakan dari rumah ke rumah. Apabila tiba di rumah Maimunah, Muhammad tidak mampu meneruskan lagi kerana sakit semakin kuat.

Muhammad memanggil semua isterinya berkumpul. Muhammad meminta izin kepada isteri-isterinya untuk dirawat di rumah Siti Aisyah. Muhammad pergi ke rumah Siti Aisyah dengan dipapah oleh Ali dan Fadl bin Abbas. Menurut Fadl, Muhammad hampir-hampir tidak dapat mengangkat kakinya.

Muhammad dirawat beberapa hari di rumah Siti Aisyah. Kemudian beliau demam panas yang sangat kuat. Menurut Abu Said al-Khudri, sahabat yang meletakkan tangannya ke atas dahi Muhammad, "Aku tidak tahan meletakkan tangan aku di atas dahi Muhammad kerana terlalu panas. Belum pernah aku melihat orang demam panas sampai begitu."

Muhammad pengsan kerana terlalu kuat demam panas. Apabila beliau sedar, beliau meminta tujuh bekas air dari perigi-perigi Madinah. Muhammad meminta dimandikan dengan air itu bagi meringankan demam panasnya. Kerana terlalu kuat demamnya, Muhammad tidak mampu menghabiskan semua air itu. Dengan ikhtiar itu, panas semakin kurang.

Walaupun sedang sakit kuat, Muhammad masih mengimami sembahyang dengan sahabat-sahabatnya. Pada hari jumaat 9 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah, selepas sembahyang Asar, beliau berucap kepada sahabat-sahabatnya dalam keadaan duduk. Sebelum itu, Muhammad yang menyampaikan khutbah jumaat.

KHUTBAHNYA KETIKA DIA SAKIT

Kata Muhammad. "Sesungguhnya sudah dekat pemergianku daripada kamu semua. Barang siapa yang pernah aku rotan belakangnya, Ini belakangku. Sila balas kepadaku. Barang siapa yang pernah aku hina, ini diriku. Silalah dia membalasnya. Barang siapa yang pernah aku ambil hartanya, Ini hartaku. Silalah dia ambil kembali dan janganlah dia takut kemarahan dariku kerana itu bukan akhlakku. Sesungguhnya orang yang paling aku sukai di kalangan kamu ialah orang yang mengambil haknya daripada aku sekiranya dia mempunyai hak itu."

Seorang sahabat bangun menyebut dia mempunyai tiga dinar daripada harta Muhammad. Muhammad meminta Qusam memberikan tiga dinar kepada sahabat itu.

Selepas itu. orang bertanya kepada sahabat itu, "Mengapa kamu minta, sedangkan ini Muhammad?"

Sahabat itu berkata, "Aku mahu jadi orang yang paling dikasihi oleh Muhammad."

Muhammad mengulang lagi pertanyaannya. Tidak ada seorang pun yang bangun. Muhammad berkata, "Kalau begitu halalkan kepada aku sehingga aku berjumpa dengan Tuhanku dalam keadaan hatiku tenang. Dengan kamu menghalalkan kepada aku pun aku rasa belum selamat."

Kemudian Muhammad berkata kepada sahabat-sahabatnya, "Sesungguhnya seorang hamba diberi pilihan antara diserahkan kepadanya segala kekayaan dunia semuanya dan kekal di dunia kemudian dia masuk syurga ataupun dia bertemu dengan Tuhannya dan kemudian dia masuk syurga. Dia memilih bertemu dengan Tuhannya dan masuk syurga."

Apabila Abu Bakar mendengar ucapan itu, Abu Bakar menangis teresak-esak.

Abu Bakar berkata, "Bahkan kamilah yang menebus kamu dengan diri kami dan anak-anak kami wahai Muhammad."

Abu Bakar sudah dapat memahami hamba yang Muhammad sebut itu adalah beliau sendiri.

"Bertenanglah. wahai Abu Bakar."

Kemudian, Muhammad meminta Abu Bakar menutup pintupintu rumah sahabat-sahabatnya yang menghadap ke Masjid Nabawi. Pada masa itu, sahabat-sahabatnya membina rumah di sekeliling masjid dan membuat pintu belakang yang dapat sampai terus ke masjid. Muhammad menyuruh pintu-pintu ini ditutup kecuali pintu rumah Abu Bakar.

Muhammad berkata :  "Sesungguhnya aku tidak mengetahui ada orang yang lebih baik persahabatannya dengan aku daripada Abu Bakar. Kalau aku boleh mengambil seseorang sebagai kekasih, nescaya aku ambil Abu Bakar sebagai kekasih, tetapi aku adalah kekasih Allah. Hati aku dipenuhi dengan cinta Allah."

Kemudian, Muhammad bercakap tentang  Usamah bin Zaid. Muhammad berkata, "Sudah sampai kepadaku sebahagian orang mempersoalkan kepimpinan Usamah. Mereka kata dia masih muda. Bagaimana hendak memimpin orang-orang tua. Sesungguhnya dia layak memimpin seperti mana ayahnya layak memimpin. Dia juga mampu dan layak memimpin seperti ayahnya Zaid bin Usamah."

Kemudian Muhammad berwasiat tenrang Ansar. Muhammad berkata, "Berbuat baiklah kepada Ansar kerana semua orang sudah bertambah harta mereka, tetapi harta Ansar tidak bertambah."

Kemudian Muhammad berwasiat lagi berhubung wanita, "jagalah wanita baik-baik."

Selepas Muhammad menyampaikan wasiat itu, semua orang bersiap-siap untuk keluar dengan pasukan Usamah. Mereka sudah berkhemah di luar Madinah sebagai persiapan sebelum bertolak. Usamah belum menggerakkan tenteranya kerana menunggu perkembangan kesihatan Muhammad. Selepas Muhammad pulang daripada khutbah, sakit Muhammad semakin kuat. Muhammad pengsan lagi.

Apabila Usamah mendengar Muhammad semakin tenat, dia datang menziarahi Muhammad. Pada masa itu, Muhammad hampir tidak dapat bercakap. Muhammad hanya mampu membuat isyarat ke langit dan kemudian kepada Usamah. Usamah dapat memahami Muhammad mendonknnnya dan memohon ampun kepadanya. Muhammad dalamm keadaan begitu sehingga tiga hari. Sepanjang tiga hari itu. Muhammad tidak mampu keluar dari rumah.

DIA MAHUKAN ABU BAKAR MENJADI IMAM

Apabila masuk waktu Maghrib. beliau masih sedar tetapi tidak dapat bangun. Beliau menyuruh Abu Bakar dipanggil bagi mengimami sembahyang.

Siti Aisyah risau kalau orang tidak dapat menerima Abu Bakar kerana belum pernah orang lain mengimami sembahyang selain Muhammad.

Siti Aisyah berkata. "Wahai pesuruh Allah, Abu Bakar ini orangnya lembut. suaranya perlahan. Setiap kali dia membaca alQuran dia menangis. kerana tangisannya itu bacaannya tidak dapat didengari. Mintalah orang lain menggantikannya menjadi imam."

Namun begitu. Muhammad tetap mahu Abu Bakar menjadi imam. Beliau mengulangi arahannya berkaii-kali walaupun Siti Aisyah memberi alasan yang sama berulang-ulang.

Siti Aisyah tiada pilihan. Dia keluar meminta Abdullah bin Zum'ah. adik kepada Saudah. supaya memberitahu Abu Bakar bagi mengimami sembahyang. Abdullah tidak berjumpa Abu Bakar kerana dia berada di hujung Madinah, di kampung salah seorang isterinya Asma' binti Umair.

Apabila Abu Bakar tidak ada, Abdullah bin Zum’ah melihat Umar yang ada. Dia memberitahu Umar supaya menjadi imam. Umar faham arahan itu daripada Muhammad kerana disampaikan oleh salah seorang ahli keluarga Muhammad yang keluar dari rumah Muhammad. Oleh itu. Umar menjadi imam pada waktu Maghrib. Oleh kerana suara Umar kuat dan ia dapat didengari oleh Muhammad.

Muhammad begitu marah apabila mendengar Umar mengimami sembahyang. Katanya, "Di mana Abu Bakar? Di mana Abu Bakar? Aliah dan rasulnya dan orang-orang Mukmin menolak hal ini. Allah dan rasuinya dan orang-orang Mukmin menolak hal ini."

Muhammad mahu Abu Bakar juga yang mengimaml sembahyang. sehinggakan Umar pun Muhammad tidak benarkan. Oleh kerana Umar sudah mula sembahyang. pada waktu maghrib Itu Umarlah yang menjadi imam. Itulah kali pertama orang lain mengimamkan sembahyang.

Selepas itu. mereka memanggil Abu Bakar. Abu Bakarlah yang mengimami sembahyang selama tiga hari sepanjang Muhammad sakit teruk. Hari jumaat. Sabtu. Ahad. Muhammad tidak dapat bangun dan kadang-kadang pengsan.

Wahyu sudah tidak turun lagi. Semenjak daripada Haji Wada'. wahyu sudah berhenti. Pada hari Isnin l2 Rabiulawal, pada waktu subuh Muhammad berasa sakitnya semakin kuat. jadi dia menggagahkan diri keluar dari rumahnya.

Rumah Siti Aisyah bersambung dengan masjid. Apabila Muhammad membuka pintu. beliau terus dapat melihat sahabat-sahabatnya yang sedang sembahyang di belakang Abu Bakar. Muhammad melihat sahabat-sahabatnya yang sedang khusyuk dan dalam barisan

sembahyang yang rapi. Dia tersenyum kerana terhibur melihat Abu Bakar memimpin sahabat-sahabatnya dalam sembahyang.

Sahabat-sahabat yang sembahyang dekat dengan pintu rumah Muhammad merasa tirai diangkat. Mereka memandang kepada

Muhammad yang sedang tersenyum. Selepas tiga hari Muhammad tidak keluar. semua orang risau.

Muhammad memberi isyarat supaya mereka terus sembahyang kerana mereka hampir-hampir memberhentikan sembahyang lantaran terlalu gembira melihat dia keluar. Muhammad mahu bersembahyang dengan mereka. Lalu dia maju ke hadapan dan sahabat-sahabatnya membuka jalan kepadanya.

Akhirnya. Muhammad sembahyang duduk di sebelah kiri Abu Bakar dan Abu Bakar bergerak ke belakang meniadi makmum kepada Muhammad. Abu Bakar dan sahabat-sahabatnya sembahyang berdiri menjadi makmum kepada Muhammad yang sembahyang

duduk. Begitulah suasana sembahyang subuh pada pagi itu. Pagi lsnin 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah.

Selepas sembahyang, Muhammad merasa sakitnya agak kuat lalu beliau naik ke mimbar menyampaikan khutbah iaitu khutbah terakhir sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Muhammad menyampaikan khutbah dalam keadaan duduk. Dalam khutbah ini Muhammad menyebut, "Tidak boleh kekal di Semenanjung Arab ini dua agama. Tidak boleh membina gereja, rumah-rumah ibadah yang bukan Islam di seluruh Semenanjung Arab."

Kemudian Muhammad berpesan berhubung sembahyang, "Aku berpesan kepada kamu lagi berhubung sembahyang. Perbezaan antara kita dengan mereka orang bukan Islam adalah sembahyang. Barang siapa yang meninggalkannya, dia sudah melakukan perbuatan kufur."

Muhammad juga berwasiat berhubung para hamba sahaya supaya mereka dilayan dengan adil dan baik. Muhammad berpesan lagi supaya memberi layanan yang baik kepada kaum wanita.

Kemudian, Muhammad berwasiat berhubung jihad. Muhammad berkata, "Tidak ada kaum yang meninggalkan jihad melainkan ia menjadi kaum yang hina."

Kemudian, Muhammad memberi semangat kepada sahabatsahabatnya supaya keluar dengan pasukan Usamah bin Zaid.

Kemudian, dia turun dari mimbar dan pulang ke rumahnya. Pada hari itu, Muhammad berkhutbah dengan suara yang kuat. Orang yang berada di luar masjid juga dapat mendengar suara Muhammad. Selepas itu, Abu Bakar meminta izin masuk ke rumah Muhammad dan menyampaikan tahniah kepada Muhammad selepas sembuh daripada sakit. Kemudian, dia meminta izin menziarahi keluarganya. Begitu iuga Ali meminta izin daripada Muhammad.

Apabila Ali keluar dari rumah Muhammad, semua orang berkerumun kepadanya. Mereka semua hendak tahu kesihatan Muhammad.

Ali berkata, "Aku lihat Muhamad sudah sihat."

Semua umat Islam di Madinah gembira seolah-olah Muhammad sudah sihat seperti biasa selepas semuanya risau dengan keadaan kesihatan Muhammad.

Pada masa itu, Abbas datang kepada Ali. Katanya, "Wahai Ali, aku lihat kamu memberitahu orang Muhammad sudah sihat."

Ali berkata, "Itu yang aku lihat."

Abbas berkata, "Wahai Abul Hasan (gelaran Ali), masuklah berjumpa Muhammad dan minta dia meninggalkan wasiat bagi kita."

Maksud Abbas adalah Muhammad melantik khalifahnya daripada keturunan Abdul Muttalib.

Abbas berkata, "Aku tahu riak-riak kematian di muka keturunan Abdul Muttalib dan aku lihat riak kematian ini ada pada wajah Muhammad."

Orang pertama yang merasakan Muhammad berada pada saat terakhir kehidupannya adalah Abbas.

Ali berkata, "Wahai bapa saudaraku, bagaimana kalau aku meminta menjadi pemimpin daripada Muhammad dan Muhammad menolak permintaan itu. Demi Allah, kalau berlaku hal ini, tidak akan diserahkan lagi pimpinan kepada keturunan Abdul Muttalib selama-Iamanya kerana Muhammad menghalang pimpinan daripada mereka."

Abbas berkata, "Kamu lebih bijaksana. Kalau begitu, kita jangan minta. Biarlah Muhammad yang menemukannya."

SAAT PEMERGIANNYA

Selepas masuk waktu pagi, Muhammad yang berada di rumah dengan Siti Aisyah, tiba-tiba sakit. Sakit Muhammad datang semula. Muhammad bersandar kepada Siti Aisyah.

Abdul Rahman bin Abu Bakar, saudara Siti Aisyah masuk. Oleh kerana terlalu sakit, Muhammad susah hendak bercakap.

Pada masa itu, Abdul Rahman sedang menggosok gigi. Muhammad memandang kepada Abdul Rahman yang sedang bersugi. Siti Aisyah dapat merasakan Muhammad mahu bersugi. Siti Aisyah meminta izin daripada saudaranya dan memberikannya kepada Muhammad. Siti Aisyah menyiapkan sugi iaitu kayu yang digunakan bagi menggosok gigi bagi digunakan oleh Muhammad di hujung yang belum yang digunakan oleh Abdul Rahman. Muhammad pun bersugi atau menggosok gigi.

Menurut Siti Aisyah, "Aku melihat Muhammad bersugi dalam keadaan yang sangat berat. Tidak pernah sepanjang hidup aku melihat seperti itu."

Selepas itu, Abdul Rahman meminta izin dan keluar meninggalkan Muhammad dan Siti Aisyah. Sakit Muhammad semakin kuat dan peluh keluar mencurah-curah dari kepala Muhammad. Siti Aisyah menyapu muka beliau dengan air bagi meringankannya.

Muhammad berkata, "Wahai Aisyah, sesungguhnya mati tu mempunyai sakarat (kesakitannya)."

Muhammad mengulang-ulang satu kata-kata yang seakan-akan Muhammad diberi pilihan lagi untuk kali terakhir. Muhammad berkata. "Bahkan teman sejati di syurga, bahkan teman sejati di syurga."

Siti Aisyah berkata, "Ketika beliau mengulang-ulang kata-kata itu, kepalanya terlentok ke bahuku dan pandangannya mendongak ke langit. Roh Muhammad sudah keluar daripada jasadnya untuk bertemu dengan Allah. Aku meletakkan kepala Muhammad ke bantal, lalu aku menangis. Semua ahli keluarga Muhammad yang perempuan juga menangis. Tangisan kami dapat didengari sehingga keluar rumah."

Berita kewafatan Muhammad tersebar. Ada di kalangan sahabat yang tidak percaya dan ada juga yang percaya. Seluruh penduduk Madinah mula menangis, kesedihan yang teramat sangat. Dalam keadaan itu Umar yang mendengar berita itu cepat-cepat datang ke rumah Muhammad. Dia meminta izin masuk kepada Muhammad dan dilihatnya Muhammad.

Umar berkata, "Pesuruh Allah belum wafat, tetapi dia tidak sedar diri seperti mana Nabi Musa tidak sedar apabila Allah memperlihatkan dirinya kepada Nabi Musa. Pesuruh Allah akan kembali dan aku akan memancung sesiapa yang mengatakan pesuruh Allah sudah wafat."

Sahabat-sahabatnya yang menyokong Umar semua berkumpul berdekatan Umar. Sahabat-sahabatnya yang lain tidak percaya dengan apa yang sedang mereka lalul. Ujian besar yang menimpa mereka.

Abu Bakar dipanggil bagi meredakan keadaan. Dia datang segera dengan tunggangannya. Apabila dia masuk ke dalam masjid, dia melihat sahabat-sahabatnya ada yang menangis. Umar sedang melarang orang mengatakan Muhammad sudah wafat. Sahabat-sahabatnya dalam keadaan yang cemas dan hilang pertimbangan.

Abu Bakar tidak terkesan sedikit pun dengan suasana yang sedang berlaku dan dia terus menuju ke rumah Siti Aisyah. Dia melihat jasad Muhammad di tempat tidurnya dan sudah diselimuti.

Abu Bakar mengucup dahi Muhammad sambil berkata. "Kesejahteraan untuk kamu ketika kamu hidup dan ketika kamu mati, wahai pesuruh Allah. Kesejahteraan untuk kamu ketika kamu hidup dan ketika kamu mati, wahai pesuruh Allah. Adapun kematian yang Allah sudah tetapkan kepadamu sudah kamu rasai dan kamu tidak akan mati lagi selepas itu."

Selepas itu, Abu Bakar mengucup dahi Muhammad sekali lagi dan ditutup kembali jasad Muhammad.

Abu Bakar keluar ke masjid dan menuju ke mimbar. Abu Bakar berkata, "Bertenanglah, wahai Umar."

Umar yang masih memberikan ucapannya dan tidak mengendahkan kata-kata Abu Bakar. Abu Bakar mengulang lagi. "Bertenanglah, wahai Umar."

Umar tidak mengendahkan juga. Abu Bakar naik ke atas mimbar dan mula memberi ucapan. Apabila Abu Bakar mula bercakap, Umar berhenti dan turun dari mimbar. Semua orang berkumpul pada Abu Bakar.

Kata Abu Bakar selepas menyampaikan permulaan kata, "Barang siapa yang menyembah Muhammad, Muhammad sudah mati. Barang siapa menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak mati." Kemudian, dia membaca ayat I44 dalam surah Ali Imran yang bermaksud, "Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang rasul yang mati ataupun terbunuh. jika demikian, kalau ia pula mati ataupun terbunuh, patutkah kamu berbalik berpaling tadah menjadi kafir? Dan ingatlah, sesiapa yang berbalik menjadi kafir maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu."

Umar yang pada masa itu sedang berdiri, terus jatuh terduduk. Umar berkata, "Adakah ayat ini ada di dalam aI-Quran." Umar menghafal seluruh al-Quran, tetapi kerana ujian yang besar dan kejutan ini, Umar yang begitu gagah hilang pertimbangan.

Kemudian, dia berpaling kepada sahabat-sahabatnya, katanya, "Wahai sahabat-sahabatku, Muhammad sudah meninggal dunia."

Kesedihan semakin menguasai semua. Masing-masing menangis. Kata sebahagian sahabat-sahabatnya, aku mula mencari tempat yang aku dapat menangis sekuat hati kerana beratnya menanggung ujian kematian Muhammad.

Ali, Zubair dan Talhah berkumpul di rumah Siti Fatimah memberi takziah kepadanya dengan kewafatan Muhammad. Kemudian, masuk waktu sembahyang zuhur, Bilal mahu azan, tetapi kerana terlalu sedih, dia tidak dapat lagi hendak azan.

Bilal berkata, "Demi Allah, aku tidak akan azan lagi selepas kewafatan pesuruh Allah."

اللهم صل على حبيبنا سيدنا محمد


Tuesday, October 23, 2018

Kisah Nadr bin Harith

Kisah Nadr bin Harith

Ketika mana penentangan demi penentangan terhadap Muhammad tidak berjaya, Quraisy yang belum Islam membuat helah lain pula bagi menentang kebenaran. Mereka berkata. "Kita panggil seorang yang bernama Nadr bin Harith. Dia ini seorang yang berketurunan Quraisy tetapi tinggal di Taif, Seorang yang banyak berjalan dan mengembara. Pelbagai perkara yang dia tahu termasuklah cerita dongeng dan kepercayaan karut daripada suku-suku dan bangsa-bangsa lain."

Mereka meminta kepada Nadr, “Di mana sahaja Muhammad berdakwah, engkau pergi ke situ. Apabila Muhammad membuka cerita karutnya. engkau buka cerita-cerita karut yang ada pada kamu."

Pada peringkat awal. perancangan jahat ini berjaya. Apabila sahaja Muhammad berdakwah. Nadr datang ke tempat itu dan
membuka cerita dongeng dan karut yang ada padanya. Ramailah orang datang mendengar Nadr dan mereka meninggalkan Muhammad. Orang memang meminati cerita-cerita dongeng.

Selepas habis. Nadr bercakap kepada orang ramai, "Muhammad tidak lebih daripada aku. dia mempunyai cerita dongeng dan khurafat, aku pun mempunyai cerita dongeng dan khurafat."

Begitulah berhari-hari. Nadr berjaya menarik orang daripada mendengar dakwah Muhammad. Tetapi, akhirnya orang jemu
mendengar cerita Nadr dan orang kembali mendengar al-Quran daripada Muhammad.

Abu Jahal sudah tidak tahan lagi, dia mengumpulkan pemimpin-pemimpin Quraisy dan para penentang dakwah Muhammad.

Katanya. "Semua yang kita buat tidak menjadi. Sekarang aku sudah bertekad. Aku akan bunuh Muhammad. Terpulanglah pada kamu, apabila suku Abdul Muttalib mahu menuntut bela ke atas Muhammad sama ada kamu hendak mempertahankan aku ataupun tidak. Kalau kamu tidak mahu pertahankan aku, biarlah aku dibunuh oleh suku Abdul Muttalib. Yang penting aku mahu membunuh Muhammad."

Akhirnya, Quraisy bersetuju melindungi Abu Jahal daripada suku Abdul Muttalib. Ringkasnya, mereka pun membuat pakatan membunuh Muhammad. Pada hari yang dirancang. seperti biasa. apabila bersembahyang di Kaabah Muhammad memanjangkan suiudnya. Mereka berkata, "Kita tunggu Muhammad sujud."

Semasa Muhammad suiud nanti. Abu Jahal akan mengangkat batu besar dan menghempapkan ke atas kepala Muhammad.

Muhammad seperti biasa datang bersembahyang di Kaabah dan sujud panjang.

Abu Jahal datang dengan membawa batu besar yang dia sendiri susah mengangkatnya. Dia memaksa dirinya mengangkat batu sebesar itu bagi membunuh Muhammad. Apabila dia sampai berhampiran dengan Muhammad yang sedang sujud itu. tiba-tiba dia membuang batu itu dan lari ketakutan. Semua pembesar Quraisy berasa hairan dan pelik. Abu Jahal yang sebelumnya begitu bersemangat, tiba-tiba dia membuang batu dan lari ketakutan.

Mereka bertanya kepada Abu Jahal, "Mengapa kamu lari seperti orang ketakutan?"

Abu Jahal berkata, "Kamu semua tidak nampakkah?"

"Kami tidak nampak apa-apa pun."

Abu Jahal berkata, "Kamu semua tidak nampak apa yang aku nampak?"

"Apa yang kamu nampak?" tanya Quraisy.

Abu Jahal berkata, "Aku nampak unta jantan yang sangat besar datang menyerang aku. Unta itu mahu membunuh aku."

Sebahagian Quraisy berkata, "Engkau membuat cerita dongeng. wahai Abu Jahal. Kami tidak nampak apa-apa pun."

Sebelum Dia pergi meninggalkan kita

(l0H-IIH) (631M-632M)

Tentera Khalid ke Keturunan Harith Bin Kaab

Pada akhir tahun kesembilan Hijrah. Muhammad menghantar Khalid memimpin pasukan tentera ke tempat keturunan Harith bin Kaab. Apabila mereka meiihat tentera Islam tiba. mereka menyerah diri dan masuk Islam. Mereka menghantar perwakilan kepada Muhammad. Pada masa itu. Muhammad menyampaikan ucapan yang tegas kepada mereka… Muhammad menyampaikan kata-kata InI di hadapan orang ramai dan  ini tersebar kepada semua kabilah Arab yang lain.

Muhmmad berkata. "Adakah kamu tidak mahu menerima Islam sehingga tentera datang kepada kamu?"

Empat kali Muhammad mengulangi pertanyaan ini. Mereka semua tidak berani menjawab.

Muhammad berkata. "Demi Allah kalau Khalid tidak membawa kamu ke sini supaya memaluk islam, aku akan jadikan kepala-kepala kamu di bawah tapak kakinya."

Salah seorang yang bijaksana dikalangan mereka bangun lalu berkata “Allah dan pesuruhnya yang lebih berjasa. Demi Allah.

yang membawa kami ke sini bukan kamu, wahai Muhammad. juga bukan Khalid, tetapi yang membawa kami ke sini adalah Allah."

Muhammad berkata, "Kamu benar."

Kata-kata Muhammad ini tersebar ke seluruh suku yang lain. Semua berasa gerun dengan ketegasan Muhammad. Semua suku perwakilan berjumpa Muhammad dan menyatakan keislaman mereka.

Muhammad menghantar Muaz bin Jabal dan Abu Musa alAsyaari kepada kabilah Bujailah dan suku Uzdi di Yaman mengajarkan Islam kepada mereka. Sebelum mereka bertolak, Muhammad memeluk Muaz. '

Muhammad berkata, "Mungkin aku tidak akan bertemu kamu lagi selepas ini."

Muaz menangis kerana dia tahu dengan kata-kata itu, Muhammad menyampaikan takziah kepada Muaz.

Kemudian, Muhammad menghantar Ali ke Yaman bagi mengambil satu perlima daripada harta rampasan perang yang diperoleh oleh Khalid bagi pihak Muhammad dan sebagai gabenor penduduk Yaman.

Ali berkata, "Semasa pesuruh Allah menghantar aku ke Yaman, aku bertanya kepadanya, 'Wahai pesuruh Allah, kamu menghantar aku kepada kaum yang lebih tua daripada aku sedangkan aku masih muda dan tidak pakar dalam hal penghakiman ini. Pesuruh Allah meletakkan tangannya ke dadaku dan berdoa, ‘Ya Allah, tetapkanlah lidahnya dan pimpinlah hatinya'. Kemudian beliau berpesan, 'Wahai Ali, kalau kamu menghakimi antara dua orang yang bertelingkah, jangan kamu memberi hukuman sehingga kamu mendengar daripada kedua-dua belah pihak. Kalau kamu melakukan hal ini, penyelesaiannya akan menjadi jelas kepada kamu'. Ali yang diutus jauh itu sempat bertemu Muhammad dalam Haji Wada' iaitu haii perpisahan."

Selepas itu, Muhammad menghantar wakil-wakilnya bagi mendidik dan memimpin tempat yang baru menerima islam serta mengutip zakat daripada mereka. Muhammad menghantar Muhajir bin Abi Umayyah ke San'a (Yaman)'. Ziad bin Lubald al-Ansari ke Hadhramaut (Yaman). 'Udai bin Hatim kepada keturunan Ta'i' dan keturunan Saad, Malik bin Nuwairah kepada keturunan Hanzalah dan Ala' bin Hadhrami ke Bahrain.

Selepas itu turun surah An-Nasr yang bermaksud, "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah. Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadanya, sesungguhnya dia amat menerima taubat."

Apabila ayat ini turun, Abu Bakar mula menangis. Sahabatsahabatnya bertanya. "Mengapa kamu menangis, wahai Abu Bakar, sedangkan ini berita gembira daripada Allah."

Kata Abu Bakar. "Dengan surah ini, Allah memberi takziah kepada kita ke atas pesuruh Allah. Ayat ini adalah tanda kewafatan beliau. Apabila manusia sudah masuk agama Allah beramai-ramai, tugas pesuruh Allah sudah selesai."

Muhammad sudah menunaikan tanggungjawabnya yang mana Islam sudah tersebar ke seluruh Semenanjung Arab dan sampai ke Rom dan Parsi. Sahabat-sahabat dan tabiin menyambung perjuangan ini dengan berlakunya pembukaan demi pembukaan sehingga tiga suku dunia tunduk kepada kekuasaan Islam.

Pada tahun keenam Hijrah. kekuatan umat. Islam hanya I400 orang Ielaki yang bersama Muhammad dalam Perjanjian Hudaibiah. Mereka semua adalah Muhajirin dan Ansar, termasuk beberapa individu daripada suku Arab yang lain.

Pada tahun kelapan Hijrah iaitu dua tahun selepas itu, semasa pembukaan Mekah, kekuatan Islam sudah mencapai |0,000 orang lelaki. Pada awal tahun kesembilan Hijrah. dalam peperangan Tabuk, kekuatan Islam sudah meningkat kepada 30.000 orang. Pada tahun ke-lO Hijrah, selepas kedatangan perwakilan demi perwakilan menyatakan keislaman mereka. yang menyertai Muhammad dalam Haii Wada' paling kurang IO0.000 orang lelaki.

Dalam masa empat tahun, jumlah kekuatan umat Islam bertambah daripada I400 orang kepada 100,000 orang. 100,000 itu yang menyertai Haji Wada'. tidak dikira yang tidak dapat menyertai haji. Benarlah apa yang Allah nyatakan iaitu Perjanjian Hudaibiah sebagai pembukaan.

Bermula daripada Perjanjian Hudaibiah, Islam terus berkembang begitu pesat. Orang berbondong-bondong masuk Islam bukan kerana diperangi, tetapi kerana melihat model Islam yang cantik, indah dan gagah hasil daripada ketakwaan sahabat-sahabatnya. Islam menang bukan kerana senjata. tetapi kerana bantuan Allah.

Apabila dikira. hanya berapa orang sahabat sahaja yang terkorban dalam peperangan daripada bermula dakwah Muhammad hingga seluruh jazirah Arab menerima Islam. Begitu juga apabila dikira bilangan korban orang kafir dalam peperangan menentang Islam, terlalu sedikit. Tetapi dengan model masyarakat Islam yang bertakwa yang dibina oleh Muhammad di Madinah, orang datang bagi menerima Islam.

Apabila turun surah al-Nasr; agama Islam sudah sempurna dan sudah kukuh daripada semua sudut. Wahyu yang turun sudah sempurna. Umat Islam daripada sudut kekuatan tentera sudah digeruni bukan sahaja oleh bangsa Arab, tetapi Rom dan Parsi. Muhammad sudah menyampaikan risalah Islam kepada pembesar-pembesar dunia pada masa itu.

Perutusan Muhammad sudah tiba kepada Kisra Raja Parsi, Kaisar Raja Rom, Najasyi Raja Habsyah, Muqauqis Raja Mesir dan pemimpin-pemimpin lain. Mesej Islam sudah disampaikan. Islam juga sudah kukuh kekuatan pemerintahannya. Seluruh Semenanjung Arab sudah berada di bawah pemerintahan Islam dan menjadi kekuatan negara Islam.

Haji Wada' Pada bulan Zulkaedah iaitu bulan kesebelas dalam kalendar Islam, tahun ke-IO Hijrah, Muhammad mengumumkan kepada umat Islam beliau mahu menunaikan haji. Itulah satu-satunya haji yang dilakukan oleh Muhammad selepas hijrah.

Muhammad melakukan umrah empat kali termasuk umrah semasa Haji Wada', tetapi haji hanya sekali. Oleh itu, beliau membuka peluang kepada semua suku yang sudah masuk Islam. sesiapa yang mahu menunaikan haji bersama Muhammad. Oleh itu. setiap suku menghantar perwakilan mereka menunaikan haji bersamanya.

Muhammad bertolak dari Madinah pada bulan Zulkaedah. Beliau melantik Abu Dujanah memimpin Madinah semasa ketiadaannya. Apabila tiba di suatu tempat iaitu Zul Hulaifah (Bir Ali), Muhammad bermalam di situ dan esoknya berihram.

Muhammad membawa bersama lOO ekor binatang untuk korban. Selepas ihram dan sepanjang perjalanan ke Mekah, Muhammad dan rombongan seramai I00,00 orang itu melaungkan talbiah. takbir dan tahmid.

Dalam perjalanan, Muhammad ternampak seorang lelaki yang sudah tua berjalan kaki menuju ke Mekah. Muhammad bertanya berhubung lelaki itu. Mereka berkata lelaki itu bernazar mahu mengerjakan haji dengan berjalan kaki.

Muhammad berkata, "Allah bukan mahu menyeksa hambanya dengan ibadah haji ini."

Muhammad memerintahkan dia menunggang kenderaan. Lelaki itu mentaati perintah Muhammad. Muhammad mahu mengajar umat Islam iaitu agama Islam adalah agama yang mudah. Apabila Muhamad diberi pilihan antara dua perkara, beliau memilih yang paling mudah.

Semasa dalam perjalanan menuju haji, ada seorang wanita datang kepada Muhammad dan mengangkat anak kecilnya sambil bertanya kepada Muhammad. "Wahai pesuruh Allah, adakah anak ini juga mendapat pahala haji?"

Muhammad berkata, “Ya, dan kepada kamu juga pahalanya." Ibunya juga diberi pahala bagi haji anak kecil itu kerana ibunya yang terpaksa berlatih mengawalnya dan membawanya sepanjang ibadah haji.

Menurut pendapat sesetengah ulama, Muhammad menunaikan Haji Qiran iaitu menunaikan umrah dan haji dengan ihram yang sama. Sebelum tiba di Mekah, Muhammad bermalam di Zi Tuwa. Selepas mengerjakan umrah, Muhammad tidak bertahalul iaitu mencukur rambut sebagai tanda selesai melakukan ibadah haji ataupun umrah, tetapi meneruskan ihramnya sehingga haji.

Muhammad berkata, "Kalau aku tidak membawa binatang korban, nescaya aku melakukan haji Tamattu'." Muhammad menganjurkan sahabat-sahabatnya yang tidak membawa binatang korban melakukan haji Tamattu'. Oleh itu, Imam Syafie mengatakan haji yang paling baik adalah haii Tamattu'.

Selepas umrah, Muhammad dan sahabat-sahabatnya berkhemah di Abtoh. Semasa Muhammad di Abtoh, Ali tiba dari Yaman. Ali melihat isterinya, Fatimah sudah bertahalul. Fatimah memberitahu Muhammad yang memerintahkan mereka bertahalul. Kemudian, Muhammad bertanya kepada Ali apakah niat hajinya. Kata Ali, seperti niat Muhammad. Ali juga membawa binatang korban dari Yaman.

Muhammad berkata, "Kalau begitu, teruskan ihram kamu."

Abu Musa aI-Asyari juga tiba dari Yaman, tetapi dia tidak membawa korban. Muhammad menyuruhnya melakukan Haji Tamattu'.

Pada hari kelapan Zulhijjah, Muhammad bergerak ke Mina iaitu pada hari yang dinamakan Hari Tarwiyah. Pada hari itu, para jemaah haji mengambil air sebagai bekalan ke Mina kerana di Mina pada masa itu tidak ada air. Pada hari kesembilan, Muhammad pergi ke Muzdalifah dan kemudian terus ke Arafah.

Sebelum Islam, orang Quraisy tidak ke Arafah apabila menunaikan haii. Mereka berhenti setakat di Mudzalifah sahaja iaitu di Masyaril Haram. Orang lain terus ke Arafah. Dalam haji itu, semua orang menanti sama ada Muhammad berhenti seperti Quraisy iaitu Setakat di Muzdalifah ataupun Muhammad ke Arafah. Muhammad berhenti di Muzdalifah, tetapi menyambung semula ke Arafah. Muhammad berkata, "Haji itu adalah Arafah."

Di Arafah, Muhammad berkhemah di Namirah dan di situlah dia menyampaikan khutbahnya yang masyhur yang disebut sebagai khutbah Wida' (Khutbah perpisahan).

Dalam khutbah ini beliau menyampaikan ringkasan agama Islam. Maksud khutbah ini adalah. "Wahal manusia, dengarlah daripada aku kerana aku mahu menerangkan kepada kamu kerana aku tidak tahu, mungkin aku tidak dapat lagi bertemu dengan kamu selepas tahunku ini di tempatku ini."

Kemudian Muhammad berhenti seketika. Beliau bertanya kepada semua yang hadir, "Wahai manusia, hari apakah hari ini?"

Mereka berkata. "Hari ini adalah hari haji Akbar." Muhammad bertanya lagi, "Bulan apakah bulan ini?" Mereka menjawab, "ini bulan mulia, wahai Muhammad." Muhammad bertanya lagi, "Tanah apakah tanah ini?" Mereka menjawab, "lni tanah mulia, wahai Muhammad."

Kemudian, Muhammad menyambung kembali khutbahnya. Muhammad menyampaikan beberapa pesanan penting untuk umat Islam. Muhammad mahu mengambil peluang ini bagi mengukuhkan lagi hukum-hukum penting dalam kehidupan umat Islam.

Muhammad berkata, "Sesungguhnya darah kamu dan harta kamu adalah mulia ke atas kamu. Sehingga kamu bertemu dengan Tuhan kamu seperti mulianya hari ini dalam bulan ini dan di tempat ini.

Maksudnya, darah, nyawa dan harta Muslim itu haram diambil oleh orang lain. Besarnya pengharaman nyawa dan harta Muslim itu seperti besarnya pengharaman yang ada pada hari haji Akbar, pada bulan Haram dan di Tanah Haram.

Kemudian, Muhammad menyambung lagi, "Adakah aku sudah menyampaikan? Ya Allah, saksikanlah ."

Muhammad bertanya kepada umat Islam yang hadir pada masa itu sama ada beliau sudah menyampaikan pesanan Allah yang dipertanggungjawabkan kepada beliau sebagai rasul. Allah yang menjadi saksi, begitu juga orang-orang Mukmin.

"Maka barang siapa ada memegang amanah, tunaikanlah amanahnya kepada tuannya yang berhak."

Kemudian, Muhammad mahu membatalkan ciri orang Arab sebelum Islam. Semua perkara ltu sudah Allah nyatakan di dalam alQuran. Tetapi kerana pentingnya hal ini. Muhammad mahu supaya sejumlah umat Islam yang begitu ramai pada masa itu mendengar sendiri daripada mulut beliau.

"Dan sesungguhnya riba orang Arab sebelum Islam sudah dibatalkan. Riba pertama yang aku batalkan adalah riba Abbas bin Abdul Muttallib."

Muhammad memulakan hukum Allah ini dengan keluarganya dahulu. Muhammad dan keluarganya terlebih dahulu meniadi contoh kepada umat. Pesanan Muhammad kepada para pejuang Islam dan pendakwah yang mahu menegakkan undang-undang Allah di muka bumi ini. mereka perlu memulakan dengan diri dan keluarga mereka dahulu.

“Dan sesungguhnya menuntut bela ke atas darah yang ada dalam masyarakat orang Arab sebelum Islam dibatalkan. Darah pertama yang aku batalkan adalah darah Amir bin Rabiah bin Harith bin Abdul Muttalib."

"Dan sesungguhnya kebanggaan orang Arab sebelum Islam juga dibatalkan melainkan dua perkara iaitu sidanah, menjaga dan memelihara Kaabah dan siqayah, memberi minum kepada jemaah haji."

Dua perkara ini tidak dibatalkan oleh Islam kerana dia bersangkut paut dengan peniagaan Kaabah dan memberi khidmat kepada jemaah haji. Islam membatalkan semua perkara lain yang menjadi kebanggaan orang Arab sebelum Islam. Kemudian, Muhammad menerangkan hukum Islam dalam kes bunuh.

"Pembunuhan yang sengaja itu mengikut hukum Islam dipanggil qawad"

Antara tiga hukuman sama ada qisas iaitu dibunuh si pembunuh ataupun membayar dllat kepada keluarga si mati. Ini terpulang kepada kehendak keluarga si mati.

"Adapun pembunuhan yang samar iaitu antara sengaja dengan tidak, maka hukumannya adalah 100 ekor unta. Sesiapa yang menambah, itu adalah orang Arab sebelum Islam."

Maksudnya. si pembunuh memang bertujuan membunuh, tetapi dia menggunakan alat yang pada adatnya tidak dapat membunuh seperti membunuh dengan batu ataupun tongkat. Hukumannya tidak ada pilihan, dia perlu membayar denda 100 ekor unta. Sesiapa yang menambah lebih daripada 100 ekor unta dengan alasan si mati orang yang ada kedudukan dan sebagainya, dia dikira melakukan perbuatan orang Arab sebelum Islam.

"Wahai manusia, sesungguhnya syaitan kecewa untuk disembah di tempat kamu ini iaitu di Tanah Arab."

"Tetapi, dia cukup setakat dapat ditaati dalam perkara selain menyembahnya iaitu daripada perbuatan-perbuatan yang keji daripada amalan kamu."

Syaitan tidak akan disembah lagi, tetapi dia tetap berjaya menghasut manusia melakukan kejahatan dan dosa.

'Wahai manusia. sesungguhnya perbuatan mempermainkan bulan haram adalah penambahan yang kufur."

"Orang-orang kafir menyelewengkan perkara ini. Mereka mengharamkannya pada satu tahun dan menghalalkannya pada tahun yang lain untuk mereka melakukan perkara yang Allah haramkan."

Orang-orang kafir sebelum ini selalu mengubah-ubah bulan haram supaya mereka boleh berperang kerana kehidupan mereka bergantung pada peperangan. jadi, perjalanan pada masa itu sudah berubah. Oleh itu, mereka mengerjakan haji bukan pada bulan haji lagi.

"Dan sesungguhnya waktu itu telah berputar semula seperti keadaannya semasa Allah menciptakan langit dan bumi."

Muhammad memberitahu, pada masa ini, perjalanan waktu sudah kembali kepada perjalanan yang betul kembali. Kemudian, Muhammad menyampaikan beberapa wasiat.

Kata Muhammad lagi, "Wahai manusia, sesungguhnya bagi isteri kamu ke atas kamu ada kewaiipan begitu juga bagi kamu ke atas mereka ada kewaiipan. Hak kamu ke atas mereka adalah mereka tidak membawa orang lain selain kamu ke tempat tidur. Mereka iuga tidak boleh membawa sesiapa yang kamu tidak suka ke dalam rumah kamu melainkan dengan izin kamu dan mereka tidak boleh melakukan kemungkaran nafsu. Kalau mereka melakukan kemungkaran, sesungguhnya Allah mengizinkan kamu bertegas dengan mereka dan meninggalkan tempat tidur mereka dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan mencacatkan. Kalau mereka berhenti daripada menderhaka dan mentaati kamu, menjadi kewajipan kamu memberi nafkah yang baik kepada mereka. Sesungguhnya para isteri ibarat orang tawanan di rumah kamu, mereka tidak berkuasa ke atas diri mereka. Kamu mengambil mereka dengan amanah daripada Allah dan kamu menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah iaitu akad nikah."

Muhammad menyambung lagi, "Wahai manusia, sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Tidak halal bagi kamu harta-harta saudara kamu melainkan dengan keredhaan daripadanya. Adakah aku sudah menyampaikan kepada kamu? Ya Allah saksikanlah. janganlah kamu berpatah balik kepada kufur selepas aku, kamu berbunuhan di antara kamu. Sesungguhnya aku sudah tinggalkan kepada kamu, kalau kamu berpegang dengan peninggalan ini kamu tidak akan sesat iaitu al-Quran. Adakah aku sudah sampaikan? Ya Allah, saksikanlah. Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu satu dan ayah kamu satu, semua kamu daripada Nabi Adam sedangkan Nabi Adam daripada tanah. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa. Tidak ada kemuliaan bagi bangsa Arab ke atas bangsa lain kecuali dengan takwa. Adakah aku sudah sampaikan?"

Sahabat-sahabatnya berkata, "Ya, kamu sudah sampaikan, wahai Muhammad."

Muhammad berkata, "Kalau begitu, setiap yang hadir di kalangan kamu hendaklah dia menyampaikan kepada yang tidak hadir."

Kemudian, Muhammad menyampaikan pesanan berhubung harta pusaka supaya tidak ada ruang lagi orang berselisih berhubung hal ini.

"Wahai manusia, sesungguhnya Allah sudah membahagikan kepada setiap waris bahagiannya daripada harta pusaka. Tidak boleh berwasiat lebih daripada satu pertiga daripada harta pusaka. Anak itu dinisbahkan kepada ayahnya daripada perkahwinan yang sah. Orang yang berzina direjam dengan batu. Barang siapa yang menasabkan kepada bukan ayahnya ataupun mengambil wali bukan walinya, ke atasnya laknat Allah dan para malaikat dan manusia seluruhnya. Tidak diterima daripadanya. Adakah aku sudah menyampalkannya?"

Sahabat-sahabatnya berkata. "Ya. engkau sudah menyampaikan, wahai pesuruh Allah."

Muhammad berkata. "Wahai Allah! Saksikanlah.". Kemudian. beliau memberl salam penutup.

Ini adalah Khutbah Wada' yang mana Muhammad meringkaskan di dalamnya sebahagian daripada undang-undang Islam yang berkaitan dengan perhubungan sesama manusia. iaitu hubungan manusia sesama manusia yang menjadi punca persengketaan antara mereka. Muhammad mengulanginya dan menegaskannya lagi kepada umat Islam.

Kemudian turunlah ayat 3 daripada surah al-Maidah yang bermaksud. "Pada hari ini. Aku sempurnakan kepada kamu agama kamu dan Aku sempurnakan nikmatku kepada kamu dan aku reda kepada kamu Islam sebagai agama."

Menurut sesecengah uIama. dengan selesainya Haii Wada' ini, sempurnalah al-Quran sebagai kitab perundangan dan peraturan kehidupan manusia. Tidak ada lagi ayat al-Quran yang turun selepas itu. Selepas menunaikan haji, Muhammad pulang ke Madinah.

Tentera Usamah Bin Zaid ke Balqa'

Muhammad pulang dari Mekah pada bulan Muharam tahun ke-H Hijrah. Pada bulan Safar. Muhammad memerintahkan tentera |s|am bergerak menuju ke Balqa' iaitu kawasan Palestin.

Tugas di Semenanjung Arab sudah selesai. Semuanya sudah beriman. Muhammad mahu membuat susulan kepada operasi membawa islam keluar dari Semenanjung Arab.

Muhammad memulakan dengan Rom. Muhammad melantik Usamah bin Zaid sebagai panglima yang mengetuai tentera itu. ”mayo pada masa itu belum mencecah 20 tahun. Masih muda . Muhammad memerintahkan sahabat-sahabat utama menyertai tentera Itu di bawah pimpinan Usamah. Antara mereka adalah Abu Bakar dan Umar.

Tentera Islam membuat persiapan. Dalam tempoh tentera Islam membuat persiapan. pada suatu malam, Muhammad memanggil salah seorang daripada mawali beliau. Mawali atau maula adalah hamba yang sudah dibebaskan. Namanya Muwaihibah.

Muhammad memberitahunya, "Wahai Muwaihibah, aku mahu keluar ke Baqi', kawasan perkuburan orang Madinah."

Muhammad mahu meminta ampun untuk ahli kubur Baqi' yang terdiri daripada kalangan orang Islam. Muhammad keluar ditemani oleh Abu Muwaihibah. Beliau memohon ampun kepada arwah umat Islam di situ dan berdoa untuk mereka. Kemudian Muhammad berkata, "Wahai Abu Muwaihibah, fitnah sudah mula datang."

Kemudian, Muhammad bercakap kepada ahli kubur, “Bergembiralah dengan keadaan kamu sekarang, bergembiralah dengan

keadaan kamu sekarang. Fitnah sudah mula berdatangan, fitnah demi Fitnah."

Kemudian Muhammad berpaling kepada Abu Muwaihabah dan berkata, "Wahai Abu Muwaihibah, aku diberi pilihan antara diserahkan kepada aku segala kekayaan dunia semuanya dan aku kekal di dunia kemudian aku masuk syurga ataupun aku bertemu dengan Tuhanku dan kemudian aku masuk syurga."

Abu Muwaihibah berkata, "Wahai Muhammad, pilihlah kami."

Muhammad berkata, "Tidak, wahai Abu Muwaihibah. Aku pilih

bertemu dengan Tuhanku dan syurga." Kecintaan kepada Allah yang memenuhi hati Muhammad.



Abrahah dan tentera bergajahnya

Abrahah dan tentera bergajahnya

Negeri Yaman diperintah oleh seorang yang berketurunan Tabban yang bernama Zu Nuwas. Pada masa itu, ada seorang rahib Kristian dari Syam bernama Femeon. Dia keluar dari Syam untuk berdakwah di Afrika. Dalam perjalanan, dia diserang oleh perompak lalu ditangkap dan dijual kepada seorang lelaki dari Nairan. Kemudian, tuannya berpindah ke Semenanjung Arab. Femeon menjadi hamba lelaki Nairan itu. Di samping berkhidmat kepada tuannya, dia juga beribadah pada waktu rehat dan sangat kuat berpegang pada agamanya.

Pada suatu malam, tuannya masuk ke tempat Femeon. Dia mendapati tempat Femeon bercahaya. Tuannya bertanya apa rahsianya yang menyebabkannya begitu? Femeon lalu mengambil peluang berdakwah kepada tuannya berkaitan dengan agama Kristian kerana orang Najran pada masa itu menyembah pokok.

Femeon berkata kepada tuannya, "Bagaimana kalau Tuhan saya dapat mengalahkan Tuhan tuan. Adakah tuan mahu menyembah Tuhan saya?"

Najran berkata, "Kalau memang Tuhan kamu dapat mengalahkan Tuhan aku, aku masuk agama kamu."

Dikumpulkan orang ramai di tempat pokok yang menjadi sembahan orang-orang Najran. Femeon datang ke situ bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan supaya memberi petunjuk kepada orang-orang Nairan berhubung dengan agama yang benar. Akhirnya, kilat membakar pokok itu. Dengan peristiwa itu, semua orang Nairan masuk agama Kristian.

Seorang lelaki dari Najran Abdullah bin Thabit dengan beberapa orang pendeta Kristian dari Nairan berpindah ke Yaman. Mereka beribadah secara rahsia di Yaman kerana takut pada orang-orang Yahudi Yaman. Ketika itu Yaman masih diperintah oleh Tubba yang bernama Zu Nuwas. Zu Nuwas pula sedang mencari pengganti ahii sihirnya yang sudah tua. Dia memilih seorang remaia yang paling cerdik di negerinya bagi mewarisi ilmu sihir daripada tukang sihir diraja.

Setiap hari remaja itu pergi belajar sihir daripada tukang sihir diraja yang tingga! di bukit. Dalam perjalanan ke tempat gurunya, remaja iw meiaiui tempat salah seorang rahib dari Najran tadi. Di situ. dia dapat mendengar rintihan rahib ini dalam ibadahnya. Akhirnya, dia jatuh hati kepada rintihan dan doa rahib ini dan mula masuk belajar dengan rahib ini.

Pada masa yang sama, dia juga belajar ilmu sihir daripada tukang sihir diraja tadi. Lama-kelamaan, dia merasa benci dengan sihir dan tidak pergi belajar lagi dengan tukang sihir diraja. Dia hanya pergi belajar dengan rahib tadi. Tukang sihir membuat laporan kepada raja. Raia menangkap remaja itu, diazab dan dipaksa keluar daripada agama yang dipelajari daripada rahib.

Raja Zu Nuwas atau Tubba Zu Nuwas memerintahkan remaja ini dibunuh. Pengawal raja membawanya untuk dicampakkan ke tengah laut. Apabila sampai di tengah laut, ribut datang melanda. menyebabkan sampan terbalik dan semua pengawai raja mati. Remaja ini pulang menghadap raja dengan selamat.

Raja memerintah supaya dia dicampak dari atas gunung pula. Semua rakyat menyaksikan peristiwa ini. Apabila tentera raja mahu mencampakkan remaja ini dari atas gunung. berlaku gempa bumi. Semua tentera raja yang membawa remaja ini iatuh dari atas gunung dan remaja ini selamat. Pebagai cara digunakan oleh Tubba Zu Nuwas bagi menghapuskan remaja beriman ini tetapi tidak berjaya.

Akhirnya, remaja ini memberitahu tubba, "Wahai Tubba Zu Nuwas. kalau tuanku mahu membunuh saya, hendaklah tuanku mengumpulkan semua rakyat dan ikat saya pada pokok, kemudian ambil panah ini dan panahlah saya dengan menyebut. ‘Dengan nama Tuhan remaja ini'. Kalau tuanku laksanakan apa yang saya katakan ini baru tuanku dapat membunuh saya."

Apabila Zu Nuwas melaksanakan sepertl yang disebut oleh remaja beriman ini barulah dia berjaya membunuhnya.

Semua rakyat yang menyaksikan peristiwa itu berkata, "Bagaimanakah Zu Nuwas dengan kekuasaan dan kegagahannya tidak berjaya membunuh remaja lnl melainkan dengan menyebut, 'Dengan nama Tuhan remaja inll'"

Dengan peristiwa itu, Tuhan campakkan iman ke dalam hati 20.000 rakyat Yaman pada masaitu. Mereka semua beriman dengan agama yang benar. Tubba Zu Nuwas yang terlalu marah dengan peristiwa itu. akhirnya memerintahkan tenteranya menggali lubang yang besar. Di dalam al-Quran disebut al-Ukhdud Dipenuhkan kayu api di dalamnya. kemudian dinyalakan api yang besar. Siapa yang tidak mahu murtad daripada agama yang benar dicampakkan ke dalam api itu. Peristiwa ini disebut di dalam al-Quran dalam surah al-Buruj.

Perkara ini juga ada diceritakan dalam hadis. Muhammad berkata, "Daripada ramai-ramai yang menunggu giliran dibakar, ada seorang ibu dengan bayinya yang masih menyusu. Dia merasa takut dan teragak-agak. juga merasa kasihan ke atas anaknya yang masih kecil untuk dibakar dalam api tubba. Bayinya bercakap kepada ibunya, 'Wahai ibu, jangan takut. terjun sajalah ke dalam api itu, sesungguhnya ibu sedang menuju ke syurga".

20,000 orang itu dibakar kerana mereka beriman kepada Tuhan Yang Esa. Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, tidak menentang raja. Tetapi oleh kerana mereka beriman, tubba membakar mereka semua. Terdapat seorang lelaki yang terselamat yang bernama Daus bin Tha'labah. Dia berjaya melarikan diri dan pergi mengadu kepada kaisar atau Raja Rom yang juga beragama Kristian.

Kaisar sangat marah apabila mendengar Zu Nuwas membakar orang-orang Kristian di Yaman, lalu mengirim wakilnya kepada Najasyi Raja Habsyah, iaitu raja Kristian yang paling dekat dengan Yaman supaya menghantar tentera memerangi Tubba Raja Yaman itu. Najasyi yang juga sangat marah mendengar cerita Daus itu terus menyiapkan tenteranya seramai 70,000, suatu jumlah tentera yang sangat besar pada masa itu dan belum pernah berlaku lagi di Semenanjung Arab. Tentera ini diketuai oleh panglimanya yang bernama Aryat. Dalam barisan panglima tentera itu, ada panglima yang bernama Abrahah.

Apabila berlaku peperangan antara tentera Aryat dan tentera Tubba Zu Nuwas, tentera tubba kalah. Zu Nuwas melarikan diri dan masuk ke dalam laut membunuh diri. Oleh itu, orang Habsyah menguasai Yaman dan Najasyi melantik Aryat menjadi gabenornya di Yaman. Apabila Aryat menjadi gabenor, dia mula menzalimi rakyat Yaman serta tentera-tenteranya sendiri. Akhirnya, tenteranya yang tidak tahan dengan sikap Aryat memberontak di bawah pimpinan Abrahah.

Pertelingkahan berlaku dalam tentera Habsyah, satu yang menyokong Aryat dan satu lagi yang menyokong Abrahah. Abrahah yang tidak mahu berlaku peperangan sesama tentera Habsyah mengajak Aryat bertarung satu lawan satu. Siapa yang menang, dia berhak memerintah Yaman.

Dalam pertarungan itu, Abrahah berjaya membunuh Aryat. Tetapi sebelum Aryat terbunuh, dia sempat menebas hidung Abrahah lalu terserpihlah hidung Abrahah. Oleh itu, Abrahah digelar Abrahah aI-Asyram atau Abrahah yang serpih hidungnya. Dengan itu, Abrahah memerintah Yaman sebagai raja.

Apabila berita ini sampai kepada Naiasyi, beliau murka dengan Abrahah yang berani membunuh gabenor yang dilantik olehnya. Naiasyi bersumpah akan memimpin sendiri tenteranya ke Yaman dan tidak akan kembali ke Habsyah melainkan selepas dapat memijak-miiak tanah Yaman dan membotakkan kepala Abrahah sebagai tanda penghinaan kepadanya.

Abrahah takut, dia tidak berani melawan Najasyi. Dengan kepintarannya, dia menghantar utusannya menghadap Najasyi. Dia menghantar bersama utusan inI rambutnya dan tanah Yaman. Katanya kepada Najasyi, "Wahai Tuanku Najasyi. Abrahah sudah menyempurnakan sumpah tuanku, Ini rambut Abrahah dan ini tanah Yaman untuk tuanku pijak-pijak. Abrahah tetap taat setia dan tunduk kepada tuanku." Dengan itu Najasyi tidak jadi memerangi Abrahah. Selesailah masalah Abrahah dengan Najasyi.

Namun begitu. Abrahah masih belum puas hati. Dia mahu memujuk dan mengambil hati Najasyi lagi. Lalu dia membina gereja yang paling besar pada masa itu di Yaman yang dinamakan aI-Qulais. Abrahah menghantar laporan kepada Najasyi dan memberitahu dia sudah membina gereja yang paling besar di Yaman dan dia memerintahkan semua suku kaum Arab datang mengerjakan ibadah haji di Yaman. Abrahah mula menghantar utusannya kepada sukusuku kaum Arab supaya mereka datang mengerjakan haji di al-Qulais.

Apabila berita ini sampai kepada salah satu suku Arab yang paling mengagungkan Kaabah. salah seorang daripada mereka datang senyap-senyap ke al-Qulais. Lalu dia membuang air besar di situ dan disapunya ke dinding al-Qulais. Apabila Abrahah mendapat tahu orang yang membuat angkara ini adalah daripada suku Arab yang sangat mencintai Kaabah. Abrahah begitu marah dan dia pun mempersiapkan tenteranya hendak meruntuhkan Kaabah. Dia membawa bersama gajahnya yang besar bernama MAHMUD.

Dalam perjalanan Abrahah menuju ke Kaabah. ada beberapa suku Arab datang menyerang tentera Abrahah bagi menyekatnya daripada meruntuhkan Kaabah. Tetapi. mereka semua dapat dikalahkan dengan mudah oleh tenteranya yang gagah dan lengkap dengan senjata itu.

Apabila Abrahah tiba di Taif, orang Taif tidak berani menyekat Abrahah. Sebaliknya, mereka berlepas tangan daripada mempertahankan Kaabah. Bahkan mereka menghantar wakil mereka bagi menunjukkan jalan ke Kaabah kepada Abrahah. Nama wakil orang-orang Taif ini adalah Zu Rughal. Sebelum tiba di Kaabah, Zu Rughal mati dan ditanam di situ. Kuburnya menjadi tempat orang Arab merejam sebagai tanda penghinaan kepada orang yang khianat kepada kaumnya. Hingga hari ini, nama Zu Rughal menjadi perumpamaan kepada orang yang khianat di kalangan orang Arab. Orang yang khianat disebut Zu Rughal.

Apabila tentera Abrahah sampai berhampiran dengan Mekah. mereka merampas binatang-binatang ternakan orang-orang Mekah. Antara yang dirampas adalah 200 ekor unta milik Abdul Muttalib.

Abdul Muttalib adalah datuk Muhammad yang pada masa itu adalah ketua penduduk Mekah. Beliau pun pergi menghadap Abrahah. Apabila Abdul Muttalib masuk menghadap, Abrahah turun duduk di bawah sama aras dengan Abdul Muttalib kerana menghormati beliau. Abdul Mutalib meminta Abrahah mengembalikan binatang ternakannya dan binatang ternakan orang-orang Mekah yang dirampas oleh tentera Abrahah. Abrahah terkejut mendengar permintaan itu. Abrahah menyangka Abdul Muttalib ingin meminta belas kasihannya supaya jangan mengganggu Kaabah.

Abdul Muttalib berkata, "Wahai Abrahah. aku ini tuan punya unta-unta ini. Oleh itu, aku minta dibebaskan unta-untaku. Kaabah itu ada tuan yang menjaganya. Kalau Kaabah itu rumah Tuhan, pasti Tuhan menjaganya. Kaabah ada Tuhan yang menjaganya!"

Dengan itu Abrahah mengembalikan ternakan yang dirampas dan berjanji tidak akan mengganggu orang Mekah. Yang penting, dia ingin merobohkan Kaabah. Abdul Muttalib pun pulang kepada kaumnya dengan membawa semula binatang ternakan mereka yang dirampas dan mengajak mereka keluar dari Mekah menuju ke bukit berhampiran. Dari bukit itulah orang-orang Mekah dengan hati yang hiba dan cemas memerhatikan apa yang hendak dilakukan oleh Abrahah kepada Kaabah.

Pada hari yang ditentukan, Abrahah mengarahkan tentera bergajahnya menuju ke arah Kaabah bagi merobohkannya. Tetapi gajahnya tidak mahu bergerak walaupun dipukul. Apabila digerakkan ke arah lain dia mahu bergerak. Apabila dihalakan ke arah Kaabah, gajah itu tidak mahu bergerak. Pada masa itu juga, kelihatan di langit awan hitam. Apabila kehitam-hitaman itu semakin dekat. rupa-rupanya itu adalah sekumpulan burung Ababil yang setiap seekor daripadanya membawa tiga biji batu kecil.

Sebaik sahaja tiba, burung-burung itu melepaskan batu-batu kecil ke atas tentera Abrahah. Apabila batu-batu kecil itu mengenai tentera Abrahah, mulalah daging-daging haiwan itu berguguran dan menjadi hancur. Ramai tentera Abrahah yang mati. Apabila Abrahah melihat hal itu, dia lari, tetapi batu sudah mengenai badannya. Akhirnya. Abrahah dan semua tenteranya mati tanpa kecuali. Peristiwa ini ada disebut di dalam al-Quran dalam surah al-Fil

Dengan peristiwa ini, bercambah besarlah penghormatan orang-orang Arab kepada Kaabah. Apatah lagi bangsa Arab Quraisy dan orang-orang Mekah yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepala mereka sendiri. Dengan itu, tahun beriakunya peristiwa itu dinamakan Tahun Gajah. Bermula dengan kejadian ini orang Arab menyusun kalendar mereka berdasarkan peristiwa ini. Contohnya. lima tahun sebelum Tahun Gajah. dua tahun selepas Tahun Gajah dan seterusnya. Muhammad dilahirkan pada tahun ini iaitu pada l2 Rabiulawal Tahun Gajah.






Dia berwasiat

Dia berwasiat

Selepas sembahyang. Muhammad merasa sakitnya agak kuat lalu beliau naik ke mimbar menyampaikan khutbah iaitu khutbah terakhir sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Muhammad menyampaikan khutbah dalam keadaan duduk. Dalam khutbah ini Muhammad menyebut. 'Tidak boleh kekal di Semenanjung Arab ini dua agama. Tidak boleh membina gereja. rumah-rumah ibadah yang bukan Islam di seluruh Semenanjung Arab."

Kemudian Muhammad berpesan berhubung sembahyang. "Aku berpesan kepada kamu lagi berhubung sembahyang. Perbezaan antara kita dengan mereka orang bukan islam adalah sembahyang… Barang siapa yang meninggalkannya, dia sudah melakukan perbuatan kufur."

Muhammad jug: berwasiat berhubung para hamba sahaya supaya mereka dilayan dengan adii dan baik. Muhammad berpesan lagi supaya memberi layanan yang baik kepada kaum wanita.

Kemudian. Muhammad berwasiat berhubung jihad. Muhammad berkata, "Tidak ada kaum yang meninggalkan jihad melainkan ia menjadi kaum yang hina."

Kemudian, Muhammad memberi semangat kepada sahabatsahabatnya supaya keluar dengan pasukan Usamah.

Kemudian. dia turun dari mimbar dan pulang ke rumahnya. Pada hari itu. Muhammad berkhutbah dengan suara yang kuat. Orang yang berada di Iuar masjid juga dapat mendengar suara Muhammad. Selepas itu, Abu Bakar meminta izin masuk ke rumah Muhammad dan menyampaikan tahniah kepada Muhammad selepas sembuh daripada sakit. Kemudian, dia meminta izin menziarahi keluarganya. Begitu juga Ali meminta izin daripada Muhammad.

Apabila Ali keluar dari rumah Muhammad. semua orang berkerumun kepadanya Mereka semua hendak tahu kesihatan Muhammad.

Ali berkata, "Aku lihat Muhamad sudah sihat."

Semua umat Islam di Madinah gembira seolah-olah Muhammad sudah sihat seperti biasa selepas semuanya risau dengan keadaan kesihatan Muhammad.

Pada masa itu, Abbas datang kepada Ali. Katanya, "Wahai Ali, aku lihat kamu memberitahu orang Muhammad sudah sihat."

Ali berkata, “Itu yang aku lihat."

Abbas berkata, "Wahai Abul Hasan (gelaran Ali), masuklah berjumpa Muhammad dan minta dia meninggalkan wasiat bagi kita." Maksud Abbas adalah Muhammad melantik khalifahnya daripada keturunan Abdul Muttalib.

Abbas berkata, “Aku tahu riak-riak kematian di muka keturunan Abdul Muttalib dan aku lihat riak kematian ini ada pada wajah Muhammad.”

Orang pertama yang merasakan Muhammad berada pada saat terakhir kehidupannya adalah Abbas.

Ali berkata, "Wahai bapa saudaraku, bagaimana kalau aku meminta menjadi pemimpin daripada Muhammad dan Muhammad menolak permintaan itu. Demi Allah, kalau berlaku hal ini, tidak akan diserahkan lagi pimpinan kepada keturunan Abdul Muttalib selama-Iamanya kerana Muhammad menghalang pimpinan daripada mereka."

Abbas berkata, "Kamu lebih bijaksana. Kalau begitu, kita jangan minta. Biarlah Muhammad yang menemukannya."


Khutbahnya ;

9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.

Monday, October 22, 2018

Jin menerima dakwahnya. Bagaimanakah kita?

Jin menerima dakwahnya. Bagaimanakah kita?

Firman Allah mafhumnya :

Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.

`Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.

`Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;

(Al-Jinn : 2-4)

Pada suatu hari, Muhammad keluar dari Mekah ditemani oleh Abdullah bin Masud untuk beribadah. Apabila sampai di suatu tempat. Muhammad meminta Abdullah menunggunya di situ sehingga Muhammad memanggil dia datang.

Muhammad pergi jauh sedikit, tetapi Abdullah dapat melihat Muhammad dari jauh. Muhammad sembahyang dan membaca alQuran di situ dengan suara yang kuat. Pada masa itu, lalu sekumpulan jin dari tempat yang bernama Nusayyibin.

Apabila mereka mendengar Muhammad membaca al-Quran, mereka datang mengerumuni beliau. Abdullah melihat dari jauh. Allah nampakkan padanya jin-jin itu.

Abdullah berkata, "Kerana banyaknya iin itu sampai akhirnya aku tidak nampak Muhammad lagi. Aku hendak datang kepada Muhammad, cemas keselamatan Muhammad. Tetapi beliau memberi isyarat supaya aku iangan datang. Oleh itu, aku duduk semula di tempat aku dan aku melihat dari jauh."

Allah menceritakan peristiwa ini di dalam al-Quran surah al-Jinn ayat 2 hingga 4 yang bermaksud, "Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekaii-kali mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. Dan ketahuilah wahai kaum kami! Sesungguhnya, Maha Tinggi kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri ataupun beranak ."

Dalam ayat l9 dan 20 daripada surah yang sama, Allah menyatakan yang bermaksud, "Dan sesungguhnya, ketika hamba Allah Muhammad berdiri mengerjakan ibadah kepadanya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya. Katakanv lah wahai Muhammad, 'Sesungguhnya aku hanyalah beribadah kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukannya dengan sesiapapun .

Banyak ayat al-Quran turun menceritakan berkaitan dengan jin. Menurut Imam Ibn aI-Jauzi, jin tidak cerdik seperti manusia. Allah tidak memberi kecerdikan akal kepada mereka. jin paling cerdik adalah seperti kanak-kanak di kalangan manusia. Yang cerdik hanya Iblis. Maka Iblislah yang menyesatkan mereka.

Dalam surah al-jin ayat 4, Allah menyatakan yang bermaksud, "Dan dengan ajaran aI-Quran nyatalah sesungguhnya: ketua yang kurang akal pertimbangannya daripada kalangan kita mengatakan kepada Allah kata-kata yang melampaui kebenaran."

Mereka berkata, "Kami tidak menyangka ada orang yang berani menipu berhubung Allah."

jin-jin inilah yang menolong ahli-ahli sihir, para pendeta dan orang-orang yang belum Islam. Mereka juga meminta tolong kepada ahli-ahli sihir dan pendeta-pendeta.

Dalam ayat 6 pula bermaksud, “Dan sesungguhnya adalah salah perbuatan beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan ]in bertambah sombong dan jahat."

Oleh itu, pada hari itu, semua iin .ini masuk Islam. Inilah berita gembira dan hiburan pertama buat Muhammad selepas menghadapi penentangan daripada kaumnya dan daripada penduduk Taif. Semasa manusia tidak menerima Islam, iin datang menerima Islam. Mereka yang Islam kemudiannya berdakwah pula kepada kaum mereka yang lain sehingga tersebar Islam di kalangan jin. Allah mahu menghiburkan Muhammad selepas lO tahun berjuang, hanya ada 70 orang di Mekah. Allah menceritakan hal ini dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Ahqafayat 29 hingga 32.

Dia ke Taif

Dia ke Taif

Pada bulan Syawal tahun ke-IO kenabian, Muhammad dengan ditemani oleh Zaid bin Harithah keluar berjalan kaki menuju ke Taif. Apabila sampai ke Taif, mereka bertemu dengan tiga orang Ketua Taif di pintu masuk Kota Taif. Mereka adalah Abdul Yalil, Mas‘ud dan Habib, tiga beradik anak-anak Amru bin Umair. Muhammad meminta izin bercakap dengan mereka. Pada awalnya. mereka menyambut baik dengan anggapan salah seorang pemuka Mekah daripada suku Abdul Mutalib datang.

Muhammad menyampaikan al-Quran dan berdakwah kepada Islam. Apabila Muhammad selesai bercakap. salah seorang daripada mereka bangun. Katanya. "Demi Allah. aku tidak akan beriman dengan engkau sehingga terkoyak kelambu Kaabah."

Bangun yang kedua katanya. "Apakah Allah tidak ada orang lain daripada kamu untuk dilantik menjadi rasul?"

Bangun yang ketiga. katanya. "Demi Allah. aku tidak akan bercakap lagi dengan kamu. Kalau engkau nabi. amat berbahaya bagiku kalau aku tidak beriman. Tetapi kalau engkau menipu terhadap Allah sepatutnyalah aku tidak bercakap dengan kamu."

Muhammad tetap bersabar. Bayangkan bagaimana mereka menghina Muhammad. tetapi Muhammad bersabar.

Muhammad meminta kepada mereka. "Kalau kamu semua tidak mahu percaya dengan aku. biarkan aku sampaikan kepada orang lain."

Mereka berkata. "Kami tidak akan benarkan kamu berdakwah kepada kami dan juga kepada orang lain."

Ketiga-tiga pemimpin Taif ini cepat-cepat masuk ke dalam Kota Taif. Mereka mengumpulkan budak-budak nakal dan dibariskan dalam dua barisan. Apabila Muhammad sampai. mereka menyuruh budak-budak ini membaling Muhammad dengan batu. Belum sempat Muhammad bercakap dengan sesiapa. beiiau dihujani dengan lontaran batu sampai berdarah kaki Muhammad.

Melihatkan sambutan yang begitu dingin daripada orang-orang Taif, Muhammad pulang ke Mekah. Dalam perjalanan pulang. Muhammad berhenti rehat di kebun kepunyaan Utbah dan Syaibah bin Rabiah daripada kalangan pembesar Quraisy. Pada masa itU. mereka berada di situ. Apabila mereka nampak Muhammad yang dalam keadaan letih dan kakinya berdarah. mereka rasa kasihan… Mereka menghantar pekerja mereka iaitu Adas Kristian supaya menghantar makanan kepada Muhammad.

Apabila Muhammad hendak makan, beliau membaca Bismillah. Bukan daripada adat orang Arab membaca Bismillah semasa hendak makan. Adas merasa pelik apabila mendengar Muhammad membaca Bismillah. Dia bertanya Muhammad apa yang beliau sebut tadi. Dengan soalan itu, Muhammad tahu Adas ini ada sesuatu padanya.

Muhammad bertanya namanya.

Katanya, "Adas."

"Dari mana?"

Adas menjawab. "Dari Mainawa, di utara Iraq."

Kan Muhammad. “ltu negeri orang yang baik, Yunus bin Matta.”

Adas semakin pelik kerana tidak ada orang Arab yang tahu berkenaan Mainawa ini. Apa lagi mengetahui sejarah Mainawa itu negeri Yunus bin Matta.

Adas bertanya kepada Muhammad, "Kamu ini siapa, sampai kamu kenal Yunus bin Matta."

Muhammad berkata, "Dia itu saudaraku. Dia itu seorang nabi dan aku juga nabi."

Adas sedar dia sedang berhadapan dengan orang yang luar biasa. Dia terus bangun dan mengucup kepala Muhammad. Utbah dan Syaibah dari jauh memerhati peristiwa itu.

Apabila Adas balik, mereka bertanya, "Kenapa kamu cium kepalanya?"

Adas berkata, "Dia bercakap dengan kata-kata yang hanya diperkatakan oleh seorang nabi."

Utbah dan Syaibah berkata kepada Adas, "Tidak payah kamu susah-susah dengan agamanya. Agama kamu lebih baik daripada agamanya."

Muhammad berdoa dan mengadu kepada Tuhan, "Wahai Allah kepadamu aku mengadu kelemahanku, kekurangan dan kehinaanku daripada manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan engkau" lah Tuhanku. Kepada siapa engkau serahkan aku wahai Tuhan.

Apakah kepada orang yang jauh yang mengkeronyokku atau kepada musuh yang berkuasa terhadap urusanku. Kalau tidak ada kemurkaanmu padaku, aku tidak peduli semua itu. Namun kesejahteraanmu lebih luas buatku. Aku berlindung dengan cahayamu yang menerangi kegelapan dan cahayamu yang membaiki urusan dunia dan akhirat, daripada engkau turunkan kemarahanmu kepadaku atau kemurkaanmu, kepada engkaulah segala rayuan sehingga engkau reda. tiada daya dan kuasa melainkan dengan Allah."

Pada masa itu, turun jibril dan malaikat penjaga bukit-bukau dan gunung-ganang.

jibril berkata, "Wahai Muhammad! Allah mengutus kami kepadamu. Kalau kamu mahu, perintahkan malaikat ini supaya menyelangkup Taif di antara dua bukit yang akan memusnahkan mereka."

Muhammad berkata, "Wahai jibril! jangan! Biar aku sabar dengan kaumku. Semoga Allah keluarkan daripada zuriat mereka orang-orang yang beriman dengan Allah.”

Selepas itu, Muhammad pulang semula ke Mekah. Muhammad risau Quraisy akan mengganggu dan menyakitinya sedangkan tidak ada lagi orang yang akan membelanya. Muhammad menghantar wakilnya meminta jaminan keselamatan daripada Akhnas bin Syuraiq. Akhnas menolak permintaan Muhammad. Muhammad meminta daripada Suhail bin Amr pula.

Suhail adalah orang yang mewakili Quraisy menulis Perjanjian Hudaibiah dengan umat Islam. Suhail juga menolak permintaan Muhammad. Muhammad meminta daripada Mut‘im bin Adi pula. Walaupun belum islam, tetapi atas nama kemuliaan dan maruahnya selaku seorang pemimpin Quraisy, Mut‘im bersetuju memberi iaminan keamanan kepada Muhammad. Muhammad masuk ke Mekah kali ini dengan jaminan keamanan daripada Mut‘im.

Pada malam itu, Muhammad bermalam di rumahnya. Esoknya, semasa Muhammad tawaf di Kaabah, Mut'im dengan enam orang anak lelakinya dengan pakaian perang lengkap bersenjata datang tawaf di belakang Muhammad. Apabila Quraisy melihat keadaan itu, mereka menghantar Abu Sufyan bertemu dengan Mut'im.

Abu Sufyan berkata, "Wahai Mut'im. engkau ini peniamin Muhammad ataupun pengikut Muhammad?”

Mut‘im menjawab “Aku penjamin."

Abu Sufyan berkata, "Kalau sebagai penjamin itu urusan engkau, Tetapi kalau sebagai pengikut, kami semua akan perangi engkau."

Muhammad kekal di Mekah di bawah jaminan Mut‘im bin Adi. Dalam keadaan itu, semakin kuat keinginan Muhammad mencari

suku dari luar Mekah yang dapat membantu perjuangan beliau. Beliau bersedia meninggalkan Mekah demi menjayakan agama Allah ini.

Najis di tempat solatnya

Najis di tempat solatnya

Pada suatu hari, Muhammad bin Abdullah sedang sembahyang di Kaabah. Pembesar-pembesar Quraisy melihatnya sambil mengejek beliau. Tiba-tlba, ada orang datang menyembelih unta di Kaabah, Pembesar-pembesar Quraisy cabar-mencabar antara mereka siapa yang berani mengambil perut-perut unta yang berdarah dan bernajis Itu dan meletakkannya di atas kepala Muhammad yang sedang sujud di Kaabah.

Uqbah bin Mu‘it. jiran Muhammad bangun dan berkata, "Aku yang akan melakukannya."

Dia pun pergi mengangkat taIi-tali perut itu dan meletakkannya di atas kepala Muhammad yang sedang sujud itu. Uqbah dan pembesar-pembesar Quraisy yang lain ketawa terbahak-bahak sampai bergoyang-goyang badan mereka. Muhammad terus sujud tidak bergerak-gerak. Perut-perut unta itu terus berada di atas kepala Muhammad yang sedang sujud itu sehinggalah Fatimah lalu di situ. Dia yang membuang kotoran-kotoran itu sambil menangis melihat penghinaan dan ujian yang ditanggung oleh Muhammad, ayahnya.

Apabila Muhammad bangun daripada sujudnya, beliau memerhati mereka semua. Lantas Muhammad berdoa dan menyebut setiap nama mereka yang ada pada masa itu. Mengikut cerita perawi hadis ini, "Aku melihat setiap orang yang Muhammad sebut itu semuanya mati terbunuh di perang Badar."

Allah mengabulkan doanya. Muhammad pernah berpesan, "Akan dikabulkan doa seseorang daripada kamu selagi dia tidak gopoh dengan Tuhan." Apabila ditanya. "Bagaimana gopoh itu. wahai Muhammad?" Muhammad berkata. "Iaitu orang yang berkata, 'Aku sudah berdoa dan berdoa. tetapi tidak dimakbulkan lagi oleh Allah!"

Dalam tempoh itu. semakin ramai sahabat yang berhijrah ke Habsyah. Sehingga terkumpul di Habsyah 83 orang lelaki dan perempuan. Mereka menetap di sana, di bawah naungan Naiasyi sehingga turun ayat-ayat terakhir surah al-Na/m. Apabila ayat ini turun. Muhammad memilih masa yang ramai orang di Kaabah dan pembesanpembesar Quraisy ada bersama.

Muhammad membacakan ayat-ayat daripada surah an-Najm ayat 43 hingga 62 dengan suara yang kuat yang lebih kurang bermaksud, "Dan bahawa sesungguhnya, dialah yang menyebabkan seseorang itu bergembira tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita menangis; dan bahawa sesungguhnya, dialah yang mematikan dan menghidupkan; dan bahawa sesungguhnya, dialah yang menciptakan pasangan . lelaki dan perempuan. daripada setitis air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim); dan bahawa sesungguhnya. dialah yang tetap menghidupkan semula makhluk-makhluk yang mati; dan bahawa sesungguhnya. Dialah yang memberikan sesiapa yang dikehendakinya apa yang diperiukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan; dan bahawa sesungguhnya, dialah Pencipta Bintang Syi'ra; dan bahawa sesungguhnya, dialah yang membinasakan bangsa Aad yang pertama (bangsa Nabi Hud), dan bangsa Thamud (bangsa Nabi Soleh). Maka tidak ada seorang pun daripada kedua-dua kaum itu yang dibiarkan hidup. Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu telah luga dibinasakan. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas. Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, dialah yang mengangkatnya ke angkasa dan menghempaskannya ke bumi; Lalu penduduk bandar-bandar Itu diliputi azab seksa yang meliputinya. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang tidak terhingga itu engkau ragu-ragukan, wahai manusia? Al-Quran ini adalah pemberi amaran di antara lehls-lenls amaran yang telah lalu! Telah hampir masa datangnya hari klamat; tldak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara 'hari kiamat' itu. Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan al-Quran lnl sehingga kamu mengingkarinya? Serta kamu tertawa mengejek-ejeknya dan kamu tidak mahu menangis menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu? Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh. lagi yang melalaikan kewajipan? Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menurunkan alQuran itu dan beribadahlah kamu kepadanya dengan sepenuhpenuh tauhid."

Muhammad pun sujud. Begitu juga orang-orang Islam bahkan Quraisy semua sekali turut sujud kerana terkesan dengan ayat ini. Begitulah kebesaran al-Quran. Seluruh Mekah yang mendengar bacaan Muhammad, sujud. Hanya ada seorang lelaki tua yang tidak sujud, tetapi dia mengambil pasir dan diletakkan ke atas kepalanya sebagai ganti sujud.

Pembesar-pembesar Quraisy juga sujud semuanya. Dengan itu, tersebarlah berita dalam suku-suku Arab bahawa Quraisy sujud apabila mendengar kata-kata Muhammad. Cerita ini juga sampai ke Habsyah. Quraisy sudah menerima Islam. Sebahagian sahabat
Muhammad di Habsyah yang mendengar cerita ini ada yang pulang ke Mekah.

Dia yang disakiti

Dia yang disakiti

Beberapa peristiwa yang berlaku yang semuanya menggambarkan bagaimana Quraisy menghadapi Muhammad bin Abdullah. Antaranya. pernah Uqbah bin Abi Mu'ayyit salah seorang daripada pimpinan orang bukan Islam Quraisy menjemput Muhammad makan di rumahnya… Apabila Muhammad sudah berada di depan hidangan. Muhammad tidak mahu makan. Puas Uqbah menjemput beliau makan.

Muhammad berkata. "Aku tidak akan makan kecuali selepas engkau mengucap dua kalimah syahadah." Uqbah cuba mengelak. Tetapi Muhammad berharap Uqbah mengucapkan seperti mana Hamzah mengucap walaupun kerana semangat hendak membela anak saudaranya. Akhirnya, Uqbah tidak dapat mengelak lagi. Baginya. tetamu ini suatu yang besar. Memalukan bagi mereka kalau tidak menunaikan hajat tetamu. Akhirnya, dia mengucap dua kalimah syahadah supaya Muhammad mahu makan hidangannya. Dengan itu, tersebariah cerita Uqbah mengucap dua kalimah syahadah.

Orang bukan Islam Quraisy semakin geram. Yang paling marah adalah Ubay bin Khalaf kerana Uqbah adalah sahabat baiknya. Dia datang berjumpa Uqbah.

Katanya. "Wahai Uqbah, jangan engkau tengok muka aku lagi selepas ini. Engkau bukan sahabat aku lagi sehingga engkau meludah ke muka Muhammad. Bagaimana engkau boleh mengucap di depannya, seperti itu jugalah engkau pergi meludah muka Muhammad."

Uqbah pening. Antara dua pilihan sama ada hendak memilih Muhammad ataupun memilih pembesar-pembesar Quraisy iaitu kawan-kawannya. Akhirnya, dia membuat keputusan memilih sahabat-sahabatnya Quraisy. Dia pergi meludah muka Muhammad. Muhammad tetap bersabar. Maka turun ayat al-Quran yang berkaitan dengan Uqbah dan Ubay bin Khalaf dalam, surah al Furqan ayat 28 dan 29 yang bermaksud, "Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! Sesungguhnya dia menyesatkan daku dari jalan peringatan al-Quran selepas ia disampaikan kepadaku. Dan adalah syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia yang menjadikan dia sahabat karibnya."

Uqbah hampir-hampir Islam, tetapi sahabatnya Ubay bin Khalaf merosakkannya. Di Akhirat nanti, dia menyesal dan menggigit jari, menyesal dan menderita yang tidak ada kesudahan kerana menolak Islam yang sudah ada dalam tangannya.

Ubay bin Khalaf juga antara orang yang sangat memusuhi Islam. Pada suatu hari, dia datang kepada Muhammad sambil membawa tulang yang sudah reput. Dia memecahbelahkan tulang itu dan dihancurkannya menjadi serbuk. Dia menyimbahkan serbuk ini ke muka Muhammad sambil berkata, "Engkau Muhammad yang mengatakan Allah akan hidupkan kami daripada habuk tulang ini? Siapa yang dapat menghidupkan kita daripada habuk tulang ini?"

Oleh itu, turun ayat al-Quran menjawab kepada Ubay ini, iaitu surah yasin ayat 78 hingga 79 yang bermaksud, "Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami tentang kekuasaan itu dan dia pula melupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya, 'Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang sudah hancur seperti debu?’ Katakanlah, ‘Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Dia maha mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk yang diciptakannya."

Yang menghidupkan tulang ini kali pertama, dialah yang akan menghidupkan semula. inilah jawapan Allah kepada Ubay yang mencabar Muhammad.

Quraisy Membuat Tawaran Baru

Islam terus berkembang. Semakin ramai orang masuk islam dan semakin ramai orang tahu berhubung islam. Quraisy yang belum Islam bersidang lagi di Darul Nadwah, berbincang bagaimana mahu menyekat Islam. Mereka memanggil Muhammad sekali lagi. Ada tawaran baru untuk beliau.

Orang bukan islam Quraisy berkata, "Wahai Muhammad. sudah bermacam-macam kami tawarkan kepada kamu tetapi tidak ada satu pun yang kamu setuju. Sekarang ini, kami hendak buat tawaran lagi. tawaran ini berat bagi kami. Tetapi mudah-mudahan kita dapat kata sepakat Kami lihat engkau bermati-matian dengan agama kamu. kami ingin berseru kepada kamu supaya kita selesaikan masalah antara kita. Engkau sembah Tuhan kami sehari dan kami sembah Tuhan kamu sehari. Berselang-selang."

Muhammad berkata. "Tidak."

Mereka berbincang lagi. Kemudian mereka datang lagi kepada Muhammad. "Kalau begitu kami sembah Tuhan kamu seminggu dan kamu sembah Tuhan kami sehari."

Muhammad berkata. "Tidak."

Mereka pulang berbincang lagi. Kali ini kata mereka. "Kami sembah Tuhan kamu setahun. kamu sembah Tuhan kami sehari sahaja."

Muhammad tetap menolak. Dengan pertemuan ini. turun surah aI-Kafirun yang lebih kurang bermaksud. "Katakanlah wahai Muhammad. 'Hai orang-orang orang bukan Islam! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah Allah yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadah seperti kamu beribadah. Dan kamu pula tidak mahu beribadah secara aku beribadah. Bagi kamu agama kamu. dan bagiku agamaku'."

Oleh kerana Muhammad menolak tawaran ini. Quraisy menambah lagi tekanan mereka ke atas peribadi Muhammad dan sahabat-sahabatnya yang lain. Orang yang paling kuat menyakiti Muhammad adalah iiran-iiran beliau. Antara iiran-jiran beliau adalah

Abu Lahab iaitu bapa saudaranya, Hakam Ibnu Abil Asi, Uqbah bin Abi Mu‘it dan ‘Udai bin Hamra al-Saqofi. Inilah jiran-iiran terdekat Muhammad.

Mereka semua sepakat menyakiti Muhammad. Semua sampah dan kotoran dari rumah mereka dibuang di hadapan rumah Muhammad. Apabila mereka menyembelih lembu, unta ataupun kambing, segala tali perut dan kotorannya diletakkan di hadapan rumah Muhammad. Walau bagaimanapun, Muhammad tetap bersabar. Beliau sendiri yang membersihkan dan membuang semua sampah dan kotoran itu.

Siapakah ISAF dan NAILAH

Siapakah ISAF dan NAILAH

Menurut ahIi sejarah, lsaf adalah seorang pemuda yang berasal dari Yaman. Manakala Nailah seorang gadis juga dari Yaman. Mereka saling mencintai tetapi tidak dibenarkan berkahwin okeh keluarga.

Ringkasnya, mereka berjanji bertemu di Mekah pada musim haji. Tanpa disedari ramai, mereka melakukan perbuatan zina di tepi Kaabah. Sebagai balasan, Tuhan menukar mereka berdua menjadi batu.

Isaf diletakkan di Bukit Safa dan Nailah diletakkan di Bukit Marwah sebagai pengajaran dan peringatan kepada orang lain. Apabila Amru bin Lu’ayy datang ke Mekah, dia memindahkan kedua-dua batu itu ke Kaabah. Mereka menjadikan dua batu itu berhala yang disembah kerana sudah mula lupa asal usul batu itu. Begitulah penyembahan berhala yang semakin mendapat tempat di Semenanjung Arab.

Abdul Muttalib dan telaga Zamzam


Abdul Muttalib dan telaga Zamzam

Daripada kalangan anak Qusai bin Kilab adalah Abdul Manaf. Antara anak-anak Abdul Manaf adalah Muttalib dan Hasyim. Antara anakanak Hasyim adalah Syaibah. Syaibah adalah anak Hasyim daripada isterinya yang bernama Ummu Hasyim, seorang wanita bangsawan di kalangan kaumnya yang tinggal di luar Mekah. Hasyim meninggal dunia ketika Syaibah masih kecil.

Syaibah dibesarkan oleh ibunya dalam suku kaum ibunya di luar Mekah. Apabila Syaibah sudah remaja, bapa saudaranya Muttalib ingin mengambil Syaibah supaya dibawa ke Mekah.

Ibunya tidak setuju tetapi Muttalib berkata, "Syaibah ini daripada keturunan Qusai bin Kilab. Dia adalah pemuka Quraisy. Tidak sepatutnya dia tinggal di luar Mekah. Lagipun dia sudah cukup umur sekarang."

Akhirnya, si ibu meminta supaya diserah pilihan kepada Syaibah sendiri, sama ada dia hendak tinggal dengan ibunya ataupun hendak mengikut bapa saudaranya ke Mekah. Syaibah memilih bersama bapa saudaranya Muttalib dan tinggal dengannya di Mekah. Syaibah mengikuti Muttalib kembali ke Mekah. Muttalib membawa dia naik satu kenderaan dengannya. Syaibah naik di belakang Muttalib.

Apabila tiba di Mekah, orang ramai melihat Muttalib membawa seorang budak remaja di belakangnya. Masyarakat yang terbiasa dengan jual beli hamba pada masa itu menyangka Muttalib membeli hamba baru. Dari situlah Syaibah digelar oleh Quraisy sebagai Abdul Muttalib iaitu hamba Muttalib. Akhirnya nama ini menjadi masyhur. Dialah Abdul Muttalib datuk Muhammad. Nama sebenarnya adalah Syaibah.

Selepas berkahwin, Abdul Muttalib mendapat anak sulung lelaki bernama Harith. Apabila Harith dewasa, Abdul Muttalib mendapat mimpi pelik. Imam Ibnu Ishak, seorang ahli sejarah yang besar, melaporkan daripada Ali mimpi ini; ada orang datang menyeru Abdul Muttalib dan menyuruhnya menggali al-tibah.

Abdul Muttalib bertanya kepada suara itu, "Apakah al-tibah itu?" Tetapi suara itu sudah hilang.

Malam kedua dia bermimpi lagi. Suara itu datang lagi menyuruhnya menggali barrah, "Apa barrah itu?” Suara itu sudah hilang. Abdul Muttalib dapat merasakan ada perkara penting, kerana dia tidak pernah mengalami mimpi begitu sebelum ini.

Malam ketiga dia bermimpi lagi, suara dalam mimpi itu berkata, "Gali madhmunah."

“Apa itu madhmunah?" tanya Abdul Muttalib, tetapi suara itu hilang lagi.

Semakin kuat Abdul Muttalib merasai ada perkara besar melalui mimpi tiga malam berturut-turut ini.

Malam keempat suara itu berkata lagi, "Galilah Zamzam."

"Di manakah Zamzam itu?"

Kali ini suara itu menjawab, "Ia tidak akan kering selama-Iamanya dan tidak akan berkurang, ia akan memberi minum kepada para jemaah haji tetamu Allah Yang Maha Agung, ia berada di antara perut dan darah, di sisi patukan gagak hitam yang ada bulu putih, di rumah kampung semut."

Yakinlah hati Abdul Muttalib. Dia diperintahkan menggali Zamzam. Zamzam memang tidak asing bagi masyarakat Mekah. Apatah lagi bagi Abdul Muttalib, ketua Mekah pada masa itu. Tetapi, mereka tidak tahu di mana Zamzam itu terkambus. Pada masa itu, tidak masuk akal pula kalau hendak menggali sekeliling Kaabah bagi mencari Zamzam. Esoknya, Abdul Muttalib mengajak anaknya Harith membantunya menggali Zamzam dan mempertahankannya apabila pemuka Quraisy yang lain menghalangnya.

Abdul Muttalib mula mencari tanda-tanda yang diberikan kepadanya dalam mimpi itu. Tetapi tidak ada satu pun tanda yang disebut itu di sekitar Kaabah. Tiba-tiba, semasa Abdul Muttalib mencari-cari, satu rombongan Arab datang ke situ bagi menyerm belih lembu mereka berhampiran dengan berhala lsaf.

Daripada penyembelihan ini darah tumpah ke tanah. Lembu yang sudah disembelih itu pula, tiba-tiba bangun dalam keadaan darah menghambur daripadanya dan jatuh semula di tempat lain, Rombongan tadi menyempurnakan sembelihan mereka di situ, dikeluarkan perut dan dilapah di situ.

Tahulah Abdul Muttalib, di antara tempat lembu itu mula disembelih tadi dan tempat dia jatuh semula, itulah kawasan untuk dia menggali Zamzam. Tetapi kawasannya besar, bagaimana dia hendak menggali semua kawasan itu.

Dia mencari lagi tanda-tanda yang lain pula. Akhirnya, dia menjumpai kawasan semut; kampung semut. Tetapi, kawasannya masih tetap cuma lebih kecil daripada kawasan pertama tadi. Semasa Abdul Muttalib berfikir, tiba-tiba datang seekor gagak hitam yang pada bulunya ada satu bulu berwarna putih. Gagak itu mematukmatuk ke tanah dekat dengan kampung semut tadi. Tahulah Abdul Muttalib, itulah kawasan yang diisyaratkan kepadanya dalam mimpi.

Tempat yang diisyaratkan itu terletak di antara lsaf dan Nailah. Apabila Abdul Muttalib mula menggali, Quraisy mula gempar. "Apa yang kamu gali wahai Abdul Muttalib? Mana boleh kamu menggali di sini, di tepi Kaabah."

Pada masa itu, Abdul Muttalib memerintahkan Harith anaknya supaya menghadapi Quraisy, sementara dia sendiri terus menggali tanpa berhenti dan tanpa menghirau kekecohan orang-orang Quraisy itu. Dalam kekecohan itu, Abdul Muttalib sudah sampai kepada batu penutup telaga. Abdul Muttalib menjerit, "Maha Besar Tuhan, Maha Besar Tuhan." Dengan itu tahulah Quraisy, Abdu| MUttalib sudah menjumpai apa yang dia cari.

Mereka bertanya lagi. "Apa yang kamu gali. wahai Abdul Muttalib?" Kali ini barulah Abdul Muttalib menjawab. "Aku menggali Zamzam." Abdul Muttalib terus menggali sehinggal dia bertemu dengan Zamzam.

Pada masa itu. Quraisy mula tamak. Mereka juga hendak berkongsi telaga Zamzam itu dengan Abdul Muttalib. Mereka meminta Abdul Muttalib menjadikan Zamzam itu hak bersama. Masing-masing tamak ingin berkongsi telaga dengan Abdul Muttalib. Ini adalah kemuliaan yang besar bagi mereka. Abdul Muttalib tidak bersetuiu, dia yang menggali dan pada awalnya mereka semua menghalangnya. Sekarang apabila sudah jumpa telaga Zamzam. mereka mahu berkongsi dengannya bagi menguruskan telaga ini. Abdul Muttalib tidak bersetuju tetapi Quraisy tetap berkeras. Perselisihan ini hampir menyebabkan berlakunya peperangan antara mereka dan suku Abdul Muttalib.

Akhirnya, mereka semua bersetuju mencari hakim bagi memutuskan perselisihan mereka. Mereka semua bersetuju mengambil Kahinah, seorang pendeta wanita yang dihormati dalam masyarakat pada masa itu. Pendeta ini daripada suku Saad yang berada di Yathrib. Mereka pun pergi ke Yathrib. apabila sampai di sana, rupa-rupanya Kahinah ini sudah pergi ke Khaibar. Mereka pun berkejar pula ke Khaibar. Begitulah kedudukan pendeta dalam masyarakat pada masa itu.

Pada pertengahan jalan, Abdul Muttalib dan orang-orangnya kehabisan air, mereka meminta air daripada Quraisy yang lain tetapi air mereka juga tinggal sedikit dan untuk mereka pun tidak mencukupi. Di tengah-tengah padang pasir yang tidak bertepi itu mereka kehabisan air. tidak ada sumber air berdekatan dari situ. Pada masa itu. orang-orang Abdul Muttalib putus harapan bagi mendapatkan air. Akhirnya. mereka bertanya pandangan Abdul Muttalib.

Abdul Mutalib berkata, "Sekarang kita gali kubur masingmasing. daripada kita semua mati tidak ditanam biarlah seorang sahaja yang tidak ditanam iaitu yang paling akhir mati."

Apabila sudah siap kubur, masing-masing menunggu saat kematian. Tetapi, akhirnya datang fikiran kepada Abdul Muttalib supaya berusaha lagi mencari air. Abdul Muttalib mengajak semua orang-orangnya mencari lagi air. Semasa sibuk-sibuk, unta Abdul Muttalib sambil bangun daripada duduknya terhentak kakinya ke tanah. Maka, dengan kuasa Tuhan keluar air dari situ. Mereka semua dapat minum dan air masih ada lagi. Abdul Muttalib memanggil orang-orang Quraisy juga untuk mengambil air dari situ.

Melihat kejadian yang pelik itu, kesemua mereka berkata kepada Abdul Muttalib, "Yang memberi kamu minum air di tengah-tengah padang pasir ini, dialah yang memberikan Zamzam pada kamu. Zamzam kepunyaan kamu."

Mereka tahu, ini tanda Tuhan ingin memberitahu mereka Zamzam untuk Abdul Muttalib. Siqayah iaitu memberi minum kepada jemaah haji dan Zamzam adalah kepunyaan Abdul Muttalib dan keturunannya.

Suatu Kisah Sayidina Umar r.a

Suatu Kisah

Suatu ketika Sayidina Umar bin Al-Khattab bercerita:
"Dahulu aku dan orang-orang Quraisy sangat membenci anak perempuan. Ketika aku mendapat perkhabaran anak perempuan, daripada kelahirannya lagi kebencianku sudah bermula. Aku pendam rasa benci itu, aku sabar sampailah umurnya enam tahun, aku sudah tidak tahan lagi, aku membawanya ke padang pasir dan aku gali lubang. Dia menyangka aku membawanya berkelah dan bermain-main, dia turut sama membantuku menggali lubang. Apabila lubang sudah siap, aku menolak dia ke dalam lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir. Anakku yang masih belum tahu niatku, masih ingat aku bermain-main, dia tolong mengibaskan pasir-pasir daripada janggut dan pakaianku, tetapi akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa belas kasihan. Inilah kehidupan kami sebelum kehadiran Muhammad, kami memuliakan anak lelaki dan menghina anak perempuan bahkan membunuh mereka hidup-hidup. Maha Besar Tuhan, Maha Baik Tuhan yang menghantar Muhammad yang meletakkan perempuan di tempat yang mulia. Marilah kita bersyukur di atas nikmat ini. Itulah rahsianya, apabila aku teringat kisah ini, aku
menangis."

Kemudian Sayidina Umar menyambung ceritanya :
"Pada suatu hari aku keluar dari bandar Mekah. Apabila keluar dari Mekah biasanya kami membawa batu dari Mekah untuk dijadikan sembahan, tetapi hari itu aku terlupa membawa batu, tetapi aku ada membawa kurma, aku membuat berhala daripada kurma dan aku sembah kurma itu. Apabila makananku habis, mulalah aku memakan Tuhan aku itu sedikit demi sedikit. Apabila aku teringat kisah itu, ia membuatkan aku ketawa sendiri."

Nabi Ibrahim a.s dan sebuah Kaabah

Nabi Ibrahim a.s dan sebuah Kaabah

Tuhan memerintahkan lbrahim membawa isterinya Siti Habu dan anak kecil kesayangannya iaitu Ismail supaya dhinggatkan di suatu tempat bernama Mekah. Mereka ditinggalkan di sebuah lembah gunung-ganang berbatu di tengah padang pasir yang tidak ada tumbuhan. Mekah pada masa itu adalah lembah yang kosong dan kering kontang.

lbrahim berasal dari Palestin. Di Mekah, beliau meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya, lsmail. Apabila mereka ditinggalkan di situ, Siti Hajar merasa pelik kerana di situ tidak ada air, tidak ada makanan, tidak ada jiran yang dapat menolong bahkan tidak ada manusia lain. Dia pula ditinggalkan berdua sahaja dengan anaknya yang masih kecil.

Semasa Ibrahim hendak meninggalkan mereka, Siti Hajar mengekori Ibrahim dari belakang sambil bertanya mengapa dia ditinggalkan di situ. Namun Ibrahim tidak mengendahkannya sehingga akhirnya Siti Hajar bertanya, "Adakah ini perintah Allah?" "Benar." jawab Ibrahim.

Siti Hajar berkata dengan penuh yakin, "Kalau begitu, pasti Tuhan tidak akan mensia-siakan kita… Sekiranya ini adalah perintah Tuhan, pasti ada pembelaan daripada Tuhan Yang Maha Baik itu."

Apabila si anak menangis kehausan, sementara susu Siti Hajar sudah mula kering, lalu berlarilah Siti Hajar mencari air dari Bukit Safa menuju pula ke Bukit Marwah dengan penuh cemas dan berharap kepada Tuhan. Berkat rintihan hati Siti Hajar yang bergantung penuh pada Tuhan, Tuhan menghantar malaikat yang bernama Jibril. Dengan sayapnya, jibril menyingkap telaga Zamzam yang airnya terpancar keluar apabila lsmail menghentak-hentakkan kakinya ke bumi.

Menurut ahli-ahli sejarah, peristiwa ini berlaku selepas empangan besar di Yaman, yang bernama Sadd Maarib, pecah. Empangan Maarib adalah empangan yang besar dan menjadi sumber air dan sumber kehidupan di Yaman pada masa itu. Empangan ini dibina oleh kerajaan Saba' di Yaman yang sememangnya terkenal dengan kepakaran seni bina. Mereka membina empangan ini bagi menampung air huian bagi keperluan dan pertanian mereka. Apabila mereka ingkar kepada Tuhan, Tuhan memecahkan empangan ini.

Selepas empangan ini pecah, bangsa Arab yang berasal dari Yaman berpindah dan mencari tempat-tempat baru. Bertebaranlah bangsa Arab ini ke seluruh Semenanjung Arab. Suku Thaqif berpindah ke Taif. 'Suku Aus dan suku Khazraj ke Madinah. Suku Ghasasinah sampai ke negeri Syam. Suku Manazirah pula sampai ke sempadan Iraq.

Pada masa itu, suku jurhum melalui kawasan berdekatan dengan Mekah. Mereka ternampak burung-burung berterbangan. Itu adalah petanda ada air di kawasan itu. Mereka tahu selama ini memang tidak pernah ada air di kawasan Mekah. Mereka perlu memeriksa adakah benar ada air di situ.

Apabila mereka melihat ada seorang wanita bersama anak kecil di tempat air, mereka tidak merampas air Zamzam itu daripadanya kerana mereka suku kaum yang baik. Malah mereka meminta izin daripada Siti Hajar berkongsi air. Mereka rela membayar sewa telaga air itu kepada Siti Hajar apabila diminta.

Selepas lsmail mula dewasa, Tuhan memerintahkan Ibrahim dan lsmail membina Kaabah di atas tapak asal Kaabah yang mula-mula dibina oleh Adam. Kaabah sudah dibina semenjak zaman Adam lagi. Tetapi kemudian runtuh dan terkambus. Adam adalah manusia pertama yang dicipta Tuhan.

Semasa Ibrahim dan lsmail hampir siap membina Kaabah, apabila sampai di satu penjuru, mereka mencari batu yang paling sesuai bagi diletakkan tetapi tidak menemuinya. Pada masa itu, Tuhan menurunkan seketul batu dari syurga. Itulah batu berwarna hitam yang disebut Hajar Aswad, ada pada dinding Kaabah sehingga hari ini.

Kaabah hanyalah bangunan daripada batu yang disusun-susun. Bagaimana hendak memanggil orang supaya datang menziarahi Kaabah? Oleh itu, Tuhan memerintahkan Ibrahim membuat seruan kepada manusia.

Ibrahim berkata. "Wahai Tuhan! Bagaimana suara aku boleh sampai kepada pendengaran semua manusia?"

Tetapi Tuhan menegaskan, tugas lbrahim hanyalah membuat seruan. Dialah yang menyampaikannya kepada manusia.

lbrahim pun naik ke Bukit Arafah yang terletak dekat dengan Kaabah dan telaga Zamzam. Dari atas bukit itu beliau menyeru manusia dari seluruh dunia supaya datang menziarahi Kaabah. Suara lbrahim didengari oleh semua manusia dan Tuhan menjatuhkan ke dalam hati manusia rasa cinta bagi memuliakan Kaabah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)