.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Friday, February 26, 2016

TANBIH

Daripada Anas bin Malik r.a, beliau menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w berabda :
“Ada tiga perkara yang jika seseorang melakukannya, dia akan mendapat kemanisan iman : Mencintai Allah
dan Rasulnya melebihi segalanya. Mencintai seseorang hanya kerana Allah. Membenci kembali kepada kekafiran sebagaimana dia membenci dicampakkan ke dalam api neraka”.
(As-Sahihain)



Hukama’ ada mengatakan :
“Janganlah engkau melihat kepada maksiat yang kecil melainkan engkau melihat betapa besar maksiat yang telah engkau lakukan terhadap orang lain”.



Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Pada hari kiamat Allah tidak memandang kepada seorang yang melabuhkan kain atau pakainnya dengan kesombongan”.




Ibnu abbas r.a berkata :
“Setiap dosa yang diakhiri dengan peringatan berbentuk laknat, kemurkaan Allah atau disebutkan azab yang akan diterima oleh pelakunya adalah merupakan dosa besar”.



Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sebaik-baik wanita adalah yang apabila engkau melihatnya, dia akan membuatkan engkau gembira. Jika engkau menyuruhnya melakukan sesuatu, dia akan mentaatimu. Jika engkau tidak berada di sisinya, dia akan menjaga kehormatan dirinya dan juga hartamu”.
(Musnad At-Thayalisi)



Rasulullah s.a.w bersabda :
“jika aku diberi kebenaran untuk memerintahkan seseorang untuk bersujud, nescaya aku akan memerintahkan isteri untuk bersujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang mesti dipenuhi”.
(As-Sahihain)



Imam Az-Zahabi r.h berkata :
“Didikla mereka (ahli keluarga), ajarkanlah kepada mereka, dan perintahkanlah mereka untuk mentaati Allah, dan laranglah mereka daripada melakukan perbuatan maksiat. Ini adalah merupakan kewajipan bagi kamu (suami) semua”.
(Al-Kaba’ir)



Abdullah bin Mubarak berkata:
“Para lelaki yang diteladani pergi dengan pekerjaan mereka. Dan orang yang berbuat ingkar mengingkari semua perkara. Aku berada di belakang. Sebahagian mereka menghiasi sebahagian yang lain agar sesuatu kecacatan dapat menghapuskan kecacatan yang lain. Mereka melalui celah-celah jalan sehingga mereka menjauhi jalan yang lebih besar. Wahai saudaraku, adakah di kalangan kaum lelali tedapat haiwan ternakan?. Yang muncul dalam bentuk seorang lelaki yang mendengar dan melihat. Dia hanya menyedari dan mengetahui setiap musibah yang menimpa hartanya. Dan jika sesuatu keburukan menimpa agamanya maka dia tidak merasakannya”.


Hukama’ mengatakan :
“Jauhilah dan hindarilah perbuatan “Ghish” (غيش ). Iaitu mencari hela dengan mengharuskan atau menghalalkan apa yang telah diharamkan Allah untuk dilakukan. Jika keringanan diberikan kepada perkara begini, nescaya ia akan membuka jalan kepada mereka yang mahu mencari helah untuk menghalalkan perbuatan mengubah ciptaan Allah”.


Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya perbuatan melaknat orang tua sendri termasuk dosa-dosa besar”. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimanakah seseorang melaknat orang tuanya?”. Rasulullah s.a.w menjawab : Seseorang mencaci bapa orang lain sehingga orang tersebut mencaci bapa dan ibunya pula”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Ibnu Mas’ud r.a menceritakan bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w :
“Wahai Rasulullah. Apakah perbuatan yang paling disukai Allah”. Baginda menjawab : “Solat pada waktunya”. Beliau bertanya lagi :”Kemudian apa lagi?”. Baginda s.a.w menjawab : “ Berbankti kepada kua orang tua”. Beliau bertanya lagi : “Kemudian apa lagi?”. Rasulullah s.a.w menjawab : “ Jihad di jalan Allah “. Abdullah berkata : “Rasulullah s.a.w menyampaikan perkara ini. Jika aku meminta tambahan daripada baginda, pasti baginda akan menambah untukku.”
(Riwayat Bukhari)


“Engkau mesti berbuat baik kepada kedua orang tuamu,
Demikian pula para Dzawil Qurba daripada keluarga yang dekat,
Dan janganlah engkau berteman,
Melainkan dengan seseorang yang bertakwa dan beradab,
Seorang yang menjaga diri, cerdas serta menepati janji,
Dan sertailah jika engkau telah menyertai,
Seorang yang merdeka dan beradab,
Berasal dari para pemuda Bani Al-Ahrar Zainul Mursyid,
Janganlah menyakiti, jagalah lidah dan takutlah,
Maka sesungguhnya dedammu berada dalam kecintaanmu,
Terhadap temanmu yang membantu.
Berlumba-lumbalah dalam mengeluarkan harta untuk mencapai kemuliaan,
Dengan akhlak mulia untuk mencapai kemuliaan,
Dan yakinlah kepada Allah dalam setiap kejadian,
Sesungguhnya Allah akan menjagamu daripada kejahatan orang-orang yang dengki selama hari-harimu,
Berpegang teguhlah hanya kepada Allah dan janganlah meminta kepada selain Nya,
Dan janganlah engkau kufur terhadap nikmat yang engkau dapat,
Jagalah dirimu daripada musibah serta jauhilah kejahatan terhadap jiran tetangga,
Serta berpeganglah dengan akhlak yang terpuji”.
(Sya’ir Arab)



Abu Darda’ r.a menceritakan bahawa seorang lelaki menemuinya dan berkata :
“Sesungguhnya bapaku sentiasa bersamaku sehinggalah dia menikahkannu. Sekarang dia menyuruhku menceraikan isteriku”. Abu Darda’ berkata : “Aku tidak menyuruhmu menderhakai bapamu dan aku juga tidak menyuruhmu menceraikan isterimu. Namun jika kamu mahu, aku menceritakan kepadamu apa yang pernah aku dengan daripada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w pernah bersabda : “ Seorang bapa adalah merupakan pintu syurga yang paling tengah. Peliharalah ia jika kamu mahu. Jika tidak, tinggalkanlah ia”. Perawi berkata : “Aku merasakan Atha’ berkata : “Kemudian lelaki tersebut menceraikan isterinya”.
(Riwayat Ahmad, Humaidi dan At-Thayalisi – Hadis sahih)



Dalam sebuah hadis marfu’ Iyadh bin Himar Al-Mujasya’i Allah berfirman :
“Sesungguhnya Aku menjadikan para hamba Ku Hunafa’ sehingga syaitan-syaitan mendatangi mereka dan membuat mereka berpaling dari agama mereka sehingga syaitan itu mengharamkan bagi mereka apa yang telah dihalalkan”. Iyadh bin Himar Al-Mujasya’i menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “ Allah berfirman : Sesungguhnya Aku telah menjadikan semua hamba Ku Hunafa’. Syaitan akan mendatangi mereka lalu membuatkan mereka berpaling daripada agama mereka. Syaitan itu akan mengharamkan ke atas mereka apa yang telah Aku halalkan”.


Sayidatina Aisyah r.anha berkata :
“Rasulullah s.a.w memerintahkan untuk membunuh lima haiwan yang keji dalam keadaan ihram ataupun tidak. Haiwan itu adalah burung helang, gagak, tikus, kala jengking dan anjing liar”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Huzaifah Al-Yamani menceritakan :
“Dahulu, orang ramai bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang kebaikan. Aku pula bertanya tentang keburukan kerana aku takut terjebak dengannya”.
Aku berkata : “Wahai Rasulullah, dahulu kami berada dalam kejahilan zaman jahiliyah dan melakukan kejahatan. Kemudian Allah telah memberikan kebaikan kepada kami. Adakah selepas kebaikan ini aka nada keburukan?”.
Baginda menjawab : “Ya”.
Aku berkata : “ Adakah selepas keburukan itu terdapat kebaikan?”.
Baginda menjawab : “Ya, dan terdapat bara padanya”.
Aku berkata : “Apakah bara itu?”.
Baginda menjawab : “ Ada satu kaum yang melakukan perbuatan selain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk selain daripada petunjukku. Ada di antara mereka menyeru kepada kebaikan dan ada juga di antara mereka yang meningkarinya”.
Aku berkata : “ Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan?”.
Baginda menjawab : “ Ya, para pendakwah yang mengajak ke arah pintu-pintu Jahannam. Sesiapa yang mengikuti ajakan mereka, akan dilempar ke neraka tersebut”.
Aku berkata : “ Wahai Rasulullah, sebutkanlah ciri-cirinya kepadaku”.
Baginda s.a.w bersabda : “ Ya, mereka merupakan satu golongan daripada saudara-saudara kita. Mereka yang berbicara adalah orang-orang yang berilmu di antara kita”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim Lafaz dari riwayat Imam Muslim)



Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya akan dating satu zaman di mana semua orang akan terlibat dengan riba. Sesiapa yang tidak terlibat, dia tetap akan terkena tempias debunya”.
(Riwayat Abu Daud, Nasa’i, Ibnu majah dan Al-Hakim)





Imam Al-Hafiz Hukmi berkata :
“Dengan tujuh syarat telah terikat,
Dan kebenaran yang terdapat di dalam nas-nas,
Sesungguhnya orang yang mengucapkannya tidak mendapat manfaat,
Dengan ucapan melainkan dia menyempurnakannya,
Ilmu, Keimanan, Keyakinan, Pasrah, Penyerahan diri dan Ketaatan,
Aku mengerjakannya,
Kejujuran, Keikhlasan, Kecintaan,
Allah bersesuaian dengan apa yang Dia cintai “.



Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Jauhilah tujuh kehancuran “.
Ada yang bertanya : “ Wahai Rasulullah, apakah tujuh kehancuran itu?”.
Baginda s.a.w menjawab : “ Mempersekutukan Allah, Sihir, Membunuh jiwa yang diharamkan Allah tanpa sebab, Memakan harta anak yatim, Memakan riba, Lari dari medan perang, dan melakukan tuduhan zina terhadap wanita beriman yang solehah serta menjaga kehormatan “.



Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata :
“ Sesiapa yang terkeluar daripada ajaran yang lurus kerana cenderung kepada perkiraan akalnya atau mengikut hawa nafsunya, dan sesiapa yang sesat lalu mengkuti hawa nafsunya dan menjauhi petunjuk Allah, Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim”.
(Minhaj As-Sunnah)




Sayidina Umar Al-Khattab r.a berkata :
“Kami mengetahu, sebaik-baik kehidupan kami dengan sabar”.



Usamah bin Zaid berkata :
“Ketika aku sedang bersama-sama Rasulullah s.a.w, salah seorang daripada anak perempuan baginda telah datang. Ketika itu Sa’ad, Ubai bin Ka’ab dan Muaz bin Jabal bersama-sama kami. Rasulullah s.a.w bersabda kepada anaknya : “ Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan sesuatu kepadamu melainkan engkau bersabar dan memperhitungkan diri”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Abu Burdah bin Abu Musa meceritakan bahawa Abu Musa tealah menderita sakit sehingga beliau pengsan. Kepalanya berada dalam bilik seorang perempuan dari kalangan ahli keluarganya. Beliau tidak dapat melakukan apa-apa. Apabila dia sedar, dia berkata :
“Aku berlepas diri daripada orang-orang yang Rasulullah s.a.w berlepas diri daripada mereka. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berlepas diri daripada As-Soliqah, Al-Haliqah dan Asy-Syaqqah”.
(Riwayat Bukhari – Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar : As-Soliqah ialah orang yang menangis dengan suara yang kuat. Al-Haliqah ialah orang yang mencukur kepalanya ketika ditimpa musibah. Asy-Syaqqah adalah orang yang mengoyakkan pakaiannya. )



Sayidina Anas bin Malik menceritakan, pada suatu hari Rasulullah s.a.w terserempak dengan seorang perempuan yang sedang menangis di kubur. Rasulullah s.a.w bersabda :
“Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah”.
Perempuan itu menjawab : “Pergilah engkau!, sesungguhnya engkau tidak mengalami dan engkau tidak mengetahui musibah yang aku alami dan rasai”.
Perempuan itu tidak mengetahui bahawa orang yang bercakap dengannya itu adalah Rasulullah s.a.w sehinggalah dia diberitahu tentangnya. Diapun segera bertemu dengan Rasulullah dan berkata : “Aku tidak mengenalimu”. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya kesabaran itu adalah pada musibah yang pertama”.
(Riwayat Bukhari)



Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengunjungi Sa’ad bin Ubadah. Bersama-sama dengan Baginda s.a.w adalah Abdurrahman bin ‘Auf, Sa’ad bin Abi Waqas dan Abdullah bin Mas’ud. Lalu Baginda s.a.w menangis. Apabila orang rama melihat Rasulullah s.a.w menangis, merekapun turut menangis bersama.
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Tidakkah kamu semua mendengar?, Sesungguhnya Allah tidak mengazab kerana airmata, tidak juga kerana kesedihan hati. Tetapi Allah mengazab atau merahmati kerana ini (sambil mengisyaratkan kepada lidah baginda”.
(Muttafaqun ‘Alaih)


Anas bin Malik r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w masuk untuk melihat jenazah anak baginda Ibrahim yang baginda kasihi. Ia telah membuatkan baginda mengalirkan airmata pada kedua-dua matanya. Kemudian Abdurrahman bin ‘Auf r.a berkata kepada Baginda s.a.w : “ Tuan juga menangis wahai Rasulullah”.
Rasulullah s.a.w bersabda : Wahai Ibnu ‘Auf, ia adalah rahmat”.
Kemudian Rasulullah s.a.w menangis lagi, lalu baginda bersabda :
“Sesungguhnya mata akan menangis, hati akan bersedih, dan kami tidak bercakap kecuali perkara yang diredhai Tuhan kami. Sesungguhnya kami amat bersedih dengan pemergianmu wahai Ibrahim”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Ibnu Mas’ud menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di antara manusia yang paling jahat ialah mereka yang bertemu dengan hari kiamat dalam keadaan hidup, dan yang menjadikan kubur sebagai masjid”.
Riwayat Ahmad, Ibnu Abu Syaibah, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)



KIAMAT


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Kiamat tidak akan berlaku sehingga punggung wanita kabilah Daus bergoyang mengelilingi Dzil Khalasah (patung yang disembah oleh Kabilah Daus sewaktu Jahiliyah)”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sayidatina ‘Aisyah berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Malam dan siang tidak akan lenyap sehingga Latta dan Uzza kembali disembah”.
Sayidatina ‘Aisyah berkata : “Wahai Rasulullah ketika Allah menurunkan “Dialah yang telah mengutus rasul Nya dengan petunjuk agama yang benar, agar dia memperlihatkan kepada semua agama walaupun orang yang musyrik itu tidak menyukainya”, aku menyangka bahawa perkara itu telah sempurna”.
Rasulullah s.a.w bersabda : “ Perkara itu berlaku mengikut kehendak Allah. Kemudian Allah akan mengutuskan angina yang baik. Lalu matilah setiap orang yang hatinya masih mempunyai iman walau sebesar biji sawi. Tinggallah orang-orang yang hatinya tidak mengandungi sebarang kebaikan. Mereka itu kembali kepada agama nenek moyang mereka”.
(Riwayat Muslim)


Thauban r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga beberapa kabilah umatku bergabung dengan orang-orang musyrik dan beberapa kabilah dari umatku menyembah berhala-berhala”.
(Riwayat Muslim)



Rasulullah s.a.w bersabda dengan nada yang tegas :
“Janganlah kamu terjebak dengan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yahudi, lalu kamu menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dengan tipu daya yang hina”.
(Sahih : Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Al-Fatwa mengatakan bahawa hadis ini di riwayatkan oleh Ibnu Barthah dengan sanad yang hasan)


“Di sana, orang-orang yang menipu akan mengetahui bahawa mereka telah menipu diri mereka sendiri dan mempermainkan agama mereka. Tipu daya yang mereka lakukan hanyalah penipuan terhadap diri mereka sendiri, namun mereka tidak menyedarinya”.
(Petikan Kitab : I’lam Al-Muwaqi’in)



Muhammad bin Al-Hasan berkata :
“Perbuatan melarikan diri daripada hukum-hukum Allah dengan menggunakan tipu daya yang membatalkan tidak temasuk dalam akhlak orang-orang yang beriman”
(Fathul Barri)



Abdullah bin Amru bin Ash berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Seorang muslim itu ialah orang yang menyelamatkan orang-orang islam daripada tangan dan lidahnya. Seorang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan segala larangan Allah”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Ibnu Abbas berkata :
“Wahai umat Muhammad, sesungguhnya jika ada kitab turun selepas kitab kamu, dan nabi selepas nabi kamu, sudah tentau dian akan diturunkan kepada kamu, sebagaimana dia diturunkan kepada orang-orang sebelum kamu. Perkara tersebut tidak akan ditangguhkan sehingga hari kiamat. Sesungguhnya ia lebih berat bagi kamu”.



Daripada Ubadah bin Somit bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Suatu hari nanti manusia dari kalangan umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan nama yang lain”.
(Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)



Daripada Abu Malik Al-asy’ari (Abu Amir) menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
“Akan muncul daripada kalangan umatku beberapa golongan yang menghalalkan zina, arak dan alat muzik”.
(Riwayat Bukhari, Ibnu Hibban dan At-Tabrani)



Rasulullah s.a.w bersabda :
“Tiga golongan yang tidak akan dilihat oleh Allah Azza Wa Jalla pada hari kiamat : Orang yang menderhaka kepada ibubapa, penagih arak, dan orang yang mengharapkan balasan atas apa yang telah diberikannya”.
(Hadis Sahih daripada Abdullah bin Yasar Riwayat Imam Ahmad, An-Nasa’i, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan At-Tabrani)



Daripada Thauban r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sebaik-baik dinar yang dinafkahkan oleh seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk anak-anaknya, dinar yang dinafkahkan untuk haiwan yang ditungganginya pada jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk sahabatnya pada jalan Allah”.

Daripada Qilabah berkata :
“Rasulullah s.a.w memulakannya dengan anak.”
Baginda s.a.w bersabda lagi : “Tidak ada pahala yang lebih besar daripada pahala seorang lelaki yang menafkahkan hartanya untuk anak-anaknya yang masih kecil. Allah memberi mereka makan dan memberikan manfaat kepada mereka dengan apa yang telah dinafkahkannya.”
(Riwayat Muslim :Daripada Abu Qilabah daripada Abu Asma Ar-Rahbi daripada Thauban)



Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Orang yang miskin itu bukanlah orang yang meminta-minta kepada orang lain, lalu dia mendapat satu atau dua suap makanan, dan satu atau dua biji kurma.”
Para sahabat bertanya : “Siapakah orang miskin yang sebenarnya, Ya Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w bersabda : “ Orang yang tidak mampu mencukupi keperluannya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)






Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Janganlah kamu saling membenci, berhasad dengki dan memusuhi. Jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim tidak boleh memutuskan hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Nabi Adam a.s berkata :  “Sunggug beruntunglah Nabi Muhammad kerana isterinya menjadi pendamping baginya dalam menyampaikan perintah Allah (agama Allah) dan adapun isteriku menjadi penolongku dalam bermaksiat kepada Allah.”
(Ulama Salaf)



Riwayat daripada sayidina Ali r.a :
“Seorang hamba tidak boleh mengharapkan selain kerpada Allah dan hendaknya jangan merasa takut kecuali pada dosanya dan tidaklah turun bala (bencana) melainkan kerana dosa, dan tidak akan diselamatkan (dari bencana) kecuali dengan bertaubat.”
(Jawahirul Kalam)

Sayidina Ali r.a berkata :
“Ada lima perkara sebagai bekal apabila seorang diutus ke Yaman pada masa itu. Semua menjadi bekal dalam perjalanannya iaitu : Tidak takut seorang hamba kecuali kepada Tuhannya. Tidaklah khuatir kecuali pada dosa-dosanya. Tidak berasa malu untuk belajar apabila dia belum mengetahui. Tidak malu apabila ditanya tentang sesuatu yang tidak diketahui untuk mengatakan Allahu A’lam (Allah lebih tahu) dan kesabaran dalam agama samalah seperti kepala bagi jasad.”
(Imam al-Baihaqi)


Ibnu abbas berkata :
“Sesungguhnya kebaikan itu akan menjadi sinar dalam hati, menjadi cahaya di wajah, menjadi kekuatan dalam badan dan menjadi kecintaan di hati para makhluk. Sesungguhnya kejahatan itu akan menjadi penutup dalam hati, menjadi kegelapan di wajah, penyebab sempitnya rezeki, menjadi hina di badan dan menjadi kebencian di hati makhluk.”


Samith bin ‘Ajlan pernah berkata:
“Manusia itu dikelompokkan denga tiga kelompok :
1.      Seorang yang menabung kebaikan pada usianya yang masih belia remaja, kemudian sentiasa dalam kebaikan itu, sehingga dia keluar dari dunia (mati), maka itulah Al-Muqarrib (orang yang dekat dengan Allah.
2.      Seorang yang mengisi umurnya dengan dosa-dosa dan bersantai, lalu kembali bertaubat, maka itulah Ashabul Yamin (golongan kanan).
3.      Seorang yang mengisi umurnya yang masih remaja dan belia dengan kemaksiatan, kemudian dia menghabiskannya dalam keadaan seperti itu sehingga dia keluar dari dunia (mati), maka itulah Ashabus Syimal (golongan kiri).


Lalu aku berkata : “ Wahai diri, tentutkanlah pilihanmu di antara yang tiga itu sebelum tenggelamnya matahari kehidupan (kiamat), dan lepaskanlah apa-apa yang menyebabkan riya’ (menunjuk0nunjuk), bersandar pada dunia, serta mengejarnya dan mencintainya. Carilah apa-apa yang menjadi keredhaan Allah, perbanyakkanlah melakukan amal yang diketahui, kerana sesungguhnya sesiapa yang berbuat sesuai dengan apa yang dia ketahui, maka Allah akan mewariskan ilmu tentang apa yang dia tidak ketahui sebelumnya, dan para ulama’ yang memberi semangat mereka adalah ri’ayah dan orang bodoh yang membri semangat mereka adalah riwayah.”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

MUHASABAH