Nabi Adam a.s
keluar daripada syurga dipenuhi dengan takwil. Takwil yang belandaskan nas-nas
Al-Quran yang menceritakan tentangnya. Para ulama’ berbeza pendapat terhadap
pentafsiran ayat dengan mengatakan tidak
mungkin Adam a.s memakan buah yang dilarang dan diancam jika memakannya. Firman
Allah :
وَلَا تَقْرَبَا هَذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ
الظَّالِمِينَ
“dan
janganlah kamu dekati pohon ini yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang
zalim.”
(Al-Baqarah :
35)
Sebahagian pula
mengatakan bahawa Adam dan Hawa telah memakan buah itu kerana isyarat larangan
itu tidak ditujukan kepada buah berkenaan dan tidaklah pula sehingga larangan
itu mencakupi kepada jenis buah tersebut dan iblis menjelaskan secara zahir.
Ini kerana kalimah “Haza”
yang bermaksud ini berkemungkinan untuk seseorang
atau jenis benda. Sepertimana di dalam hadis Rasulullah s.a.w bersabda :
“Ini keduanya
haram dipakai umatku yang lelaki.”
(Riwayat Abdu
Daud dan Ibnu Majah)
Lalimah “Ini”
adalah merujuk kepada emas dan sutera.
Maka Nabi Adam. A.s mentakwilkan dan
menganggap bahawa larangan Allah itu hanya untuk pokok khuldi sahaja. Maka
datanglah iblis menggodanya dengan mengatakan itulah pokok kekalan.
Ibu Arabi
berkata :
“Mengikut pada
zahirnya, ianya merupakan awal kemaksiatan yang terjadi kepada Allah.”
Imam
Al-Qurthubi pula berpendapat dan pendapatnya masyhur di kalangan ulama’
Muktazilah, beliau berkata :
“Ini adalah
pendapat yang baik dan kami dapati bahawa yang dimaksudkan itu adalah bendanya,
iaitu pokok yang sudah jelas dan nyata jenisnya.”
Pendapat ini
dijelaskan secara terperinci tentang hasutan iblis melalui firman Allah :
فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا
وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ
هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ
الْخَالِدِينَ
“Maka
syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada
keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata:
"Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya
kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal
(dalam syurga)."
(Al-A’raf : 20)
Maka musuh
Allah dan manusia itu menyebutkan pokok yang dilarang kepada mereka berdua
adalah untuk memakannya. Mungkin pokoknya atau dari jenisnya sahaja. Akan
tetapi iblis memastikan dan meyakinkan kepada Adam dan Hawa bahawa pokok itulah
yang dilarang.
Ibnu Arabi
berkata :
“Pendapat ini
terdapat dalil iaitu barang siapa yang bersumpah untuk tidak memakan roti ini,
kemudian ia memakan daripada roti yang sama, tetapi bukan yang diisyaratkan
ketika ia bersumpah, maka menurut mejoriti ulama tidaklah ia berdosa atau tidak
sah sumpahnya.”
Manaka menurut
Imam Malik dan sahabat-sahabatnya :
“Apabila telah
nyata menunjukkan sumpah itu kepada sesuatu yang diisyaratkan, maka tidaklah
berdosa dengan memakan yang sejenisnya. Tetapi jika nyata sumpah itu walaupun
kepada jenis yang ditentukan dan juga mempunyai niat kepada yang sejenisnya,
maka ia akan berdosa dengan memakan dari jenis yang sama.”
Maka Nabi Adam
a.as dilarang untuk memakan buah dari pokok yang telah nyata jika dimaksudkan
jenisnya. Terdapat sebahagian pendapat, takwilnya adalah larangan dalam bentuk
sunnah. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis sahih yang berasal
riwayatnya daripada Abu Sa’id Al-Khudri yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan
Ibnu Majah tentang larangan minum sambil
berdiri.
Ibnu Arabi
berkata :
“Keseluruhan
masalah ini adalah masalah usuliyah daripada usul fiqh, maka ianya telahpun
tejawab (gugur) dengan firman Allah :
فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ
Allah
menggandingkan larangan dan juga ancaman. Firman Allah :
فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَذَا عَدُوٌّ لَكَ
وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَى
“Maka
Kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan
bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua
dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka.”
(Toha : 117)
Menurut
Ar-Raghif :
“Nabi Adam a.s
lupa bahawa ada ancaman yang beriringan dangan larangan. Oleh yang demikian,
dia menganggap itu sesuatu yang boleh dilakukan. Dia menganggap itu adalah
merupakan perintah yang mubah dan memastikan bahawa itu tidak lain adalah
sesuatu yang haram sebagaimana firman Allah :
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً
وَسَاءَ سَبِيلًا
Dan janganlah
kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.
Dan juga Firman
Allah :
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى
فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ
فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ
يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Mereka bertanya
kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Haid itu adalah suatu kotoran."
Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu
haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka
telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah
kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai
orang-orang yang mensucikan diri.”
Ibnu Hazam mengatakan :
“Seringkali suatu perintah itu
dialihkan menjadi mubah dan larangan itu manjdi makruh oleh para ulama’ dan
kebanyakan ahli ilmu. Perkara itu jugalah yang terjadi pada para nabi serta
sering melakukannya. Seperti perumpamaannya adalah apa yang dicontohkan oleh
nabi Adam a.s ketika memakan buah daru pokok larangan.”
Sebahagian ulama mengatakan bahawa
Nabi Adam a.s dan Hawa ketika memakan buah khuldi mereka berada dalam keadaan
mabuk. Pendapat ini adalah pendapat Said bin Al-Musayib dan Yazid bin Qasth
yang mana keduanya bersumpah di hadapan Allah tidak akan memakan buah itu
kerana mereka masih berakal. Ibnu Arabi pula berkata bahawa pendapat ini rosak
secara akal kerana para nabi yang dilantik menjadi nabi maka mereka itu ma’sum
(terpelihara) daripada perkara-perkara yang menjerumuskan mereka kepada
kerosakan jan jarimah (kejahatan).
Sebahagian ulama pula berpendapat
bahawa Nabi Adam a.s telah memakan buah khuldi, beliau lupa dan berkemungkinan
mereka berdua lupa ancaman jika mereka memakannya. Imam Al-Qurthubi mengatakan
inilah merupakan pendapat yang benar berdasarkan firman Allah :
وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ
وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا
“Dan
sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan
perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat.”
(Toha : 115)
Abu Umamah berkata
:
“kalaulah
kesabaran seluruh anak Adam (Bermula Allah meciptakan manusia sehingga hari
kiamat) diletakkan di sebelah mizan (timbangan), kemudian kesabaran Adam juga
diletakkan di sebelah mizan yang lain, nescaya masih lebih berat kesabaran Adam
a.s.”
Dikatakan
bahawa, orang yang pertama memakan buah dari pokok khuldi itu adalah Hawa dan
Hawa jugalah yang pertama sekali diajak berbicara oleh iblis. Maka itulah
merupakan fitnah yang terjadi kepada perempuan kepada lelaki. Berkata iblis : “
Tidaklah kamu dilarang untuk memakan buah ini melainkan kerana ia adalah pokok
khuldi.”
Maka Hawa
mengatakannya kepada Adam. Pada hakikatnya Adam menolak dan menyebutkan ancaman
Allah dan mengingatkannya kepada Hawa. Namun Hawa menjawab : “ Aku akan
terlebih dahulu memakannya sebelum engkau, sehingga jika aku ditimpa musibah,
maka engkau akan selamat.” Maka Hawa memakannya dan tidak terdapat musibah
daripadanya. Hawa mendatangi Adam semula dan berkata : “Makanlah, kerana aku
sudahpun memakannya, namun tidak ada apa-apa yang terjadi kepadaku.” Lalu Adam
a.s pun memakannya sehingga terbukalah pakaian mereka dan mendapat dosa
sepertimana firman Allah :
وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ
الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَذِهِ
الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ
“Dan
Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan
makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai,
dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang
yang zalim.”
Aada pula
pendapat yang mengatakan bahawa Nabi Adam a.s lupa terhadap firman Allah :
فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَذَا عَدُوٌّ لَكَ
وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَى
“Maka
Kami berkata: "Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan
bagi isterimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua
dari syurga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka.”
Sebahagian
ulama salaf mengatakan bahawa Nabi Adam a.s pernah mengatakan :
“Sesungguhnya
beruntunglah Nabi Muhammad s.a.w kerana isterinya menjadi pendamping baginya
dalam menyampaikan perintah Allah. Adapun isteriku menjadi penolongku dalam
bermaksiat kepada Allah.”
Dalam kitab
Milal Wa Nihal, Abu Muhammad bin Hazam berkata :
“Tidak ada dosa
yang lebih besar melebihi dosa yang bersumpah tidak akan pernah melakukan
maksiat.”
Maka begitulah
Nabi Adam a.s yang terlupa nas Al-Quran (firman Allah) ketika memakan buah
khuldi bersama isterinya walaupun nas-nas itu memberikan dan membawa kepada
kebaikan kerana syaitan menjanjikan darjatnya akan bertambah di sisi Allah
iaitu menjadi seorang yang paling dekat dengan Allah dan kekal tinggal di dalam
syurga yang akhirnya dia menyalahi serta melanggar larangan Allah.
Nabi Musa a.s
pernah mengejek perbuatan Nabi Adam a.s kerana memakan buah khuldi sehinggalah
perdebatan berlaku dalam masalah ini sepertimana di dalam kitab-kitab hadis
Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawadaripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Adam
memberikan hujah kepada musa.”
(Hadis sahih
riwayat Bukhari, muslim, Abu daud, At-Tarmizi, Ibnu Majah, An-Nasa’I dan Ibnu
Hibban)
Perbahasan ini
adalah merupakan perbahasan yang panjang. Berkata Ruqbah bin Mushaqqalah :
“Aku melalui di
hadapan Qusshar pada musim sejuk. Maka aku bertanya kepadanya : “Apa yang
diperbuat pohon ini kepadamu?”
Dia berkata :
“Celakalah, seandainya tidak diciptakan, aku tidak pernah mendapat jawapan
secepat itu daripada seseorang.”
Dalam kitab
musnad Abu Daud At-Tayalisi menyebutkan tentang kisah Nabi Daud a.s bahawa
daripada Hamad bin Salma daripada Ali bin Zaid daripada Yusuf bin Mahran
daripada Ibnu Abbas meriwayatkan,daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda tentang firman Allah
:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ
بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ
بِالْعَدْلِ وَلَا يَأْبَ كَاتِبٌ أَنْ يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللَّهُ
فَلْيَكْتُبْ وَلْيُمْلِلِ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ
وَلَا يَبْخَسْ مِنْهُ شَيْئًا فَإِنْ كَانَ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ سَفِيهًا
أَوْ ضَعِيفًا أَوْ لَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يُمِلَّ هُوَ فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُ
بِالْعَدْلِ وَاسْتَشْهِدُوا شَهِيدَيْنِ مِنْ رِجَالِكُمْ فَإِنْ لَمْ يَكُونَا
رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَامْرَأَتَانِ مِمَّنْ تَرْضَوْنَ مِنَ الشُّهَدَاءِ أَنْ
تَضِلَّ إِحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الْأُخْرَى وَلَا يَأْبَ
الشُّهَدَاءُ إِذَا مَا دُعُوا وَلَا تَسْأَمُوا أَنْ تَكْتُبُوهُ صَغِيرًا أَوْ
كَبِيرًا إِلَى أَجَلِهِ ذَلِكُمْ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ وَأَقْوَمُ
لِلشَّهَادَةِ وَأَدْنَى أَلَّا تَرْتَابُوا إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً
حَاضِرَةً تُدِيرُونَهَا بَيْنَكُمْ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَلَّا
تَكْتُبُوهَا وَأَشْهِدُوا إِذَا تَبَايَعْتُمْ وَلَا يُضَارَّ كَاتِبٌ وَلَا
شَهِيدٌ وَإِنْ تَفْعَلُوا فَإِنَّهُ فُسُوقٌ بِكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ
وَيُعَلِّمُكُمُ اللَّهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
“Hai
orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk
waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang
penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan
menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, meka hendaklah ia menulis, dan
hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu),
dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi
sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya
atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka
hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua
orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tak ada dua oang
lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi
yang kamu redhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya.
Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil;
dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil mahupun besar sampai
batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih
menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu.
(Tulislah mu'amalahmu itu), kecuali jika mu'amalah itu perdagangan tunai yang
kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak
menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis
dan saksi saling sulit menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka
sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada
Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(Al-Baqarah :
282)
Sesuatu yang dibantah oleh Nabi Adam
a.s adalah Allah memperlihatkan keturunannya. Nabi Adam a.s melihat seorang
lelaki yang sangat bersinar. Lalu ia bertanya :
“Siapakah ini?”
Allah menjawab dengan berfirman :
“Ini adalah keturunanmu Daud.”
Adam bertanya lagi : “Wahau Tuhanku
berpakah umurnya?’
Allah berfirman : “Enam puluh tahun.”
Adam berkata : “Wahai Tuhanku,
panjangkanlah umurnya.”
Kemudian Adam bertanya lagi :
“Berpakah umurku?”
Allah berfirman : “Seribu tahun.”
Adam berkata : “Aku telah memberikan
empat puluh tahun umurku kepadanya.”
Maka Allah menuliskan catatan yang
disaksikan oleh para malaikat. Ketika ajalnya tiba dan malaikat maut dating
kepadanya Adam berkata : “Sesungguhnya empat puluh umurku telah aku berikan
kepadanya.”
Malaikat berkata : “Sesungguhnya
engkau telah menghibahkan umurmu untuk anakmu Daud a.s.”
Adam berkata : “Aku tidak memberikan
umurku kepadanya.”
Malaikat menjawab : “ Sesungguhnya
engkau telah memberikan umurmu untuk Daud selama empat puluh tahun, sedangkan
engkau belum pernah memberikan perkara yang serupa kepada yang lain.”
Maka Allah mengeluarkan catatan yang
disksikan oleh para malaikat.
(Hadis Hasan : Hasan Lighairi
Riwayat At-Tarmizi yang menurut beliau adalah hasan dan sahih, Abu Ya’la,
Al-Hakim, dan Ibnu Hibban. Riwayat daripada Imam Ahmad dalam kitab Musnadnya,
berkata Aswad bin Amir kepada kami daripada Hamad bin Salma, dia menyebut dan
menambah padanya : “Maka Allah menyempurnakan untuk Daud a.s dan Adam a.s
seratus tahun.”)