.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Friday, February 26, 2016

Madinatul Munawwarah

Sayidina Ali bin Abi Talib KaramAllahu Wajhah berkata :
“Kami tidak memiliki apa-apa selain kitab Allah dan sahifah yang bersumberkan Nabi s.a.w ini : Madinah.
Kawasan yang terletak di antara bukit Air dan tempat ini adalah tanah haram. Sesiapa yang melakukan kerosakan di dalamnya, atau melindungi orang yang melakukan kerosakan tersebut, dia kan mendapat laknat Allah, malaikat dan seluruh manusia. Ibadah wajib dan sunatnya tidak akan diterima.”



Abdullah bin Zaid bin Ashim menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Sesungguhnya Ibrahim telah menjadikan Mekah sebagai tanah haram dan mendoakan penduduknya. Aku telah menjadikan Madinah sebagai tanah haram sebagaimana Ibrahim menjadikan Mekah sebagai tanah haram. Aku telah mendoakan keberkatan pada gantang dan cupaknya sebagaimana yang telah didoakan Ibrahim kepada penduduk Mekah.”
(Riwayat Muslim)


Daripada Sa’ad bin Abi Waqas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya aku menjadikan Madinah dan kawasan yang terletak di antara dua batu hitamnya sebagai tanah haram. Janganlah dipotong pohonnya dan janganlah diburu binatang buruannya.”

Baginda s.a.w bersabda lagi :
“Madinah lebih baik bagi mereka, jika manusia mengetahui. Apabila seseorang meninggalkannya, Allah akan menggantikan orang tersebut dengan orang yang lebih baik. Orang-orang yang menghadapi kelaparan dan kesusahan di dalamnya pula akan mendapat syafaat dan kesaksian daripadaku pada hari kiamat.”
(Riwayat Muslim)


Daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Wahai Tuhanku, berkatilah mereka pada timbangan mereka, berkatilah mereka pada gantang mereka dan berkatilah mereka pada cupak mereka.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Abu Hurairah r.a menceritakan, Rasulullah s.a.w bersabda :
“aku diperintahkan untuk menuju kearah sebuah perkampungan yang akan menewaskan perkampungan-perkampungan yang lain. Mereka memanggilnya sebagai Yathrib. Ia adalah Madinah yang akan menyucikan manusia sebagaimana tukang besi membersihkan karat yang terdapat pada besi.”
(Riwayat Bukhari)



Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah keberkatan bagi MAdinah dua kali ganda lebih banyak daripada keberkatan Mekah.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya iman akan berkumpul di Madinah sebagaimana ular akan kembali ke lubangnya.”
(Riwayat Bukhari)


Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Semua negeri akan dimasuki oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah. Semua pintu masuknya akan dikawal oleh malaikat yang berbaris. Kemudian Madinah dan para penghuninya akan digoncang sebanyak tiga kali, sehingga Allah mengeluarkan setiap orang kafir dan munafik yang berada di dalamnya.”
(Riwayat Bukhari)


Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Terdapat malaikat pada setiap pintu kota Madinah. Ia tidak akan dimasuki oleh taun dan Dajjal.”



Madinah yang menjadi tempat kembalinya keimanan, tempat pertemuan antara kaum Muhajirin dan kaum Ansar. Kota Madinah adalah ibu kota pertama bagi kaum Muslimin. Di sanalah dikibarkan bendera jihad di jalan Allah. Dari kota ini juga pasukan-pasukan pembawa kebenaran bertolak untuk membebaskan manusia dari kegelapan menuju cahaya kebenaran. Dari kota ini, cahaya hidayah memancar sehingga bumi terterangi dengan cahaya hidayah. Itulah kota yang menjadi tujuan hijrah Rasulullah صلى الله عليه وسلم; Disana Beliau صلى الله عليه وسلم menghabiskan   usia Beliau dan disana pula Beliau صلى الله عليه وسلم dimakamkan dan dari kota itu Beliau صلى الله عليه وسلم akan dibangkitkan. Kubur Beliau صلى الله عليه وسلم merupakan kubur pertama yang akan dibangkitkan pada Hari Kiamat.

Kota Madinah yang penuh keberkatan ini telah dimuliakan oleh Allah عزّوجلّ dan diberi berbagai keutamaan. Allah عزّوجلّ menjadikannya sebagai tempat terbaik setelah Mekah. Yang menunjukkan keutamaan Mekah atas Madinah iaitu sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ketika Beliau صلى الله عليه وسلم diusir dari Mekah dan hijrah menuju Madinah. Beliau صلى الله عليه وسلم bersabda kepada Mekah:
“Demi Allah Sesungguhnya kamu merupakan bumi Allah yang terbaik, tempat yang paling dicintai oleh Allah. Seandainya aku tidak diusir darimu nescaya aku tidak akan keluar darimu.”
(Riwayat  At-Tirmizi dan Ibnu Majah. Hadis sahih).

Adapun hadits yang dinisbatkan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم iaitu hadis yang menyatakan bahwa Nabi صلى الله عليه وسلم berdoa : "Wahai Allah! Sesungguhnya Engkau telah mengeluarkanku dari tempat yang paling aku cintai - iaitu Mekah - maka tempatkanlah aku di tempat yang paling Engkau cintai -iaitu Madinah." Hadis ini adalah hadis palsu dan maknanya kacau (tidak benar). Hadis ini memberikan kesan bahawa yang paling Allah cintai tidak sama dengan apa yang Nabi صلى الله عليه وسلم cintai, padahal sudah diketahui umum bahawa kecintaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengikuti kecintaan Allah عزّوجلّ , bukan saling bertentangan.

Allah  telah menjadikannya sebagai kota yang haram dan aman, sebagaimana Allah عزّوجلّ menjadikan Mekah sebagai kota haram dan aman. Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda:
“Sesungguhnya Nabi Ibrahim menjadikan kota Mekah sebagai kota haram, dan sesungguhnya aku menjadikan Madinah sebagai kota yang haram juga.” (Riwayat. Muslim)

Penyandaran pengharaman kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan Nabi Ibrahim عليه السلام dalam hadis di atas adalah pengharaman ditampakkan melalui keduanya bukan mereka berdua yang mengharamkan kerana sesungguhnya hak mengharamkan hanya milik Allah عزّوجلّ . Allah-lah yang menjadikan Mekah dan Madinah menjadi kota haram.

Daripada Nu’man bin Bashir bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Tidak boleh melakukan safar (menuju tempat yang dianggap berkah) kecuali safar menuju tiga masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidku ini dan Masjidil Aqsa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadis sahih)

Perkataan yang mengatakan bahawa wilayah haram ini hanya terbatas di Masjid Nabawi saja, maka adalah sebuah kekeliruan. Ini kerana bukan hanya masjid Nabawi saja yang haram, tapi seluruh kota Madinah termasuk daerah haram, iaitu daerah yang berada antara Air dan Thaur dan antara dua daerah berbatu hitam.

Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Kota Madinah merupakan kota haram, (iaitu) wilayah antara gunung 'Air dan gunung Tsaur.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga bersabda :
“Sesungguhnya aku mengharamkan wilayah yang terletak antara dua tanah berbatu hitam kota Madinah, tidak boleh dipotong pepohonannya dan tidak boleh dibunuh haiwan buruannya.”
(Riwayat Muslim).

Wilayah haram di kota Madinah iaitu wilayah atau daerah yang terletak antara dua tanah (bebatuan yang) hitam, atau (dalam riwayat lain iaitu) yang terletak antara dua harrah, atau (dalam riwayat lain iaitu) wilayah yang terletak antara dua gunung, atau (dalam riwayat lain iaitu) wilayah yang berada di antara 'Air dan Thaur. Penyebutan batasan-batasan haram dengan teks yang berbeza-beza ini tidak saling berlawanan, kerana (batasan-batasan yang disebutkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada batasan yang kecil dan ada batasan yang besar) batasan yang kecil masuk dalam batasan yang besar. Jadi semua daerah yang berada dalam batasan-batasan tersebut masuk dalam wilayah haram. Apabila ada daerah yang masih diragukan, apakah wilayah itu masuk dalam wilayah haram atau tidak? Maka ini boleh dikategorikan sebagai umurun musytabihat (perkara yang belum jelas). Dan untuk perkara-perkara yang belum jelas itu, Nabi صلى الله عليه وسلم telah menerangkan bagaimana cara menyikapinya, iaitu dengan berhati-hati padanya. Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Nu'man bin Basyir رضي الله عنه  bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
“Barangsiapa menjauhi perkara-perkara syubhat maka sungguh dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya, dan barangsiapa jatuh kedalam perkara-perkara syubhat maka dia telah terjatuh ke dalam perkara yang haram.”

Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم juga menamakan Madinah  sebagai Thaibah juga Thabah (yang baik dan mulia), bahkan disebutkan dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Allah menamakan kota Madinah dengan Thabah.
Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Sesungguhnya Allah menyebut kota Madinah dengan (nama) Thabah.
Dua kalimah ini (iaitu Thaibah dan Thabah) rnerupakan perkataan At-Thayyib. Kedua perkataan tersebut menunjukkan makna yang baik. Jadi, dua perkataan itu adalah permataan yang baik dan disematkan sebagai nama bagi sebuah tempat yang baik juga.”

sabda Nabi صلى الله عليه وسلم:
“Sesungguhnya iman akan kembali ke kota Madinah sebagaimana ular kembali ke lubang atau sarangnya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini membawa maksud bahawa iman akan kembali menuju Madinah dan menetap di Madinah, serta kaum Muslimin akan berbondong-bondong mendatangi kota Madinah. Yang mendorong mereka melakukan itu semua adalah keimanan dan kecintaan mereka terhadap tempat yang penuh dengan berkah serta telah dijadikan wilayah haram oleh Allah عزّوجلّ.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم  juga bersabda:
“ Aku diperintahkan (berhijrah ke) daerah yang akan melahap daerah-daerah lainnya. Daerah ini mereka sebut Yathrib, iaitu Madinah
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
"Sebuah kampung yang akan melahap daerah-daerah lainnya" Ditafsirkan dengan berbagai pentafsiran, di antaranya adalah Madinah akan menjadi pemenang atas daerah-daerah lainnya. Juga ditafsirkan dengan Madinah akan menjadi tempat berlabuh harta rampasan perang yang diperolehi dari jihad di jalan Allah. Kedua penafsiran di atas telah terjadi. Kota Madinah telah menaklukkan kota-kota lainnya, di mana para da'i yang membawa kebaikan dan para mujahid bertolak dari kota ini untuk membebaskan dan mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya dengan izin Allah عزّوجلّ.

Maka ramai orang yang masuk ke dalam agama Allah ini. Dan semua
kebaikan yang diperolehi oleh penduduk bumi ini adalah bersumber atau keluar dari kota yang penuh berkah ini, iaitu kota Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Jadi, keberadaan kota Madinah yang akan melahap kota-kota yang lainnya terbukti dengan kemenangan yang diraih kota Madinah atas kota-kota yang lain yang terjadi pada awal-awal agama Islam bersama generasi pertama dari para Sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم  dan Khulafaur Rasyidin رضي الله عنهم. Juga terbukti dengan perolehan ghanimah (rampasan perang) yang didapatkan dan di antara ke kota Madinah. Nabi صلى الله عليه وسلم
pernah mengkhabarkan tentang sesuatu yang akan terjadi iaitu pembahagian kekayaan Raja Kisra dan Qaisar di jalan Allah عزّوجلّ . Apa yang diberitahukan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu telah menjadi nyata, harta benda Kisra dan Qaisar telah dibawa ke kota Madinah yang penuh berkah ini dan telah dibahagi-bahagikan melalui tangan Umar bin Khattab Al-Faruq رضي الله عنه .

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Kota Madinah Lebih baik bagi mereka seandainya mereka mengetahui. Tidaklah seseorang meninggalkan kota Madinah kerana benci kepadanya, kecuali Allah akan menggantikannya dengan orang yang lebih baik darinya, dan tidaklah seseorang tetap tegar atas kesusahan dan kesulitan kota Madinah, nescaya aku akan menjadi saksi dan pemberi syafa’at baginya pada hari kiamat.
(Riwayat Muslim)

Hadis ini menunjukkan kepada kita keutamaan kota Madinah dan keutamaan bersabar atas kesusahan, kesulitan, kesempitan dan kehidupan. Jika ini menimpa seseorang, maka hendaknya ini tidak mendorongnya untuk pindah ke tempat lain dalam mencari kemakmuran dan kesejahteraan, akan tetapi hendaknya dia bersabar atas segala hal yang menimpanya di kota Madinah, karena Allah telah menjanjikan balasan yang agung serta pahala yang sangat banyak.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“(Wilayah) haram kota Madinah iaitu wilayah yang terletak antara gunung 'Air dan gunung Tsaur. Barangsiapa yang membuat perkara baru (kebid'ahan) atau melindungi pelaku kebi'ahan maka dia akan mendapatkan laknat dari Allah, Malaikat dan seluruh manusia. Allah tidak akan menerima darinya ash-sharf dan 'adl.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Para Ulama berbeza pendapat tentang makna ash-sharf dan 'adl. Jumhur Ulama mengatakan, ash-sharf bererti amalan fardhu, sedangkan 'adl bererti amalan-amalan sunah.
Nabi صلى الله عليه وسلم pernah mendoakan kota Madinah agar diberi limpahan keberkahan oleh Allah عزّوجلّ .
Diantara doa Beliau:
“Ya Allah! Berilah kepada kami keberkahan pada buah-buahan kami, kota Madinah kami! Limpahkanlah keberkahan untuk kami pada setiap sha' dan mud kami.”
(Riwayat  Muslim)

Kota Madinah adalah ia tidak akan dimasuki oleh penyakit taun tidak pula Dajjal. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersada:
“Disetiap tembok atau batas kota Madinah ada malaikat. Kota Madinah tidak akan dimasuki oleh penyakit taun tidak pula Dajjal.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis-Hadis yang menunjukkan keutamaan kota Madinah sangat banyak. Apa yang disebutkan hanya beberapa hadis saja yang terdapat dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim atau salah satu dari mereka.


MASJID NABAWI

Masjid Nabawi yang terletak di kota Madinah memiliki banyak keutamaan yang dijelaskan dalam banyak hadis. Di antaranya adalah sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ: الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ، وَمَسْجِدِي هَذَا، وَمَسْجِدِ الْأَقْصَى
“Tidak boleh melakukan safar (menuju tempat yang dianggap berkah) kecuali safar menuju tiga masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidku ini dan Masjidil Aqsha.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Di kota Madinahlah terdapat salah satu dari tiga masjid yang dibangun oleh para Nabi Alaihimussalam.
Terdapat juga hadis yang menunjukkan keutamaan solat di Masjid Nabawi. Solat di Masjid Nabawi akan lebih baik dari seribu solat, sebagaimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلَاةٌ فِي ذَلِكَ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ صَلَاةٍ فِي هَذَا
“Satu solat masjidku ini lebih baik dari seribu solat di masjid lainnya, kecuali Masjidil Haram. Dan satu solat di masjid itu (Masjidil Haram) lebih baik dari seratus solat di masjid ini (Masjid Nabawi).”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pertama:
Gandaan pahala solat di Masjid Nabawi sehingga lebih dari seribu tidak dikhususkan untuk solat fardhu saja. Akan tetapi, mencakup solat fardhu dan sunnah. Nabi صلى الله عليه وسلم menyebutkan kata solat secara mutlak. Jadi solat fardhu setara dengan seribu solat fardhu, dan solat sunnah setara dengan seribu solat sunnah.
Kedua;
Gandaan pahala yang terdapat dalam hadis tidak dikhususkan untuk kawasan Masjid yang ada pada zaman Beliau صلى الله عليه وسلم saja, akan tetapi mencakupi semua kawasan yang ditambahkan ketika perluasan masjid. Terbukti Khalifah 'Umar dan Uthman رضي الله عنهما memperluas masjid dari arah depan, dan kita ketahui bersama bahawa tempat imam dan shaf setelahnya termasuk dari kawasan perluasan, di luar kawasan masjid pada zaman Nabi صلى الله عليه وسلم. Seandainya kawasan perluasan tidak memiliki hukum yang sama dengan kawasan sebelum perluasan, nescaya dua khalifah besar itu tidak akan melakukan perluasan dari sisi depan masjid, kemudian juga jumlah para Sahabat pada masa dua khalifah tersebut masih sangat banyak dan tidak ada seorang pun yang menyangkal atau menolak perluasan masjid. Ini merupakan bukti yang sangat kuat bahawa pelipatgandaan pahala tidak terbatas pada kawasanl masjid di zaman Nabi صلى الله عليه وسلم saja.
Ketiga;
Di dalam kawasan Masjid Nabawi terdapat tempat yang disebut oleh Nabi صلى الله عليه وسلم, sebagai salah satu taman dari taman syurga. Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ
“Kawasan di antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman-taman syurga.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Pengkhususan tempat ini sebagai salah satu taman syurga tanpa menyebutkan tempat-tempat lain dari Masjid Nabawi menunjukkan keutamaan dan keistimewaan tempat tersebut. Keutamaan akan dapat diraih dengan melakukan solat sunnah di sana atau berzikir dan membaca Al-Quran, dengan tanpa menyakiti atau mengganggu orang lain yang sudah berada di dalamnya atau ketika mencapai tempat tersebut. Adapun solat fardhu, maka lebih utama dilakukan pada shaf-shaf awal,  Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda:
خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُـهَا، وَشَرُّهَا آخِرُهَا
“Sebaik-baiknya shaf kaum laki-laki adalah shaf yang paling depan, dan seburuk buruk shaf mereka adalah shaf yang paling belakang.”
(Riwayat Muslim)
Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga bersabda:
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَـمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا عَلَيْهِ
“Seandainya manusia mengetahui ganjaran yang terdapat pada panggilan azan dan shaf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara undian nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Keempat;
Apabila Masjid Nabawi sudah penuh dengan orang yang sedang menunaikan solat berjamaah, maka orang yang datang terlambat boleh melakukan solat di jalan-jalan yang ada pada tiga sisi masjid selain jalan yang ada pada sisi depan. Dengan itu, dia sudah mendapatkan pahala solat berjamaah, namun tidak mendapatkan keutamaan solat di Masjid Nabawi, kerana pahala yang lebih dari seribu kali itu dikhususkan untuk orang yang solat di dalam Masjid Nabawi saja, berdasarkan sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ
“Satu solat di masjidku ini lebih baik dari seribu solat di masjid lainnya, kecuali Masjidil Haram.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan orang yang solat di jalan-jalan tidak dianggap solat di dalam Masjid Nabawi, maka dia tidak mendapatkan pahala yang berlipat ganda.
Kelima;
Telah tersebar di tengah masyarakat kaum Muslimin, bahawa barangsiapa datang ke kota Madinah maka dia harus menunaikan solat empat puluh kali solat di Masjid Nabawi, berdasar hadis dalam Musnad Imam Ahmad dari Anas رضي الله عنه , dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
مَنْ صَلَّى فِي مَسْجِدِي أَرْبَعِينَ صَلَاةً لَا تَفُوتُهُ صَلَاةٌ، كُتِبَتْ لَهُ بَرَاءَةٌ مِنْ النَّارِ، وَنَجَاةٌ مِنْ الْعَذَابِ وَبَرِئَ مِنْ النِّفَاقِ
“Barangsiapa solat di masjidku ini empat puluh solat tidak terlewat satu solat pun, maka akan dituliskan baginya kebebasan dari api neraka, selamat dari azab, dan terlepas dari sifat munafik.”
Hadis ini adalah murapakan hadis yang dhaif (lemah) yang tidak boleh dijadikan hujjah (dalil).
Maka sesiapapun yang datang ke kota Madinah tidak diharuskan untuk melakukan solat-solat tertentu di Masjid Nabawi, akan tetapi setiap solat yang dilakukan di Masjid Nabawi berpahala lebih dari seribu kali solat di tempat lain selain Masjidil Haram, tanpa ada batasan atau pengkhususan solat-solat yang tertentu.
Keenam;
Ramai kalangan kaum Muslimin yang membangunkan masjid di atas kubur, atau memakamkan mayat di dalam masjid. Untuk membenarkan perbuatan ini, mereka terkadang berdalih dengan makam Nabi صلى الله عليه وسلم yang berada di dalam Masjid Nabawi. Syubhat ini boleh dibantah dengan mengatakan bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم sendiri yang membangun Masjid Nabawi ketika pertama kali tiba di kota Madinah,
kemudian Beliau membangun rumah-rumah Baginda yang ditempati oleh para isteri Baginda صلى الله عليه وسلم  di tepi Masjid Nabawi. Di antara rumah itu ada rumah untuk Aisyah رضي الله عنها yang pada akhirnya menjadi tempat Beliau صلى الله عليه وسلم dikebumikan. Rumah-rumah ini tetap berada di luar kawasan Masjid Nabawi pada zaman Khulafa' ur-Rasyidin, zaman Mu'awiyah dan zaman beberapa khalifah setelahnya. Di pertengahan khilafah Umawiyyah, Masjid  Nabawi  diperluas  dan  rumah Aisyah رضي الله عنها yang terdapat makam Nabi صلى الله عليه وسلم masuk menjadi kawasan Masjid Nabawi.
Selain itu, banyak hadis Nabi صلى الله عليه وسلم yang tidak mungkin dinaskh (dihapus hukumnya) yang menunjukkan haramnya menjadikan kuburan sebagai masjid. Di antaranya hadis Jundub bin Abdullah Al-Bajali, beliau mendengarnya dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم lima hari sebelum Rasulullah صلى الله عليه وسلم wafat. Jundub رضي الله عنه berkata, "Saya mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda lima hari sebelum Baginda صلى الله عليه وسلم wafat:
إِنِّي أَبْرَأُ إِلَى اللَّهِ أَنْ يَكُونَ لِي مِنْكُمْ خَلِيلٌ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى قَدْ اتَّخَذَنِي خَلِيلًا كَمَا اتَّخَذَ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا وَلَوْ كُنْتُ مُتَّخِذًا مِنْ أُمَّتِي خَلِيلًا لَاتَّخَذْتُ أَبَا بَكْرٍ خَلِيلًا أَلَا وَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانُوا يَتَّخِذُونَ قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ وَصَالِحِيهِمْ مَسَاجِدَ أَلَا فَلَا تَتَّخِذُوا الْقُبُورَ مَسَاجِدَ إِنِّي أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ
“Aku berlepas diri kepada Allah dari menjadikan salah seorang di antara kalian sebagai kekasih, sesungguhnya Allah menjadikanku sebagai kekasih-Nya sebagaimana Allah عزّوجلّ telah mengambil Nabi Ibrahim sebagai kekasih-Nya. Seandainya aku diperkenankan mengambil salah seorang di antara umatku sebagai kekasih, nescaya saya telah menjadikan Abu Bakar sebagai kekasihku. Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kalian menjadikan kubur para nabi dan orang-orang soleh mereka sebagai masjid, maka janganlah kalian menjadikan kubur sebagai masjid, kerana sesungguhnya aku melarang kalian dari perbuatan tersebut.”
(Riwayat Muslim dalam sahih Muslim).
Bahkan ketika ajal akan menjemput, Nabi صلى الله عليه وسلم masih sempat memperingatkan umatnya dari perbuatan yang menjadikan kubur sebagai masjid, sebagaimana termaktub dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dari Aisyah رضي الله عنها dan Ibnu Abbas رضي الله عنهما, Mereka berdua berkata, "Ketika ajal akan menjemput Rasulullah صلى الله عليه وسلم, Rasulullah صلى الله عليه وسلم meletakkan sehelai kain hitam di wajah Baginda kemudian ketika Baginda صلى الله عليه وسلم susah bernafas, Beliau melepaskannya, lalu Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda:
لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الْيَهُودِ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ
“Semoga Allah melaknat kaum Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai masjid.”
Hadis-hadis yang diriwayatkan dari Aisyah رضي الله عنها, Ibnu Abbas رضي الله عنهما dan Jundub رضي الله عنه adalah hadis muhkam yang tidak boleh dinasakh (dihapus) hukumnya bagaimanapun keadaannya kerana hadis Jundub رضي الله عنه terjadi pada hari-hari akhir Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Adapun hadis Aisyah رضي الله عنها dan Ibnu Abbas رضي الله عنهما terjadi di saat-saat akhir Beliau صلى الله عليه وسلم. Oleh itu, tidak dibenarkan bagi kaum Muslimin secara individu dan mahupun berkelompok untuk meninggalkan isi hadis-hadis ini, dan menjadikan apa yang dilakukan pada Bani Umawiyah berupa perluasan masjid yang mengakibatkan masuknya makam Nabi صلى الله عليه وسلم ke dalam Masjid Nabawi sebagai hujjah untuk membolehkan pembangunan masjid di atas kubur, atau memakamkan mayat di dalam masjid.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)