Daripada Anas bin Malik r.a, beliau menceritakan bahawa Rasulullah
s.a.w berabda :
“Ada tiga perkara yang jika seseorang melakukannya, dia akan
mendapat kemanisan iman : Mencintai Allah
dan Rasulnya melebihi segalanya.
Mencintai seseorang hanya kerana Allah. Membenci kembali kepada kekafiran
sebagaimana dia membenci dicampakkan ke dalam api neraka”.
(As-Sahihain)
Hukama’ ada mengatakan :
“Janganlah engkau melihat kepada maksiat yang kecil melainkan
engkau melihat betapa besar maksiat yang telah engkau lakukan terhadap orang
lain”.
Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Pada hari kiamat Allah tidak memandang kepada seorang yang
melabuhkan kain atau pakainnya dengan kesombongan”.
Ibnu abbas r.a berkata :
“Setiap dosa yang diakhiri dengan peringatan berbentuk laknat,
kemurkaan Allah atau disebutkan azab yang akan diterima oleh pelakunya adalah
merupakan dosa besar”.
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sebaik-baik wanita adalah yang apabila engkau melihatnya, dia akan
membuatkan engkau gembira. Jika engkau menyuruhnya melakukan sesuatu, dia akan
mentaatimu. Jika engkau tidak berada di sisinya, dia akan menjaga kehormatan
dirinya dan juga hartamu”.
(Musnad At-Thayalisi)
Rasulullah s.a.w bersabda :
“jika aku diberi kebenaran untuk memerintahkan seseorang untuk
bersujud, nescaya aku akan memerintahkan isteri untuk bersujud kepada suaminya
kerana besarnya hak suami yang mesti dipenuhi”.
(As-Sahihain)
Imam Az-Zahabi r.h berkata :
“Didikla mereka (ahli keluarga), ajarkanlah kepada mereka, dan
perintahkanlah mereka untuk mentaati Allah, dan laranglah mereka daripada
melakukan perbuatan maksiat. Ini adalah merupakan kewajipan bagi kamu (suami)
semua”.
(Al-Kaba’ir)
Abdullah bin Mubarak berkata:
“Para lelaki yang diteladani pergi dengan pekerjaan mereka. Dan
orang yang berbuat ingkar mengingkari semua perkara. Aku berada di belakang.
Sebahagian mereka menghiasi sebahagian yang lain agar sesuatu kecacatan dapat
menghapuskan kecacatan yang lain. Mereka melalui celah-celah jalan sehingga
mereka menjauhi jalan yang lebih besar. Wahai saudaraku, adakah di kalangan
kaum lelali tedapat haiwan ternakan?. Yang muncul dalam bentuk seorang lelaki
yang mendengar dan melihat. Dia hanya menyedari dan mengetahui setiap musibah
yang menimpa hartanya. Dan jika sesuatu keburukan menimpa agamanya maka dia
tidak merasakannya”.
Hukama’ mengatakan :
“Jauhilah dan hindarilah perbuatan “Ghish” (غيش ).
Iaitu mencari hela dengan mengharuskan atau menghalalkan apa yang telah diharamkan
Allah untuk dilakukan. Jika keringanan diberikan kepada perkara begini, nescaya
ia akan membuka jalan kepada mereka yang mahu mencari helah untuk menghalalkan
perbuatan mengubah ciptaan Allah”.
Ibnu Umar r.a
menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya
perbuatan melaknat orang tua sendri termasuk dosa-dosa besar”. Sahabat bertanya
: Wahai Rasulullah, bagaimanakah seseorang melaknat orang tuanya?”. Rasulullah
s.a.w menjawab : Seseorang mencaci bapa orang lain sehingga orang tersebut mencaci
bapa dan ibunya pula”.
(Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Ibnu Mas’ud
r.a menceritakan bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w :
“Wahai
Rasulullah. Apakah perbuatan yang paling disukai Allah”. Baginda menjawab :
“Solat pada waktunya”. Beliau bertanya lagi :”Kemudian apa lagi?”. Baginda
s.a.w menjawab : “ Berbankti kepada kua orang tua”. Beliau bertanya lagi :
“Kemudian apa lagi?”. Rasulullah s.a.w menjawab : “ Jihad di jalan Allah “.
Abdullah berkata : “Rasulullah s.a.w menyampaikan perkara ini. Jika aku meminta
tambahan daripada baginda, pasti baginda akan menambah untukku.”
(Riwayat
Bukhari)
“Engkau mesti
berbuat baik kepada kedua orang tuamu,
Demikian pula
para Dzawil Qurba daripada keluarga yang dekat,
Dan janganlah
engkau berteman,
Melainkan
dengan seseorang yang bertakwa dan beradab,
Seorang yang
menjaga diri, cerdas serta menepati janji,
Dan sertailah
jika engkau telah menyertai,
Seorang yang
merdeka dan beradab,
Berasal dari
para pemuda Bani Al-Ahrar Zainul Mursyid,
Janganlah menyakiti,
jagalah lidah dan takutlah,
Maka
sesungguhnya dedammu berada dalam kecintaanmu,
Terhadap
temanmu yang membantu.
Berlumba-lumbalah
dalam mengeluarkan harta untuk mencapai kemuliaan,
Dengan akhlak
mulia untuk mencapai kemuliaan,
Dan yakinlah
kepada Allah dalam setiap kejadian,
Sesungguhnya
Allah akan menjagamu daripada kejahatan orang-orang yang dengki selama
hari-harimu,
Berpegang
teguhlah hanya kepada Allah dan janganlah meminta kepada selain Nya,
Dan janganlah engkau kufur terhadap nikmat yang engkau dapat,
Jagalah dirimu daripada musibah serta jauhilah kejahatan terhadap
jiran tetangga,
Serta berpeganglah dengan akhlak yang terpuji”.
(Sya’ir Arab)
Abu Darda’ r.a menceritakan bahawa seorang lelaki menemuinya dan
berkata :
“Sesungguhnya bapaku sentiasa bersamaku sehinggalah dia
menikahkannu. Sekarang dia menyuruhku menceraikan isteriku”. Abu Darda’ berkata
: “Aku tidak menyuruhmu menderhakai bapamu dan aku juga tidak menyuruhmu
menceraikan isterimu. Namun jika kamu mahu, aku menceritakan kepadamu apa yang
pernah aku dengan daripada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w pernah bersabda : “
Seorang bapa adalah merupakan pintu syurga yang paling tengah. Peliharalah ia
jika kamu mahu. Jika tidak, tinggalkanlah ia”. Perawi berkata : “Aku merasakan
Atha’ berkata : “Kemudian lelaki tersebut menceraikan isterinya”.
(Riwayat Ahmad, Humaidi dan At-Thayalisi – Hadis sahih)
Dalam sebuah hadis marfu’ Iyadh bin Himar Al-Mujasya’i Allah
berfirman :
“Sesungguhnya Aku menjadikan para hamba Ku Hunafa’ sehingga syaitan-syaitan
mendatangi mereka dan membuat mereka berpaling dari agama mereka sehingga
syaitan itu mengharamkan bagi mereka apa yang telah dihalalkan”. Iyadh bin
Himar Al-Mujasya’i menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “ Allah
berfirman : Sesungguhnya Aku telah menjadikan semua hamba Ku Hunafa’. Syaitan
akan mendatangi mereka lalu membuatkan mereka berpaling daripada agama mereka.
Syaitan itu akan mengharamkan ke atas mereka apa yang telah Aku halalkan”.
Sayidatina Aisyah r.anha berkata :
“Rasulullah s.a.w memerintahkan untuk membunuh lima haiwan yang
keji dalam keadaan ihram ataupun tidak. Haiwan itu adalah burung helang, gagak,
tikus, kala jengking dan anjing liar”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Huzaifah Al-Yamani menceritakan :
“Dahulu, orang ramai bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang
kebaikan. Aku pula bertanya tentang keburukan kerana aku takut terjebak
dengannya”.
Aku berkata : “Wahai Rasulullah, dahulu kami berada dalam kejahilan
zaman jahiliyah dan melakukan kejahatan. Kemudian Allah telah memberikan
kebaikan kepada kami. Adakah selepas kebaikan ini aka nada keburukan?”.
Baginda menjawab : “Ya”.
Aku berkata : “ Adakah selepas keburukan itu terdapat kebaikan?”.
Baginda menjawab : “Ya, dan terdapat bara padanya”.
Aku berkata : “Apakah bara itu?”.
Baginda menjawab : “ Ada satu kaum yang melakukan perbuatan selain
daripada sunnahku dan mengambil petunjuk selain daripada petunjukku. Ada di
antara mereka menyeru kepada kebaikan dan ada juga di antara mereka yang
meningkarinya”.
Aku berkata : “ Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan?”.
Baginda menjawab : “ Ya, para pendakwah yang mengajak ke arah
pintu-pintu Jahannam. Sesiapa yang mengikuti ajakan mereka, akan dilempar ke
neraka tersebut”.
Aku berkata : “ Wahai Rasulullah, sebutkanlah ciri-cirinya
kepadaku”.
Baginda s.a.w bersabda : “ Ya, mereka merupakan satu golongan
daripada saudara-saudara kita. Mereka yang berbicara adalah orang-orang yang
berilmu di antara kita”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim Lafaz dari riwayat Imam Muslim)
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya akan dating satu zaman di mana semua orang akan
terlibat dengan riba. Sesiapa yang tidak terlibat, dia tetap akan terkena
tempias debunya”.
(Riwayat Abu Daud, Nasa’i, Ibnu majah dan Al-Hakim)
Imam Al-Hafiz Hukmi berkata :
“Dengan tujuh syarat telah terikat,
Dan kebenaran yang terdapat di dalam nas-nas,
Sesungguhnya orang yang mengucapkannya tidak mendapat manfaat,
Dengan ucapan melainkan dia menyempurnakannya,
Ilmu, Keimanan, Keyakinan, Pasrah, Penyerahan diri dan Ketaatan,
Aku mengerjakannya,
Kejujuran, Keikhlasan, Kecintaan,
Allah bersesuaian dengan apa yang Dia cintai “.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“ Jauhilah tujuh kehancuran “.
Ada yang bertanya : “ Wahai Rasulullah, apakah tujuh kehancuran
itu?”.
Baginda s.a.w menjawab : “ Mempersekutukan Allah, Sihir, Membunuh
jiwa yang diharamkan Allah tanpa sebab, Memakan harta anak yatim, Memakan riba,
Lari dari medan perang, dan melakukan tuduhan zina terhadap wanita beriman yang
solehah serta menjaga kehormatan “.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata :
“ Sesiapa yang terkeluar daripada ajaran yang lurus kerana
cenderung kepada perkiraan akalnya atau mengikut hawa nafsunya, dan sesiapa
yang sesat lalu mengkuti hawa nafsunya dan menjauhi petunjuk Allah,
Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim”.
(Minhaj As-Sunnah)
Sayidina Umar Al-Khattab r.a berkata :
“Kami mengetahu, sebaik-baik kehidupan kami dengan sabar”.
Usamah bin Zaid berkata :
“Ketika aku sedang bersama-sama Rasulullah s.a.w, salah seorang
daripada anak perempuan baginda telah datang. Ketika itu Sa’ad, Ubai bin Ka’ab
dan Muaz bin Jabal bersama-sama kami. Rasulullah s.a.w bersabda kepada anaknya
: “ Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan sesuatu kepadamu melainkan engkau
bersabar dan memperhitungkan diri”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Burdah bin Abu Musa meceritakan bahawa Abu Musa tealah
menderita sakit sehingga beliau pengsan. Kepalanya berada dalam bilik seorang
perempuan dari kalangan ahli keluarganya. Beliau tidak dapat melakukan apa-apa.
Apabila dia sedar, dia berkata :
“Aku berlepas diri daripada orang-orang yang Rasulullah s.a.w
berlepas diri daripada mereka. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berlepas diri
daripada As-Soliqah, Al-Haliqah dan Asy-Syaqqah”.
(Riwayat Bukhari – Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar : As-Soliqah ialah
orang yang menangis dengan suara yang kuat. Al-Haliqah ialah orang yang
mencukur kepalanya ketika ditimpa musibah. Asy-Syaqqah adalah orang yang
mengoyakkan pakaiannya. )
Sayidina Anas bin Malik menceritakan, pada suatu hari Rasulullah
s.a.w terserempak dengan seorang perempuan yang sedang menangis di kubur.
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah”.
Perempuan itu menjawab : “Pergilah engkau!, sesungguhnya engkau
tidak mengalami dan engkau tidak mengetahui musibah yang aku alami dan rasai”.
Perempuan itu tidak mengetahui bahawa orang yang bercakap dengannya
itu adalah Rasulullah s.a.w sehinggalah dia diberitahu tentangnya. Diapun
segera bertemu dengan Rasulullah dan berkata : “Aku tidak mengenalimu”. Lalu
Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya kesabaran itu adalah pada musibah
yang pertama”.
(Riwayat Bukhari)
Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah
mengunjungi Sa’ad bin Ubadah. Bersama-sama dengan Baginda s.a.w adalah
Abdurrahman bin ‘Auf, Sa’ad bin Abi Waqas dan Abdullah bin Mas’ud. Lalu Baginda
s.a.w menangis. Apabila orang rama melihat Rasulullah s.a.w menangis, merekapun
turut menangis bersama.
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Tidakkah kamu semua mendengar?, Sesungguhnya Allah tidak mengazab
kerana airmata, tidak juga kerana kesedihan hati. Tetapi Allah mengazab atau
merahmati kerana ini (sambil mengisyaratkan kepada lidah baginda”.
(Muttafaqun ‘Alaih)
Anas bin Malik r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w masuk untuk
melihat jenazah anak baginda Ibrahim yang baginda kasihi. Ia telah membuatkan
baginda mengalirkan airmata pada kedua-dua matanya. Kemudian Abdurrahman bin
‘Auf r.a berkata kepada Baginda s.a.w : “ Tuan juga menangis wahai Rasulullah”.
Rasulullah s.a.w bersabda : Wahai Ibnu ‘Auf, ia adalah rahmat”.
Kemudian Rasulullah s.a.w menangis lagi, lalu baginda bersabda :
“Sesungguhnya mata akan menangis, hati akan bersedih, dan kami
tidak bercakap kecuali perkara yang diredhai Tuhan kami. Sesungguhnya kami amat
bersedih dengan pemergianmu wahai Ibrahim”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibnu Mas’ud menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda :
“Sesungguhnya di antara manusia yang paling jahat ialah mereka yang
bertemu dengan hari kiamat dalam keadaan hidup, dan yang menjadikan kubur
sebagai masjid”.
Riwayat Ahmad, Ibnu Abu Syaibah, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
KIAMAT
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Kiamat tidak akan berlaku sehingga punggung wanita kabilah Daus
bergoyang mengelilingi Dzil Khalasah (patung yang disembah oleh Kabilah Daus
sewaktu Jahiliyah)”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sayidatina ‘Aisyah berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Malam dan siang tidak akan lenyap sehingga Latta dan Uzza kembali
disembah”.
Sayidatina ‘Aisyah berkata : “Wahai Rasulullah ketika Allah
menurunkan “Dialah yang telah mengutus rasul Nya dengan petunjuk agama yang
benar, agar dia memperlihatkan kepada semua agama walaupun orang yang musyrik
itu tidak menyukainya”, aku menyangka bahawa perkara itu telah sempurna”.
Rasulullah s.a.w bersabda : “ Perkara itu berlaku mengikut kehendak
Allah. Kemudian Allah akan mengutuskan angina yang baik. Lalu matilah setiap
orang yang hatinya masih mempunyai iman walau sebesar biji sawi. Tinggallah
orang-orang yang hatinya tidak mengandungi sebarang kebaikan. Mereka itu
kembali kepada agama nenek moyang mereka”.
(Riwayat Muslim)
Thauban r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga beberapa kabilah umatku
bergabung dengan orang-orang musyrik dan beberapa kabilah dari umatku menyembah
berhala-berhala”.
(Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda dengan nada yang tegas :
“Janganlah kamu terjebak dengan apa yang telah dilakukan oleh
orang-orang yahudi, lalu kamu menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah
dengan tipu daya yang hina”.
(Sahih : Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Al-Fatwa mengatakan
bahawa hadis ini di riwayatkan oleh Ibnu Barthah dengan sanad yang hasan)
“Di sana, orang-orang yang menipu akan mengetahui bahawa mereka
telah menipu diri mereka sendiri dan mempermainkan agama mereka. Tipu daya yang
mereka lakukan hanyalah penipuan terhadap diri mereka sendiri, namun mereka
tidak menyedarinya”.
(Petikan Kitab : I’lam Al-Muwaqi’in)
Muhammad bin Al-Hasan berkata :
“Perbuatan melarikan diri daripada hukum-hukum Allah dengan
menggunakan tipu daya yang membatalkan tidak temasuk dalam akhlak orang-orang
yang beriman”
(Fathul Barri)
Abdullah bin Amru bin Ash berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Seorang muslim itu ialah orang yang menyelamatkan orang-orang
islam daripada tangan dan lidahnya. Seorang yang berhijrah ialah orang yang
meninggalkan segala larangan Allah”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibnu Abbas berkata :
“Wahai umat Muhammad, sesungguhnya jika ada kitab turun selepas
kitab kamu, dan nabi selepas nabi kamu, sudah tentau dian akan diturunkan
kepada kamu, sebagaimana dia diturunkan kepada orang-orang sebelum kamu.
Perkara tersebut tidak akan ditangguhkan sehingga hari kiamat. Sesungguhnya ia
lebih berat bagi kamu”.
Daripada Ubadah bin Somit bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Suatu hari nanti manusia dari kalangan umatku akan meminum arak
dan menamakannya dengan nama yang lain”.
(Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Daripada Abu Malik Al-asy’ari (Abu Amir) menceritakan bahawa dia
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
“Akan muncul daripada kalangan umatku beberapa golongan yang
menghalalkan zina, arak dan alat muzik”.
(Riwayat Bukhari, Ibnu Hibban dan At-Tabrani)
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Tiga golongan yang tidak akan dilihat oleh Allah Azza Wa Jalla
pada hari kiamat : Orang yang menderhaka kepada ibubapa, penagih arak, dan
orang yang mengharapkan balasan atas apa yang telah diberikannya”.
(Hadis Sahih daripada Abdullah bin Yasar Riwayat Imam Ahmad,
An-Nasa’i, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan At-Tabrani)
Daripada Thauban r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sebaik-baik dinar yang dinafkahkan oleh seseorang ialah dinar yang
dinafkahkan untuk anak-anaknya, dinar yang dinafkahkan untuk haiwan yang
ditungganginya pada jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk sahabatnya
pada jalan Allah”.
Daripada Qilabah berkata :
“Rasulullah s.a.w memulakannya dengan anak.”
Baginda s.a.w bersabda lagi : “Tidak ada pahala yang lebih besar
daripada pahala seorang lelaki yang menafkahkan hartanya untuk anak-anaknya
yang masih kecil. Allah memberi mereka makan dan memberikan manfaat kepada
mereka dengan apa yang telah dinafkahkannya.”
(Riwayat Muslim :Daripada Abu Qilabah daripada Abu Asma Ar-Rahbi
daripada Thauban)
Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Orang yang miskin itu bukanlah orang yang meminta-minta kepada
orang lain, lalu dia mendapat satu atau dua suap makanan, dan satu atau dua
biji kurma.”
Para sahabat bertanya : “Siapakah orang miskin yang sebenarnya, Ya
Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w bersabda : “ Orang yang tidak mampu mencukupi
keperluannya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :
“Janganlah kamu saling membenci, berhasad dengki dan memusuhi.
Jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim tidak boleh
memutuskan hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nabi
Adam a.s berkata : “Sunggug beruntunglah
Nabi Muhammad kerana isterinya menjadi pendamping baginya dalam menyampaikan
perintah Allah (agama Allah) dan adapun isteriku menjadi penolongku dalam
bermaksiat kepada Allah.”
(Ulama
Salaf)
Riwayat daripada sayidina Ali r.a :
“Seorang hamba tidak boleh mengharapkan selain kerpada Allah dan
hendaknya jangan merasa takut kecuali pada dosanya dan tidaklah turun bala
(bencana) melainkan kerana dosa, dan tidak akan diselamatkan (dari bencana)
kecuali dengan bertaubat.”
(Jawahirul Kalam)
Sayidina Ali r.a berkata :
“Ada lima perkara sebagai bekal apabila seorang diutus ke Yaman
pada masa itu. Semua menjadi bekal dalam perjalanannya iaitu : Tidak takut
seorang hamba kecuali kepada Tuhannya. Tidaklah khuatir kecuali pada
dosa-dosanya. Tidak berasa malu untuk belajar apabila dia belum mengetahui.
Tidak malu apabila ditanya tentang sesuatu yang tidak diketahui untuk
mengatakan Allahu A’lam (Allah lebih tahu) dan kesabaran dalam agama samalah
seperti kepala bagi jasad.”
(Imam al-Baihaqi)
Ibnu abbas berkata :
“Sesungguhnya kebaikan itu akan menjadi sinar dalam hati, menjadi
cahaya di wajah, menjadi kekuatan dalam badan dan menjadi kecintaan di hati
para makhluk. Sesungguhnya kejahatan itu akan menjadi penutup dalam hati,
menjadi kegelapan di wajah, penyebab sempitnya rezeki, menjadi hina di badan
dan menjadi kebencian di hati makhluk.”
Samith bin ‘Ajlan pernah berkata:
“Manusia itu dikelompokkan denga tiga kelompok :
1.
Seorang
yang menabung kebaikan pada usianya yang masih belia remaja, kemudian sentiasa
dalam kebaikan itu, sehingga dia keluar dari dunia (mati), maka itulah
Al-Muqarrib (orang yang dekat dengan Allah.
2.
Seorang
yang mengisi umurnya dengan dosa-dosa dan bersantai, lalu kembali bertaubat,
maka itulah Ashabul Yamin (golongan kanan).
3.
Seorang
yang mengisi umurnya yang masih remaja dan belia dengan kemaksiatan, kemudian
dia menghabiskannya dalam keadaan seperti itu sehingga dia keluar dari dunia
(mati), maka itulah Ashabus Syimal (golongan kiri).
Lalu aku berkata : “ Wahai diri, tentutkanlah pilihanmu di antara
yang tiga itu sebelum tenggelamnya matahari kehidupan (kiamat), dan lepaskanlah
apa-apa yang menyebabkan riya’ (menunjuk0nunjuk), bersandar pada dunia, serta
mengejarnya dan mencintainya. Carilah apa-apa yang menjadi keredhaan Allah,
perbanyakkanlah melakukan amal yang diketahui, kerana sesungguhnya sesiapa yang
berbuat sesuai dengan apa yang dia ketahui, maka Allah akan mewariskan ilmu
tentang apa yang dia tidak ketahui sebelumnya, dan para ulama’ yang memberi
semangat mereka adalah ri’ayah dan orang bodoh yang membri semangat mereka
adalah riwayah.”