.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Tuesday, February 9, 2016

LAHIRNYA PEMBAWA CAHAYA (BAHAGIAN 1)

وَلَمَّا جَاءَهُمْ كِتَابٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَهُمْ وَكَانُوا مِنْ قَبْلُ يَسْتَفْتِحُونَ عَلَى الَّذِينَ كَفَرُوا فَلَمَّا جَاءَهُمْ مَا عَرَفُوا كَفَرُوا بِهِ فَلَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الْكَافِرِينَ

Dan setelah datang kepada mereka Al-Quran dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada
mereka, padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat kemenangan atas orang-orang kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar kepadanya. Maka laknat Allah-lah atas orang-orang yang ingkar itu.”
( Al-Baqarah : 89)




كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ

Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan. (Al-Baqarah : 213)



وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِنْ بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءَهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَذَا سِحْرٌ مُبِينٌ

Dan (ingatlah) ketika Isa bin  Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata." ( As-Shaf : 6 )


الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالْأَغْلَالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنْزِلَ مَعَهُ أُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

(Iaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-A’raf : 157)

“Aku sudah tahu ia akan muncul. Akan tetapi aku tidak mengira kalau ia berasal dari bangsa kamu (arab).”
(Hiraklus (Raja Romawi) : Sahih Bukhari (Kitab Permulaan Wahyu) dan Sahih Muslim (Kitab Jihad dan Perjalanan Perang Bab Surat Nabi kepada Hiraklus)

Nabi Adam a.s berkata :  “Sunggug beruntunglah Nabi Muhammad kerana isterinya menjadi pendamping baginya dalam menyampaikan perintah Allah (agama Allah) dan adapun isteriku menjadi penolongku dalam bermaksiat kepada Allah.”
(Ulama Salaf)



“ Khabar dalam kitab-kitab kuno yang menceritakan bahawa Ahli Kitab mengetahui sifat Muhammad s.a.w sudah sangat terkenal.”
( IBNU TAIMIYAH : AL-JAWAB AS-SHAHIH)



“ Bukti bahawa para nabi sebelumnya sudah memberikan khabar gembira atas kedatangannya dapat diketahui melalui beberapa perkara :
  1. Dari keterangan kitab-kitab yang pada waktu itu berada di dalam tangan Ahli Kitab.
  2. Berita yang disampaikan oleh orang-orang yang mendalami kitab-kitab tersebut samada kemudiannya mereka memeluk islam atau tidak.
  3. Apa yang disebutkan berulangkali oleh Rasul itu sendiri di dalam Al-Quran.”
( IBNU TAIMIYAH : AL-JAWAB AS-SHAHIH)



“ Saya melihat bahawa di antara naskhah kitab Zabur ada yang secara tegas menyebutkan kenabian Muhammad s.a.w. Akan tetapi, dalam naskhah yang lain saya tidak melihatnya. Ini bererti bahawa ada sebahagian kitab Zabur menyebutkan sifat-sifat Nabi s.a.w dan sebahagian yang lain tidak menyebutkannya. Mungkin sengaja dihapuskan.”
( IBNU TAIMIYAH : AL-JAWAB AS-SHAHIH)



“ Wahai puteraku, demi Allah, aku tidak tahu apakah masih adaorang sepertiku yang harus kamu temui sepeninggalanku nanti. Akan tetapi aku yakin kamu akan medapati suatu zaman di mana akan ada seorang nabi yang diutus dari tanah haram, yang akan berhijrah ke sebuah negeri yang banyak batu-batu dan pokok-pokok kurma, memiliki tanda-tanda yang jelas, di bahunya ada tanda kenabian, mahu menerima hadiah tetapi tidak mahu menerima sedekah. Jika engaku boleh sampai ke negeri itu, lakukanlah, kerana kamu akan dinaungi oleh zamannya.”
( SALMAN AL-FARISI SEBELUM KEISLAMANNYA KETIKA BERTEMU PENDITA NASRANI UMURIYAH)



“ Allah menutup diri dan mereka berdua diusir oleh Malaikat mikhail dari Firdaus. Ketika Adam menoleh, ia melihat tulisan di atas pintu لااله إلا الله  محمد رسول الله  (Tidak ada Tuhan Selain Allah, Muhammad Utusan Allah.”
( INJIL BARNABAS : PEMBETULAN 41;29. 30)




“ Sang murid menjawab : “Wahai guru, siapakah yang sedang Anda bicarakan yang kelak akan datang ke alam dunia?”. Yesus menjawab dengan hati yang gembira : “Sesungguhnya dia adalah Muhammad utusan Allah”
( INJIL BARNABAS 163 : 7)




“ Kemuliaan bagi Allah di tempat yang Mahatinggi dan damai sejahtera di antara manusia yang berkenan kepada Nya.”
( INJIL LUKAS 2 : 14)



“ Jika aku tidak bertolak, maka tidak akan datang kepada kalian Far Qalith (Far Qalith adalah nama lain Al-Hamid atau Al-Hammad atau Ahmad dan sebagainya).”

( INJIL YUHANES (Pembetulan : 16) Taurat Samiriah)




“Dari negeri arah Arab diturunkan wahyu di tanah yang tandus, Di negeri arab itulah ia akan datang wahai khalifah-khalifah penunjuk jalan. Kemarilah air untuk menjemput dahaga yang menimpa penduduk bumi Taima’ dan sampaikan beritanya kepada orang yang lari. Sesungguhnya mereka sama lari tunggang-langgang dari depan pedang, dari depan pedang yang terhunus, dari depan busur yang dikencangkan dan dari perang yang seru. Sesungguhnya demikianlah yang dikatakan Tuhan kepadaku pada masa itu. “Semua kekuatan Qaidar akan lenyap. Dan bala tentera Qaidar yang terkenal berani akan berkurang. Kerana Tuhan Israil telah berfirman.””
(YESAYA : PEMBETULAN 21 :13-16 – RISALAH NABI YESAYA @ ISAIAH A.S)



“ Aku memberitahu kamu bahawa akan lahir Nabi Isa tanpa bapa dan selepasnya seorang Nabi yang dimuliakan Tuhan. Akhir dari segala Nabi dan umat iaitu Muhammad.”
(PESANAN NABI YESAYA @ ISAIAH A.S KETIKA KHUTBAHNYA DI HADAPAN BANI ISRAIL)



“Bahawasanya Aku meyuruh utusan Ku yang menyediakan jalan hadhirat Ku dan dengan segera akan dating ke Kaabahnya. Tuhan yang kamu rindukan itu. Bahawasanya ia akan datang. Demikianlah firman Tuhan pencipta sekalian alam. Tapi siapakah gerangan akan menderita hari kedatangannya?. Dan siapakah tahan berdiri bila kelihatanlah dia?. Kerana iapun akan seperti api pandai emas dan akan seperti sabun binara. Akan datang seorang utusan yang nyala seperti api dan sabun binara. Kedatangannya dengan mebawa anasir-anasir yang panas, keras seperti sabun binara. Ia tidak datang seperti Yesus ( Isa a.s ) yang lembut dan sunyi senyapnya. Ia pun tidak bersikap lembut seperti lemah lembutnya Yesus yang mengasuh umat seperti seekor induk ayam mengumpul dan menaungi anak-anaknya. Alangkah penyabarnya Yesus ini. Tetapi aka nada orang yang datang sesudah Yesus itu dengan panas seperti panasnya api pandai emas juga ia membakar bumi Arabia bahkan sampai hujung Hispanola ( Sepanyol ) dengan seruan jihadnya yang sangat menggetarkan hati lawannya.”
( KITAB NABI MALAKHI @ MAL’AKHI – NABI TERAKHIR DARI 12 NABI-NABI KECIL )


Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
Bahawa sesungguhnya bagiku ada beberapa nama antaranya,
“Aku Muhammad, aku Ahmad, aku Al-Mahi kerana Allah menghapuskan
bagiku kekufuran, aku al-Hasyir kerana manusia akan dihipunkan atas jalanku,
aku Al-’Aqib kerana tiada nabi selepasku



NAMANYA :

MUHAMMAD BIN ABDULLAH

AYAHANDANYA :

ABDULLAH BIN ABDUL MUTALIB BIN HASHIM BIN ABDUL MANAF BIN QUSAI BIN KILAB
BIN MURRAH BIN KA’AB BIN LUAI BIN GHALIB BIN FAHR BIN MALIK BIN AL-NADHAR BIN KINANAH BIN KHUZIMAH BIN MUDRIKAH BIN ILIAS BIN MUDHAR BIN NIZAR BIN MA’AD BIN ADNAN.

IBUNDANYA :

AMINAH BINTI WAHAB BIN ABDUL MANAF BIN ZUHRAH BIN KILAB

NAZAR DATUKNYA :

Bernazar jika dikurniakan sepuluh orang anak, akan menyembelih salah seorang dari anak-anaknya itu. Nazarnya ditunaikan. Maka undian dilakukan. Undian jatuh kepada anak yang paling disayanginya Abdullah bin Abdul Mutalib. Lalu berdia “ Ya Tuhan, dia atau seratus ekor unta.” Maka undia dilakukan sekali lagi dan untalah yang jadi sembelihan.
(Riwayat sahih dari Abdullah bin Abbas : At-Thabari : Tarikh At-Thabari dengan isnad yang sahih)

Nazar dilakukan ketika Abdul Mutalib sedang menggali telaga zamzam.
(Riwayat Mursal dari Az-Zuhri dan Abu Mujlis : Ibu Saad : Ath-Tabaqah 1/88-89)

 PERKAHWINAN AYAHNDA DAN IBUNDANYA :

Abdullah bin Abdul Mutalib bernikah dengan Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zahra bin Kilab. Bani Zahra adalah sebahagian dari suku Quraisy.  Abdul mutalib pula bernikah dengan Halat bin Wuhaib. Wuhaib adalah bapa saudara Aminah di rumahnya.
( At- Thabari : Al-Mu;jam Al-Kabir, Al-Hakim : al-Mustadrak, Abu Nu’man : Ad-Dalail bersanadkan Abdul Aziz bin Imran )

Seorang pelacur atau seorang perempuan nakal dari Kabilah Khaitsamah, ada yang mengatakan dari Kabilah Asadiyah, ada juga yang mengatakan dari Kabilah Aduwiyah bernama Qatilah, tertarik kepada Abdullah kerana melihat terdapat cahaya di sepasang mata Abdullah. Abdullah meninggalkan perempuan itu dan mengahwini Aminah.
(Dongeng dari kaum pendusta : Ibnu Ishak : As-Sair Wa Al-Maghazi, Al-Baihaqi : Dalail, Ibnu Saad : Ath-Thabaqah Al-kubra , At-Thabari : Tarikh At-Thabari, Isnad yang Dhaif kerana terdapat unsur Tadlis dari Ibnu Juraij dan muhammad bin Umarah Al-Qarsyi yang tidak jelas identitinya)

PEMERGIAN AYAHNDANYA :

Abdullah meninggal di rumah pakciknya Ady bin An-Najjar di Yathrib (Madinah) ketika hendak pulang ke Mekah. Abdullah jatuh sakit dan meninggal serta dikebumikan di sana.
(Abdurrazaq : Muhannaf dengan isnad yang sahih sampai kepada Az-Zuhri akan tetapi hadisnya Mursal)

Diriwayatkan Qais bin Makhramah ( Seorang sahabat) mengatakan :
“Ayahanda Rasulullah s.a.w meninggal dunia ketika ibunya sedang mengandungkannya.”
(Al-Hakim : Al-Mustadrak. Dinilai sahih oleh Al-Hakim atas syarat Muslim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi. Terdapat nama Shadaqah bin Sabiq dan Abdul Mutalib bin Abdullah bin Qais bin Makhramah di dalam sanadnya di mana Imam Muslim tidak pernah meriwayatkan hadis mereka. Dan tiada siapa yang menganggap mereka sebagai perawi yang Thiqah, kecuali Ibnu Hibban)


KETIKA DI DALAM KANDUNGAN :

Aminah sedang tidur  dan bermimpi melihat tanda-tanda kegembiraan dan kedudukan yang tinggi terhadap anak yang dikandungkannya, kemudian diperintahkan untuk menamakan anak dalam kandungannya dengan nama Muhammad. Ketika bangun dari tidurnya Aminah melihat lembaran yang dibuat daripada emas yang berisi syair-syair untuk dibacanya.
(Ibnu Saad :Ath-Thabaqah, bersanadkan Al-Waqidi dan Az-Zahabi, As-Sirah An-Nabawiyah, walaupun sanadnya baik namun terdapat namaJahm bin Abu Jahm yang merupakan perawi yang sangat Majhul (tidak diketahui identitinya) oleh Imam Az-Zahabi. As-Suyuthi : Al-Qasais Al-Kubra dalam syarah Mawahib Al-Ladunniyah)

Dalam riwayat dhaif bahawa keadaan Rasulullah s.a.w mendongakkan kepalanya ke langit. Terdapat juga riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w dilahirkan di bawah sebuah periuk daripada batu dengan memandang ke langit. Ada pula riwayat mengatakan bahawa lahirnya dalam keadaan telah berkhitan yang dilakukan oleh Malaikat Jibril.
(Ibnu Ishak : riwayat daripada Halimah As-Sa’diyah dengan isnad yang dhaif dan tidak dikuatkankan dalam riwayat Al-Waqidi, seorang perwai yang matruk mengatakan bahawa ianya dikuatkan oleh riwayat-riwayat mursal yang terdiri daripada Hassan binAthiyah, Ishak bin Abdullah dan Daud bin Abdu Hindun kerana sumber yang sama dalam Thabaqah Ibnu Saad. Dalam Thabaqah Ibnu Saad kemungkinan ianya Mursal dengan isnad yang sahih sampai kepada Ikrimah. Ath-Thabari : Al-Mu’jam Al-Ausath dengan sanad terdapat nama Abdurrahman bin Utaibah Al-Basri dan Malamah bin Muharib Az-Zayyadi dua perawi yang tidak dapat dipastikan identiti mereka, manakala Ibnu Hibban menganggap mereka Thiqah : Thiqah Ibnu Hibban)

Pada riwayat yang sangat lemah dengan Imam Az-Zahabi megtakan bahawa riwayat yang lebih sahih daripada AlAbbas menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w lahir dalam keadaan berkhitan.
(As-sirah An-Nabawiyah, Dalail : Imam Baihaqi bahawa periwayat dalam keadaan Mursal dan Dhaif oleh Abuk Hakam At-Thanuki)

Abdul Mutalib yang dalam keadaan gembira akan kelahiran cucunya dalam keadaan yatim kemudian melakukan majlis khitan dan walimah. Ini adalah tradisi kaumnya yang tidak memerlukan dalil. Riwayat ini terdapat dalam beberapa riwayat walaupun dhaif.
(Thabaqah : Ibnu Saad dari Al-Waqidi perawi yang Mathruk. Dalail An-Nubuwwah : Al-Baihaqi, Dalail an-Nubuwwah : Abu Nu’man dengan danad yang sangat lemah kerana terdapat nama Muhammad bin Zakaria Al-Falabi seorang perawi yang dhaif manakala gurunya Al-Jahdari tidak diketahui identitinya – lihat kitab Tahzib At-Tahzib)

Dalam riwayat Maudhu’ kedengaran hatif jin pada malam kelahiran Rasulullah s.a.w maka tumbanglah patung-patung berhala di Mekah, bergoyanlah istana Kisra, terpadamnya api sembahan Majusi, keringlah air Tasik Sawat, terlihatlah serombongan pasukan berkuda dari arab yabg melintasi tepi sungai Tiqris dan tersebar di negara-negara Parsi.
( Abu Bakar Al-Khara’ithi : Hawatif Al-Jann. Az-Zahabi : As- Sirah An-Nabawiyyah dari sanadAbnu Abu Dunya yang beriwayatkan Abu Ayyub @ Ya’ala bin Imran Al-Bajili dan Mukhzam bin Hani’ Al-Makhzumi yang tidak jelas. Imam Az-Zahabi mengatakan bahawa riwayat ini mungkar dan Gharib. As-Shahili : Subul Al-Hadyi War-Rasyad yang diambil dari Hawatif Al-Jinn, Tarikh At-Thabari, Dalail An-Nubuwwah : Abu Nu’man dan Dalail An-Nubuwah : Al-Baihaqi)

Terdapat juga riwayat yang dhaif bahawa orang-orang yahudi memberitahu bahawa pada malam kelahiran Rasulullah s.a.w, seorang pendita bernama Isha yang biasa melalui jalan mengatakan tentang kelahiran Rasulullah s.a.w dan melalui keterangan Al-Abbas (Pakcik Nabi) mengatakan bahawa beliau melihat dalam buaian sambil berbicara sendiri dengan rembulan.
(Al-Hakim : Al-Mustadrak menganggapnya sebagai sahih, namun tidak dipersetujui oleh Az-Zahabi. Ibnu Hajar : Fathul Barri isnad riwayat ini hasan.)

Terdapat riwayat bahawa kelahiran Rasulullah s.a.w yang mana sanadnya sampai kepada Al-Hasan menyebutkan ketika Aminah mengandunggkan Nabi s.a.w Aminah telah menlihat cahaya  keluar darinya dan menerangi istana di Bashra termasuk wilayah-wilayah kekuasaan Syria.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Ishak, katanya :”Aku mendapat cerita daripada Tsaur bin Zaid dari Khalid bin Ma’dan daripada beberapa sahabat Rasulullah s.a.w mereka mengatakan : “Isnad riwayat ini hasan.”
Bahawa sesungguhnya para sahabat Rasulullah s.a.w adalah jujur maka tidak ada masalah tanpa meyebut nama-nama mereka)

Terdapat juga riwayat sahih bahawa sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w memberikan seribu tanda dan keajaiban yang berlaku dengan kuasa Allah. Di antaranya :

*         Ketika Rasulullah s.a.w dalam kandungan, ibunya tidak merasakan kesusahan sepertimana ibu-ibu lain yang mengandung. Kehamilan ibunya hanya diketahui setelah diberitahu oleh Malaikat Jibril yang datang ketika ibunya sedang tidur.
*         Tanda kehamilan ibunya dengan haid yang terputus dan berpindahnya cahaya wajah Abdullah ke wajahnya.
*         Ketika mana Nur Muhammad masuk ke dalam rahim ibunya. Allah memerintahkan Malaikat membuka pintu Syurga Firdaus dan memberitahu seluruh makhluk di lanit dan di bumi. Tanah-tanah di sekeliling Mekah yang tandus dan kering menjadi subur, pohon-pohon yang berbuah lebat. Haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membicarakannya.
*         Tentera Raja Abrahah dengan gajah-gajahnya yang berhenti dan berundur dengan izin Allah. Maka datanglah sekumpulan burung Ababil dan menghancurkan tentera Abrahah.
*         Ibunya mengalami mimpi menadah tangan ke langit dan menyaksikan sendiri para Malaikat turun dari langit seumpama kapas putih  yang terapung di angkasa. Malaikat berdiri di hadapannya dengan berkata “Akhabar bahagia untuk saudari wahai ibu seorang nabi. Putera itu akan menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.”



LAHIRNYA :

Ketika berada dalam kandungan ibunya Aminah binti wahab pada bulan pertama, datang Nabi Adam A.S di dalam mimpi ibunya dan berkata namakanlah anakmu ini dengan Muhammad. Begitulah pada setiap bulan, Nabi Adam A.S datang di dalam mimpi ibunya sehingga kandungan ibunya berusia sembilan bulan.

Lahir di Kota Mekkah pada hari Isnin 12 Rabi’ul Awal tahun gajah bersamaan 20 April 570 Masihi.
Ayahandanya meninggal dunia ketika Nabi berusia dua bulan di dalam kandungan.
(Al-hakim : Al-Mustadrak isnadnya sampai kepada Ibnu Ishak tetapi mengandungi Ilat Tadlis Abu Ishak as-Subai’i. Hadis ini Mu’an’an)

Menurut Khilafat bin Al-Khayaath dalam Tarikh Al-Khayyath bahawa pendapat ini disepakati ulama. Namun terdapat riwayat lain bahawa Rasulullah s.a.w lahir pada sepuluh atau tiga puluh atau empat puluh sesudah tahun gajah.
( Al-Baihaqi : Dalail, Ibnu Athakir : Tarikh Damsyik)

Para ulama secara majoritinya berpendapat yang telah diteliti oleh Imam Muslim bahawa tahun gajah bertepatan pada tahuh 570 atau 571 Masihi.
(Jawwad Ali : A-Mufshal fi Tarikh Al-Arab Qablal Islam)

Riwayat Ibnu abbas dan Ubaid bin Umar ( sahabat) dan Qatadah  dan Ibnu Ishak berdasarkan surah Al-Fil yang mana jarak waktu ketika itu adalah setengah abad bagi para sahabat terawal yang mana pada waktu itu mereka hidup di masa itu. Aisyah r.anha mengaku melihat dua orang yang buta bersama gajah sedang meminta-minta makan daripada penduduk Mekah. Manakalah seorang sahabat Qayyasth bin Asyim yang lahir beberapa tahun sebelum peristiwa bergajah mengatakan bahawa ibunya telah menunjukkan saki baki tinggalan gajah tentera Abrahah yang sudah berubah warna.
( Sirah Ibnu Hisham dan Tarikh Al-Khayyath dangan sanad yang hasan. Sunan At-Tarmizi katanya “ Setahu saya bahawa hadis ini Hasan Gharib yang berasal daripada riwayat Muhammad bin Ishak)

Menurut Ibnu Ishak, Rasulullah s.a.w lahir pada 12 Rabi’ul Awal. Manakalah menurut Al-Waqiqi pada 10 Rabi’ul Awal dan menurut Abu Mi’syar As-Sanadi pula mengatakan 20 Rabi’ul Awal. Namun pendapat Ibnu Ishak adalah paling Thiqah.
(Ibnu Hisham : Sirah Ibnu Hisham –tanpa sanad, Ibnu Saad : At-Tabaqah –isnadnya sampai kepada Abu Jaafar @ Muhammad bin Ali Al-Baqir yang banyak meriwayatkan riwayat perang akan tetapi hadis-hadisnya ditinggalkan)

Dalam riwayat menceritakan ketika kelahiran Rasulullah s.a.w ibunya ditemani Asiah dan Maryam. Asiah adalah isteri Nabi Musa a.s manakala Maryam adalah ibu Nabi Isa a.s. Ini menunjukkan bahawa darjat Nabi Muhammad s.a.w lebih tinggi daripada Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s sepertimana yang terdapat di dalam kitab Taurat dan Injil.

Riwayat menceritakan bahawa Rasulullah lahir pada subuh di mana Mekah dan persekitarannya dalam keadaan yang damai dan tenang. Angin yang bertiup lembut tidak pernah dirasai oleh pendudukan Mekah. Kelahiran Muhammad disambut dengan gembira oleh Bani Hasyim. Di Parsi kelahiran Muhammad
memadamkan api sembahan Majusi di kuil-kuil yang selama seribu tahun tidak pernah terpadam sejak api sembahan Majusi itu dinyalakan. Kelahirannya juga menggoncangkan Istana Qisra Rumawi yang menyebabkan tiang-tiangnya runtuh dinding-dinding istana menjadi retak. Berhala-berhala sembahan kaum quraisy di sekeliling Kaabah retak dan bergoncang.

Seorang pendita yang mendapat mimpi yang menakutkan bernama Anusyirwan, ketika lahir nabi itu telah terkhitan dan tali pusatnya sudah terpotong dan Anusyirwan juga berkata bahawa ketika dia lahir, dia berkata “Allahu Akbar, Alhamdulillah, Dialah Allah yang harus disembah siang dan malam.”
(Imam Ibul Qayyim Al-Jauziyah : Zaadil Ma’ad)



BIDANNYA :

ASY-SYIFA’ BINTI ABDUL RAHMAN BIN ‘AUF


PENGASUH-PENGASUHNYA :

IBUNYA AMINAH BINTI WAHAB BIN ABDUL MANAF BIN ZUHRAH BIN KILAB
THAUBIYAH @ THUWAIBAH (HAMBA MILIK ABU LAHAB YANG DIBEBASKAN KETIKA NABI MUHAMMAD LAHIR )
HALIMAH BINTI ABU DZU’AIB AL-SA’DIYAH
UMMU AIMAN ( HAMBA YANG DIWARISKAN OLEH AYAHANDANYA)


IBU SUSUANNYA :

HALIMAH BINTI ABU DZU’AIB AL-SA’DIYAH
THAUBIYAH @ THUWAIBAH ( HAMBA ABU LAHAB ) RASULULLAH S.A.W MENYUSU DENGAN BELIAU SELAMA BEBERAPA HARI.

Berdasarkan riwayat sahih, bahawa Thaubiyah (Thuwaibah) adalah wanita yang menyusui Rasulullah s.a.w. Manakala bapa saudaranya Hamzah bin Abdul Mutalib adalah saudara sesusuan. Manakalah Halimah as-Sa’diyah menyusukan Rasulullah s.a.w di rumah Bani Saad adalah riwayat yang sudah diketahui sepertimana yang yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishak.
(Fathul Barri : Sahih Bukhari. Sahih Muslim : sahih Muslim Bi Syarhi An-Nawawi)

PERGINYA SEORANG IBU :

Ketika berusia enam tahun, ibnunya pergi meninggalkannya. Ibunya meninggal di Abwa’ sebuah daerah yang terletak di antara Mekah dan Madinah. Ketika itu ibunya membawanya bertemu pacik-pakciknya dari keluarga Bani Ady bin Najjar. Ibnunya meninggal ketika dalam perjalanan pulang ke Mekah.
(Abu Nu’aim : Dalail An-Nubuwwah dan  As-Sirah-AlHalbiyah. Sirah Ibnu Hisyam dan Thabaqah Ibnu Sa’ad)


PEMBEDAHAN DADANYA:

Berlaku ketika Baginda masih kecil dan ketika berusia empat tahun sewaktu Baginda bermain di kalangan Bani Sa’ad. Terdapat riwayat yang menyatakan bahawa berlakunya pembedahan kali ketiga sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim Al-Ashbani ( Dalail An-Nubuwwah) dan riwayat At-Thayalisi (Minhat Al-Ma’bud Fi Tartib Musnad At-Thayalisi Abu Daud). Akan tetapi di dalam riwayat tersebut terdapat nama Abu Daud yang merupakan seorang perawi yang Matruk. Maka riwayat ini dianggap gugur. Imam As-Suyuthi juga menjelaskan dua riwayat yang menreangkan pembedahan dada Rasulullah s.a.w sebelum Baginda di utus menjadi Nabi dan Rasul dalam sebuah mimpi (Al-Qasais Al-Kubra).

Dalam kitab Sahih Muslim (Imam Muslim) meriwayatkan pembedahan pertama daripada Anas bin Malik bahawa “ Sesungguhnya Nabi s.a.w ketika sedang asyik bermain dengan anak-anak kwcil, datanglah Jibril memegang dan membaringkannya, kemudian dibuangnya segumpal darah dari jantungnya dan berkata : “
Inilah bahagian yang menguntungkan syaitan darimu”. Kemudian dibersihkan dalam sebuah bekas daripada emas bersama air zamzam. Anak-anak kecil yang menyaksikan peristiwa itu melarikan diri mendapatkan ibu-ibu mereka dan memberitahu bahawa Muhammad dibunuh. Mereka mendapatkan Muhammad dan mendapati Muhammad dalam keadaan pucat”. Kata Anas bin Milik lagi : “Aku melihat bekas jahitan di dada Nabi s.a.w”
(Imam Muslim : Sahih Muslim bab Isra’ Mi’raj Rasulullah s.a.w ke langit, Ibnu Hisyam :As-Sirah An-Nabawiyah dengan isnad yang sangat baik. Ibnu kathir : As-Sirah Nabawiyah tahqiq Mustafa Abdul Wahid)


PENDITA BUHAIRA :

Ketika berumur di antara sembilan dan dua belas tahun (riwayat yang berbeza-beza). Nabi s.a.w sering dibawa oleh pakciknya Abu Talib untuk berniaga di Syria. Ketika itu terdapat seorang pendita Nasrani bernama Buhaira di Kota Basra (nama sebenarnya Gergios sesetangah pendapat mengatakan Gergies. Pernah memegang jawatan Patriach atau ketua Paderi di Contantinople di bahawa kerajaan Rom) yang
menjemput para pembesar Quraisy untuk menghadiri majlis jamuannya. Dalam majlisnya, dia menyatakan tentang  yang akan datang beserta menerangkan sifat-sifat nabi itu. Nabi itu seorang yatim piatu dan mempunyai tanda kenabian pada bahunya. Jika ia berjalan awan akan melindunginya dari kepanasan. Ketika tidurnya, ia akan tidur di bawah sepohon pokok dan bayang-banyang pokok itu akan menaunginya. Buhaira berpesan kepada abu Talib agar berhati-hati dengan dengan ancaman orang-orang Yahudi dan Romawi.

Ketika bertanyakan kepada Abu Talib adakah sesiapa lagi yang tinggal di luar rumahnya, matanya melihat kepada kana-kanak yang berada di luar dan meminta Abu Talib membawanya masuk. Ketika mana kana-kanak itu masuk, matanya tetap melihat kepadanya lalu berkata untuk menguji dengan menyebut Latta dan Uzza. Buhaira bertanyakan nama kanak-kanak itu, bertanyakan ayah dan ibunya. Maka dengan jawapan itu, tahulah Buhaira siapakah kanak-kanak itu sebenarnya.

(Ibnu Sayyidinnas : Uyun Al-Atsar)



MENYAKSIKAN HILFUL FUDHUL :

Riwayat daripada Al-Waqidi dan Ibu Ishak (Riwayat tanpa isnad), bahawa Rasulullah s.a.w pernah menyaksikan peperangan FIJJAR yang berlaku di antara kaum Quraisy dan Bani Kinanah dari satu pihak dengan pihak Qais bin Ailan. Peperangan ini adalah merupakan sebahagian dari adat tradisi kaum dan persekutuan Jahiliyah. Namun tidak tedapat riwayat yang sahih menyatakan bahawa Rasulullah menyaksikan peperangan berkenaan. Melalui riwayat yang sahih menyatakan bahawa baginda s.a.w menjadi saksi ke atas Hilful Fudhul dan Baginda memujinya dengan sabdanya : “Ketika masih remaja, bersama bapa-bapa saudaraku, aku menjadi saksi dalam sebuah penyekutuan. Alangkah gembiranya aku menyaksikan itu. Seandainya Islam datang, dan aku diajak mengadakan penyekutuan itu, pasti aku akan sambut dengan baik dan aku tidak akan mengingkarinya.”
(Imam Ahmad : Musnad Ahmad. Bukhari : Al-Adabul Mufrad. Ibnul Muqri : Al-Mu’jam dengan sanad yang hasan. Al-Hakim : al-Mustadrak)

Peristiwa Hilful Fudhul melibatkan Bani Hasyim, Bani Umaiyah, Bani Zahrah dan Bani Makhzum diadakan di rumah Abdullah bin Jad’an. Dalam peristiwa ini, kesemua yang terlibat bersumpah akan  setia untuk bantu membantu dan membela orang-orang yang dizalimi serta menghapuskan orang-orang yang zalim. Di dalam hadis-hadis peristiwa ini diistilahkan sebagai Halfu Al-Mutayyibin. Istilah bagi Halfu Al-Mutayyibin telah lama digunakan. Namun setelatah abdu manaf bin Qushay meninggal dunia, berlaku konflik di antara Bani Abdu Manaf dan Bani Abdud Dar yang berrebut jawatan Rifadah dan Siqayah di Mekah ketika itu.
(Al-Baihaqi : Sunan Al-Kubra. Ibnu Qutaibah : Dar-Al-Ma’arif)

PERNIKAHAN DENGAN KHADIJAH BINTI KHUWAILID BIN ASAD :

Rasulullah s.a.w bersabda : “Allah tidak memberi kepadaku pengganti isteri yang lebih baik dari dia (Khadijah). Dia beriman kepadaku di waktu semua orang mengingkari kenabianku. Dia membenarkan kenabianku ketika semua orang mendustakan diriku. Dia membantuku dengan hartanya di waktu semua orang tidak mahu menolongku. Melalui dia, Allah menganugerahan anak kepadaku, tidak dari isteri yang lain.”
(Riwayat Ibnu Abdul Birr : Al-Isti’ab)

Setelah tujuh belas tahun bersama bapa saudaranya Abu Talib. Baginda Rasulullah s.a.w sering memikirkan cara untuk meringkan beban yang ditanggung oleh bapa saudaranya itu yang mempunyai keluarga yang
besar. Ketika Rasulullah s.a.w termenung memikirkan itu semua, bapa saudaranya menyuarakan kepayahan dan kesusahan hidup lalu mencadangkan agar anak saudaranya yang yatim piatu itu bertemu Khadijah yang ketika itu rombongan perniagaannya bersedia untuk berangkat ke Syam. Dalam waktu yang sama terdapat kegelisahan dan kerisauan menyelubungi Abu Talib terhadap anak saudaranya itu jika dia pergi ke Syam. Pada hakikatnya Abu Talib tidak suka anak saudaranya itu ke Syam kerana bimbangkan keselamatan anak saudaranya itu yang akan berada di tengah-tengah Yahudi ketika berada di Syam nanti. Namun bapa saudara yang penyayang itu mendengar bahawa Khadijah mempunyai seorang pekerja tambahan. Walau bagaimanapun, anak saudaranya itu tetap bersetuju untuk ke Syam.

Setelah Abu Talib bertemu Khadijah memohon agar Muhammad dijadikan sebagai salah seorang pembantunya, maka bermulalah perjalanan Muhammad s.a.w bersama Maisarah beserta khafilah-khafilah perniagaan yang lain menuju Syam. Khadijah pernah berjanji akan membahagikan keuntungan lebih dua kali ganda kepada Muhammad s.a.w. Terdapat juga riwayat mengatakan bahawa wali Khadijah adalah bapanya sendiri (Az-Zuhri : Al-Maghazi An-Nabawiyah. Ibnu Ishak : Sirah Ibu Hisham).

Ketika kembalinya dia dari Syam bersama Maisarah, Khadijah meminta  kepada Maisarah untuk menemani Muhammad s.a.w. Ketika mereka tiba di abwa’, Maisarah meninggalkan Muhammad kerana ingin bertemu dengan seseorang. Seseorang yang ingin ditemui Maisarah itu adalah majikannya sendiri iaitu Khadijah. Maisarah menceritakan sifat-sifat dan kejujuran Muhammad kepada majikannya itu. Maka tertariklah hati majikannya terhadap seorang yang mulia bernama Muhammad.

Ketika Baginda s.a.w tiba di Mekah, baginda melakukan tawaf mengelilingi Kaabah dan kemudian menemui majikannya. Kecintaan Khadijah kepada Muhammad tidak tertanggung kerana sifat dan kejujurannya. Muhammad yang pemalu itu, tersipu-sipu kerana pandangan mata yang tajam dan penuh kecintaan dari Khadijah.

Perasaan cinta itu tidak terelak malah semakin membuak perasaan itu. Setelah dua kali mendirikan rumahtanggan, yang pertama bersama ‘Atiq bin ‘Aid bin Abdullah Al-Makhzumy dan perkahwinan kedua bersama Abi Halah Hindun bin Zararah At-Tamimi yang mana kedua-dua bekas suaminya itu merupakan golongan bangsawan Quraisy yang terkenal.

Perasaan cintanya diluahkan kepada sahabat rapatnya Nafisah bin Munayyah. Dicurahkan dan diluahkannya segala apa yang terbuku di hatinya di hadapan Nafisah. Seorang sahabat yang faham perasaan itu bertemu Muhammad sekaligus menjadi penghubung kasih di antara dua hamba Allah yang mulia itu. Nafisah mememui insan yang dicintai sahabatnya itu dengan pertanyaan yang membuatkan insan itu menangis. “KENAPA ENGKAU SUKA MEMBUJANG?”. Hakikatnya insan yang dicintai Khadijah itu adalah seorang insan yang amat merendah diri. Menangis kerana bukan kerana membujang tetapi keadaannya, kesusahannya dan kepayahannya yang membuatkannya menangis. Namun dari kata-kata Nafisah, Muhammad tahu siapakah yang dimaksudkannya. Lalu pergilah Nafisah meninggalkan Muhammad dalam keadaan kebingungan.

Ketika mana dalam keadaan kebingungan, Muhammad melangkahkan kaki ke Kaabah dan bertawaf. Ketika di pertengahan perjalanan, Muhammad bertemu dengan seorang perempuan tua yang merupakan seorang tukang tilik memberitahu kepadanya bahawa dia melihat Muhammad melamar Khadijah. Namun Muhammad menafikannya. Lalu perempuan tua itu menyatakan bahawa di kalangan Quraisy bahawa tidah ada seorang perempuanpun yang Kufu” ( sepadan ) dengan Muhammad walaupun Khadijah sekalipun. Muhammad dengan pantas meninggalkan wanita tua itu.

Setelah beberapa minggu berlalu semenjak pertemuannya dengan Nafisah, maka  pergilah bapa saudaranya
Abu Talib bin abdul Mutalib dan Hamzah bin Abdul Mutalib untuk menemui Khadijah. Khadijah juga telah menjemput beberapa orang ahli keluarganya dalam pertemuan itu. Dinyatakanlah hasrat mulia Muhammad kepada Khadijah dan keluarganya melalui Abu Talib dan Hamzah.

‘Amr bin asad bin Abdul Uzza bin Qusyailah yang mewalikan Khadijah dengan Muhammad dengan mas kahwin bernilai dua puluh bakrah. Maka bersatulah dua insan yang mulia dengan bahagia walaupun perbezaan umur yang jauh di mana Khadijah ketika itu berusia empat puluh tahun dan suaminya yang tercinta itu berusia dua puluh lima tahun. Hiduplah kedua insan ini dengan penuh kebahagiaan yang merupakan Rahmat dari Allah. Dalam kebahagiaan itu kedua insan ini di anugerahkan Allah empat cahaya mata Al-Qasim bin Muhammad, Abdullah bin Muhammad (meninggal ketika masih kanak-kanak), Zainab binti Muhammad dan Ruqaiyah binti Muhammad.

PERGINYA ISTERI TERCINTA :

Ketika berusia enam puluh lima tahun Khadijah pergi meninggalkan Muhammad bersama anak-anak kerana sakit yang tanggungnya sejak sekian lama. Ketika sakita sehinggalah pemergiannya, Khadijah sentiasa ditemani suaminya yang tercinta. Perpisahan itu amat memilukan hati dan menyebakkan dada Muhammad. Amat terasa akan kehilangan seorang kekasih dan isteri yang selama bersama berjuang bersamanya dalam senang dan susah menyebarkan agama Allah. Namun para sahabatnyalah yang sering mententeramkan hatinya. Menghiburkannya.

Ketika pemergian isteri tercinta Islam telah berkembang ke Jazirah arab termasuklah Habsyah (Ethiopia). Pemergian isterinya di bulan ramadhan dan disemadikan di Ma’ala. Perginya sebelum sempat menunaikan solat. Tiga hari sebelum itu dia juga kehilangan bapa saudaranya yang dikasihi, pembelanya, penjaganya pergi meninggalkannya. Inilah tahun kesedihan baginya.

Namun Khadijah tetap dalam ingatannya, tetap dalam hatinya. Subur buat selamanya. Kerana kerinduan pada Khadijah,Muhammad pernah terkeliru dengan suara seseorang yang mirip suara Khadijah. Sedangkan itu adalah suara saudara perempuan Khadijah ketika menemui keluarga Rasulullah s.a.w. Alangkah terkejutnya dia dengan suara itu sehingga menyangka itu adalah suara Khadijah. Ketika berada di depan pintu rumah barulah dia tahu bahawa suara itu bukan suara Khadijah yang dirinduinya, tetapi suara Halah saudara perempuan Khadijah.


Khadijah adalah termasuk di antara empat wanita mulia sepertimana yang sering dinyatakan Rasulullah s.a.w bahawa mereka ialah Maryam binti Imran (Ibu Nabi Isa a.s), Asia (Isteri Fir’uan), Khadijah binti Khuwailid (isteri Rasulullah s.a.w) dan Fatimah Az-Zahra binti Muhammad (Puteri Rasulullah s.a.w) atas dasar keimanan mereka terhadap Allah dan agama.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)