.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, May 11, 2016

Jangan Mengikuti HAWA NAFSU : Abu Isma'il Muslim al-Atsari

Secara bahasa, hawa nafsu adalah kecintaan terhadap sesuatu sehingga kecintaan itu menguasai hatinya. Kecintaan tersebut sering mengheret seseorang untuk melanggar hukum Allah عزّوجلّ. Oleh itu, hawa nafsu harus ditundukkan agar tunduk terhadap syari'at Allah عزّوجلّ.

Adapun secara istilah syari'at, hawa nafsu adalah kecenderungan jiwa terhadap sesuatu yang disukainya sehingga keluar dari batas syari'at.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله berkata : "Hawa nafsu asalnya adalah kecintaan jiwa dan
kebenciannya. Semata-mata hawa nafsu, iaitu kecintaan dan kebencian yang ada di dalam jiwa tidaklah tercela. Kerana terkadang hai itu tidak dapat dikuasai. Namun yang tercela adalah mengikuti hawa nafsu, sebagaimana firman Allah  عزّوجلّ:

يَا دَاوُدُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الأرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ

“Hai Daud! Sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.” (Shad: 26) (Majmu' Fatawa, 28/132)

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله juga berkata, "Seseorang yang mengikuti hawa nafsu adalah seseorang yang mengikuti perkataan atau perbuatan yang dia sukai dan menolak perkataan atau perbuatan yang dia benci dengan tanpa dasar petunjuk dari Allah  عزّوجلّ" (Majmu' Fatawa, 4/189)


HAWA NAFSU MENGAJAK KEPADA KESESATAN

Allah  عزّوجلّ  berfirman:

وَمَا لَكُمْ أَلا تَأْكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَقَدْ فَصَّلَ لَكُمْ مَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ إِلا مَا اضْطُرِرْتُمْ إِلَيْهِ وَإِنَّ كَثِيرًا لَيُضِلُّونَ بِأَهْوَائِهِمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِالْمُعْتَدِينَ

“Mengapa kamu tidak mahu memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan Nya ke atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya. Dan sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar benar hendak menyesatkan (orang lain) dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui orang-orang yang melampaui batas. (Al-An'am:119)

Imam Ibnu Kathir رحمه الله berkata, "Ini adalah pembolehan dari Allah عزّوجلّ kepada para hamba Nya, orang-orang Mukmin untuk memakan sembelihan-sembelihan yang dilakukan dengan menyebut nama Allah عزّوجلّ. Yang difahami (dari ayat ini) iaitu tidak boleh memakan semua sembelihan yang dilakukan dengan tanpa menyebut nama Allah عزّوجلّ, sebagaimana orang-orang kafir yang musyrik membolehkan mengkonsumsi bangkai dan semua sembelihan (yang dipersembahkan) untuk berhala atau lainnya.

Kemudian Allah عزّوجلّ mendorong para hamba Nya untuk melakukan sembelihan-sembelihan yang disembelih dengan menyebut nama Allah عزّوجلّ. Allah عزّوجلّ berfirman, yang ertinya, 'Mengapa kamu tidak mahu memakan (binatang-binatang yang halal) yang disebutkan nama Allah ketika menyembelihnya, padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan ke atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya'.

Iaitu, kecuali dalam keadaan darurat, maka ketika itu dibolehkan bagi kamu apa yang kamu dapatkan.

Kemudian Allah عزّوجلّ menjelaskan kebodohan orang-orang musyrik dalam pendapat mereka yang rosak tersebut, yiaitu berupa pernyataan yang membolehkan memakan bangkai dan sembelihan-sembelihan yang dilakukan dengan menyebut nama selain nama Allah عزّوجلّ. Allah عزّوجلّ berfirman, yang ertinya, 'Dan sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar-benar hendak menyesatkan (orang lain) dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Rabbmu, Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang melampaui batas'. Iaitu: Dia yang lebih mengetahui perbuatan mereka yang melampaui batas, kedustaan mereka, dan kebohongan mereka." (Tafsir Ibnu Kathir, 3/323)
Termasuk mengikuti hawa nafsu adalah orang yang menolak syari'at setelah penjelasan datang kepadanya. Allah  عزّوجلّ berfirman:

فَإِنْ لَمْ يَسْتَجِيبُوا لَكَ فَاعْلَمْ أَنَّمَا يَتَّبِعُونَ أَهْوَاءَهُمْ وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنَ اتَّبَعَ هَوَاهُ بِغَيْرِ هُدًى مِنَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

“Maka jika mereka tidak menjawab (tentanganmu) ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka (belaka). Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (Al-Qasash: 50)

Allah  عزّوجلّ juga berfirman:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيرًا وَضَلُّوا عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ

“Katakanlah, "Hai Ahli Kitab! Janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus." ( Al-Maidah: 77)

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah عزّوجلّ berkata, "Barangsiapa mengikuti hawa nafsu manusia setelah mereka mengetahui agama Islam yang Allah amanahkan kepada Rasul Nya untuk membawa agama itu dan juga setelah mengetahui petunjuk Allah yang telah dijelaskan kepada para hamba Nya, bererti dia berada dalam kedudukan ini (iaitu sebagai pengikut hawa nafsu). Oleh itu, para Salaf menamakan ahli bid'ah dan orang-orang yang berpecah-belah, orang-orang yang menyelisihi Al-Kitab (Al-Quran) dan Sunnah (Al-Hadis) sebagai ahlul ahwa' (orang-orang yang mengikuti hawa nafsu). Kerana mereka menerima apa yang mereka sukai dan menolak apa yang mereka benci dengan dasar hawa nafsu (kesenangan semata), tanpa petunjuk dari Allah عزّوجلّ". (Majmu' Fatawa, 4/190)


BAHAYA MENGIKUTI HAWA NAFSU

Orang yang mengikuti hawa nafsu tidak akan mementingkan agamanya dan tidak mendahulukan redha Allah dan Rasul Nya. Dia akan selalu menjadikan hawa nafsu menjadi tali pengukurnya.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah عزّوجلّ berkata, "Kekuatan agama (Islam) adalah mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah, mendukung kerana Allah dan menjauhi kerana Allah, beribadah kerana Allah, memohon pertolongan kepada Allah, takut kepada Allah, berharap kepada Allah, memberi kerana Allah, dan menghalang kerana Allah. Ini hanya dapat dilakukan dengan mengikuti Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Kerana perintah Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah perintah Allah عزّوجلّ, larangannya adalah larangan Allah عزّوجلّ, memusuhinya bererti memusuhi Allah, mentaatinya sama dengan mentaati Allah dan menderhakainya sama dengan menderhakai Allah عزّوجلّ.

Bahkan orang yang mengikuti hawa nafsunya telah dibuat buta dan tuli oleh hawa nafsunya. Sehingga dia tidak dapat memperhatikan dan melaksanakan apa yang menjadi hak Allah dan Rasul Nya dalam hal itu, dan dia tidak mencarinya. Dia tidak redha kerana redha Allah dan Rasul Nya, dia tidak marah kerana kemarahan Allah dan Rasul Nya.  Tetapi  dia redha jika mendapatkan apa yang diredhai oleh hawa nafsunya, dan marah jika mendapatkan apa yang membuat hawa nafsunya marah". (Minhajus Sunnah an-Nabawiyah, 5/255-256)

Dengan demikian, maka mengikuti hawa nafsu akan menyeret pelaku kepada kesesatan dan kerosakan. Sebab, timbulnya bid'ah adalah hawa nafsu, sebagaimana dikatakan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, "Permulaan bid'ah adalah mencela Sunnah (ajaran Nabi) dengan dasar persangkaan dan hawa nafsu (sebagaimana bibit kemunculan golongan Khawarij), sebagaimana Iblis mencela perintah Allah (ketyika diperintahkan sujud kepada Adam) dengan fikirannya dan hawa nafsunya". (Majmu' al-Fatawa, 3/350)

Nabi صلى الله عليه وسلم juga sudah mengingatkan bahawa mengikuti hawa nafsu akan membawa kehancuran. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

ثَلاَثٌ مُهْلِكَاتٌ وَ ثَلاَثٌ مُنْجِيَاتٌ، فَأَمَا ثَلاَثٌ مُهْلِكَاتٌ: شُحٌّ مُطَاعٌ وَهَوَى مُتَّبَعٌ وَإِعْجَابُ الـمَرْءِ بِنَفْسِهِ
وَ ثَلاَثٌ مُنْجِيَاتٌ: خَشْيَةُ اللهِ فِي السِّرِّ وَالعلانِيةِ وَقَصْدُ فِي الْفَقْرِ وَالْغِنَى وَالْعَدْلُ فِي الْغَضَبِ وَالرِّضَا

“Tiga perkara yang membinasakan dan tiga perkara yang menyelamatkan. Adapun tiga perkara yang membinasakan adalah: kebakhilan dan kerakosan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti, dan seseorang yang membanggakan diri sendiri. Sedangkan tiga perkara yang menyelamatkan adalah takut kepada Allah di waktu bersendirian dan dilihat orang banyak, sederhana di waktu kekurangan dan kecukupan, dan (berkata/berbuat) adil di waktu marah dan redha.
(Hadis ini diriwayatkan dari Anas, Ibnu Abbas, Abu Hurairah, 'Abdullah bin Abi Aufa, dan Ibnu Umar رضي الله عنهم. Hadis ini dinilai sebagai hadis hasan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadis ash-Sahihah).

Demikian juga, bahaya mengikuti hawa nafsu adalah mendatangkan kesusahan dan kesempitan hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, "Barangsiapa mengikuti hawa nafsunya, seperti mencari kepemimpinan dan ketinggian (dunia), keterikatan hati dengan bentuk-bentuk keindahan. (kecantikan, ketampanan, dan lain-lain), atau (usaha) mengumpulkan harta, di tengah usahanya untuk mendapatkan hal itu dia akan menemui rasa susah, sedih, sakit dan sempit hati, yang tidak dapat diungkapkan. Dan kemungkinan hatinya tidak mudah untuk meninggalkan keinginannya, dan dia tidak mendapatkan apa yang menggembirakannya. Bahkan dia selalu berada di dalam ketakutan dan kesedihan yang terus menerus. Jika dia mencari sesuatu yang dia sukai, maka sebelum dia mendapatkannya, dia selalu sedih dan perih kerana belum mendapatkannya. Jika dia sudah mendapatkannya, maka dia takut kehilangan atau ditinggalkan (sesuatu yang dia sukai itu). (Majmu' al-Fatawa, 10/651)

MENUNDUKKAN HAWA NAFSU

Maka untuk meraih keselamatan, orang yang mengikuti hawa nafsu harus mengubati dirinya dengan rasa takut kepada Allah عزّوجلّ sehingga akan menghentikannya dari mengikuti hawa nafsu. Demikian juga perlu diterapi dengan ilmu dan zikir. Dengan keduanya, maka hawa nafsu akan terpintal. Jika rasa takut kepada Allah sudah tertanam di dalam hati, maka hati akan dapat memahami dan melihat kebenaran sebagaimana mata yang melihat benda-benda dengan sinar terang matahari.

Allah عزّوجلّ berfirman:

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى. فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya). (An-Nazi'at: 40-41)

Semoga Allah selalu membimbing hati kita sehingga mampu menundukkan hawa nafsu dengan sebaik-baiknya. Hanya Allah tempat memohon pertolongan.




Firman Allah :

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?.”
(Al-Jathiyah : 23 )

(Apakah kamu pernah melihat) maksudnya ceritakanlah kepadaku (orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya) maksudnya, yang disukai oleh hawa nafsunya, iaitu batu demi batu ia ganti dengan yang lebih baik sebagai  sembahannya (dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu Nya) berdasarkan pengetahuan Allah. Dengan kata lain Dia telah mengetahui, bahawa orang itu termasuk orang yang disesatkan sebelum ia diciptakan (dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya) maka, kerana itu ia tidak dapat mendengar petunjuk dan tidak mahu memikirkannya (dan meletakkan penutup atas penglihatannya) mengambil kegelapan hingga ia tidak dapat melihat petunjuk. Pada ayat ini diperkirakan adanya Maf'ul kedua bagi lafaz Ra-ayta, iaitu lafaz ayat tadi, yang ertinya; apakah ia mendapat petunjuk? (Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah) membiarkannya sesat? Maksudnya, tentu saja ia tidak dapat petunjuk. (Maka mengapa kalian tidak mengambil pelajaran?) atau mengapa kalian tidak mahu mengambilnya sebagai pelajaran buat kalian. Lafaz Tadzakkaruuna asalnya salah satu dari huruf Ta-nya diidghamkan kepada huruf Dzal.

Tidakkah kamu memperhatikan, wahai Rasulullah, orang yang menyembah hawa nafsunya, tunduk dan patuh kepadanya, dan ia sesat dari jalan kebenaran, padahal ia mengatahui jalan kebenaran itu, dan Allah telah menutup pendengarannya, sehingga tidak dapat menerima nasihat, dan menutup hatinya, sehingga tidak mahu meyakini kebenaran, serta menutup penglihatannya, sehingga tidak dapat melihat suatu peringatan? Siapakah yang dapat memberinya petunjuk setelah Allah berpaling darinya? Apakah kalian tidak memperhatikan sehingga tidak dapat mengambil pelajaran?

Hawa nafsu adalah suatu perasaan atau kekuatan emosional yang besar dalam diri seorang manusia; berkaitan secara langsung dengan pemikiran atau fantasi. Hawa nafsu merupakan kekuatan psikologi yang kuat yang menyebabkan suatu hasrat atau keinginan terhadap suatu objek atau situasi demi pemenuhan emosi tersebut. Dapat juga diterjemahkan berupa hawa nafsu untuk pengetahuan, kekuasaan, dan lainnya; namun pada umumnya dihubungkan dengan hawa nafsu seksual.

&Hawa nafsu& terdiri dari dua perkataan: 

hawa (الهوى) dan 

nafsu (النفس)

Dalam bahasa Melayu, 'nafsu' bermakna keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat. Jika ditambah dengan kata hawa (hawa nafsu), biasanya dikaitkan dengan dorongan hati yang kuat untuk melakukan perkara yang tidak baik. Adakalanya bermakna selera, jika dihubungkan dengan makanan. Nafsu syahwat pula bererti keberahian atau keinginan bersetubuh.

Menurut bahasa &al-hawâ& pengertiannya antara lainnya adalah :

&Saqatha min 'ulwin& (terjatuh dari atas ke bawah); 

&al-Mailu& (keinginan dan kesenangan); dan

&al-Hubb& (cinta).

Maka dari sini terbentuk beberapa istilah seperti :

'ala hawâhu & (menurut seleranya, cocok dengan kemahuannya atau kesenangannya);

&Ittaba'a  hawâhu& (mengikuti dan memperturutkan keinginan syahwatnya); dan

&Fil-Hawâ& (jatuh cinta atau diliputi oleh syahwatnya).

Maka dengan istilah &hawa& ini lebih tepat jika disamakan dengan &syahwat&. Syahwat ertinya segala sesuatu yang diingini, yang digemari, yang disukai, yang menarik hati dan yang mendorong hasrat seksual. Sebagaimana Firman Allah: &Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada &syahwat& (apa-apa yang diingini), iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)& (Ali Imran: 14)

Sesuai dengan pengertiannya, &hawa& atau &syahwat& inilah yang banyak menyebabkan manusia terjatuh dari darjat yang tinggi ketempat yang rendah (Saqatha min 'ulwin). Ada beberapa istilah yang menggambarkan keadaan manusia yang telah jatuh ini, yakni antara lain: 

&Inkasârat Tâjir& (Jatuh bengkrap);

&Inkasâral 'Aduww& (Jatuh hancur, kalah); dan 

&Inkasâral Qalb& (Patah hati-putus asa).

Maka orang yang memperturutkan syahwatnya akan bengkrap, hancur, kalah, dan terhinakan dihadapan Allah  kelak  serta akan diikuti denganrasa putus asa dan hati yang hancur luluh.

Manakala &nafsu& menurut bahasa  pengertiannya antara lainnya adalah:

&an-Nafs& jama’nya &anfusun- wa nufûsun& (ertinya jiwa, diri atau ruh);  

&an-Nafsiyyu& (ertinya jiwa terdalam, batin, atau rohani); dan

&al-'Izz& (ertinya kemuliaan).

Berdasarkan pengertian ini nafsu bererti &jiwa& yang merupakan bahagian dari ruh manusia. Ia pada mulanya bersifat mulia dan bersih. Jadi pada dasarnya nafsu dengan hawa sama sekali berbeza. Oleh  itu, menjadi kurang tepat jika kita sering menyebut &nafsu& atau menyerupai &hawa& dan &syahwat&. Namun kerana telah &terlanjur& digunakan di dalam bahasa melayu, maka istilah nafsu ini dalam benak orang melayu sama seperti dengan &syahwat&.

Ketiga perkataan ini (hawa, nafsu dan syahwat) berasal dari bahasa Arab:

Hawa (الهوى): sangat cinta; kehendak

Nafsu (النفس): roh; nyawa; jiwa; tubuh; diri seseorang; kehendak; niat; selera; usaha

Syahwat (الشهوة): keinginan untuk mendapatkan yang lazat; berahi.]&

Ada sekolompok orang menganggap hawa nafsu sebagai &syaitan yang bersemayam di dalam diri manusia,& yang bertugas untuk mengusung manusia kepada kefasikan atau pengingkaran. Mengikuti hawa nafsu akan membawa manusia kepada kerosakan. Akibat pemuasan nafsu jauh lebih mahal berbanding kenikmatan yang didapati darinya. Hawa nafsu yang tidak dapat dikendalikan juga dapat merosak potensi diri seseorang.

Sebenarnya setiap orang diciptakan dengan potensi diri yang luar biasa, tetapi hawa nafsu dapat menghambat potensi itu muncul kepermukaan. Potensi yang dimaksud di sini adalah potensi untuk menciptakan keadilan, ketenteraman, keamanan, kesejahteraan, persatuan dan hal-hal baik lainnya. Namun disebabkan oleh hambatan nafsu yang ada pada diri seseorang potensi-potensi tadi tidak dapat muncul kepermukan (dalam realiti kehidupan). Maka dari itu mensucikan diri atau mengendalikan hawa nafsu adalah keharusan bagi siapa saja yang menghendaki keseimbangan, kebahagian dalam hidupnya karena hanya dengan berjalan di jalur-jalur yang benar sajalah menusia dapat mencapai hal tersebut.

Ketika seorang hamba melihat dengan akalnya tanpa terpengaruh oleh hawa, maka segala sesuatu akan tampak sebagaimana hakikatnya. Namun jarang yang dapat melihat dengan cara demikian, kerana hawa terlalu menguasai nafs, dan nafs sangat sulit untuk melepaskan diri dari kekuasaan hawa. Bahkan kerana demikian tersembunyi dan sukar difahami, maka manusia tidak dapat merasakan kehadiran hawa. Hanya orang-orang yang berakal unggul yang dapat mengetahui keberadaan hawa dalam nafs-nya.

Hawa adalah makanan nafs. Hal ini membuat nafs sangat bergantung dan sulit melepaskan diri dari cengkaman hawa. Oleh   itu, jauhilah hawa dan bebaskanlah nafs-mu darinya. Sebab, hawa akan menodai agama dan muruah -mu, sebagaimana dikatakan dalam syair:

Jika kau ikuti hawa,
ia akan menuntunmu
menuju semua perbuatan
yang tercela bagimu.

Jika kita perhatikan dan membezakan semua peristiwa yang terjadi, maka akan kita temukan bahawa hawa-lah yang menjadi sumber segala fitnah dan bencana dalam peristiwa-peristiwa itu. Kerana hawa merupakan sumber kebatilan dan kesesatan. Hawa bak minuman memabukkan. Seseorang yang
meneguknya akan dikuasai oleh minuman itu, dan akan hilang akal sihatnya. Oleh   itu, seorang yang pandai harus menyedari perkara ini dan berusaha
mematikan hawa-nya dengan mujâhadah dan mukhôlafah (penentangan).

Hakikat hawa adalah kecenderungan pada sesuatu yang batil. Hawa adalah perilaku dan tabiat nafs. Semua kecenderungan nafs pada kebatilan disebut
hawa.

Hawa terbagi dua:

Pertama:

Ajakan-ajakan syahwat yang terdapat dalam diri seseorang, misalnya berbagai hal di atas, yang menipu dan menguasai nafs serta diperebutkan oleh manusia. Ajakan-ajakan syahwat tersebut hina dan buruk, kerana itulah orang-orang yang memiliki murûah menjauhinya demi menjaga agama, menyucikan murûah, melindungi kehormatan, dan menjaga akal mereka. Orang-orang berakal, jika menghadapi tipu daya hawa dan penentangan nafsu, mereka tetap kukuh, tidak goyah.

Mereka mempertimbangkan akibatnya dengan hati-hati dan tidak gelojoh. Lain halnya dengan orang-orang yang akal dan jiwanya lemah, mereka akan dikuasai nafs hingga tidak dapat berdetik. Hawa akan menjerumuskan mereka ke dalam perbuatan-perbuatan yang buruk dan tercela. Namun kerana hatinya telah buta, hanyut dimabuk hawa, mereka tidak menyedari berbagai keburukan yang telah dilakukannya.

Kedua:

Hawa yang timbul ketika seseorang marah (ghodhob). Hawa jenis ini merupakan jenis hawa yang paling buruk. Sebab hawa yang timbul ketika
seseorang sedang marah (ghodhob) bersifat memaksa dan sukar untuk diajak berkompromi. Hanya kaum kesatria (abthôl), orang-orang yang berakal sihatlah yang mampu mengetahui keberadaan hawa ini.

Jenis hawa yang lain adalah (perasaan) yang timbul ketika seseorang bersikap sombong (kibr) dan congkak. Jenis hawa ini juga buruk, merousak agama dan menghancurkan amal. Namun pengaruh buruknya lebih ringan dibandingkan dengan hawa yang timbul ketika marah. Hawa yang timbul ketika marah menggoncangkan nafs dan menghilangkan akal sehatnya. Nafs menjadi bodoh.

Ketahuilah, marah adalah jenis hawa yang paling berat. Para abdâl pilihan memperoleh kedudukan di sisi Allah kerana mereka benar-benar menjauhi semua jenis hawa. Sebab, semua jenis hawa adalah buruk. Para ashâbul Haq Ta’âlâ selalu berpijak pada kebenaran. Sebab, kebenaran adalah lawan kebatilan. Mereka sedar bahawa seberapa besar mereka mendekati hawa, maka sebesar itu pula mereka menjadi jauh dari Allah. Oleh itu dalam semua perilakunya seperti makan, tidur, berbicara, dan lain-lain,  mereka hanya melakukannya sebatas keperluan (dharûri) saja. Dalam pandangan mereka segala sesuatu yang melebihi batas keperluan merupakan bahagian dari hawa.

(Memahami Hawa Nafsu, Îdhôhu Asrôri ‘Ulûmil Muqorrobîn)


والله تعالى أعلم






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)

MUHASABAH