.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Monday, October 22, 2018

Abdul Muttalib dan telaga Zamzam


Abdul Muttalib dan telaga Zamzam

Daripada kalangan anak Qusai bin Kilab adalah Abdul Manaf. Antara anak-anak Abdul Manaf adalah Muttalib dan Hasyim. Antara anakanak Hasyim adalah Syaibah. Syaibah adalah anak Hasyim daripada isterinya yang bernama Ummu Hasyim, seorang wanita bangsawan di kalangan kaumnya yang tinggal di luar Mekah. Hasyim meninggal dunia ketika Syaibah masih kecil.

Syaibah dibesarkan oleh ibunya dalam suku kaum ibunya di luar Mekah. Apabila Syaibah sudah remaja, bapa saudaranya Muttalib ingin mengambil Syaibah supaya dibawa ke Mekah.

Ibunya tidak setuju tetapi Muttalib berkata, "Syaibah ini daripada keturunan Qusai bin Kilab. Dia adalah pemuka Quraisy. Tidak sepatutnya dia tinggal di luar Mekah. Lagipun dia sudah cukup umur sekarang."

Akhirnya, si ibu meminta supaya diserah pilihan kepada Syaibah sendiri, sama ada dia hendak tinggal dengan ibunya ataupun hendak mengikut bapa saudaranya ke Mekah. Syaibah memilih bersama bapa saudaranya Muttalib dan tinggal dengannya di Mekah. Syaibah mengikuti Muttalib kembali ke Mekah. Muttalib membawa dia naik satu kenderaan dengannya. Syaibah naik di belakang Muttalib.

Apabila tiba di Mekah, orang ramai melihat Muttalib membawa seorang budak remaja di belakangnya. Masyarakat yang terbiasa dengan jual beli hamba pada masa itu menyangka Muttalib membeli hamba baru. Dari situlah Syaibah digelar oleh Quraisy sebagai Abdul Muttalib iaitu hamba Muttalib. Akhirnya nama ini menjadi masyhur. Dialah Abdul Muttalib datuk Muhammad. Nama sebenarnya adalah Syaibah.

Selepas berkahwin, Abdul Muttalib mendapat anak sulung lelaki bernama Harith. Apabila Harith dewasa, Abdul Muttalib mendapat mimpi pelik. Imam Ibnu Ishak, seorang ahli sejarah yang besar, melaporkan daripada Ali mimpi ini; ada orang datang menyeru Abdul Muttalib dan menyuruhnya menggali al-tibah.

Abdul Muttalib bertanya kepada suara itu, "Apakah al-tibah itu?" Tetapi suara itu sudah hilang.

Malam kedua dia bermimpi lagi. Suara itu datang lagi menyuruhnya menggali barrah, "Apa barrah itu?” Suara itu sudah hilang. Abdul Muttalib dapat merasakan ada perkara penting, kerana dia tidak pernah mengalami mimpi begitu sebelum ini.

Malam ketiga dia bermimpi lagi, suara dalam mimpi itu berkata, "Gali madhmunah."

“Apa itu madhmunah?" tanya Abdul Muttalib, tetapi suara itu hilang lagi.

Semakin kuat Abdul Muttalib merasai ada perkara besar melalui mimpi tiga malam berturut-turut ini.

Malam keempat suara itu berkata lagi, "Galilah Zamzam."

"Di manakah Zamzam itu?"

Kali ini suara itu menjawab, "Ia tidak akan kering selama-Iamanya dan tidak akan berkurang, ia akan memberi minum kepada para jemaah haji tetamu Allah Yang Maha Agung, ia berada di antara perut dan darah, di sisi patukan gagak hitam yang ada bulu putih, di rumah kampung semut."

Yakinlah hati Abdul Muttalib. Dia diperintahkan menggali Zamzam. Zamzam memang tidak asing bagi masyarakat Mekah. Apatah lagi bagi Abdul Muttalib, ketua Mekah pada masa itu. Tetapi, mereka tidak tahu di mana Zamzam itu terkambus. Pada masa itu, tidak masuk akal pula kalau hendak menggali sekeliling Kaabah bagi mencari Zamzam. Esoknya, Abdul Muttalib mengajak anaknya Harith membantunya menggali Zamzam dan mempertahankannya apabila pemuka Quraisy yang lain menghalangnya.

Abdul Muttalib mula mencari tanda-tanda yang diberikan kepadanya dalam mimpi itu. Tetapi tidak ada satu pun tanda yang disebut itu di sekitar Kaabah. Tiba-tiba, semasa Abdul Muttalib mencari-cari, satu rombongan Arab datang ke situ bagi menyerm belih lembu mereka berhampiran dengan berhala lsaf.

Daripada penyembelihan ini darah tumpah ke tanah. Lembu yang sudah disembelih itu pula, tiba-tiba bangun dalam keadaan darah menghambur daripadanya dan jatuh semula di tempat lain, Rombongan tadi menyempurnakan sembelihan mereka di situ, dikeluarkan perut dan dilapah di situ.

Tahulah Abdul Muttalib, di antara tempat lembu itu mula disembelih tadi dan tempat dia jatuh semula, itulah kawasan untuk dia menggali Zamzam. Tetapi kawasannya besar, bagaimana dia hendak menggali semua kawasan itu.

Dia mencari lagi tanda-tanda yang lain pula. Akhirnya, dia menjumpai kawasan semut; kampung semut. Tetapi, kawasannya masih tetap cuma lebih kecil daripada kawasan pertama tadi. Semasa Abdul Muttalib berfikir, tiba-tiba datang seekor gagak hitam yang pada bulunya ada satu bulu berwarna putih. Gagak itu mematukmatuk ke tanah dekat dengan kampung semut tadi. Tahulah Abdul Muttalib, itulah kawasan yang diisyaratkan kepadanya dalam mimpi.

Tempat yang diisyaratkan itu terletak di antara lsaf dan Nailah. Apabila Abdul Muttalib mula menggali, Quraisy mula gempar. "Apa yang kamu gali wahai Abdul Muttalib? Mana boleh kamu menggali di sini, di tepi Kaabah."

Pada masa itu, Abdul Muttalib memerintahkan Harith anaknya supaya menghadapi Quraisy, sementara dia sendiri terus menggali tanpa berhenti dan tanpa menghirau kekecohan orang-orang Quraisy itu. Dalam kekecohan itu, Abdul Muttalib sudah sampai kepada batu penutup telaga. Abdul Muttalib menjerit, "Maha Besar Tuhan, Maha Besar Tuhan." Dengan itu tahulah Quraisy, Abdu| MUttalib sudah menjumpai apa yang dia cari.

Mereka bertanya lagi. "Apa yang kamu gali. wahai Abdul Muttalib?" Kali ini barulah Abdul Muttalib menjawab. "Aku menggali Zamzam." Abdul Muttalib terus menggali sehinggal dia bertemu dengan Zamzam.

Pada masa itu. Quraisy mula tamak. Mereka juga hendak berkongsi telaga Zamzam itu dengan Abdul Muttalib. Mereka meminta Abdul Muttalib menjadikan Zamzam itu hak bersama. Masing-masing tamak ingin berkongsi telaga dengan Abdul Muttalib. Ini adalah kemuliaan yang besar bagi mereka. Abdul Muttalib tidak bersetuiu, dia yang menggali dan pada awalnya mereka semua menghalangnya. Sekarang apabila sudah jumpa telaga Zamzam. mereka mahu berkongsi dengannya bagi menguruskan telaga ini. Abdul Muttalib tidak bersetuju tetapi Quraisy tetap berkeras. Perselisihan ini hampir menyebabkan berlakunya peperangan antara mereka dan suku Abdul Muttalib.

Akhirnya, mereka semua bersetuju mencari hakim bagi memutuskan perselisihan mereka. Mereka semua bersetuju mengambil Kahinah, seorang pendeta wanita yang dihormati dalam masyarakat pada masa itu. Pendeta ini daripada suku Saad yang berada di Yathrib. Mereka pun pergi ke Yathrib. apabila sampai di sana, rupa-rupanya Kahinah ini sudah pergi ke Khaibar. Mereka pun berkejar pula ke Khaibar. Begitulah kedudukan pendeta dalam masyarakat pada masa itu.

Pada pertengahan jalan, Abdul Muttalib dan orang-orangnya kehabisan air, mereka meminta air daripada Quraisy yang lain tetapi air mereka juga tinggal sedikit dan untuk mereka pun tidak mencukupi. Di tengah-tengah padang pasir yang tidak bertepi itu mereka kehabisan air. tidak ada sumber air berdekatan dari situ. Pada masa itu. orang-orang Abdul Muttalib putus harapan bagi mendapatkan air. Akhirnya. mereka bertanya pandangan Abdul Muttalib.

Abdul Mutalib berkata, "Sekarang kita gali kubur masingmasing. daripada kita semua mati tidak ditanam biarlah seorang sahaja yang tidak ditanam iaitu yang paling akhir mati."

Apabila sudah siap kubur, masing-masing menunggu saat kematian. Tetapi, akhirnya datang fikiran kepada Abdul Muttalib supaya berusaha lagi mencari air. Abdul Muttalib mengajak semua orang-orangnya mencari lagi air. Semasa sibuk-sibuk, unta Abdul Muttalib sambil bangun daripada duduknya terhentak kakinya ke tanah. Maka, dengan kuasa Tuhan keluar air dari situ. Mereka semua dapat minum dan air masih ada lagi. Abdul Muttalib memanggil orang-orang Quraisy juga untuk mengambil air dari situ.

Melihat kejadian yang pelik itu, kesemua mereka berkata kepada Abdul Muttalib, "Yang memberi kamu minum air di tengah-tengah padang pasir ini, dialah yang memberikan Zamzam pada kamu. Zamzam kepunyaan kamu."

Mereka tahu, ini tanda Tuhan ingin memberitahu mereka Zamzam untuk Abdul Muttalib. Siqayah iaitu memberi minum kepada jemaah haji dan Zamzam adalah kepunyaan Abdul Muttalib dan keturunannya.

Suatu Kisah Sayidina Umar r.a

Suatu Kisah

Suatu ketika Sayidina Umar bin Al-Khattab bercerita:
"Dahulu aku dan orang-orang Quraisy sangat membenci anak perempuan. Ketika aku mendapat perkhabaran anak perempuan, daripada kelahirannya lagi kebencianku sudah bermula. Aku pendam rasa benci itu, aku sabar sampailah umurnya enam tahun, aku sudah tidak tahan lagi, aku membawanya ke padang pasir dan aku gali lubang. Dia menyangka aku membawanya berkelah dan bermain-main, dia turut sama membantuku menggali lubang. Apabila lubang sudah siap, aku menolak dia ke dalam lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir. Anakku yang masih belum tahu niatku, masih ingat aku bermain-main, dia tolong mengibaskan pasir-pasir daripada janggut dan pakaianku, tetapi akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa belas kasihan. Inilah kehidupan kami sebelum kehadiran Muhammad, kami memuliakan anak lelaki dan menghina anak perempuan bahkan membunuh mereka hidup-hidup. Maha Besar Tuhan, Maha Baik Tuhan yang menghantar Muhammad yang meletakkan perempuan di tempat yang mulia. Marilah kita bersyukur di atas nikmat ini. Itulah rahsianya, apabila aku teringat kisah ini, aku
menangis."

Kemudian Sayidina Umar menyambung ceritanya :
"Pada suatu hari aku keluar dari bandar Mekah. Apabila keluar dari Mekah biasanya kami membawa batu dari Mekah untuk dijadikan sembahan, tetapi hari itu aku terlupa membawa batu, tetapi aku ada membawa kurma, aku membuat berhala daripada kurma dan aku sembah kurma itu. Apabila makananku habis, mulalah aku memakan Tuhan aku itu sedikit demi sedikit. Apabila aku teringat kisah itu, ia membuatkan aku ketawa sendiri."

Nabi Ibrahim a.s dan sebuah Kaabah

Nabi Ibrahim a.s dan sebuah Kaabah

Tuhan memerintahkan lbrahim membawa isterinya Siti Habu dan anak kecil kesayangannya iaitu Ismail supaya dhinggatkan di suatu tempat bernama Mekah. Mereka ditinggalkan di sebuah lembah gunung-ganang berbatu di tengah padang pasir yang tidak ada tumbuhan. Mekah pada masa itu adalah lembah yang kosong dan kering kontang.

lbrahim berasal dari Palestin. Di Mekah, beliau meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya, lsmail. Apabila mereka ditinggalkan di situ, Siti Hajar merasa pelik kerana di situ tidak ada air, tidak ada makanan, tidak ada jiran yang dapat menolong bahkan tidak ada manusia lain. Dia pula ditinggalkan berdua sahaja dengan anaknya yang masih kecil.

Semasa Ibrahim hendak meninggalkan mereka, Siti Hajar mengekori Ibrahim dari belakang sambil bertanya mengapa dia ditinggalkan di situ. Namun Ibrahim tidak mengendahkannya sehingga akhirnya Siti Hajar bertanya, "Adakah ini perintah Allah?" "Benar." jawab Ibrahim.

Siti Hajar berkata dengan penuh yakin, "Kalau begitu, pasti Tuhan tidak akan mensia-siakan kita… Sekiranya ini adalah perintah Tuhan, pasti ada pembelaan daripada Tuhan Yang Maha Baik itu."

Apabila si anak menangis kehausan, sementara susu Siti Hajar sudah mula kering, lalu berlarilah Siti Hajar mencari air dari Bukit Safa menuju pula ke Bukit Marwah dengan penuh cemas dan berharap kepada Tuhan. Berkat rintihan hati Siti Hajar yang bergantung penuh pada Tuhan, Tuhan menghantar malaikat yang bernama Jibril. Dengan sayapnya, jibril menyingkap telaga Zamzam yang airnya terpancar keluar apabila lsmail menghentak-hentakkan kakinya ke bumi.

Menurut ahli-ahli sejarah, peristiwa ini berlaku selepas empangan besar di Yaman, yang bernama Sadd Maarib, pecah. Empangan Maarib adalah empangan yang besar dan menjadi sumber air dan sumber kehidupan di Yaman pada masa itu. Empangan ini dibina oleh kerajaan Saba' di Yaman yang sememangnya terkenal dengan kepakaran seni bina. Mereka membina empangan ini bagi menampung air huian bagi keperluan dan pertanian mereka. Apabila mereka ingkar kepada Tuhan, Tuhan memecahkan empangan ini.

Selepas empangan ini pecah, bangsa Arab yang berasal dari Yaman berpindah dan mencari tempat-tempat baru. Bertebaranlah bangsa Arab ini ke seluruh Semenanjung Arab. Suku Thaqif berpindah ke Taif. 'Suku Aus dan suku Khazraj ke Madinah. Suku Ghasasinah sampai ke negeri Syam. Suku Manazirah pula sampai ke sempadan Iraq.

Pada masa itu, suku jurhum melalui kawasan berdekatan dengan Mekah. Mereka ternampak burung-burung berterbangan. Itu adalah petanda ada air di kawasan itu. Mereka tahu selama ini memang tidak pernah ada air di kawasan Mekah. Mereka perlu memeriksa adakah benar ada air di situ.

Apabila mereka melihat ada seorang wanita bersama anak kecil di tempat air, mereka tidak merampas air Zamzam itu daripadanya kerana mereka suku kaum yang baik. Malah mereka meminta izin daripada Siti Hajar berkongsi air. Mereka rela membayar sewa telaga air itu kepada Siti Hajar apabila diminta.

Selepas lsmail mula dewasa, Tuhan memerintahkan Ibrahim dan lsmail membina Kaabah di atas tapak asal Kaabah yang mula-mula dibina oleh Adam. Kaabah sudah dibina semenjak zaman Adam lagi. Tetapi kemudian runtuh dan terkambus. Adam adalah manusia pertama yang dicipta Tuhan.

Semasa Ibrahim dan lsmail hampir siap membina Kaabah, apabila sampai di satu penjuru, mereka mencari batu yang paling sesuai bagi diletakkan tetapi tidak menemuinya. Pada masa itu, Tuhan menurunkan seketul batu dari syurga. Itulah batu berwarna hitam yang disebut Hajar Aswad, ada pada dinding Kaabah sehingga hari ini.

Kaabah hanyalah bangunan daripada batu yang disusun-susun. Bagaimana hendak memanggil orang supaya datang menziarahi Kaabah? Oleh itu, Tuhan memerintahkan Ibrahim membuat seruan kepada manusia.

Ibrahim berkata. "Wahai Tuhan! Bagaimana suara aku boleh sampai kepada pendengaran semua manusia?"

Tetapi Tuhan menegaskan, tugas lbrahim hanyalah membuat seruan. Dialah yang menyampaikannya kepada manusia.

lbrahim pun naik ke Bukit Arafah yang terletak dekat dengan Kaabah dan telaga Zamzam. Dari atas bukit itu beliau menyeru manusia dari seluruh dunia supaya datang menziarahi Kaabah. Suara lbrahim didengari oleh semua manusia dan Tuhan menjatuhkan ke dalam hati manusia rasa cinta bagi memuliakan Kaabah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)