عن عقبة بن عامر رضي الله عنه يقول سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لو أن القرآن في إهاب ثم ألقي في النار ما احترق
(رواه الدرمي)
Daripada Uqbah bin Amir r.a meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jika Al-Quran itu dimasukkan ke dalam kulit dan kemudian dicampakkan ke dalam api nescaya kulit itu tidak akan terbakar"
(Riwayat Ad-Darimi)
Ulama Muhaddithin mempunyai dua pendapat tentang hadis di atas.
1. Perkataan "KULIT" merujuk kepada makna kulit yang umum tidak kira sama ada kulit binatang. Manakala perkataan "API" bermaksud api dunia.Dalam hadis ini merujuk kepada kejadian mukjizat yang berlaku khusus pada zaman Rasulullah s.a.w sahaja sebagai mukjizat Nabi-nabi lain yang berlaku khusus pada zaman mereka sahaja.
2. Perkataan "KULIT" ditafsirkan sebagai kulit manusia, manakala "API" membawa maksud api neraka. Dalam keadaan ini, mafhum hadis ini adalah bersifat umum yang tidak terbatas kepada masa tertentu. Hadis ini membawa maksud jika seseorang hafiz Al-Quran dimasukkan ke dalam neraka adalah disebabkan sesuatu dosa, maka api neraka tidak dapat membakarnya. Dalam riwayat lain hadis ini dinukilkan dengan lafaz ما مسته النار yang bererti "api neraka yang tidak akan menyentuhnya".
Pendapat kedua di atas disokong oleh hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a dan dinukilkan oleh Syeikh Mulla Ali Qari r.h dalam kitab Syarah Al-Sunnah:
"Hafazlah Al-Quran, kerana Allah tidak akan mengazab hati yang mengandungi Al-Quran".
Kandungan hadis ini jelas bahawa ianya adalah dalil yang kukuh.
Mereka yang mengganggap menghafaz Al-Quran sebagai perbuatan yang sia-sia atau membuang masa, maka hendaklah mereka memikirkan akan kelebihan-kelebihan amalan ini kerana Allah. Maka seharusnya kita
menggalakkan diri dan ahli keluarga untuk menghafaz Al-Quran untuk mendapat kelebihan-kelebihan yang dijanjikan Allah.
Dalam Syarah Ihya' Ulumuddin telah disenaraikan kumpulan-kumpulan manusia yang akan berada di bawah teduhan 'Arasy Allah s.w.t pada hari kiamat kelak yang huru-hara dan mengerikan.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Ali r.a yang dinukilkan oleh Ad-Dailami bahawa : "Para Penghafaz Al-Quran (Penanggung Al-Quran) akan dilindungi di bawah lindungan Allah bersama para Anbiya' dan orang-orang yang soleh".
Kelebihan penuntut ilmu khasnya ilmu al-Quran:
1) Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran.
2) Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerena tiada amalan yang lebih mulia dari membaca Al-Quran.
3) Yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para-para nabi ‘alaihimussalaam.
4) Pembaca Al-Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang mempunyai bau dan rasa yang enak iaitu disukai ramai.
5) Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia.
6) Pembaca Al-Quran yang terbaik ialah bacaannya menandakan yang ianya takutkan Allah.
7) Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian kemulian dan akan mendapat keredoan dari Allah Ta’ala.
Sebanyak mana seseorang itu menghafal Al-Quran sebanyak itulah ia telah menerima wahyu cuma bezanya ianya bukan
nabi.
9) Hafiz Al-Quran dapat memberi syafa’at untuk masuk syurga kepada 10 orang dari ahli keluarganya yang telah wajib masuk
neraka.
10) Barangsiapa yang beramal dengan Al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.
11) Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah.
12) Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.
13) Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf (70×340 740= 23 851 800) berbanding yang baca secara
biasa.
14) Pembaca yang ikut hukum tajwid dapat pahala syahid.
15) Allah berbual dengan pembaca Al-Quran.
16) Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al-Quran.
17) Pembaca yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yang tidak memahami kandungannya.

والله تعالى أعلم