.
Sunday, March 26, 2023
Sunday, March 19, 2023
Yeremia @ Jeremiah @ Ezra
Nabi Jeremiah atau Yeremia adalah seorang nabi dalam Alkitab Ibrani. Dalam islam nama Nabi Jeremiah disebut sebagai EZRA KISAH NABI JEREMIAH DALAM AL-QURAN
أَوْ كَالَّذِي مَرَّ عَلَىٰ قَرْيَةٍ وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا قَالَ أَنَّىٰ يُحْيِي هَٰذِهِ اللَّهُ بَعْدَ مَوْتِهَا ۖ فَأَمَاتَهُ اللَّهُ مِائَةَ عَامٍ ثُمَّ بَعَثَهُ ۖ قَالَ كَمْ لَبِثْتَ ۖ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ ۖ قَالَ بَل لَّبِثْتَ مِائَةَ عَامٍ فَانظُرْ إِلَىٰ طَعَامِكَ وَشَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْ ۖ وَانظُرْ إِلَىٰ حِمَارِكَ وَلِنَجْعَلَكَ آيَةً لِّلنَّاسِ ۖ وَانظُرْ إِلَى الْعِظَامِ كَيْفَ نُنشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوهَا لَحْمًا ۚ فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿٢٥٩
Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah
tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
(Al-Baqarah : 259)
Yeremia hidup di antara bahagian terakhir abad ketujuh dan bahagian pertama abad keenam Sebelum Masihi.Yirmeyahu yang bererti “Yahwe meningkatkan”.
Yeremia telah sekian lama bekerja sebagai nabi, dan selama waktu itu ia selalu memperingatkan umat Tuhan tentang bencana yang akan menimpa mereka kerana mereka berdosa dan menyembah berhala. Bencana itu menjadi kenyataan apabila pada masa Yeremia masih hidup: Nebuchadnezar raja Babel merebut dan menghancurkan Baitulmuqaddis serta Kuil Suci yang ada di situ; raja Yehuda bersama rakyatnya telah diarahkan diangkut ke Babel (untuk menjadi hamba abdi). Yeremia juga menyifatkan bahawa orang-orang itu akan kembali dari pembuangan (pelarian) dan keadaan bangsa Israel akan pulih kembali.
Yeremia tinggal di Yerusalem ketika dia masih muda. Suatu hari Tuhan datang kepada Yeremia dan memanggilnya untuk menjadi nabi. Tuhan berfirman kepada Yeremia bahawa dia dipilih untuk menjadi seorang nabi sebelum dia dilahirkan. Tuhan tahu bahawa kehidupan Yeremia akan susah. Tetapi Dia berjanji kepada Yeremia bahawa Dia akan sentiasa bersamanya.
Orang-orang di Yerusalem tidak mentaati janji-janji mereka dengan Tuhan. Kerana kejahatan mereka, Yeremia memberi amaran kepada orang ramai bahawa mereka akan ditakluki. Tuhan berfirman bahawa jika mereka mentaati hari Sabat, kota Yerusalem tidak akan dihancurkan. Tetapi orang ramai tidak mendengar.
Yeremia mengajar orang ramai selama bertahun-tahun. Tetapi mereka tidak bertaubat. Sebaliknya, mereka mencederakan Yeremia dan memasukkannya ke dalam penjara.
Yeremia 20:2; 26:8–9; 37:15–18; 38:6
Yeremia mengasihi orang ramai. Dia menangis kerana dosa-dosa mereka. Seperti nubuat Yeremia, Yerusalem telah dimusnahkan, dan orang ramai ditangkap.
Yeremia 9:1–8; 25:9–12; 52:1–10
Yeremia dibawa ke Mesir. Tuhan memfirmankannya untuk menulis nubuat-nubuatnya. Yeremia mematuhi Tuhan walaupun dalam keadaan sukar. Dia terus memberitahu bangsanya untuk mentaati janji-janji mereka dengan Tuhan.
.
” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)