.
Monday, November 30, 2020
Friday, November 6, 2020
MENDEPANI GOLONGAN RUWAIBIDHAH
MENDEPANI GOLONGAN RUWAIBIDHAH
ADAKAH KITA
DI ANTARANYA
ADAKAH INI
ZAMANNYA
Abu Hurairah
RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
“Akan tiba pada manusia tahu penuh kebohongan.
Saat itu, orang bohong dianggap jujur.
Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat
dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang
Ruwaibidhah berbicara.”
Ada sabahat
bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?”
Nabi s.a.w
menjawab :
“Orang bodoh
yang menguruskan urusan umum.”
(Riwayat Ibn Majah, kitab al-Fitan, bab zaman yang dahsyat No. Hadith : 4026. Imam Ahmad, Sahabat yang banyak meriwayatkan hadith, musnad Abu Hurairah. No. Hadith : 7571. Al-Hakim, Mustadrak ‘ala al-Sahihayn, 5 : 659)[Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani RA di dalam Silsilahnya, no. hadith : 1887].
Al-Ruwaibhidah
adalah
Sighah
tasghir bagi Rabhidah dan ta’ marbuthah di akhirnya bagi menunjukkan mubalaghah.
Al-Rabhidah ialah seseorang yang lemah dan tenggelam di dalam hal-hal keduniaan
dan sentiasa menginginkannya.
[ Hasyiah
al-Sindi ‘ala Ibn Majah, 2 : 494]
Riwayat di dalam Musnad Ahmad mengatakan :
Orang yang bodoh bercakap perkara umum.
[Musnad
Ahmad, no. hadith 7912]
Riwayat di
dalam Syarh Musyhkil al-Athar :
Orang yang
fasiq bercakap perkara umum.
[Syarh Musyhkil
al-Athar, no. hadith 13299]
Imam
al-Syatibi di dalam al-‘Itisham :
Orang yang
bodoh dan keji bercakap berkaitan perkara umum sedangkan dia bukan ahli dalam perkara
tersebut tetapi masih ingin bercakap.
[
al-‘Itisham, 3:100]
Baginda Nabi SAW memberi amaran kepada umatnya agar berhati-hati ketika menghadapi hari-hari yang penuh dengan tipu daya dan pada waktu itu, kebenaran dan amanah akan terletak pada orang-orang yang bodoh dan keji lagi fasik. Mereka ini digelar sebagai al-Ruwaibidah.Nabi SAW menyifatkan al-Ruwaibidah dengan dua sifat iaitu sebagai :
“Orang yang
keji atau kurang ilmunya dan dalam masa yang sama bercakap berkaitan
perkara-perkara umum yang besar sedangkan dia tidak mempunyai ilmu padanya.”
.
” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)