.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Thursday, April 30, 2015

Ka'ab Bin Malik

Ka'ab bin Malik, biarpun dihukum kerana tidak hadir di medan perang yang tertangguh di Tabuk. Ia bukan
menjadi peluang untuk berpaling dari terus berada di dalam nakhoda yang diketuai oleh Rasulullah S.A.W. Peristiwa ini berlaku ketika terdapat ramai puak munafiqin yang tidak menyertai gerakan jihad ke Tabuk. Mereka bukan sahaja gagal menyahut seruan Nabi, bahkan cuba mempengaruhi orang lain supaya menguzurkan diri. Firman Allah :




"Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata; Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini. Katakanlah (wahai Muhammad); Api neraka Jahannam lebih panas membakar, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami."
Orang munafik berkata, "Janganlah berpergian dalam keadaan panas."

Lantaran itu Baginda menjawab, "Api neraka Jahannam lebih panas membakar."

Ketika orang-orang munafik menguzurkan diri dari peperangan tersebut, mereka langsung tidak dikenakan tindakan oleh Rasulullah S.A.W. Tetapi, ketika tiga orang Sahabat Nabi berhadapan dengan Baginda, mereka langsung dikenakan hukuman dari Allah iaitu pemulauan untuk beberapa tempoh yang ditentukanNya. Di antara orang-orang beriman yang tidak menyertai tentera Muslimin ke Tabuk ialah Murarah bin Rabi', Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik.

Murarah bin Rabi' tidak bersama-sama pasukan Nabi Muhammad S.A.W kerana hasil tanaman tamar dikebunnya sedang masak dan terpaksa dikutip. Lalu beliau menyangka penyertaannya dalam lain-lain peperangan sebelum ini, dapat melepaskan dirinya daripada peperangan yang seterusnya bakal dihadapi oleh kaum Muslimin.

Manakala Hilal bin Umayyah pula sibuk mendampingi kaum keluarganya yang baharu pulang ke Madinah setelah sekian lama meninggalkan kota itu. Seperti Murarah, Hilal juga menyangka penyertaannya di dalam beberapa peperangan terdahulu bersama Rasulullah S.A.W, mengizinkan sebab keuzurannya.

Ka'ab bin Malik pula saat itu sedang menikmati kesenangan yang sebelum ini tidak pernah dinikmatinya, kebunnya subur, unta-untanya beranak-pinak. Hal itu menyebabkan Ka'ab telah tertinggal kebelakang dari turut bersama pasukan Rasulullah S.A.W di Tabuk. Hal ini disedari oleh Rasulullah apabila Baginda bertanya kepada Para Sahabat, di mana Ka'ab bin Malik? Menyedari reaksi Rasulullah S.A.W tertanya-tanya, Para Sahabat meminta Ka'ab menemui Baginda sejurus sampai ke Madinah.

"Apa yang menghalangi kamu? Bukankah kamu telah membeli unta?", tanya Rasulullah S.A.W kepada Ka'ab.

Lantas Ka'ab menjawab, "Ya RasulAllah S.A.W, kalau orang lain sudah tentu aku memberikan alasan-alasan yang munasabah kerana Allah mengurniakanku kefasihan. Tetapi kepada Baginda Rasulullah, walaupun aku dapat memberi keterangan-keterangan dusta yang mampu memuaskan hati, sudah tentu Allah akan memurkaiku. Oleh itu aku bercakap benar. Demi Allah! Aku tiada sebarang alasan pun sedangkan pada waktu itu hidupku mewah dan jauh dari sebarang keuzuran."
Kesalahan Ka'ab bin Malik, Murarah bin Rabi' dan Hilal bin Umayyah tidaklah begitu serius jika hendak dibandingkan dengan seruan-seruan supaya tiadanya wala' dalam jamaah, ataupun menubuhkan pasukan lain untuk menyaingi pasukan Rasulullah S.A.W. Lagi pula pertempuran sebenarnya tidak berlaku di Tabuk, bahkan pasukan Rasulullah S.A.W kembali ke Madinah dalam keadaan tidak berperang. Tetapi mereka tidak berdolak-dalih dan redha terhadap hukuman yang dikenakan oleh Rasulullah. Mereka bertiga dipulaukan untuk beberapa tempoh yang ditentukan. Tidak ada seorang pun yang boleh bergaul dengan mereka bertiga, kerana itu arahan Rasulullah S.A.W.

Ketika itu dunia yang begitu luas menjadi sempit kepada mereka bertiga akibat hukuman ini. Hal ini lebih membimbangkan lagi jika di antara mereka menemui ajal, pastilah Nabi Muhammad S.A.W tidak akan mengimami solat jenazah mereka. Sebaliknya pula jika Baginda S.A.W wafat, sudah tentu pemboikotan yang dikenakan ke atas mereka berterusan sehingga ke akhir hayat.

Kekhuatiran itu menyebabkan Ka'ab bin Malik sering memberanikan diri menghampiri Nabi Muhammad S.A.W sambil memberikan salam. Ka'ab menunggu-nunggu jawapan Baginda S.A.W dengan penuh penyesalan dan harapan, namun kerapkali pertemuannya membuahkan kehampaan. Pernah satu ketika Ka'ab memanjat pagar kebun sepupunya, Qatadah. Ka'ab mengucapkan salam kepadanya tetapi tidak berjawab. Lantaran itu Ka'ab menggesanya supaya menjawab hanya satu soalan sahaja. Ka'ab bertanya, "Engkau tahu atau tidak yang aku mencintai Allah dan RasulNya?"

Soalan itu diulangi sebanyak tiga kali. Pada kali yang ketiga baharulah Qatadah menjawab,"Hanya Allah dan RasulNya yang mengetahui."

Mendengar jawapannya itu Ka'ab menangis lalu meninggalkannya.

Di suatu sudut lain ketika Ka'ab dikenakan pemulauan tersebut, banyak suara yang membelanya, banyak suara empati tentang hukumannya, bahkan ada juga suara yang memujuk dan mengajaknya agar berpaling dari kumpulan Rasulullah S.A.W. Pujukan itu berupa tawaran-tawaran jawatan, jabatan, kedudukan, kemuliaan yang mungkin akan diberikan oleh seorang raja dari Ghassan yang beragama Nasrani dari negeri Syam. Ini kerana kewibawaan yang dimiliki oleh Ka'ab dianggap memiliki daya tarikan yang cukup kuat, pengaruh yang cukup hebat, yang mampu memberikan kepentingan apapun yang diinginkan oleh pihak lain terhadapnya.

Itulah apa yang dialami oleh Ka'ab bin Malik setelah berita pemulauannya sampai ke pengetahuan Raja Ghassan. Raja Ghassan kemudiannya menyerahkan sepucuk surat yang berbunyi, "Kami telah mengetahui penganiayaan yang kamu perolehi dari pemimpinmu (Nabi Muhammad). Allah tidak akan membiarkan kamu dalam keadaan hina dan malu. Ada baiknya kamu menyertai kami, dan kami akan memberi segala pertolongan kepada kamu."

Luar biasa perhatian Raja Ghassan kepada Ka’ab bin Malik. Ketika posisi Ka'ab berada dalam keadaan kritikal kerana dihukum oleh Nabi, seorang Raja yang punya kerajaan, punya harta dan takhta memberikan perhatian khusus kepadanya. Pada saat semua Sahabat tidak peduli kepada Ka'ab, ternyata masih ada orang yang ingin menyapanya, bahkan ia adalah seorang Raja.

Mujurlah yang mendapat surat itu Ka'ab bin Malik, seorang mujahid yang hebat. Beliau bukan orang yang mudah dipujuk rayu. Beliau bukan orang yang mudah diajak melakukan bangkangan terhadap gerakan yang dipimpin Rasulullah S.A.W. Tidak ada ungkapan pembandingan yang keluar dari mulut Ka’ab seperti, "Orang luar pula yang memberikan perhatian kepada nasibku. Sahabat-sahabatku, jiran tetanggaku, orang yang satu jama’ah denganku, langsung tidak peduli dengan diriku."

Tidak ada garis kalimat seperti itu yang tercetus dari mulut Ka’ab bin Malik. Beliau menyedari, surat Raja Ghassan itu adalah ujian berikutnya yang harus dihadapi dengan sepenuh kesedaran dan kefahaman. Adapun matlamat dunia dan akhirat yang diinginkannya adalah keredhaan Allah dan RasulNya. Bukan pengakuan orang, bukan apresiasi Raja Ghassan. Surat Raja Ghassan itu benar-benar merupakan sebuah ujian keikhlasan yang datang tepat pada waktunya, dan Ka’ab mampu melalui ujian ini dengan sempurna.

Ka'ab bin Malik memasukkan surat Raja Ghassan itu ke dalam relung api dan membakarnya. Lalu Ka'ab terus berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W sambil berkata, "Ya RasulAllah S.A.W, hampir-hampir aku tergelincir ke dalam jurang kehinaan yang amat dahsyat, sehinggakan orang-orang kafir menyangka aku akan murtad."

Mendengar keluhan Ka'ab bin Malik itu, Rasulullah S.A.W tetap berdiam, bahkan tidak memberirespon ke atas apa yang berlaku kepada Ka'ab.

Selepas 40 hari pemulauan itu berjalan, dan harapan agar berita berakhirnya masa hukuman ke atas tiga orang Sahabat Nabi segera diutuskan, seorang utusan Nabi Muhammad S.A.W mendatangi Ka'ab dengan membawa satu perintah baharu, iaitu perintah supaya ketiga-tiga orang Sahabat yang dipulau ini berjauhan dengan isteri. Utusan yang datang bukan utusan pengampunan, justeru menambahkan lagi hukuman berikutnya iaitu berpisah tempat tinggal dengan isteri. Hidup dirasakan seperti di dalam penjara, tanpa teman, tanpa anak dan isteri yang menemani.

Lengkap sudah kesunyian ini, ketiga-tiga Sahabat Nabi ini menjalani babak baharu dalam hukumannya. Mereka adalah mujahid sejati, mereka tidak memberontak dan menolak hukuman berikutnya. Kata Ka'ab yang akur dengan arahan ini kepada isterinya, "Pergilah kamu tinggal bersama-sama orang tuamu sehingga Allah menentukan sesuatu hukuman lain bagiku."

Justeru bersantai sahaja di rumah dan tidak bersama-sama kaum Muslimin ke medan perang bukanlah kesalahan yang ringan. Buktinya hukuman masih ditambah dan ditingkatkan.

Di antara tiga orang Sahabat yang dikenakan tindakan pemulauan ini, Hilal sahaja yang memiliki masalah yang berbeza kerana usianya yang sudah terlalu tua jika dibandingkan dengan Ka’ab dan Murarah. Lantaran itu, isteri Hilal bin Umaiyah datang menghadap Rasulullah S.A.W dan mengadu bahawa suaminya sudah tua dan tidak memiliki pembantu untuk merawatnya. Isterinya tidak sanggup membiarkan Hilal yang sudah tua itu menjalani kehidupan sendiri. Lantaran kebijaksanaan Baginda Nabi S.A.W, permintaan isteri Hilal bin Umaiyah diperkenankan.

Begitulah mulianya adab Para Sahabat. Bila arahan dikeluarkan oleh Nabi S.A.W, mereka mendengar dan taat. Ketika hukuman itu terasa memberatkan bagi orang seusia Hilal bin Umaiyah, isterinya pula mengusahakan keringanan bagi suaminya. Menghadap Nabi S.A.W dengan penuh akur terhadap arahan dan mengharapkan belas dari Baginda disebabkan kondisi suaminya itu. Itu semua merupakan hak yang diakui oleh Baginda Nabi S.A.W, dan ia bukan suatu keaiban dan kesalahan. Sesungguhnya ini adalah contoh interaksi yang sangat mulia, antara orang-orang beriman, yang sangat mencintai Allah dan RasulNya.

Pemulauan terhadap tiga orang Sahabat Baginda S.A.W berakhir sebaik sahaja terdengar orang menjerit dari kemuncak bukit, "Ada berita gembira buat kamu wahai Ka'ab!"

Sebaik sahaja mereka bertiga mendengar berita pengampunan itu, mereka masing-masing bersujud dengan gembiranya sambil mengucapkan syukur kepada Allah. Seluruh Sahabat mengucapkan tahniah kepada mereka dan ketika itu wajah Baginda S.A.W berseri-seri dengan cahaya kegembiraan.

Inilah kesan tarbiyah dari peristiwa yang sangat mustahak diambil pengajarannya. Peristiwa menarik seperti ini hanya dapat kita saksikan dari generasi terbaik di zaman Baginda Nabi S.A.W. Ia memberikan pelajaran kepada kita semua, sekalipun pengajaran itu melalui kesilapan orang-orang soleh terdahulu. Ini kerana, jika generasi keemasan Islam tidak pernah ada orang bersalah,untouchable, maka kita tidak dapat mengambil ibrah dari kesilapan mereka.

Semua orang memiliki peluang melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang bersalah adalah yang bersedia mengakui kesalahan itu dan melakukan perbaikan. Salah satu usaha perbaikan itu adalah dengan jalan menerima hukuman, dan menjalaninya dengan sepenuh kesedaran dan kerelaan.

Maka sebagai Ibroh Siapapun dipecat, siapapun dihukum, siapapun dikenakan tindakan serta merta pasti akan mengalami kejutan yang luar biasa. Fitrah manusia lahirnya pasti akan merasa marah bukan kepalang, dibayangi kesumat yang mencengkam apabila menghadapi tindakan sedemikian. Namun, bagi mereka yang jiwanya kental, niatnya berjuang semata-mata kerana Allah dan Rasul, pastilah tidak merasa sempit dada kerana jalan perjuangan masih panjang. Hukuman bukanlah bererti perjuangan terhenti ditengah jalan, tetapi harus terus konsisten berada di lapangan yang diredhai Allah dan Rasul-Nya.

Pendakwah

Kitab        :  Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan
Karangan     :  Syeikh Sa’id Hawwa
Kajian       :  Syeikh Al Bahi Al Khauly

 tanggungjawab yang dipikul oleh setiap individu Muslim ;
  1. Membina individu yang beridentiti Islam.
  2. Menegakkan hukum Islam di seluruh pelusuk benua.
  3. Menyatukan kuasa politik bagi umat Islam.
  4. Mengembalikan sistem khilafah bagi umat Islam.
  5. Memastikan syariat Allah dilestarikan di seluruh dunia.
Itulah tugas yang maha berat bagi pendakwah. Namun terkadang wujud kekeliruan istilah antara pendakwah dan penceramah. Seorang
tokoh tarbiyyah Ikhwan Muslimin, Syeikh Al Bahi Al Khauly telah menegaskan tentang perbezaan dua gelaran tersebut di awal karya beliau yang berjudul –Tazkirah ad Du’at – :
“Sesungguhnya pendakwah tidak sama seperti penceramah. Jika penceramah, tugasnya hanya berceramah. Manakala pendakwah, individu yang optimis dengan pemikirannya. Tugasnya menyampaikan risalah dakwah dengan penulisan, ucapan, perbualan biasa, segala kerja yang dibuat serta segala apa medium yang dirasakan bermanfaat untuk dakwah.”
Penceramah hanya akan beraksi apabila diberi peluang di pentas ceramah. Populariti dan pengikut merupakan bonus baginya. Apa yang disebut belum tentu menggambarkan hakikat keadaannya yang sebenar.
Sebaliknya aksi pendakwah tidak terhad. Mana-mana peluang yang sempat dicapai akan digunakan dengan sebaiknya untuk menyampaikan risalah Islam. Mereka sangat takut dengan sanjungan, bimbang populariti tersebut akan memesongkan misi dakwahnya. Apa yang disebut, itulah yang terbit dari hatinya.
Kesungguhan dan kejujuran pendakwah tiada tandingan. Kesungguhan tersebut pernah ditatah dari kisah Imam Hasan al Banna berdakwah sambil bersosial di kedai kopi. Usaha tersebut berterusan sehingga melewati pintu arena panggung.
Banyak lagi sifat bagi pendakwah yang disebutkan oleh Syeikh Al Bahi Al Khauly. Jika diamati kriteria yang telah tersenarai di dalam buku tersebut, sehingga membuatkan penulis amat malu untuk mengaku bahawa diri ini sebagai pendakwah.
Kerap kali kita mencari idea bombastik dan rumit yang mengujakan untuk disampaikan kepada sasaran dakwah. Moga-moga dengan isi dan gaya penyampaian yang mengujakan itu mampu memukau pendengar-pendengar. Kesungguhan tersebut jika tidak dikawal boleh mengakibatkan kita terlupa bahawa kita belum pun melaksanakan apa yang diucapkan.
Terkadang kita menganggap bahawa dakwah seperti menyediakan pentas persembahan yang membenarkan kita melakonkan pelbagai gaya tanpa pantauan amanah terhadap agama dan diri sendiri. Itulah beza antara pendakwah dan penceramah.
Penceramah bebas mengucapkan 1001 mutiara kata walaupun amalan dirinya jauh menyimpang dari apa yang diucapnya. Manakala bagi pendakwah, mereka perlu memastikan dirinya benar-benar layak untuk menyampaikan sesuatu mesej Islami merujuk kepada tanggungjawab dirinya sebagai hamba Allah. Firman Allah Taala :

“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedang kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al Kitab. Tidakkah kamu berakal.”  (Al Baqarah:44)


“Amat besar kemurkaan Allah apabila kamu berkata perkara yang kamu tidak buat.”  (As Saff:3)



Syeikh Al Bahi Al Khauly turut menegaskan, “Apa yang penting hubungan antara juru da’wah dan sasaran da’wah adalah dengan ruh mereka. Bukan dengan seni bicara dan kelancaran tutur kata.”
Bagi pendakwah, cukuplah jika diberi peluang berkata dari lubuk hatinya tentang kebenaran. Walaupun isinya versi ulangan atau tidak dilihat begitu ‘akademik’, ia dirasakan mencukupi sesedap rasa dengan apa yang perlu diterima oleh sasaran dakwah.
Oleh kerana itu Syeikh Al Bahi Al Khauly berterus-terang mengungkapkan,
“Saya tidak kesal jika karya ini tidak disajikan dengan tutur kata yang indah berseni. Bahkan saya sangat redha dengan cara tersebut. Bukanlah karya ini ditujukan kepada penceramah-penceramah atau mereka yang ingin belajar seni pidato. Sebaliknya karya ini dedikasi kepada para pendakwah yang jujur menyeru manusia kembali kepada Allah.”
Justeru, tidak hairanlah sejarah Para Sahabat terdahulu hanya membaca beberapa potong ayat Al Quran dan tidak akan menyambung bacaannya melainkan mesej di dalam ayat tersebut telah dilaksanakan. Mereka sangat memelihara akhlak ‘cakap serupa bikin’.
Sehingga ada riwayat yang dinaqalkan daripada Ibnu Umar bahawa ayahnya, Umar Al Khattab R.A mendalami dan mengamalkan Surah Al Baqarah selama 12 tahun. Berikutan itu, Umar kerap bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai RasulAllah, adakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al Baqarah, jika belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya”. Begitu jugalah yang berlaku kepada Ibn Umar, beliau turut berusaha menjadi seorang yang faqih (faham) setiap petikan ayat di dalam Surah Al Baqarah selama 8 tahun.
Terdapat hadith riwayat Imam Bukhari yang menceritakan perihal penceramah yang ‘cakap tidak serupa bikin’, mafhumnya,
“Dicampak seseorang ke dalam api neraka pada hari kiamat. Maka dia diikat seperti ikatan keldai. Dia berpusing-pusing seperti keldai mengikut arah ikatan tersebut. Lantas ahli neraka yang lain mengerumuninya lalu bertanya: Mengapa kamu jadi begini? Bukankah dahulu kamu yang menyeru kami perkara kebaikan dan melarang kami dari perkara kemungkaran? Lalu dijawab: Memang aku yang menyeru kalian agar berbuat perkara kebaikan tapi aku tidak melaksanakannya, dan aku melarang kalian dari melakukan perkara kemungkaran tapi aku yang melaksanakannya.”
Berdasarkan pengamatan penulis tentang buku – Tazkirah ad Du’at – penulis boleh menyimpulkan bahawa Syeikh Al Bahi Al Khauly sedikit kecewa dengan keghairahan sesetengah golongan yang bersungguh ingin menjadi penceramah sehingga lupa matlamat asal, iaitu tanggungjawab menyeru ke jalan Allah.
Mereka yang menggalas tanggungjawab sebagai penceramah hendaklah benar-benar memfokuskan penglibatannya sebagai peluang untuknya menyeru kepada Islam, bukannya menagih populariti agar ia tidak dilihat sebagai pencemaran terhadap kemuliaan dakwah Islamiyyah.
Apa yang ingin disampaikan di sini adalah agar kita semua menjadi pendakwah yang terarah meneruskan perjuangan Baginda Nabi saw. Jalan dakwah Baginda bukanlah jalan yang mudah, jalan yang dihemburkan dengan bunga-bunga pujian, jalan yang dibentangkan dengan permaidani merah, tetapi jalan Baginda penuh dengan liku dan tarbiyah dari Allah Taala.

Cabaran-cabaran :

Dakwah bermaksud seruan dan ajakan. Firman Allah dalam Surah Aali Imran ayat 104;
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang segala perbuatan yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang-orang yang berjaya.”

Dalam usaha untuk menggembangkan dakwah, pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa dilalui oleh setiap para da’ie. Ada yang bersifat dalaman dan ada pula yang bersifat luaran. Iblis, syaitan, manusia kafir, munafiq, dan golongan taghut yang berkepentingan sentiasa menjadi batu penghalang ke arah menyebarluaskan ajaran agama Allah ini. Allah befirman dalam Surah al Ahzab ayat 22;
وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلاَّ إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا
“Apabila orang-orang yang beriman melihat golongan (al-Ahzab) penentang (bergentayangan) mereka lantas berkata inilah apa yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya . Benarlah Allah dan Rasul-Nya.( Namun mereka tidak gentar) bahkan semakin bertambah teguh keimanan mereka dan pasrah kepada Allah.” 

Cabaran Terhadap Dakwah

Berikutan dengan perkembangan dunia yang begitu tragis akhir-akhir ini, khasnya setelah berlaku peristiwa 11 September dan pengganasan Amerika di Afghanistan dan Israel di Palestin maka usaha untuk menyampaikan Islam semakin terdedah kepada ancaman dan penentangan yang lebih seru dan getir. Pendakwah Islam sering dilabel dengan label-label tertentu dan dengan gelaran buruk di samping berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi tersendiri yang pastinya menuntut kepada kesabaran dan perancangan yang rapi bagi memastikan matlamat yang ingin dicapai terlaksana disamping mendapat keredhaan Allah.

Dari sekian banyak cabaran yang dihadapi pada masa kini bolehlah diterangkan sebagai berikut :
  • Cabaran Islamophobia
Media massa tempatan dan di luar negara tidak henti-henti menyiarkan rencana, pemberitaan dan komen-komen yang memburukkan Islam dan para penatarnya. Mereka menggunapakai istilah-istilah yang sengaja memalitkan Islam dengan perbuatan jenayah, ganas, bermuslihat dan sebagainya untuk menutup mata terhadap perlakuan ganas regim penjajah, Israel dan negara kuasa besar yang sering melakukan keganasan terhadap negara-negara kecil di dunia.

Mereka mencipta musuh dan nama-nama baharu yang secara tersirat sebagai strategi mengganyang negara dan gerakan Islam yang kini sedang memulihkan kehadiran mereka dipentas politik dunia. Dalam masa yang sama mereka memperguna prasarana undang-undang antarabangsa dan insititusi antarabangsa untuk mengekang kebangkitan negara-negara Islam, negara-negara berkecuali dan negara-negara ketiga untuk bangun menyaingi mereka sebagai kuasa ekonomi, politik, teknologi dan ketenteraan.
  • Cabaran fahaman sekularisme
Fahaman sekularisme pula telah lama disebar dan dibajai dalam seluruh jentera negara. Fahaman ini yang dibawa oleh barat dan disenangi oleh nafsu amarah manusia sedang melanda umat Islam dan menjadi wabak yang menghakis komitment kepada nilai-nilai agama. Sekiranya fahaman ini tidak dibendung dan tidak ditangani segera dengan berkesan maka akan terhakis dan runtuhlah jatidiri generasi tua dan muda umat Islam kini. 

Pegangan mereka kepada agama akan luntur bahkan semakin menipis dan larut. Gejala-gejala buruk pasti akan menular sepertimana yang sedang dirundung oleh umat Islam masa kini. Pastinya umat Islam akan terus berpecah-belah menurut fahaman yang berbagai ragam sehingga mereka menjadi alat untuk meruntuhkan agama mereka sendiri.
  • Cabaran kuasa politik yang semakin undemocratic
Kekuasaaan yang dipegang oleh tampuk kepimpinan yang tidak demokratik, hidup memerah dan membolot kekeyaan untuk kroni mereka, mengenggam kekuasaan sebagai hak mutlak peribadi dan bukan amanah Allah, enggan mengamalkan dan melaksanakan pemerintahan mengikut ajaran Islam pastinya akan menyebabkan matlamat dan hala tuju sesebuah negara kucar-kacir. Institusi negara, dari kehakiman, kepolisian, penerangan, perbendahaaraan akan disalahgunakan untuk kepentingan parti. 

Akhirnya amalan politik akan hanya untuk kepentingan kumpulan kecil dan diri sendiri mengikut corak yang telah diajar oleh fahaman kapitalis dan meterialis. Kemelut ini sudah tentu melahirkan iklim politik dan budaya sosial yang menyimpang jauh dari keluhuran, ketelusan dan nilai-nilai tamadun yang tinggi. Persempadan baru dan akta pilihanraya lebih bertujuan untuk menghimpit rakyat dan parti lawan. Kadar peruntukan bayaran tertentu dinaikkan untuk menafikan hak rakyat untuk mengadakan reformasi.
  • Cabaran undang-undang dan akta draconian
Undang-undang yang adil adalah tuntutan segenap rakyat yang prihatin. Manakala ciri undang-undang yang adil ialah yang lahir dari tuhan yang maha adil. Dalam hal ini umat Islam berkeyakinan bahawa undang-undang yang saksama ialah undang-undang yang berlandaskan kepada ajaran Islam atau nilai-nilai kebaikan sejagat. Keengganan menurut lunas-lunas perundangan ini akan menyebabkan negara terjebak dalam kancah kemelut kezaliman, penipuan, fitnah, lucah dan amalan politik mafia. 

Amalan menangkap lawan atau musuh politik dengan tuduhan palsu bertopengkan alasan keselamatan negara memang lumrah di kalangan para pemerintah korup dan diktator. Selagi amalan amalan buruk dan zalim ini berleluasa dalam negara sukar untuk negara berkenaan untuk dilabelkan sebagai negara Islam. Dalam masa yang sama ketidakadilan dalam perundangan dan perlaksanaannya semakin berleluasa.
  • Cabaran kepimpinan dan pemimpin yang korup
Kepemimpinan bukan suatu kuasa untuk berleluasa, berbuat apa sahaja menurut kehendak hati. Ia adalah suatu amanah Allah dan masyarakat yang perlu dipikul dengan penuh hikmah dan bijaksana. Ia memerlukan rasa tanggungjawab yang tinggi menjaga muslihat agama, negara dan rakyat. Kepimpinan dalam Islam mesti berada
dikalangan orang yang paling beriman, berilmu, bertakwa, mempunyai integriti, mampu berjihad dan layak. Kepemimpinan yang korup dan melanggar etika dalam kepemimpinan Islam tanpa dapat membezakan yang baik dan buruk serta enggan mengikut lunas Islam sudah pasti membawa musibah. 
  • Cabaran media massa yang tidak bertanggungjawab dan kurang beretika
Media massa yang terlalu mengikut telunjuk dan bias terhadap sesuatu parti politik, biasanya hanya akan menyebarkan berita yang mampu menaikan dan menjatuhkan mana-mana parti yang menjadi ancaman. Oleh itu, media massa tidak lagi menjadi satu institusi yang mencelikkan akal rakyat atau meningkatkan budi dan kewarasan mereka berfikir tapi sebagai alat propaganda yang lebih membunuh kebijaksanaan dan memperbodoh daya pemikiran mereka. 

Media massa seperti ini tidak malaksanakan tanggungjawab sosial; meningkatkan budaya berpolitik yang sihat dan demokratik, sebaliknya menjadi kuda tunggangan manusia yang penuh tipu muslihat untuk menjatuhkan sesama sendiri, atau terhadap parti lawan. Hak-hak untuk kebebasan bersuara dinafikan. Kebebasan akhbar tinggal dakwaan manis yang tidak pernah menjadi kenyataan. Imej ulama, mufti, Rasulullah, muslimat yang bertudung bahkan para pembimbing masyarakat yang ternama sering menjadi sasaran usaha pemudaran reputasi dan kredibiliti oleh media berkenaan.
  • Cabaran Pendidikan Sekular
Pendidikan sekular yang telah diperkenalkan oleh penjajah kini semakin diperkasa. Aliran sekolah bahasa Inggeris yang dahulunya telah ditukar kepada aliran kebangsaan kini mahu dinobatkan semula. Semangat kemerdekaan dan keagamaan yang dahulunya diperjuang dan didaulatkan kini seolah-olah dilupakan bahkan aliran keagamaan sering dimomok dan dianggap sebagai penghalang kemajuan dan pembangunan. Amalan-amalan ibadah khusus dianggap penghalang kejayaan dalam pembelajaran sains. 

Sebab itu kegiatan ibadah qiamullail, zikir, solat tahajjud dan sebagainya diremeh dan dipandang rendah oleh para pemimpin atasan tertentu. Ibu bapa yang prihatin terhadap pendidikan agama anak-anak mereka dalam menghadapi kebanjiran bahan lucah dan gejala maksiat dan sumbang mahram di kalangan remaja diaggap sebagai penyebab kepada menurunnya prestasi bumiputra dalam lapangan pencapaian sains. Pengabaian dan tindakan meminimakan pendidikan agama sudah pasti akan menghasilkan satu generasi melayu muslim yang berkiblatkan nafsu atau budaya barat semata-mata.
  • Budaya Barat (Westernisasi)
Akibat dari berleluasanya perkembangan alat kemunikasi dan informasi moden maka pengaruh budaya Barat semakin menjarah masuk dan melunturkan faham keagamaan dalam masyarakat. Budaya asing yang inginkan keseronokkan dunia semata-mata kini semakin mendapat tempat dihati umat Islam. Gejala negatif westernisasi menulari golongan remaja. Pesta seks di mana hubungan seks di kalangan muda-mudi yang bukan mahram dan belum berkahwin menggempari masyarakat. Amalan khurafat kembali menjengah oleh golongan politikus yang ingin mendapatkan kerusi kekuasaan. Gejala gigolo pun heboh diperkatakan dalam masyarakat. Pekong dan wabak bernanah yang hanyir ini jika tidak dirawat segera akan menyebabkan rosaklah umat Islam dan misi syaitan pasti akan berjaya.
  • Penyalahgunaan teknologi informasi dan telekomunikasi
Antara sebab kemunduran umat Islam adalah akibat dari kekurangan pengusaan terhadap teknologi yang semakin berkembang di negara barat. Teknologi ini memungkinkan mereka menyebarluaskan propaganda mereka dengan berkesan. Melalui filem, CD, VCD television stalite TV internet dan lain-lain mereka menyalurkan berjuta-juta patah perkataan imej, grafik dan diayah yang mempengaruhi umat Islam sehingga kehilangan jatidiri mereka. 

Dengan penguasaan yang canggih dalam bidang ini mereka dapat meneruskan penguasaan dan hegemoni ke atas dunia Islam dan negara-negara Islam. Jentera prisikan mereka meredah masuk dalam berbagai jaringan sensitif pertahanan negara. Mereka mungkin lebih arif terhadap rahsia dalaman berbanding umat itu sendiri.
  • Kuasa Penjajah dan Zionis
Perancangan dan kerjasama diantara masyarakat Kristian dan Yahudi yang ingin menghancurkan Islam telah menemui kejayaan dengan jatuhnya empayar Islam semasa Zaman Turki Uthmaniyah. Strategi dan perancangan yang semakin rapi sedang direncanakan yang pastinya membawa cabaran yang lebih besar lagi terhadap umat Islam. Mereka ingin mengubah beberapa ayat al-Quran , mereka mahu membasmi hadith Nabi sebagai suatu kuasa palsu yang memundurkan umat. Mereka juga mahu umat Islam tidak lagi membangun negara dan politik Islam kerana ia adalah fenomena ekstrimisme, dan terrorisme. Mereka terus memantau perkembangan negara umat Islam agar Islam sebagai pola peradaban yang lengkap tidak akan dapat dibangunkan semula.
  • Kristianisasi
Kristianisasi yang telah lama berlaku bukan merupakan perkara baru yang tidak diketahui oleh umat Islam. Namun, strategi yang dirancang terlalu halus dan memerangkap umat Islam yang leka dan lalai serta tidak mengikut ajaran Islam mengikut landasan yang betul. Sebab itu terdapat beberapa golngan yang berjaya disesatkan sehigga mendewa-mendewakan ajaran kristian dan seterusnya masuk menjadi penganut agama itu samada kerana ingin berkahwin, atau ingin mendapat habuan kebendaan atau lari menjadi rakyat di negara berkenaan. 

Golongan pendeta dan muballigh Kristian terus memainkan peranan mereka dengan dana kewangan yang besar dan prasrana diayah yang hebat dan canggih. Namun berkat kegigihan pendakwah kita, dan kewaspadaan umat telah dapat sedikit sebanyak membendung dan memelihara Umat Islam umumnya dari gejala Kristianisasi.
  • Globalisasi
Globalisasi merupakan satu proses menundukkan dunia dalam segenap sektor sama ada politik, ekonomi, sosial, budaya dan media dengan satu acuan kemanusiaan tertentu. Ia merupakan satu cara baru yang digunakan oleh Zionis atau Amerika Syarikat dalam berhadapan dengan Islam. Sikap negara-negara kuasa besar dan Eropah berlandaskan kepada pendekatan “pertembungan tamadun” yang meskipun mereka nafikan tetapi sebenarnya mereka gunakan untuk menghadapi kebangkitan Islam serta institusinya.

Globalisasi juga mewujudkan satu budaya yang mengikut telunjuk dan acuan Amerika serta menafikan nilai-nilai murni dan mulia serta budaya setempat. Semuanya akan bertukar kepada budaya yang bertuhankan material semata-mata. Globalisasi adalah istilah lunak mengantikan imprialisme dan penjajahan.
  • Kuasa Agensi Agama yang disalahgunakan
Di dalam negara umat Islam pula Agensi Agama yang telah dipolitikkan oleh golongan tertentu telah menjadi penghalang kepada berkembangnya kefahaman agama yang syumul dan beristiqamah. Badan-badan berkanun dan agensi-agensi pentadbiran agama digunakan untuk menghalang penyampaian agama dalam bentuknya yang merangkum kesedaran politik dan usaha reformasi umat. Dalam masa yang sama pihak berkuasa menghadkan kuasa agama dalam bidang tertentu sahaja supaya mereka mempunyai kuasa yang amat terbatas dan sukar untuk melaksanakan sesuatu tuntutan syariat.
  • Kemiskinan dan Kepapaan
Taraf hidup masyarakat Islam yang rendah menyebabkan mereka mudah diperkotak-katikkan dan dipergunakan untuk kepentingan penjajah asing atau agen-agen mereka yang melanjutkan pegangan terhadap fahaman yang salah dan keliru. Usaha-usaha memperalatkan pimpinan yang membawa kebaikan kepada barat giat dirancang bagi memastikan cengkaman ekonomi hanya dikuasai oleh Barat dan mewariskan kemiskinan dan pertelagahan kepada masyarakat jajahannya. Ini merupakan satu perancangan Yahudi dan kuasa raksaksa korporat Barat. 

Ekonomi negara diratah dan diperkotak-katikkan oleh penyangak mata wang antara bangsa. Manakala penyangak dalam negara pula membazirkan wang negara dalam projek mega yang mewah dan membolot kekayaan negara melalui tindakan menghisap keupayaan kewangan syarikat-syarikat awam yang diswastakan. Selepas syarikat yang diswastakan itu bangkrap mereka memulangkan semula kepada kerajaan untuk dibiayai semula oleh wang rakyat.
  • Masyarakat Majmuk
Kepelbagaian kaum dan agama telah dijadikan alasan menyekat perlaksanaan hukum Islam kerana dikatakan hendak menghargai hak dan kebebasan beragama. Ugutan dan ancaman golongan sekular telah menakutkan orang-orang yang bukan Islam menerima penyelesaian Islam. Soal khitan, keganasan dan sebagainya telah dijadikan momok untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam untuk menyokong aliran Islam.
  • Kepelbagaian wadah dan wahana dakwah yang belum diselaraskan dengan berkesan
Kepelbagaian wadah gerakan Islam tidaklah mutlak buruk. Ia mungkin menambahkan lagi kerancakan dakwah di dalam negara kita. Namun pendekatan yang berbeza dan kurangnya penyelarasan mungkin membuka peluang kepada golongan tertentu untuk melaga-lagakan mereka untuk tujuan melemahkan kesan dakwah secara total. Sebab itu gejala ini adalah merupakan cabaran yang tersendiri kepada para pemimpin harakah tersebut. Mereka perlu merumuskan suatu penyelarasan dan perkongsian bijak yang akhirnya menguntungkan Islam. 
  • Kekurangan Tenaga Manusia yang terlatih
Kekurangan tenaga pakar dari dunia Islam adalah hasil polisi pendidikan yang tidak sihat kesan dari penjajahan. Mereka tidak mahu melihat negara Islam lebih maju dari mereka. Sekatan terhadap para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka serta kuota yang dilaksanakan sedikit sebanyak menjejaskan mutu tenaga mahir atau pakar yang akan merencatkan pertumbuhan sesebuah negara Islam.

Sebenarnya banyak lagi cabaran yang dihadapi oleh usaha dakwah masa kini kalau hendak direntang panjang satu persatu. Tapi ruang yang terbatas menyebabkan kita berpada dengan huraian di atas.

Wednesday, April 29, 2015

SURAH AL-HUJRAT AYAT 11-12












Monday, April 27, 2015

Tazkiyah




Saturday, April 25, 2015

سورة الحجرات : 6




"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Allah memerintahkan agar benar-benar meneliti  berita yang dibawa oleh orang-orang fasik dalam rangka mewaspadainya, sehingga tidak ada  seorangpun yang memberikan keputusan berdasarkan  perkataan orang fasik tersebut, dimana pada saat itu orang fasik tersebut berpredikat sebagai seorang pendusta dan berbuat kekeliruan, sehingga orang yang memberikan keputusan berdasarkan ucapan orang fasik itu berarti ia telah mengikutinya dari belakang. Padahal Allah melarang untuk mengikuti jalan orang-orang yang berbuat kerusakan. Dari sini pula,  beberapa kelompok ulama melarang untuk menerima  riwayat  yang diperoleh dari orang yang tidak diketahui keadaannya karena adanya kemungkinan orang tersebut fasik. Sedangkan orang ini tidak terbukti sebagai seorang fasik karena tidak diketahui keadaannya. Dan kami telah menetapkan masalah ini dalam kitab al’Ilmu dalam kitab Syarh al-Bukhari. 

Ayat ini diturunkan apabila diriwayatkan dalam satu hadith: Setelah perang Bani Mushthaliq dinyatakan selesai, Rasulullah saw membahagi-bahagikan ghanimah(harta rampasan perang) dan tawanan kepada kaum muslimin. Tawanan itu diserahkan untuk menjadi hamba. Tawanan yang menjadi hak Rasulullah adalah Juwairiyah, anak pemimpin Bani Musthaliq. Dan Rasulullah saw tidak menjadikan Juwairiyah sebagai hamba, tetapi Rasulullah menikahinya. 

Tindakan Rasulullah ini mendorong para shahabat kemudian membebaskan para budak yang berasal dari Bani Mushthaliq. Dan di sisi lain, tindakan Rasulullah saw menikahi Juwairiyah binti al-Harits ini membuat al-Harits bin Dirar merasa mendapatkan penghormatan yang sangat tinggi. Maka ketika al-Harits ini mengunjungi Rasulullah saw, beliau mengajaknya untuk masuk Islam. Berbeza dengan sikap sebelumnya, al-Harits mudah saja untuk menerima tawaran Rasulullah saw untuk masuk Islam.
Sesudah masuk Islam Rasulullah saw memerintahkan al-Harits untuk mengajak kabilahnya masuk Islam dan membayar zakat. Al-Harits pun menyatakan kesediaan dan kesanggupannya. Kepada Rasulullah, Al-Harits menyatakan, “Saya akan pulang ke kampung saya untuk mengajak orang untuk masuk Islam dan membayar zakat dan bila sudah sampai waktunya, kirimkanlah utusan untuk mengambilnya.” 

Namun ketika kaum Bani Musthaliq sudah menerima Islam, dan zakat sudah banyak dikumpulkan sedang waktu yang disepakati oleh Rasul untuk mengambil zakat telah tiba, ternyata utusan beliau belum juga datang. Maka Al-Harits merasa bimbang kalau-kalau ada sesuatu yang tidak berkenan di hati Rasulullah saw. yang menyebabkan beliau tidak kunjung mengirimkan utusan. Al-Harits bimbang kalau persoalan ini akan memberi persepsi buruk terhadapnya dan kaumnya.

Setelah melalui musyawarah dengan tokoh-tokoh Bani Musthaliq, al-Harits merasa harus berjumpa Rasulullah saw, bukannya menanti kedatangan utusan beliau yang akan mengambil zakat. Dan keberangkatan ke Madinah dipimpin sendiri oleh al-harits dan diikuti oleh serombongan tokoh bani Musthaliq, untuk menyerahkan zakat itu kepada Nabi.

Sementara itu, dalam waktu yang hampir bersamaan Rasulullah saw. mengutus Al-Walid bin Uqbah untuk mengambil zakat yang telah dikumpulkan al-Harits. Di tengah Jalan al-Walid melihat al-Harits beserta sejumlah orang berjalan menuju Madinah. Atas dasar permusuhan semasa jahiliyah antara dirinya dengan al-Harits, timbul rasa gentar di hati Al-Walid, jangan-jangan al-Harits akan menyerang dirinya. Karena itulah kemudian ia berbalik kembali ke Madinah dan menyampaikan laporan yang tidak benar.

Al-Walid melaporkan kepada Rasulullah saw bahwa Al-Harits tidak mahu menyerahkan zakat, bahkan ia akan dibunuhnya. Rasulullah saw tidak langsung begitu saja percaya, beliau pun mengutus lagi beberapa sahabat yang lain untuk menemui Al-Harits. Ketika utusan itu bertemu dengan Al-Harits, ia berkata,
“Kami diutus Rasulullah saw untuk bertemu denganmu.”
Al-Harits bertanya, “Ada apa?”
Utusan Rasulullah itupun menjawab, “Sesungguhnya Rasulullah saw telah mengutus Al-Walid bin Uqbah, untuk mengambil zakat, lalu ia mengatakan bahwa engkau tidak mahu menyerahkan zakat bahkan mahu membunuhnya.”
Al-Harits menjawab, “Demi Allah yang telah mengutus Muhammad dengan sebenar-benarnya, aku tidak melihatnya dan tidak ada yang datang kepadaku.”
Maka ketika mereka sampai kepada Nabi saw., beliau pun bertanya, “Apakah benar engkau menolak untuk membayarkan zakat dan hendak membunuh utusanku?”
“Demi Allah yang telah mengutusmu dengan sebenar-benarnya, aku tidak berbuat demikian.”
Maka turunlah ayat tersebut untuk membenarkan pengakuan al-Harith.

Secara mudah untuk kita faham bahawa ayat ini memerintahkan orang-orang beriman untuk menyelidik, memeriksa dan tidak terburu-buru melontarkan tuduhan jika mereka di bawa khabar atau cerita oleh seseorang yang fasik. Tindakan menyiasat terlebih dahulu sesuatu berita perlu agar kita tidak menjadi orang bodoh atau jahil sebagaimana ditimbulkan di akhir ayat ini supaya menjauhi kejahilan ini kerana kelak pada suatu masa kita akan menyesal dengan perbuatan kita dengan sepenuh sesalan. 

Namun, timbul pula persoalan tentang siapa yang dikatakan atau yang mempunyai ciri-ciri fasiq? Fasiq menurut para ulama’ ialah mereka yang melakukan dosa-dosa besar dan sudah tentu orang kafir tergolongan dari kalanagn fasiq kerana secara nyata mereka menyekutukan Allah s.w.t
Begitu juga dengan persoalan penyesalan dalam ayat ini. Apakah begitu besar atau dahsyat penyesalan bagi yang akan dialami akibat daripada menyebarkan berita kurang pasti atau dengan lebih mudah kita faham berita palsu? Ya, dalam hadith yang dinyatakan di atas telah disebut bahawa persepsi negatif dalam diri akan memakan diri dan menampakkan keburukan orang sesama muslim di mata muslim yang lain.

Pengajaran :


1. Jangan mudah mempercayai berita-berita atau bahasa moden sekarang adalah gosip yang mudah sampai kepada kita terutamanya melibatkan aib seseorang.

2. Berita yang seakan yakin akan kebenarannya perlu diteliti dan mendapat kepastian dari sumber yang sah bukannya disebarkan berita tersebut dengan tujuan mencari simpati, publisiti atau sengaja/tidak sengaja mencari kesalahan orang lain dengan niat yang pelbagai seperti hasad dengki, amarah, tidak puas hati dan seumpamanya. 

3. Jika wujud keraguan dalam berita/khabar angin/rumours tentang sesuatu perkara hendaklah dijauhi dan dibuang jauh-jauh kerana ianya akan menjerumus kepada perpecahan dan penyesalan. Contoh mudah adalah apabila kita mensyaki seseorang berzina tetapi tidak ada cukup 4 orang saksi dan orang kita syaki melakukannya pun tidak pernah mengakuinya, mengapa harus kita buruk sangka dan menyebarkan berita yang tidak tentu betul? Sudah tentu akan menimbulkan persengketaan antara muslim dan mewujudkan biah atau suasana yang tidak kondusif dalam masyarakat Islam. Ingat kebenaran tertegak, jika ia betul-betul terjadi.!

4. Segeralah menyesal dan memohon ampun kepada Allah jika tersilap dalam berbicara atau menyebarkan berita yang salah atau fitnah. Juga jangan lupa memohon maaf kepada tuan punya badan kerana perbuatan memfitnah lebih keji daripada membunuh! Pepatah orang tua mengatakan: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Rasulullah s.a.w bersabda :


أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ قَالَ قَوْلُ الزُّورِ أَوْ قَالَ شَهَادَةُ الزُّورِ
“Mahukah kalian aku beritahukan tentang dosa besar yang paling besar, lalu beliau menjelaskan, kata-kata dusta atau kesaksian dusta” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



أْمُر تَعَالَى بِالتَّثَبُّتِ فِي خَبَر الْفَاسِق لِيُحْتَاطَ لَهُ لِئَلَّا يُحْكَمَ بِقَوْلِهِ فَيَكُون فِي نَفْس الْأَمْر كَاذِبًا أَوْ مُخْطِئًا فَيَكُون الْحَاكِم بِقَوْلِهِ قَدْ اِقْتَفَى وَرَاءَهُ وَقَدْ نَهَى اللَّه عَزَّ وَجَلَّ عَنْ اِتِّبَاع سَبِيل الْمُفْسِدِينَ , وَمِنْ هُنَا اِمْتَنَعَ طَوَائِف مِنْ الْعُلَمَاء مِنْ قَبُول رِوَايَة مَجْهُول الْحَال لِاحْتِمَالِ فِسْقه فِي نَفْس الْأَمْر وَقَبِلَهَا آخَرُونَ لِأَنَّا إِنَّمَا أُمِرْنَا بِالتَّثَبُّتِ عِنْد خَبَر الْفَاسِق وَهَذَا لَيْسَ بِمُحَقَّقِ الْفِسْق لِأَنَّهُ مَجْهُول الْحَال وَقَدْ قَرَّرْنَا هَذِهِ الْمَسْأَلَة فِي كِتَاب الْعِلْم مِنْ شَرْح الْبُخَارِيّ وَلِلَّهِ تَعَالَى الْحَمْد وَالْمِنَّة وَقَدْ ذَكَرَ كَثِير مِنْ الْمُفَسِّرِينَ أَنَّ هَذِهِ الْآيَة نَزَلَتْ فِي الْوَلِيد بْن عُقْبَة بْن أَبِي مُعَيْط حِين بَعَثَهُ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى صَدَقَات بَنِي الْمُصْطَلِق وَقَدْ رُوِيَ ذَلِكَ مِنْ طُرُق وَمِنْ أَحْسَنِهَا مَا رَوَاهُ الْإِمَام أَحْمَد فِي مُسْنَده مِنْ رِوَايَة مَلِك بَنِي الْمُصْطَلِق وَهُوَ الْحَارِث بْن أَبِي ضِرَار وَالِد جُوَيْرِيَة بِنْت الْحَارِث أُمّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّه عَنْهَا قَالَ الْإِمَام أَحْمَد حَدَّثَنَا مُحَمَّد بْن سَابِق حَدَّثَنَا عِيسَى بْن دِينَار حَدَّثَنِي أَبِي أَنَّهُ سَمِعَ الْحَارِث بْن ضِرَار الْخُزَاعِيّ رَضِيَ اللَّه عَنْهُ يَقُول : قَدِمْت عَلَى رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَدَعَانِي إِلَى الْإِسْلَام فَدَخَلْت فِيهِ وَأَقْرَرْت بِهِ وَدَعَانِي إِلَى الزَّكَاة فَأَقْرَرْت بِهَا وَقُلْت يَا رَسُول اللَّه أَرْجِع إِلَيْهِمْ فَأَدْعُوهُمْ إِلَى الْإِسْلَام وَأَدَاء الزَّكَاة فَمَنْ اِسْتَجَابَ لِي جَمَعْت زَكَاته وَتُرْسِل إِلَيَّ يَا رَسُول اللَّه رَسُولًا إِبَّان كَذَا وَكَذَا لِيَأْتِيَك بِمَا جَمَعْت مِنْ الزَّكَاة فَلَمَّا جَمَعَ الْحَارِث الزَّكَاة مِمَّنْ اِسْتَجَابَ لَهُ وَبَلَغَ الْإِبَّان الَّذِي أَرَادَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَبْعَث إِلَيْهِ اِحْتَبَسَ عَلَيْهِ الرَّسُول وَلَمْ يَأْتِهِ وَظَنَّ الْحَارِث أَنَّهُ قَدْ حَدَثَ فِيهِ سَخْطَةٌ مِنْ اللَّهِ تَعَالَى وَرَسُوله فَدَعَا بِسَرَوَاتِ قَوْمِهِ فَقَالَ لَهُمْ : إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ وَقَّتَ لِي وَقْتًا يُرْسِلُ إِلَيَّ رَسُوله لِيَقْبِض مَا كَانَ عِنْدِي مِنْ الزَّكَاة وَلَيْسَ مِنْ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْخُلْفُ وَلَا أَرَى حَبْس رَسُوله إِلَّا مِنْ سَخْطَة فَانْطَلِقُوا بِنَا نَأْتِي رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَعَثَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْوَلِيد بْن عُقْبَة إِلَى الْحَارِث لِيَقْبِض مَا كَانَ عِنْده مِمَّا جَمَعَ مِنْ الزَّكَاة فَلَمَّا أَنْ سَارَ الْوَلِيد حَتَّى بَلَغَ بَعْض الطَّرِيق فَرِقَ أَيْ خَافَ فَرَجَعَ حَتَّى أَتَى رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُول اللَّه إِنَّ الْحَارِث قَدْ مَنَعَنِي الزَّكَاة وَأَرَادَ قَتْلِي فَغَضِبَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَعَثَ الْبَعْث إِلَى الْحَارِث رَضِيَ اللَّه عَنْهُ وَأَقْبَلَ الْحَارِث بِأَصْحَابِهِ حَتَّى إِذَا اِسْتَقْبَلَ الْبَعْث وَفَصَلَ عَنْ الْمَدِينَة لَقِيَهُمْ الْحَارِثُ فَقَالُوا هَذَا الْحَارِثُ فَلَمَّا غَشِيَهُمْ قَالَ لَهُمْ إِلَى مَنْ بُعِثْتُمْ ؟ قَالُوا إِلَيْك قَالَ وَلِمَ ؟ قَالُوا إِنَّ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ إِلَيْك الْوَلِيد بْن عُقْبَة فَزَعَمَ أَنَّك مَنَعْته الزَّكَاة وَأَرَدْت قَتْله قَالَ رَضِيَ اللَّه عَنْهُ لَا وَاَلَّذِي بَعَثَ مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحَقِّ مَا رَأَيْته بَتَّةً وَلَا أَتَانِي فَلَمَّا دَخَلَ الْحَارِث عَلَى رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ " مَنَعْت الزَّكَاة وَأَرَدْت قَتْل رَسُولِي ؟ " قَالَ لَا وَاَلَّذِي بَعَثَك بِالْحَقِّ مَا رَأَيْته وَلَا أَتَانِي وَمَا أَقْبَلْت إِلَّا حِين اِحْتَبَسَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَشِيت أَنْ يَكُون كَانَتْ سَخْطَة مِنْ اللَّه تَعَالَى وَرَسُوله قَالَ فَنَزَلَتْ الْحُجُرَات " يَا أَيّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِق بِنَبَأٍ - إِلَى قَوْله - حَكِيم " وَرَوَاهُ اِبْن أَبِي حَاتِم عَنْ الْمُنْذِر بْن شَاذَان التَّمَّار عَنْ مُحَمَّد بْن سَابِق بِهِ وَرَوَاهُ الطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيث مُحَمَّد بْن سَابِق بِهِ غَيْر أَنَّهُ سَمَّاهُ الْحَارِث بْن سِرَار وَالصَّوَاب أَنَّهُ الْحَارِث بْن ضِرَار كَمَا تَقَدَّمَ وَقَالَ اِبْن جَرِير حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْب حَدَّثَنَا جَعْفَر بْن عَوْن عَنْ مُوسَى بْن عُبَيْدَة عَنْ ثَابِت مَوْلَى أُمّ سَلَمَة عَنْ أُمّ سَلَمَة رَضِيَ اللَّه عَنْهَا قَالَتْ : بَعَثَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا فِي صَدَقَات بَنِي الْمُصْطَلِق بَعْد الْوَقِيعَة فَسَمِعَ بِذَلِكَ الْقَوْم فَتَلَقَّوْهُ يُعَظِّمُونَ أَمْر رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ فَحَدَّثَهُ الشَّيْطَان أَنَّهُمْ يُرِيدُونَ قَتْله قَالَتْ فَرَجَعَ إِلَى رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّ بَنِي الْمُصْطَلِق قَدْ مَنَعُونِي صَدَقَاتهمْ فَغَضِبَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْمُسْلِمُونَ قَالَتْ فَبَلَغَ الْقَوْمَ رُجُوعُهُ فَأَتَوْا رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصُفُّوا لَهُ حِين صَلَّى الظُّهْر فَقَالُوا نَعُوذ بِاَللَّهِ مِنْ سَخَط اللَّه وَسَخَط رَسُوله بَعَثْت إِلَيْنَا رَجُلًا مُصَدِّقًا فَسُرِرْنَا بِذَلِكَ وَقَرَّتْ بِهِ أَعْيُنُنَا ثُمَّ إِنَّهُ رَجَعَ مِنْ بَعْض الطَّرِيق فَخَشِينَا أَنْ يَكُون ذَلِكَ غَضَبًا مِنْ اللَّه تَعَالَى وَمِنْ رَسُوله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَزَالُوا يُكَلِّمُونَهُ حَتَّى جَاءَ بِلَال رَضِيَ اللَّه عَنْهُ فَأَذَّنَ بِصَلَاةِ الْعَصْر قَالَتْ وَنَزَلَتْ " يَا أَيّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِق بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ " وَرَوَى اِبْن جَرِير أَيْضًا مِنْ طَرِيق الْعَوْفِيّ عَنْ اِبْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فِي هَذِهِ الْآيَةِ قَالَ : كَانَ رَسُول فِي اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ الْوَلِيد بْن عُقْبَة بْن أَبِي مُعَيْط إِلَى بَنِي الْمُصْطَلِق لِيَأْخُذ مِنْهُمْ الصَّدَقَات وَأَنَّهُمْ لَمَّا أَتَاهُمْ الْخَبَرُ فَرِحُوا وَخَرَجُوا يَتَلَقَّوْنَ رَسُولَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَّهُ لَمَّا حُدِّثَ الْوَلِيدُ أَنَّهُمْ خَرَجُوا يَتَلَقَّوْنَهُ رَجَعَ الْوَلِيد إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ بَنِي الْمُصْطَلِق قَدْ مَنَعُوا الصَّدَقَةَ فَغَضِبَ رَسُولُ اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ ذَلِكَ غَضَبًا شَدِيدًا فَبَيْنَا هُوَ يُحَدِّثُ نَفْسَهُ أَنْ يَغْزُوَهُمْ إِذْ أَتَاهُ الْوَفْد فَقَالُوا يَا رَسُول اللَّه إِنَّا حُدِّثْنَا أَنَّ رَسُولَك رَجَعَ مِنْ نِصْف الطَّرِيق وَإِنَّا خَشِينَا أَنَّمَا رَدَّهُ كِتَاب جَاءَ مِنْك لِغَضَبٍ غَضِبْته عَلَيْنَا وَإِنَّا نَعُوذ بِاَللَّهِ مِنْ غَضَبه وَغَضَب رَسُوله وَإِنَّ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَغَشَّهُمْ وَهَمَّ بِهِمْ فَأَنْزَلَ اللَّه تَبَارَكَ وَتَعَالَى عُذْرهمْ فِي الْكِتَاب فَقَالَ " يَا أَيّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِق بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا " إِلَى آخِر الْآيَة وَقَالَ مُجَاهِد وَقَتَادَة أَرْسَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْوَلِيدَ بْنَ عُقْبَةَ إِلَى بَنِي الْمُصْطَلِق لِيُصْدِقَهُمْ فَتَلَقَّوْهُ بِالصَّدَقَةِ فَرَجَعَ فَقَالَ إِنَّ بَنِي الْمُصْطَلِق قَدْ جَمَعَتْ لَك لِتُقَاتِلَك زَادَ قَتَادَة وَإِنَّهُمْ قَدْ اِرْتَدُّوا عَنْ الْإِسْلَام فَبَعَثَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَالِد بْن الْوَلِيد رَضِيَ اللَّه عَنْهُ وَأَمَرَهُ أَنْ يَتَثَبَّت وَلَا يَعْجَل فَانْطَلَقَ حَتَّى أَتَاهُمْ لَيْلًا فَبَعَثَ عُيُونَهُ فَلَمَّا جَاءُوا أَخْبَرُوا خَالِدًا رَضِيَ اللَّه عَنْهُ أَنَّهُمْ مُسْتَمْسِكُونَ بِالْإِسْلَامِ وَسَمِعُوا أَذَانَهُمْ وَصَلَاتهمْ فَلَمَّا أَصْبَحُوا أَتَاهُمْ خَالِد رَضِيَ اللَّه عَنْهُ فَرَأَى الَّذِي يُعْجِبُهُ فَرَجَعَ إِلَى رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرَهُ الْخَبَر فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى هَذِهِ الْآيَة قَالَ قَتَادَة فَكَانَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُول " التَّثَبُّت مِنْ اللَّه , وَالْعَجَلَةُ مِنْ الشَّيْطَان" وَكَذَا ذَكَرَ غَيْر وَاحِد مِنْ السَّلَف مِنْهُمْ اِبْن أَبِي لَيْلَى وَيَزِيد بْن رُومَان وَالضَّحَّاك وَمُقَاتِل بْن حَيَّان وَغَيْرهمْ فِي هَذِهِ الْآيَة أَنَّهَا نَزَلَتْ فِي الْوَلِيد بْن عُقْبَة وَاَللَّه أَعْلَمُ .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)