.

.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب

.

.

.

.

Wednesday, March 4, 2015

GAMBAR



















Tuesday, March 3, 2015

Peringkat Alam Manusia

KEHIDUPAN ini ditakdirkan Allah sebagai satu pengembaraan yang jauh iaitu bermula di alam arwah dan akan berakhir di alam
akhirat. Oleh itu, Nabi Muhammad saw mengingatkan dengan sabdanya bermaksud:

"Jadikanlah dirimu di dunia ini sebagai musafir atau orang yang dalam perjalanan."(Hadis riwayat Ibn Umar)


Manusia sebenarnya menempuh dua alam, yang kedua-duanya sudah ditinggalkan. Ia adalah alam “arwah” dan “arham” Kita sedang berada di alam ketiga iaitu alam “musyahadat” atau alam dunia.
Pada alam arwah, jasad belum terjadi. Apa yang ada, hanya roh ciptaan oleh Allah. Di sini, roh diberi suntikan akidah keimanan kepada Allah. Ia sebagai bekalan terpenting dalam pengembaraan seterusnya supaya selamat dan berjaya.

Roh kemudian berpindah ke dalam jasad setelah terbentuk dalam rahim ibu. Di alam kedua ini (kandungan ibu), dirasakan amat
rileks sekali atau dalam keadaan istirahat, tiada perjuangan dan tiada cabaran.

Kini kita berada di alam dunia. Sesungguhnya kewujudan di alam dunia ini bukan untuk berhibur, tetapi memikul amanah Allah untuk beribadat kepada-Nya. Begitu juga melakukan amal saleh dan kebajikan untuk manfaat diri, keluarga, Islam dan umatnya serta makhluk lain. 

Segala kegiatan di dunia ini hendaklah dijiwai nilai akidah dan syariat dengan niat untuk menjunjung perintah Allah. Maka, dengan itu segala-galanya akan menjadi menjadi bekalan untuk dibawa ke akhirat.

Firman Allah bermaksud: “Berbekallah kamu, maka sebaik-baik bekalan adalah takwa dan bertawakallah kepada-Ku hai orang yang berakal” (Surah al-Baqarah, ayat 197)

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Dunia ini sebagai ladang untuk bercucuk tanam (tempat melakukan amal ibadat dan amal kebajikan), sedangkan hasilnya bakal dipetik di negeri akhirat nanti.”
Alam dunia yang kita alami kini adalah alam ketiga. Kita dalam perjalanan menuju ke alam keempat iaitu “alam barzakh” atau “alam kubur”. Apabila hari kiamat, kita akan masuk ke alam kelima atau alam yang terakhir iaitu “alam akhirat”.

Sebelum itu, kita dihimpunkan di Padang Mashyar untuk diadili dan dihisab segala amal perbuatan di dunia. Jika baik akan dibalas syurga, dan sebaliknya jika buruk akan dibalas dengan azab api neraka.

Allah mengingatkan untuk menyiapkan diri bagi menghadapi alam akhirat melalui firman-Nya bermaksud :

”Ketahuilah! Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain, melainkan permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bauan hidup yang bertujuan) bermegah-megah antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak (semua itu terhad waktunya), samalah seperti hujan yang
(menumbuhkan tanaman yang menghijau subur), menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan daripada Allah (disediakan bagi orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain , hanya kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Surah al-Hadid, ayat 20)

Allah mengingatkan lagi melalui firman-Nya bermaksud:
”Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya), tidak lain hanya kesenangan bagi orang yang terpedaya." (Surah Ali Imran, ayat 185)

Firman Allah lagi bermaksud:
”Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu, akan pahala dan kebahagiaan pada hari akhirat; dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah), sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatnya yang melimpah-ruah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qisaas, ayat 77)

Sunday, March 1, 2015

KEMAJUAN DAN NABI ISA A.S



Laman-laman web dari seluruh dunia menceritakan dan menghebahkan tentang Dajjal atau Antichrist ini. Setiap pendedahan yang dinyatakan boleh disimpulkan kepada beberapa perkara:
  1. Keupayaan Dajjal meracuni pemikiran umat manusia sejak tahun 1800.
  2. Keupayaan konco-konco Dajjal menguasai ekonomi dunia.
  3. Keupayaan organisasi-organisasi sulit Dajjal menguasai pemerintahan dalaman setiap negara di dunia.
  4. Keupayaan agen-agen Dajjal menggunakan teknologi terkini dalam meneroka dunia angkasa melalui UFO.
Kesimpulannya, Dajjal yang kita kenali itu merupakan manusia yang maju gaya pemikirannya. Seperti kata Muhammad Isa Dawud, “….dia adalah anak yang genius..”
Tapi kita terlupa akan seseorang yang ditakdirkan akan melawannya…
Iaitu Nabi Isa a.s.
Ciri-Ciri Manusia Maju
Dajjal dikatakan maju dan menguasai segala ilmu disebabkan perkara-perkara berikut:
  • Hidup terlalu lama sejak sebelum kelahiran Nabi Musa.
  • Telah merantau seluruh pelusuk dunia sejak beribu-ribu tahun.
  • Mempelajari pelbagai bahasa di dunia.
  • Melihat sendiri perkembangan tamadun masyarakat dunia.
  • Mengetahui selok-belok tempat di dunia.
  • Dan lain-lain lagi…
Maka, saya percaya Nabi Isa a.s. yang ditakdirkan Allah SWT untuk melawan Dajjal dibekalkan juga dengan perkara-perkara berikut:
  • Kemajuan pemikiran dan teknologi setanding atau lebih daripada Dajjal.
  • Kekuasaan ilmu teknologi moden yang melampaui pemikiran manusia.
  • Strategi peperangan yang lebih maju.
Nabi Isa adalah manusia maju yang bakal diturunkan Allah SWT sesuai dengan tempoh masa hidupnya yang lama seperti Dajjal. Adakah Allah akan menurunkan hamba-Nya ini dengan tangan kosong sahaja untuk melawan makhluk termaju.
Apa yang perlu dibimbangi?
Sebagai umat Islam, saya amat bimbang tentang tiga perkara:
  • Pada ketika Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat, tiada seorang pun tahu ia adalah Dajjal. Mungkin disebabkan wajahnya telah diubah.
  • Pada ketika munculnya Imam Mahdi, tiada seorang pun sedar dia adalah Imam Mahdi kecuali orang-orang tertentu yang ditakdirkan Allah sahaja.
  • Pada ketika turunnya Nabi Isa, tiada seorang pun sedar ia adalah Nabi Isa kerana ketika itu manusia berada dalam keadaan jahil dan sentiasa merasakan dunia masih lagi bukan era akhir zaman.
Apabila membaca hadith Rasulullah SAW, kita mungkin hanya berfikir Nabi Isa turun dari langit kemudian terus membunuh Dajjal. Anggapan sebegini mungkin timbul kerana hadith berikut ringkas sahaja dan kita akan mengandaikan kejadian tersebut hanya berlaku sekejap sahaja
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.

Rasulullah s.a.w bersabda :

” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)