.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين أهلا وسهلا بكم إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه. عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني" اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب يارب يارب يارب
Thursday, July 24, 2025
LITTLE NAPOLEON : BERKUASA DEWA DEWI
enyeluruh, lindungi pemberi maklumat, dan lahirkan pemimpin yang mendengar, adil dan menghargai. Jangan biar sistem melahirkan ‘Little Napoleon’ baru.
Tuesday, July 1, 2025
Sunday, January 7, 2024
UMAMAH BINTI ABU AL-ASH
Salah seorang daripada cucu Nabi Muhammad saw adalah cucu perempuan cantik, cerdas dan lemah lembut serta mempunyai sifat keibuan yang amat disayangi Rasulullah saw. Cucu baginda bernama Umamah binti Abu Al-Ash.
Suatu hari Rasulullah saw kelihatan menggendong cucu perempuannya Umamah keluar dari rumah. Umamah sering digendong oleh datuknya yang juga seorang Nabi dan Rasul serta sering membawa Umamah bertemu dan bercerita dengan sahabat-sahabat Rasulullah saw. Begitu juga
ketika solat, Umamah tidak pernah terlepas daripada Rasulullah saw.
![]() |
Umamah mewarisi sifat ibunya yang lemah lembut dan cerdas. Umamah mempunyai seorang adik lelaki bernama Ali bin Abu Al-Ash. Namun Ali telah meninggal dunia ketika masih kecil. Pada tahun ke 8 hijrah, ibunya Sayidatina Zainab telah meninggal dunia dan tinggal bersama bapanya. Beberapa tahun kemudian bapanya meninggal dunia dan Umamah menjadi yatim piatu.
Umamah dipelihara oleh Az-Zubair bin Al-Awwam sehingga dewasa. Setelah dewasa ia berkahwin dengan Sayidina Ali bin Abi Thalib sepertimana wasiat yang ditinggalkan oleh isterinya Fatimah binti Muhammad Rasulullah saw sebelum Fatimah meninggal dunia. Peristiwa ini berlaku ketika Sayidina Umar bin Al-Khattab menjadi Khalifah.
Thursday, August 31, 2023
Friday, June 23, 2023
JANGAN TUNGGANG AGAMA
CARI IBRAH
Pada zaman Nabi Musa A.S, Bal’am bin Ba’ura, dari kaum bani
Israel ialah seorang ulama yang ada pengetahuan luas tentang ilmu dunia dan
ilmu ghaib berkaitan jin dan malaikat, serta ilmu berkenaan sebahagian Luh
Mahfuz, arasy Allah SWT.
Doa Bal’am senang makbul sebab tingkat ilmunya yang cukup tinggi kerana beliau mampu memahami
sifat-sifat nama Allah dengan sempurna. Bal’am bin Ba’ura ni dididik Nabi Musa A.S.
Nabi Musa hantar Bal’am untuk ajak kaum Madyan kembali
kepada Islam ajaran Nabi Musa. Ketika diseru Bal’am, pemerintah Kaum Madyan
mintak Bal’am doakan kecelakaan pada Nabi Musa sebab penduduk Madyan takut Nabi
Musa datang bawa ajaran dan tenteranya.
Bal’am taknak tapi dipujuk dengan kemewahan dan kekayaan,
Bal’am berkeras takkan doakan keburukan pada Nabi Musa dan tenteranya.
Bal’am dipujuk lagi dengan kemewahan harta dan diberikan
padanya wanita-wanita sehinggakan isterinya sendiri pujuk gunakan doanya
terhadap Nabi Musa. Akhirnya, Bal’am tewas dengan godaan.
Bal’am bin Ba’ura doakan keburukan kepada Nabi Musa dalam
hatinya tapi lidahnya hanya keluarkan kata-kata murni mendoakan kesejahteraan
gurunya Nabi Musa dan pengikutnya.
Orang lain hairan apasal beliau doakan kebaikan pulak,
Bal’am kata tu apa yang Allah SWT nak dan dia tak mampu doakan keburukan pada
Nabi Musa.
Bal’am dah dirasuk dengan kemewahan dunia, dia mintak
pemerintah Madyan untuk kumpulkan perempuan-perempuan paling cantik dari kaum
mereka untuk dihantar kepada tentera Nabi Musa yang majoritinya orang-orang
musafir yang pasti mudah tergoda dengan wanita.
Rancangannya, Bal’am berharap Allah SWT takkan ampunkan
tentera Nabi Musa yang berzina dan akan dilemahkan dengan mudah kerana tak
tahan godaan nafsu syahwat.
Apa yang diharapkan tu berlaku memang betul-betul jadi sampaikan
ramai tentera Nabi Musa tewas dengan godaan wanita-wanita yang dihantar pada
mereka. Larangan Nabi Musa untuk pengikutnya tak dekati wanita-wanita langsung
tak diendahkan.
Allah SWT turunkan wabak sebagai hukuman kepada tentera Nabi
Musa yang melakukan zina sehingga 70 ribu orang mati dilanda wabak tu.
Bal’am bin Ba’ura teruskan kehidupannya di situ dengan
dihujani kemewahan atas kejayaan menghalang kedatangan tentera Nabi Musa kepada
kaum Madyan.
Lama-kelamaan Bal’am bin Ba’ura dan pengikut setia Nabi Musa
yang ada ilmu melebihi manusia lain, ditinggikan darjatnya di sisi Allah SWT,
menghabiskan sisa hidupnya dalam keadaan binasa dan bingung bila ilmunya
ditarik satu per satu.
Kehidupannya dan matinya Bal’am tak ubah seperti seekor
anjing yang tak tau lagi apa hala tujunya. Hidupnya hanya sekadar memuaskan
nafsu seperti anjing yang hidupnya hanya mencari makan.
Sunday, March 26, 2023
Sunday, March 19, 2023
Yeremia @ Jeremiah @ Ezra
Nabi Jeremiah atau Yeremia adalah seorang nabi dalam Alkitab Ibrani. Dalam islam nama Nabi Jeremiah disebut sebagai EZRA KISAH NABI JEREMIAH DALAM AL-QURAN
أَوْ كَالَّذِي مَرَّ عَلَىٰ قَرْيَةٍ وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا قَالَ أَنَّىٰ يُحْيِي هَٰذِهِ اللَّهُ بَعْدَ مَوْتِهَا ۖ فَأَمَاتَهُ اللَّهُ مِائَةَ عَامٍ ثُمَّ بَعَثَهُ ۖ قَالَ كَمْ لَبِثْتَ ۖ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ ۖ قَالَ بَل لَّبِثْتَ مِائَةَ عَامٍ فَانظُرْ إِلَىٰ طَعَامِكَ وَشَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْ ۖ وَانظُرْ إِلَىٰ حِمَارِكَ وَلِنَجْعَلَكَ آيَةً لِّلنَّاسِ ۖ وَانظُرْ إِلَى الْعِظَامِ كَيْفَ نُنشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوهَا لَحْمًا ۚ فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿٢٥٩
Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah
tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
(Al-Baqarah : 259)
Yeremia hidup di antara bahagian terakhir abad ketujuh dan bahagian pertama abad keenam Sebelum Masihi.Yirmeyahu yang bererti “Yahwe meningkatkan”.
Yeremia telah sekian lama bekerja sebagai nabi, dan selama waktu itu ia selalu memperingatkan umat Tuhan tentang bencana yang akan menimpa mereka kerana mereka berdosa dan menyembah berhala. Bencana itu menjadi kenyataan apabila pada masa Yeremia masih hidup: Nebuchadnezar raja Babel merebut dan menghancurkan Baitulmuqaddis serta Kuil Suci yang ada di situ; raja Yehuda bersama rakyatnya telah diarahkan diangkut ke Babel (untuk menjadi hamba abdi). Yeremia juga menyifatkan bahawa orang-orang itu akan kembali dari pembuangan (pelarian) dan keadaan bangsa Israel akan pulih kembali.
Yeremia tinggal di Yerusalem ketika dia masih muda. Suatu hari Tuhan datang kepada Yeremia dan memanggilnya untuk menjadi nabi. Tuhan berfirman kepada Yeremia bahawa dia dipilih untuk menjadi seorang nabi sebelum dia dilahirkan. Tuhan tahu bahawa kehidupan Yeremia akan susah. Tetapi Dia berjanji kepada Yeremia bahawa Dia akan sentiasa bersamanya.
Orang-orang di Yerusalem tidak mentaati janji-janji mereka dengan Tuhan. Kerana kejahatan mereka, Yeremia memberi amaran kepada orang ramai bahawa mereka akan ditakluki. Tuhan berfirman bahawa jika mereka mentaati hari Sabat, kota Yerusalem tidak akan dihancurkan. Tetapi orang ramai tidak mendengar.
Yeremia mengajar orang ramai selama bertahun-tahun. Tetapi mereka tidak bertaubat. Sebaliknya, mereka mencederakan Yeremia dan memasukkannya ke dalam penjara.
Yeremia 20:2; 26:8–9; 37:15–18; 38:6
Yeremia mengasihi orang ramai. Dia menangis kerana dosa-dosa mereka. Seperti nubuat Yeremia, Yerusalem telah dimusnahkan, dan orang ramai ditangkap.
Yeremia 9:1–8; 25:9–12; 52:1–10
Yeremia dibawa ke Mesir. Tuhan memfirmankannya untuk menulis nubuat-nubuatnya. Yeremia mematuhi Tuhan walaupun dalam keadaan sukar. Dia terus memberitahu bangsanya untuk mentaati janji-janji mereka dengan Tuhan.
Friday, January 6, 2023
Tuesday, February 1, 2022
Wednesday, January 12, 2022
Sunday, January 2, 2022
Asbab Wurud al-Hadith dan Asbab Irad al-Hadith : Satu Pengenalan Asas
Asbab Wurud al-Hadith dan Asbab Irad al-Hadith : Satu Pengenalan Asas
Asbab Wurud al-Hadith
“Sesuatu (berupa peristiwa-peristiwa atau pertanyaan-pertanyaan) yang terjadi pada waktu hadith itu disampaikan oleh Nabi SAW”.
[Imam al-Suyuthi: Asbab Wurud al-Hadith, 36]
“Sebab wurud al-Hadith adalah apa yang berlaku pada zaman Nabi SAW atau selepas daripadanya (zaman Nabi SAW) atau keduanya sekali”.
[Imam Ibn Hamzah al-Husainiy: al-Bayan wa al-Ta’rif fi Asbab Wurud al-Hadith al-Syarif, 1:34]
“Sebab wurud al-Hadith adalah sebab hadith itu diucapkan oleh Rasulullah SAW dan ia hanya berlaku pada hadith-hadith berbentuk qauliyyah (perkataan) sahaja”.
[Imam al-Bulqini : Mahasin al-Istilah, 365]
Kontemporari :
“Ilmu asbab wurud al-Hadith sebagai satu ilmu yang membincangkan berkaitan sebab-sebab yang menyebabkan Rasulullah SAW melafazkankan hadith tersebut. Antara sebab-sebab ini adalah berbentuk soalan, cerita dan juga peristiwa yang berlaku lalu Rasulullah SAW mengucapkan hadith tersebut”.
[Abu Syahbah: al-Wasit fi Ulum Wa Mustalah al-Hadith, 467]
“Asbab wurud al-Hadith adalah hadith yang diucapkan oleh Rasulullah SAW pada waktu ia berlaku”.
[Syeikh Sayyid Abd al-Majid al-Ghauri: Mu’jam al-Mustholahat al-Hadithiyyah, 90]
“Asbab wurud al-Hadith adalah apa yang menjadi sebab hadith itu dilafazkan pada zaman berlakunya”.
[Abu Laith: Ulum al-Hadith Asiluh wa Mu‘asiruh, 301]
Maka asbab wurud al-Hadith adalah ilmu yang membicarakan berkaitan sebab-sebab sesuatu hadith itu diucapkan atau diungkapkan oleh Rasulullah SAW samada ia berbentuk pertanyaan, penceritaan dan juga peristiwa atau hal keadaan mengapa hadith itu diucapkan.
Asbab Irad al-Hadith
Asbab wurud al-Hadith adalah meletakkan atau mengucapkan sesuatu hadith pada keadaan atau peristiwa tertentu selepas daripada zaman Nabi SAW (setelah Nabi SAW wafat).
BEZA ANTARA ASBAB WURUD DAN ASBAB NUZUL AL-QURAN
Asbab wurud al-Hadith melibatkan sebab-sebab hadith Nabi SAW itu diucapkan, adapun asbab al-Nuzul pula melibatkan sebab-sebab ayat al-Qur’an itu diturunkan kepada Nabi SAW melalui perantaraan Jibril AS.
.
” Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat” ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)
















