Thursday, March 31, 2016

TAUBAT DAN PERMOHONAN AMPUN NABI ADAM A.S

Perbezaan pendapat para ulama’ bahawa :

1. Bahawasanya Nabi Adam a.s bertaubat ketika masih berada di syurga dan Allah menerima
taubatnya juga ketika masih berada di dalamnya. Menurut Imam Al-Qurthubi : “Adam tidak pernah dileuarkan dari Syurga kerana dosanya telah dimpunkan Allah ketika dia masih berada di dalam syurga. Adapun tujuan menghantarnya ke dunia dalam keadaan bertaubat adalah sebagai bukti status dirinya sebagai ‘khalifah’ serta untuk mewajibkan ‘taubat’ kepada keturunannya. Manakalah syurga dan neraka bukanlah negeri taklifi sperti dunia kerana syurga dan neaka adalah negeri pembalasan (Dar Al-Jaza).”

2. Bahawasanya Nabi Adam a.s bertaubat ketika berada di dunia dan kemudian Allah menerima taubatnya. Pendapat ini lebih masyhur dan sahih dengan mengatakan hadis ini mauquf diriwayatkan oleh Imam At-Tabrani dalam kitab Al-Kabir daripada Abu Jahifah secara marfu’ yang mana di dalam sanadnya terdapat Abu Malik An-Nakha’I dan Abdul Malik bin Husain di mana Aisyah r.anha meriwayatkan bahawa : “Ketika Adam a.s ingin bertaubat kepada Allah, beliau melakukan tawaf sebanyak tujuh kali. Ketika selesai melakukan solat dua rakaat, dia menghadap kaabah dan berdoa :
“Allahumma Innaka Ta’lamu Sirri  Wa’alaniyati faqbil Ma’zirati Wa Ta’lamu hajati Fa’tini suali, Wa Ta’lamu ma fi nafsi faghfirli zunubi, Allahummah inna as aluka imaanan yubashiru qalbi, wa yaqinan sadiqa, hatta a’lamu annahu lan yusibani illa ma katabta li wa fida bima qadhaita li.”
Kemudian Allah menurunkan wahyu kepadanya dengan berfirman :
“Wahai Adam, engkau telah bermunajat kepada Ku dengan berbagai permohonan, lalu Aku telah menerimanya, dan ingatlah siapa saja keturunanmu yang berdoa seperti doamu ini, maka Aku akan menghilangkan segala keresahan dan kesulitannya. Aku juga menghilangkan rasa fakir yang ada dalam hatinya, menjadikan kekayaan di depan matanya, menjadikannya sebagai pedagang yang berhasil, bahkan dunia akan mendatanginya walaupun dia tidak mahu.”


Dalam kitab Tarikhu Makkah, Imam Al-Azraqi menyebutkan bahawa riwayat ini tidak pernah berasal daripada Aisyah r.anha. Kemudian Umar bin Abdul Aziz mencadangkan agar umat islam mengucapkan doa sepertimana yang diucapkan oleh Nabi Adam a.s.