Monday, March 28, 2016

TANGISAN NABI ADAM A.S

Firman Allah :

فَتَلَقَّى آدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Kemudian Adam menerima beberapa kalimah dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
(Al-Baqarah : 37)
Para ulama berbeza pendapat tentang kalimah yang dilafazkan oleh Nabi Adam a.s. Menurut a’id bin Jubair dan  Hasan bin Mujahid bahawa kalimah tersebut adalah firman Allah :

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi.”
(Al-A’raf : 23)

Manakalah menurut Muhammad bin Ka’ab Al-Qarzi pula, kalimah yang diucapkan oleh Adam a.s :
لآاله إلا أنت سبحانك وبحمدك ربي عملت سوئا وظلمت نفسي فاغفرلي إنك أنت الغفور الرحيم

Ubaid bin Umar pula mengatakan kalimah tersebut adalah :
“Wahai Tuhanku, apakah Engkau menyangka bahawa kesalahan yang kulakukan berasal dari diriku sendiri, ataupun sesuatu yang telah Engkau takdirkan sebelum aku diciptakan.”
Allah menjawab dengan berfirman : “Tidak, akan tetapi ini adalah takdir yang Aku tetapkan setelah engkau Aku ciptakan.”
Adam berkata : “Wahai Tuhanku, sebagaimana Engkau telah menetapkan  semua ini untuk ku, maka ampunilah aku.”

Terdapat juga yang berpendapat bahawa perbuatan Nabi Adam a.s terbahagi kepada tiga iaitu :
1. Malu
2. Tangisan
3.  Doa

Ibnu Abbas berkata :
“Ketika Adam dan hawa dikeluarkan dari syurga, mereka menangis selama seratus tahun kerana bersedih kehilangan nikmat syurga. Bahkan mereka tidak makan dan minum selama  empat puluh hari, dan Adam tidak pernah mendekati Hawai selama seratus tahun.”

Al-Qamah bin Mursyid berkata :
“Seandainya seluruh airmata penduduk bumi dikumpulkan, maka airmata Daud a.as lebih banyak lagi. Seandainya airmata Daud a.s dan seluruh penduduk bumi dikumpulkan, maka airmata Adam ketika dikeluarkan dari syurga lebih banyak lagi.”

Syahru bin Husyaib berkata :
“Ketika Adam a.s dihantar ke bumi, ia tidak pernah mendongakkan wajahnya ke langit selama tiga ratus tahun kerana berasa malu kepada Allah.”

Riwayat lain pula mengatakan bahawa kalimah yang dilafazkan oleh Nabi Adam a.s seperti yang termaktub dalam firman Allah :

وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".
(Al-Baqarah : 124)

Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 112 :

التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.”

TAUBAT DAN PERMOHONAN AMPUN NABI ADAM A.S