Sunday, January 3, 2016

Surah Az-Zummar ayat 22 : PERBANDINGAN ANTARA ORANG-ORANG MUKMIN DAN ORANG-ORANG YANG KAFIR



JALALAIN :

{أَفَمَنْ شَرَحَ اللَّه صَدْره لِلْإِسْلَامِ} فَاهْتَدَى {فَهُوَ عَلَى نُور مِنْ رَبّه} كَمَنْ طُبِعَ عَلَى قَلْبه دَلَّ عَلَى هَذَا {فَوَيْل} كَلِمَة عَذَاب {لِلْقَاسِيَةِ قُلُوبهمْ مِنْ ذِكْر اللَّه} أَيْ عَنْ قَبُول الْقُرْآن {أُولَئِكَ فِي ضَلَال مُبِين} بَيِّن

(Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk menerima Islam) sehingga ia mendapat petunjuk (lalu ia mendapat cahaya dari Rabbnya) sama dengan orang yang hatinya dikunci mati; pengertian ini tersimpul dari firman selanjutnya (Maka kecelakaan yang besarlah) Ertinya, azab yang besarlah (bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah) maksudnya, untuk menerima Al-Quran. (Mereka itu dalam kesesatan yang nyata) nyata sekali sesatnya.



IBNU KATHIR :

« أفمن شرح الله صدره للإسلام فهو على نور من ربه » أي هل يستوي هذا ومن هو قاسي القلب بعيد من الحق كقوله عز وجل « أو من كان ميتا فأحييناه وجعلنا له نورا يمشي به بين الناس كمن مثله في الظلمات ليس بخارج منها » ولهذا قال تعالى « فويل للقاسية قلوبهم من ذكر الله » أي فلا تلين عند ذكره ولا تخشع ولا تعي ولا تفهم « أولئك في ضلال مبين »


Apakah semua manusia itu sama: orang yang dadanya dilapangkan untuk menerima ajaran Islam, hingga berada dalam cahaya Tuhannya sama dengan orang yang menolak untuk mengamati tanda-tanda kekuasaan-Nya? Oleh itu, seksa yang amat pedih akan diraskan oleh orang-orang yang hatinya keras dan tidak mahu mengingat Allah. Mereka benar-benar menyeleweng dari kebenaran.