Wednesday, July 27, 2016

Pengijazahan Sanad Al Fatihah oleh Syeikhul Qura' Asy-Syami

Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih pemegang sanad Al-Quran tertinghi di dunia silsilah ke 28 selepas Rasulullah s.a.w

Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih.
Berumur 90 tahun lahir 1926.
Digelar Syeikh Qurra. Beliau dibaiahkan (dilantik secara rasmi) sebagai Syeikhul Qurra Bilad Asy-Syam (Ketua Qari Al-Quran negara Syam) pada hari kewafatan Syeikhul Qurra, Asy Syeikh Hassan Khattab. Majlis Bai’ah dilakukan di dalam Masjid Al-Umawi di harapan seluruh ulama dan qari-qari Al Quran yang diketuai Asy-Syeikh Abu Hasan Al Kurdi pada 1408 hijrah atau 1988 Maihi, semenjak itu beliau memegang jawatan tersebut hingga hari ini.

Digelar sebagai Imam Asy-Syafie Shogir yakni Imam Syafii kecil kerana kefaqihannya didalam mazhab Syafii di Syria dan menjadi mufti didalam mazhab Imam Asy-Syafii.

Juga digelar "Syeikhul Arabiyyah" kerana menghafal syair-syair Arab, dan menguasai sastera Arab dan beliau mengajar sastera Arab.
Ketua Ulamak Quran Syam (Syria, Palestine, Israel, Jordan, dan sekitarnya).
Syeikh dinobatkan sebagai antara orang yang membaca Quran paling tepat.
Dan beliau juga memegang sanad bacaan AlQuran yang sangat hampir dengan Rasulullah ﷺs.a.w.

Beliau pemegang sanad Al-Quran tertinggi di dunia.

26 Julai 2016

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.