Friday, December 25, 2015

Surah Al-Ankabut Ayat 64 (Kehidupan Dunia)



JALALAIN :

(Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main) sedangkan amal-amal takarrub termasuk perkara akhirat kerana buahnya akan dipetik di akhirat nanti. (Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan) lafaz al-hayawan artinya kehidupan (kalau mereka mengetahui) hal tersebut, nescaya mereka tidak akan memilih perkara duniawi dan meninggalkan perkara akhirat.

{وَمَا هَذِهِ الْحَيَاة الدُّنْيَا إلَّا لَهْو وَلَعِب} وَأَمَّا الْقُرْب فَمِنْ أُمُور الْآخِرَة لِظُهُورِ ثَمَرَتهَا فِيهَا {وَإِنَّ الدَّار الْآخِرَة لَهِيَ الْحَيَوَان} بِمَعْنَى الْحَيَاة {لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ} ذَلِكَ مَا آثَرُوا الدنيا عليها

IBNU KATHIR :
Kenikmatan hidup di dunia ini hanya bersifat sementara dan terbatas. Ia ibarat permainan yang menyenangkan bagi orang-orang lalai, sepertimana permainan yang melalaikan anak-anak, lalu mereka pun menginggalkannya. Kehidupan akhiratlah yang merupakan kehidupan yang sebenarnya, sempurna dan abadi. Hal ini adalah kenyataan yang dapat mereka ketahui kalau mereka benar-benar mahu mengetahui.

يقول تعالى مخبرا عن حقارة الدنيا وزوالها وانقضائها وأنها لا دوام لها وغاية ما فيها لهو ولعب « وإن الدار الآخرة لهي الحيوان » أي الحياة الدائمة الحق الذي لا زوال له ولا انقضاء بل هى مستمرة أبد الآباد وقوله تعالى « لو كانوا يعلمون » أي لآثروا ما يبقى على ما يفنى ثم أخبر تعالى عن المشركين أنهم عند الإضطرار يدعونه وحده لا شريك له فهلا يكون هذا منهم دائما