Sunday, September 27, 2015

Surah An-Nur Ayat 41



Jalalain :

(Tidakkah kamu melihat, bahawasanya Allah kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi) dan termasuk ke dalam pengertian bertasbih adalah solat (dan juga burung-burung) lafaz Thair adalah bentuk jamak dari lafaz Ath Thaair, yakni makhluk yang terbang antara bumi dan langit (dengan mengembangkan sayapnya) lafaz Shaaffaatin adalah kata keterangan keadaan dari burung-burung tadi, iaitu burung-burung itu membaca tasbih dengan mengembangkan sayapnya. (Masing-masingnya telah diketahui) oleh Allah (cara solat dan bertasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan). Di dalam ungkapan ini, semuanya dianggap sebagai makhluk yang berakal.

{ألم تر أَنَّ اللَّه يُسَبِّح لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَات وَالْأَرْض} وَمِنْ التَّسْبِيح صَلَاة {وَالطَّيْر} جَمْع طَائِر بَيْن السَّمَاء وَالْأَرْض {صَافَّات} حَال بَاسِطَات أَجْنِحَتهنَّ {كُلّ قَدْ عَلِمَ} اللَّه {صَلَاته وَتَسْبِيحه وَاَللَّه عَلِيم بِمَا يَفْعَلُونَ} فِيهِ تَغْلِيب الْعَاقِل



Ibnu Kathir :

Wahai Rasul, tidakkah kamu yakin bahawa semua yang menetap di langit dan bumi tunduk kepada Allah swt. Termasuk burung-burung juga tunduk kepada-Nya ketika sedang membentangkan sayapnya. Semua makhluk tersebut tunduk pada perintah dan peraturan Allah. Mereka menyucikan-Nya dari sekutu dan segala sesuatu yang tidak pantas bagi-Nya. Semua makhluk ini –melalui wahyu– telah mengetahui kewajiban mereka untuk tunduk kepada Allah dan menyucikan-Nya serta melaksnakan tugas kehidupan. Di balik itu, Allah Maha Mengetahui solat, tasbih dan semua yang dilakukan hamba- hamba-Nya. Lalu bagaimana orang-orang itu tidak mempercayai-Nya?

يخبر تعالى أنه يسبح له من في السموات والأرض أي من الملائكة والأناسي والجان والحيوان حتى الجماد كما قال تعالى « تسبح له السموات السبع والأرض ومن فيهن » الآية وقوله تعالى « والطير صافات » أي في حال طيرانها تسبح ربها وتعبده بتسبيح ألهمها وأرشدها إليه وهو يعلم ماهي فاعلة ولهذا قال « كل قد علم صلاته وتسبيحه » أي كل قد أرشده إلى طريقته ومسلكه في عباد الله عز وجل ثم أخبر أنه عالم بجميع ذلك لا يخفى عليه من ذلك شيء ولهذا قال تعالى « والله عليم بما يفعلون » ثم أخبر تعالى أن له ملك السموات والأرض فهو الحاكم المتصرف الإله المعبود الذي لا تنبغي العبادة إلا له ولامعقب لحكمه « وإلى الله المصير » أي يوم القيامة فيحكم فيه بما يشاء « ليجزي الذين أساءوا بما عملوا » الآية فهو الخالق المالك الإله الحكم في الدنيا والأخرى وله الحمد في الأولى والآخرة