Sunday, August 30, 2015

Surah At-Taubah Ayat 54





Dan tidak ada yang menghalangi mereka, untuk diterima derma-derma mereka melainkan kerana mereka kufur kepada Allah dan RasulNya, dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan keadaan malas dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci.



JALALAIN :

(Dan tidak ada yang menghalangi mereka untuk diterima) dapat dibaca yuqbala dan dapat pula dibaca tuqbala (dari mereka nafkah-nafkahnya melainkan kerana mereka) lafaz annahum menjadi fa'il/subjek sedangkan lafal an tuqbala objek/maf'ulnya (kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka tidak mengerjakan solat melainkan dengan malas) dengan berat melakukannya (dan tidak pula menafkahkan harta mereka melainkan dengan rasa enggan) untuk berinfak, kerana mereka menganggapnya sebagai suatu kerugian.


{وما منعهم أن تقبل} بالياء والتاء {منهم نفقاتهم إلا أنهم} فَاعِل وَأَنْ تُقْبَل مَفْعُول {كَفَرُوا بِاَللَّهِ وَبِرَسُولِهِ وَلَا يَأْتُونَ الصَّلَاة إلَّا وَهُمْ كُسَالَى} مُتَثَاقِلُونَ {وَلَا يُنْفِقُونَ إلَّا وَهُمْ كَارِهُونَ} النَّفَقَة لِأَنَّهُمْ يعدونها مغرما


IBNU KATHIR :

Sedangkan iman merupakan syarat diterimanya amal. Mereka menganggap infak sebagai kerugian. Dalam ayat ini terdapat peringatan bagi kaum mukmin agar tidak menyerupai mereka, seperti malas beribadah, mendirikam solat, infak dengan hati yang kesal, dan sebagainya.

ثُمَّ أَخْبَرَ تَعَالَى عَنْ سَبَب ذَلِكَ وَهُوَ أَنَّهُمْ لَا يُتَقَبَّل مِنْهُمْ لِأَنَّهُمْ كَفَرُوا بِاَللَّهِ وَبِرَسُولِهِ أَيْ وَالْأَعْمَال إِنَّمَا تَصِحّ بِالْإِيمَانِ " وَلَا يَأْتُونَ الصَّلَاة إِلَّا وَهُمْ كُسَالَى " أَيْ لَيْسَ لَهُمْ قَدَم صَحِيح وَلَا هِمَّة فِي الْعَمَل " وَلَا يُنْفِقُونَ " نَفَقَة " إِلَّا وَهُمْ كَارِهُونَ " وَقَدْ أَخْبَرَ الصَّادِق الْمَصْدُوق صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " إنَّ اللَّه لَا يَمَلّ حَتَّى تَمَلُّوا وَإنَّ اللَّه طَيِّب لَا يَقْبَل إِلَّا طَيِّبًا " فَلِهَذَا لَا يَقْبَل اللَّه مِنْ هَؤُلَاءِ نَفَقَة وَلَا عَمَلًا لِأَنَّهُ إِنَّمَا يَتَقَبَّل مِنْ الْمُتَّقِينَ