Saturday, July 11, 2015

Rotan : seringkasnya

Dari riwayat Ibnu Abbas  bahawa bahawa Rasulullah SAW bersabda: 


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ " أَنَّ النَّبِئَّ صل الله عليه وسلم " أَمَرَ بِتَعْلِيقِ السَّوْطِ فِي الْبَيْتِ 


"Gantungkanlah rotan sehingga rotan itu dapat dilihat oleh ahli keluarga, sesungguhnya itu boleh mendidik mereka."

[Al-Adabu l-Mufrad/ 1229 -  Hadis disahihkan Al-Albaniy.  Al-`Iyal oleh Ibnu Abi d-Dunya/ 322.]


Al-Manawi, ketika membincangkan maksud hadis ini berkata: œRotan tersebut adalah pendorong kepada seseorang untuk beradab dan berakhlak dengan akhlak mulia dan nilai-nilai murni yang kebanyakan jiwa yang keras
menanggung kesusahan yang berat untuk melaksanakannya.

Pandangan al-Manawi ini membuktikan bahawa rotan secara simbolik, tanpa perlu digunakan boleh memberikan kesan kepada tingkah laku seseorang, terutamanya kanak-kanak. Jika dilihat daripada pandangan di atas, ibu bapa mempunyai kewajipan mendidik dengan ilmu agama terlebih dahulu sebelum dididik dengan perkara ilmiah yang lain.

Ibnu Qudamah berpendapat hukum sebatan   merupakan suatu hukuman pemulihan yang disyariatkan untuk melatih  melakukan sesuatu kewajipan seperti solat.