Friday, November 14, 2014

NUURUL QOLB...





[عن عبدالملك بن عمير قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
"في فاتحة الكتاب شفاء من كل داء"
(رواه الدرامي والبيهقي في شعب الإيمان )


Abdul Malik bin ‘Umair rah. meriwayatkan secara mursal bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda, “Dalam surah al-Fatihah terdapat penawar untuk segala penyakit.” (Hadis riwayat Darimi dan Baihaqi)

Rasulullah (saw) bersabda, “Aku ingin memberitahu kamu satu surah yang paling afdhal dalam
al-Quran. Surah itu adalah surah al-Hamd (al-Fatihah) yang mempunyai tujuh ayat. Ayat-ayat ini adalah Saba’ Mathani dan dan mewakili seluruh al-Quran yang agung.”

Sheikh Mahayudin bin Al Arabi Khadas-allah Serah berkata:
"Sesiapa ada hajat, hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali, selepas solat maghrib, jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca menurut bilangan yang tersebut."
Setelah itu bermohonlah ia kepada tuhan akan hajatnya, insyaallah akan di makbulkan.