Thursday, November 13, 2014

NIKAHNYA DENGAN SEBUAH KITAB SUCI

Sahal Ibnu Sa’ad al-Sa’idy  R.A berkata: Ada seorang wanita menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, aku datang untuk menghibahkan diriku pada Baginda s.a.w.

Lalu Rasulullah s.a.w  memandangnya dengan penuh perhatian, kemudian beliau menganggukkan kepalanya. Ketika perempuan itu memahami  bahawa beliau tidak menghendakinya sama sekali, ia pun duduk. Berdirilah seorang sahabat dan berkata: “Wahai Rasulullah, jika baginda tidak menginginkannya, nikahkanlah aku dengannya.”

Rasulullah s.a.w  bersabda: “Apakah engkau mempunyai sesuatu?”

Sahabat itu menjawab: “Demi Allah tidak, wahai Rasulullah.”

Beliau bersabda: “Pergilah kepada keluargamu, lalu lihatlah, apakah engkau mempunyai sesuatu.”
Sahabat Rasulullah s.a.w itupun  pergi, kemudian kembali dan berkata: “ Demi Allah, tidak, aku tidak mempunyai sesuatu.”
Rasulullah s.a.w pun  bersabda: “Carilah, walaupun hanya sebuah cincin dari besi.”  Lalu iapun pergi, kemudian kembali lagi dan berkata:  “Demi Allah tidak ada, wahai Rasulullah, walaupun hanya sebuah
cincin dari besi, tetapi ini kainku “
Sahal berkata: “Ia mempunyai selendang  yang  sebahagian untuk diberikannya kepada perempuan itu.”
Lalu Rasulullah s.a.w  bersabda: “Apa yang engkau akan lakukan dengan kainmu? Jika engkau memakainya, Ia tidak dapat  apa-apa dari kain itu dan jika ia memakainya, engkau pula  tidak dapat apa-apa.” Lalu orang itu duduk.
Setelah duduk lama, ia berdiri. Ketika Rasulullah s.a.w  melihatnya berpaling, beliau memerintah untuk memanggilnya. Setelah ia datang, beliau bertanya: “Apakah engkau mempunyai hafalan Quran?” Ia menjawab: Aku hafal surah ini dan itu. Beliau bertanya: “Apakah engkau menghafalnya di luar kepala?” Ia menjawab:  “Ya, wahai Rasulullah.”
Beliau bersabda: “Pergilah, aku telah berikan wanita itu padamu dengan hafalan Quran yang engkau miliki.”
Muttafaq Alaihi dan lafaznya menurut Muslim. Dalam suatu riwayat: Rasulullah s.a.w  bersabda padanya: “berangkatlah, aku telah nikahkan ia denganmu dan ajarilah ia Al-Quran.” Menurut riwayat Bukhari: “Aku serahkan ia kepadamu dengan (maskawin) Al-Quran yang telah engkau hafal.”


Masih mampukan kita menerima maskahwin atau memberi maskahwin dengan senaskah Al-Quran yang agung di sisi ummat Islam, yang merupakan panduan hidup?