Monday, November 3, 2014

التقوى


Berkata Abdullaah AlHakam kepada Imam Syafie' rahimahullaah ketika Imam Syafie' datang ke Mesir: 'Jika engkau berniat menduduki Mesir maka hendaklah engkau mempunyai simpanan makanan selama setahun, dan hendaklah engkau ada tempat di sisi sultan supaya engkat boleh kuat dan stabil hidup engkau dengannya.'

Lalu Imam Syafie' : 'Wahai Abu Muhammad, barangsiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa maka tiada kemuliaan baginya, aku dilahirkan di Ghazzah, dibesarkan di Hijaz, tak pernah ada di sisi
kami simpanan makanan untuk malam, akan tetapi sekalipun kami tidak pernah tidur dalam kelaparan!!'


عن أبي سعيد بن أبى فضالةَ قال : سمعتُ رسولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يقولُ : إذا جمعَ اللهُ الناسَ يومَ القِيامةِ ليَومِ لا رَيبَ فيهِ نادى منادٍ مَن كانَ أَشْرَكَ في عَمَلِ عَمِلَه للهِ أَحدًا فَليَطْلُبْ ثَوابَهُ مِن عِندِ غَيرِ اللهِ فإِنَّ اللهَ أَغْنَى الشُّرَكاءِ عَن الشِّرْكِ

. حسن غريب
Nota : Perkataan  عَمِلَه =  dibaca a'milahu

Daripada Abi Said Bin Abi Fadhoolah Al-Anshooriy katanya : Telah aku dengar Rasulallaah saw. bersabda baginda :
Apabila Allah swt. telah mengumpulkan manusia pada Hari Qiamat untuk hari yang tiada keraguan padanya, berseru yang berseru (Malaikat) : Sesiapa yang menyegutukan Allah pada suatu amalan yang diamalkannya kerana Allah dengan seseorang yang lain, maka hendaklah ia menuntut pahalanya daripada sisi selain Allah swt., kerana bahawa sesungguhnya Allah swt. itu tiada berhajat akan segala penyengutuan daripada sekutuan yang lain.



TAQWA


*  Dari segi bahasa berasal daripada perkataan “wiqayah” : memelihara.
* Maksud kepada pemeliharaan itu adalah memelihara hubungan baik dengan Allah SWT., memelihara diri daripada sesuatu yang dilarangNya. Melaksanakan segala titah perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

* Rasulullah SAW pernah ditanya maksud taqwa. Baginda menjelaskannya seperti maksudnya yang berikut :
* “pernahkah engkau bertemu jalan yang banyak duri dan bagaimana tindakanmu waktu itu? Orang itu menjawab, apabila aku melihat duri aku mengelak ke tempat yang tidak ada duri atau aku langkahi atau aku mundur. Abu hurairah menjawab, itulah dia taqwa.

* Taqwa juga boleh didefinisikan sebagai pelaksanaan tuntutan rukun iman dan amal salih, takut melaksanakan larangan allah dan berani melaksanakan titah perintahNya.
* Juga seronok atau ketagih melakukan titah perintahNya dan jijik atau benci melakukan laranganNya

SURUHAN BERTAQWA 

* Firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 102 yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu beragama Islam.

Dalil Hadith 

* “Bertaqwalah kamu semua kepada Allah, kerjakanlah solatmu lima waktu, puasalah dalam bulanmu- yakni puasa wajib dalam bulan ramadhan – tunaikanlah zakat harta bendamu untuk mensucikan dirimu, taatilah orang yang memegang pemerintahan di kalangan kamu- yakni dari golongan kaum muslimin. Dengan melaksanakan semuanya itu kamu semua dapat memasuki syurga Tuhanmu” (Hadiht riwayat Hakim dari Abu Umamah)

CIRI-CIRI ORANG BERTAQWA 

    * Menunaikan suruhan Allah SWT seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji
    * Memiliki sifat-sifat mahmudah seperti sabar, mengasihani, tekun, bertangggungjawab
    * Meninggalkan larangan Allah SWT

Kaedah Membina Taqwa 

    * Mengenali diri sendiri sebagai hamba Allah dan khalifah.
    * Mendekatkan diri dengan Allah melalui istiqamah dalam ibadah
    * Melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebagai hamba dan Khalifah
    * Melazimkan diri dalam suasana kebaikan (biah solehah) dan menghindarkan diri dari perkara-perkara yang dilarang.

Kenapa Taqwa penting dalam kehidupan 

    * Tuntutan Aqidah ( Arahan Allah dan Rasul)
    * Mengetahui Kelemahan/kekurangan & kekuatan
    * Persediaan Memperbaiki diri / keluarga dan organisasi
    * Melahirkan keinsafan & membentuk insan yang bersyukur.
    * Meningkatkan usaha / amalan
    * Menyediakan bekalan
    * Menjana Kekuatan
    * Akan disoal di akhirat
    * Menerima balasan syurga/ neraka

Kesan Taqwa 

* Membentuk hati supaya sentiasa berada dalam jurusan yang betul
* Membentuk peribadi / akhlak diri, keluarga dan masyarakat spt: tanggungjawab,amanah, jujur dan sebagainya.
* Memiliki persepsi dan pandangan yang seimbang yang merangkumi hubungan dengan Allah, diri sendiri, masyarakat sekeliling (manusia) dan alam sekitar

Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110 yang bermaksud: 
“Kamu ( wahai Muhammad ) adalah sebaik-baik umat manusia, ( kerana ) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala yang salah ( buruk dan keji ), serta kamu pula beriman kepada Allah ( dengan sebenar-benar iman )”

Ganjaran bagi orang bertaqwa 

    * Mendapat kemuliaan
    * Kejayaan di dunia dan akhirat
    * Ketenangan hidup
    * Kemanisan beribadat
    * Diperluaskan rezeki

Firman Allah bermaksud :


“ Barangsiapa yg bertaqwa Allah akan menunjukkan jalan keluar baginya dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangkakan”.( surah al-Talaq 2-3 )