Saturday, August 16, 2014

DI BAWAH LINDUNGAN 'ARASY


أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ أَحْمَدَ الْمَلِيحِيُّ ، أَخْبَرَنَا أَبُو مَنْصُورٍ مُحَمَّدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ سَمْعَانَ ، حَدَّثَنَا أَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ عَبْدِ الْجَبَّارِ الرَّيَّانِيُّ ، حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ زَنْجُوَيْهِ ، حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، حَدَّثَنَا كَثِيرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْيَشْكُرِيُّ ، حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ ، عَنْ أَبِيهِ ،
عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : 
ثَلاثَةٌ تَحْتَ الْعَرْشِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ : القُرْآنُ يُحَاجُّ الْعِبَادَ لَهُ ظَهْرٌ وَبَطْنٌ ، وَالأَمَانَةُ ، وَالرَّحِمُ تُنَادِي : أَلا مَنْ وَصَلَنِي وَصَلَهُ اللَّهُ ، وَمَنْ قَطَعَنِي قَطَعَهُ اللَّهُ هذا حديث صحيح .انتهى




Dari AbdurRahman bin 'Auf r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tiga perkara yang akan berada di bawah lindungan Arasy pada hari kiamat. Pertama, Al-Quran. Al-Quran akan berhujah dengan manusia dan Al-Quran ini
mempunyai zahir dan batin. 
Kedua, amanah. 
Ketiga, tali persaudaraan (silaturrahim) yang akan mengisytiharkan, " ketahuilah, sesiapa yg menghubungkan silaturrahim, maka Allah akn menghubungkannya dgn rahmat-NYA, sesiapa yg memutuskan silaturrahim, maka Allah S.W.T akan memutuskannya dpd rahmat-NYA. 

(Riwayat Dalam kitab Sharhussunnah)

Al-Quran berhujjah:

-memberi syafa'at
-meninggikan darjat
-membela orang yang menghormatinya
-membaca dan menyempurnakan hak-haknya di hadapan Allah.

Mulla Ali Qari r.h meriwayatkan daripada kitab hadith shahih Tarmidzi bahawa di hadapan Allah s.w.t Al-Quran akan meminta supaya Allah s.w.t supaya memberikan pakaian kepada pembacanya, maka Allah mengurniakan mahkota kemuliaan kepada pembacanya. Al-Quran akan memohon agar orang itu ditambahkan nikmat. Allah mengurniakannya pakaian kemuliaan yang selengkapnya. Al-Quran memohon sekali lagi agar diberikan kepada orang itu keredhaan. Maka Allah memberikan keredhaan Nya kepada orang itu.

Zahir dan Batin Al-Quran:

Zahir : 
Boleh difahami oleh semua orang. Membawa maksud lafaz-lafaz Al-Quran. Pembacaan dan lafaz-lafaznya adalah sama bagi setiap orang.


Batin : 
Yang tidak mampu difahami oleh semua orang. Iaitu maksud dan mafhum (kefahaman) Al-Quran yang berbeza-beza mengkiut kebolehan dan kemampuan pembacanya.

Mufassirin menggariskan lima belas jurusan ilmu yang mesti dikuasai untuk pentafsir supaya memahami makna-makna batin Al-Quran, Ilmu-ilmu itu ialah:

1. LUGHAH/لغة (BAHASA)

2. NAHU (النحو)

3. Sorof (الصرف)

4.  Isytiqaq (الإشتقاق)

5. Al-ma'ani ( المعاني)

6. Bayan ( البيان)

7. Badi' (البديع)

8. Qiraat

9. Aqidah

10. Ilmu usul fiqh

11. Asbabun Nuzul

12. Nasikh-mansukh

13. Ilmu fiqh

14. Ilmu hadis sebagai tafsiran sesetengah ayat

15. Ilmu mauhub iaitu ilmu yang dikurniakan Allah kepada orang-orang yang tertentu.

 
Kata-kata Nabi s.a.w :
"Sesiapa yang mengeluarkan pendapatnya sendiri  mengenai sesuatu daripada Al-Quran, sebenarnya dia telah melakukan satu kesalahan walaupun pendapat itu betul."

Abdullah bin Mas'ud berkata:
"Sekiranya kamu mahukan ilmu, maka hendaklah kamu memikirkan dan mendalami makna-makna Al-Quran. Dalam Al-Quran terdapat ilmu orang terdahulu dan orang terkemudian."

Ibnu 'Abid Dunya r.h berkata bahawa: " pengetahuan daripada Al-Quran dan apa-apa yang boleh diperolehi daripada Al-Quran adalah begitu luas seperti lautan tidak bertepi."

والله تعالى اعلم