Monday, August 18, 2014

BAPA

1. Bapa yang terlalu garang sehingga hilangnya rasa kasih sayang dalam keluarga.

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، ” أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، وَالأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسٌ عِنْدَهُ ، فَقَالَ الأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ إِنْسَانًا قَطُّ ، قَالَ : فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : إِنَّ مَنْ لا يَرْحَمُ لا يُرْحَمُ ” ، رَوَاهُ مُسْلِمٌ فِي الصَّحِيحِ ، وَأَخْرَجَهُ الْبُخَارِيُّ من وجه آخر
Daripada Abu Hurairah ra, “bahawa Rasulullah saw telah mencium al-Hasan bin Ali sedangkan al-Aqra’ bin Habis Al-Tamimi duduk bersamanya lalu Aqra’ bin Habis berkata: Wahai Rasulullah, aku mempunyai sepuluh dari anak laki-laki namun aku tidak pernah mencium mereka walau pun seorang. Lalu Rasulullah saw saw, bersabda: Sesiapa yang tidak mengasihi maka dia tidak akan dikasihi “

2. Bapa dayus yang membiarkan anak dan isteri derhaka pada Allah seperti mendedah aurat, bergaul bebas dan sebagainya
    عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” ثَلاثَةٌ لا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ أَبَدًا : الدَّيُّوثُ مِنَ الرِّجَالِ ، وَالرَّجُلَةُ مِنَ النِّسَاءِ ، وَمُدْمِنُ الْخَمْرِ ” . فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ , أَمَّا مُدْمِنُ الْخَمْرِ فَقَدْ عَرَفْنَاهُ ، فَمَا الدَّيُّوثُ مِنَ الرِّجَالِ ؟ قَالَ : ” الَّذِي لا يُبَالِي مَنْ دَخَلَ عَلَى أَهْلِهِ ” . قُلْنَا : فَالرَّجُلَةُ مِنَ النِّسَاءِ ؟ ، قَالَ : ” الَّتِي تَشَّبَّهُ بِالرِّجَالِ –  رواه البيهقي
 Daripada Ammar bin Yasir daripada Rasulullah, saw, bersabda: “Tiga orang tidak akan masuk Syurga selamanya iaitu laki-laki dayus, perempuan bersifat lelaki dan peminum arak.” Mereka berkata: Wahai Rasulullah, peminum arak itu kami tahu, Siapakah laki-laki dayus? Baginda bersabda: “Orang yang tidak peduli siapa yang masuk bergaul bebas dengan ahli keluarganya.” Kami bertanya lagi: Siapa perempuan bersifat lelaki ? Baginda bersabda: “perempuan yang menyerupai  lelaki”.


[3] bapa yang penyayang sebagaimana yang disarankan oleh nabi :
     قَالَ الرَّسُوْلُ : خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِيْ – رواه الطبراني
Sebaik-baik orang diantara kamu ialah orang yang berbuat baik kepada ahli keluarganya dan aku terbaik antara kamu sentiasa berbuat baik kepada ahli keluargaku